:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:










Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, November 07, 2009
Cerita Baru: Hikari Express No Ainori [6]

Hikari Express
No

 


(The Love Ride of Hikari Express)


Episod 6



"It's your heart that's never change..." Kata-kata Rafique itu bergema di sudut ruang hati. Berulang-ulang... bagaikan siaran radio rosak. Dan otak Hazel pula menterjermahkan ayat itu ke dalam bahasa Jepun pula. Saling cuba mencuri ketenangan Hazel di pagi Sabtu yang permai itu.

Pagi yang indah itu dirosakkan oleh ayat Rafique yang setajam pedang. Bukankah Hazel sudah cuba menyayangi Rafique setulusnya? Hadiah-hadiah yang pernah Hazel titipkan buat Rafique selama ini bukan sekadar membalas hadiah yang diberikan oleh Rafique. Dia pun cuba mengambil hati Rafique Mukminin - lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya itu. Mereka sedang cuba mengenali hati budi masing-masing. Begitulah mengikut skala tafsiran Hazel.

Mentari pagi itu tetap memukau seperti selalu. Melimpahkan cahaya ke seluruh alam. Indah sekali ciptaan Tuhan. Lalu diri Hazel juga dilimpahi semangat secerah matahari sehingga sanggup mengheret Naz dan Nia berjogging di taman yang berdekatan sejak awal pagi lagi.

"Tengah malam semalam telefon kau berbunyi tak henti-henti. Siapa yang telefon?" soal Naz sambil berlari setempat.

"Sejak bila ni jaga tepi kain orang?" Hazel menjawab soalan Naz dengan soalan juga. Sejak semalam Naz tidak habis-habis menjadi Cik Polis bertanya itu ini. Terus-terusan begini naik rimas juga. Orang bertanya perkara yang kita tak mahu fikir.

"Encik Rafique Mukminin telefon..." jawab Hazel sekali nafas setelah habis melakukan warming down. Dia duduk di atas rumput yang hijau, mengadap tasik buatan yang terbentang di hadapan mereka waktu itu.

"Patutlah... " Naz mengangkat kening ke arah.
"Patutlah apa?" Pintas Hazel cepat-cepat. Macamlah dia tak nampak Naz dan Nia main-main mata. Ha, tengah cari idea nak usik Hazel lah tu!

"Patutlah... angin tak ada ribut tak ada... tiba-tiba pagi ni kami kena seret berjogging. Apakah ayat berupa kata-kata semangat yang Rafique hembus semalam... ke telinga Hazel?" Rania Firdaus pun turut buat gaya menghembus ke telinga Hazel.

"Hey! Gelilah!" Hazel segera menolak Nia.

"Kami bukan pasangan romantik macam Naz dan SK." Hazel menjuihkan bibir pada Naz yang sedang ketawa tak ingat dunia.

"Eh, tolong jangan kaitkan Naz dalam 'Love Story' Hazel ya. SK Naz tak ada telefon sampai habis ring tone." Ejek Naz.

Hazel tersengih. Entah apa angin Rafique malam tadi pun Hazel kurang pasti. Tak pernah dia buat perangai macam itu. Entah-entah dia kena cabar dengan kawan-kawan suruh telefon Hazel sampai kebas jari. Dalam kepala Hazel mula terbayang dialog-dialog begini:

"Pergi telefon tunang kau yang kononnnya dingin mengalahkan iceberg tu. Dah senyap mengalahkan beruang kutub berhibernasi..."
"Ada tunang pun buat perhiasan saja. Apa yang kau dapat, Que? Apa?"
"Nak jumpa tak boleh, nak telefon pun tak boleh. Berlakon baik konon. Entah-entah main kayu tiga belakang kau..."
"Dia buat kau macam tak wujud saja. Tunang apa namanya tu?"

Hazel menggelengkan kepala. Memadamkan tanggapan yang tidak baik seperti itu. Harap-haraplah kawan si Rafique semuanya baik-baik. Jenis stok lelaki Melayu terakhir yang hormat perempuan!

Posted at 02:16 am by anrys
Make a comment  

Friday, November 06, 2009
Cerita Baru: Hikari Express No Ainori [5]

Hikari Express
No

 


(The Love Ride of Hikari Express)


Episod 5


Malam itu bagaikan cuba menarik semula ingatan Hazel pada tunangnya. Tunang yang dibiarkan sepi tanpa berita. Telefon bimbit Hazel melagukan Love Story nyanyian Taylor Swift.

