Episod 1
oleh Rnysa
Penghawa dingin dipasang. Anis melepaskan ikatan rambutnya. Hitam lebat dan lurus. Dia membuka laci di tepi kanan katilnya. Diari warna merah hati dikeluarkan. Muka surat pertama tertulis nama pemiliknya.
Tengku Anis Zulaikha Tengku Sulaiman
Anis pun mula menulis....
-------------
29 Januari 2011
Anis baru pulang dari makan besar di Restoren Di-Atas Brasserie, The Legend Hotel & Apartment. Kami sekeluarga menyambut ulang tahun hari lahir mama yang ke-58. Kejutan daripada papa sebenarnya. Kononnya mahu mengajak mama bershopping di The Mall. Tiba-tiba terus melencong hotel bersebelahan pula.
Kejutan buat mama, dan Anis juga sebenarnya. Papa dengan bangga membuat pengumuman akan menubuhkan sebuah yayasan kebajikan. Dan Anis yang baru tamat belajar diminta untuk membantu mama menguruskan yayasan tersebut.
Baru saja Anis merancang hendak berkerja dengan orang lain. Berdikari. Bermula dari bawah. Anis mahu berusaha dengan kudrat Anis sendiri.
Paling tak suka, papa sudah carikan calon suami untuk Anis. Tengku Halim namanya. Dia pun ada sama semasa majlis sambutan hari jadi mama tadi. Meskipun sudah masuk abad ke-21, rupa-rupanya tradisi 'match-making' ini masih