We were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights, see the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know

Hazel membaca nama pemanggil yang tertera.

RaFiQuE

Dia menggigit bibir bawah. Dibiarkannya telefon terus berlagu tanpa bersambut.

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said, "stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes


Tertera di situ...

1 missed call from RaFiQuE

"Dah masuk tengah malam. Nak sembang apa?" gumam Hazel sendirian. Diletakkan semula telefon di tepi bantal. Silap tekan agaknya, Hazel membuat konklusi sendiri. Namun tidak lama selepas itu, Love Story kembali berlagu...

So, I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Oh oh
Cause you were Romeo, I was the scarlet letter
And my daddy said, "stay away from Juliet"
But you were my everything to me
I was begging you, please don't go
And I said

Telefon kembali digenggam. Kenapa Que? Dibiarkan Love Story berlagu sehingga ia berhenti sendiri. Rasa bersalah yang cuba mencuri ruang hati ditolak jauh-jauh.

Rafique mesti faham, kata hati Hazel.

Nada dering instrumental Love Story pula mengambil perhatian. Mesej masuk.

Atau mungkin tidak...

"Salam Hazel. Saya tahu awak tak tidur lagi. Baru jam 12 malam. Tolong jawab telefon, boleh tak? Please..."

Dan Love Story berlagu lagi...

Romeo, save me
They try to tell me how I feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town
And I said

Romeo, save me
I've been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head
I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said


Dengan malas-malas, Hazel menaip sms balasan. Kasihan membiarkan Rafique menunggu di hujung talian.

Salam. Dah malam ni. Taip saja apa yang awak nak cakap. Atau telefon esok pagi?

Hazel menekan butang hijau, menghantar mesej kepada si dia. Tidak lama kemudian satu lagi mesej masuk dalam kantung Inbox.

Saya perlukan 5 minit saja daripada masa awak, Hazel. 5 minit saja...

Hazel menghela nafas. 5 minit? Lagi setahun lebih dari 5 minit masa saya untuk awak, Que. Love Story terus berlagu. Hazel akhirnya mengalah.

"Hazelina, I just want to hear your sweet voice. Dah lama tak dengar..." ucap Rafique sejurus memberi salam.

"Tak payahlah nak romantik malam-malam ni. Sekali lagi Que sebut ayat macam tu, Hazel terus letak telefon dan off terus." Ugut Hazel. Suaranya datar saja.

Kedengaran tawa meletus di hujung sana.

"Garang! Sebenarnya saya nak jemput datang rumah. Ahad ni ibu saya buat kenduri untuk cucu sulung dia. Kakak saya baru bersalin." Rafique balas dengan suara mendatar juga. Monotone. Tak ada lembut-lunak macam tadi lagi.

Hazel faham sangat dengan perangai Rafique. Dia memang jenis suka bercakap terus kalau ada apa-apa. Dia tak suka taip-taip mesej. Lambat, katanya dulu.

"Kak Raziffa dah bersalin?"

"Ya, Cik Hazelina. Ibu suruh saya jemput awak datang. Lagipun dah lama kita tak jumpa, kan? Saya tak sempat nak pergi jumpa awak di rumah keluarga awak. Hmm... entah-entah awak pun dah lupa rupa saya bagaimana..."

"Masih ingat. Kan Que ada beri gambar."
"Ya, tapi gambar awak saja yang saya tak ada."

Masing-masing diam. Membiarkan syarikat telekomunikasi mengumpul kekayaan di tengah malam itu.

Romeo save me there trying to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh Oh

"Mujurlah adik saya ada ambil gambar masa majlis pertunangan. Itu saja yang saya ada..." kata Rafique memecah kebuntuan bicara mereka.

Ya, memang ibu ayah Rafique pernah minta gambarnya. Rasanya dia terlupa terus tentang hal itu kerana pertunangan berlangsung selepas beberapa pertemuan saja.  Baru jumpa dua kali, Rafique terus bersetuju dengan pilihan orang tua. Dan Hazel pun bersetuju dengan pilihan keluarganya. Mudah sangat perjalanan 'perkahwinan' mereka berdua, kan!

"Maaf. Hazel tak dapat datang. Esok dah nak bertolak ke Langkawi." Hazel kembali kepada perbualan mereka.

"Oh, berapa hari?"
"Seminggu. Minggu depan baru balik semula."

Rafique terdiam di hujung talian. "Saya hantar..." putusnya kemudian.
"Nak hantar ke mana?" Hazel menyoal pelik.
"Maksud saya, saya hantar ke stesen keretapi. Bertolak dari KL Sentral?"

"Ya. Tapi Que... tak perlulah susah-susah. Housemate saya boleh hantarkan..." Hazel merujuk kepada Naz yang telah menyatakan kesediaanya untuk menghantar ke KL Sentral.

"Saya nak jumpa awak. Dah lama kita tak jumpa."

Hazel melepaskan keluhan. Tadi cakap sudah lama tak dengar suara. Sekarang sudah lama tak jumpa. Banyak sangat alasannya.

"Kita kan dah janji takkan jumpa kalau saya tak ada mahram..." beritahu Hazel setelah menimbang semua sudut.

"Naz pun boleh jadi mahram awak..."
"Tapi Que..."
"Dah lebih enam bulan saya tak jumpa awak. Sekadar belanja makan dan sembang tanya khabar saja. Boleh?" Seperti biasa, Rafique akan memberitahu agenda yang disusunnya.

Hazel kembali menimbang sebelum bersetuju. Bersetuju atas dasar ingin mengirim hadiah buat Kak Raziffa melalui Rafique. Itu saja.

"Selamat malam... Juliet." ucap Rafique perlahan.

Hazel tergamam sekejap.

"Tiba-tiba saya rasa macam Romeo yang tengah baling batu ke tingkap rumah awak. Semata-mata nak bercakap dengan awak. Macam caller ring tone Love Story awak yang saya terpaksa ulang dengar berkali-kali..." bicara Rafique lagi.

"That you were romeo, you were throwing pebbles. And my daddy said to stay away from juliet...." Perlahan Rafique melagukan senikata itu.

"Oyasumi nasai, Rafique Mukminin." Segera Hazel mahu 'mencantas' mood romantik tidak tentu arah Rafique. Bimbang berlarutan yang bukan-bukan.

"This love is difficult, but it's real. Don't be afraid, we'll make it out of this mess. It's a love story. Baby, just say yes..."

"Assalamualaikum, Que..."
"It's your heart that's never change, Hazel."

Telefon ditutup. Dan nada sayu Rafique terus mati begitu saja.

Toki wo tomete mo kokoro kawaru kana?
(Meskipun masa terhenti, adakah hati akan berubah?)
Ima no watashi wa betsu no hito ni narenai
(Diri saya yang sekarang tidak menjadi orang yang berbeza)

Hazel memejamkan mata. Love Story terus bermain di halwa telinga.

Marry me, Juliet, you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad
Go pick out a white dress
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh oh
Oh oh oh oh

'Cause we were both young when I first saw you

Posted at 01:38 am by anrys
Comments (6)  

Cerita Baru: Hikari Express No Ainori [4]

Hikari Express
No

 


(The Love Ride of Hikari Express)


Episod 4



"Hazel dengan Rafique macam mana sekarang?" soal Naz sebaik sahaja Rania keluar dari bilik Hazel. Sengaja dia bertanya soalan 'cepu cemas' itu malam ini.

Hazel melepaskan keluhan penat. Bintik peluh di dahi diseka dengan belakang tangan. Dia pergi memasang penghawa dingin. Batal hasrat ingin berjimat bulan ini. Cadangnya hendak kurangkan penggunaan penghawa dingin yang mengurangkan poketnya itu. Cuaca panas siang tadi masih terbawa-bawa sampai ke malam. Mandi pun tidak dapat mengurangkan rasa bahang yang bagaikan sudah terperangkap dalam badan.

Mata bundar Hazel tidak sengaja pura-pura buat tidak nampak Naz yang ternanti-nantikan jawapannya. Ingatkan Naz sudah terlupa soalannya yang tidak berjawab semasa Nia ada tadi. Saolan dibalas dengan soalan juga. Aduh, nampaknya Naz tak habis-habis lagi hendak mengorek rahsia hati Hazel!

"Entahlah Naz..." Nafas dilepaskan perlahan. Bersatu dengan bunyi deru penghawa dingin. "Boleh tak jangan sebut nama dia lagi? Kita sembang fasal lain..." cadang Hazel.

"Hazel ni teruklah. Naz selalu cerita fasal SK pada Hazel, tapi Hazel tak pernah nak cerita fasal Rafique..." Naz sudah merajuk. Tidak suka dengan sikap perahsia Hazel. "Mana syok cerita sendiri-sendiri. Hazel sekadar jadi pendengar. Mana cukup! Naz suka komunikasi dua hala..."

"Nak komunikasi dua hala dengan SK Naz lah. Dengan Hazel buat apa..." Hazel tertawa. Buah hati Naz siap ada kod nama ringkas. SK = Shamsul Kamal. Kalau macam itu, Rafique pun kena ada kod nama ringkas.

"Hal RM Hazel tu... P&C untuk Hazel seorang." RM bukannya untuk Ringgit Malaysia tapi Rafique Mukminin. Hazel terus menyambung bicara dalam hati sendiri.

"Wah, dia pun nak pakai kod ringkas." Naz menjelirkan lidah, mengejek Hazel meniru caranya membahasakan buah hatinya.

"Bukan ada copyright ke apa..." Hazel sudah malu-malu. Ah, dia pun sudah terlebih-lebih bicara soal lelaki.

"Soal hati... Hazel lebih suka simpan sendiri." Akhirnya Hazel menegaskan prinsip dirinya. Dia tidak suka berbual soal remeh-temeh begitu. "Harap Naz faham..."

"Kedekutnya..." Naz menarik muncung panjang-panjang. "Lain kali Naz tak nak cerita  lagi pasal SK pada Hazel..." Naz sudah memeluk bantal bentuk hati yang dihadiahkan oleh Rafique. Hazel sekadar memandang telatah manja Naz.

Rafique Mukminin. Lelaki itu memang suka memberi hadiah tidak kira tarikh apa-apa pun. Dia sentiasa berusaha menyemarakkan rasa kasih antara mereka. Tapi entahlah... di sebelah pihak Hazel rasa kasih itu masih belum bertunas. Kenapa ya? Apa yang tidak kena tentang kita, Que?

"Oh, tak nak cerita tak apa. Tapi bantal yang Rafique beri tu jangan buat harta pula. Nak dipeluk-peluk sesuka hati..." Hazel sekadar bercanda. Sebenarnya dia tidak kisah pun. Saja-saja nak usik Naz yang manja itu.

"Sayang juga pada 'hati' Rafique yang satu ni. Ingatkan dah tak sayang..." Naz melemparkan bantal bentuk hati itu ke arah Hazel. Dia pula hendak usik Hazel.

Hazel menyambutnya. "Hadiah orang, Naz. Kenalah jaga. Tanda kita hargai orang tu..." Bantal itu diletakkan semula di atas katil.

Hazel dan Rafique memang selalu berbalas hadiah. Ya, mereka kenal melalui pertalian keluarga. Lantas mengikut kata ibu ayah, Hazel bersetuju dengan lamaran dari keluarga Rafique. Namun setahun sudah berlalu, hubungan mereka masih dingin. Tinggal lagi setahun sahaja tempoh pertunangan mereka sebelum mendirikan rumah tangga. Sudah setahun mereka sedaya upaya mengenali hati budi masing-masing.

Kadang-kadang Hazel terfikir untuk memutuskan pertunangan ini. Memikirkan hasrat orang tua kedua-dua pihak, dia masih bertangguh-tangguh menyatakan hasrat hatinya yang keliru itu.

Namun, mestikah sebuah perkahwinan dibina atas dasar cinta?

Sedangkan dalam sirah hidup Rasulullah SAW, baginda tidak pernah meletakkan cinta sesama manusia sebagai alasan dan dasar utama dalam mendirikan perkahwinan. Segala-galanya dilakukan kerana agama yang tercinta. Yang paling utama kerana mengharapkan redha Allah.

Mampukah Hazel melunakkan hatinya sendiri lalu menerima Rafique Mukminin semata-mata kerana Allah? Demi menggembirakan hati ibu ayah dan taat perintah kedua-duanya?

Posted at 12:48 am by anrys
Make a comment  

Next Page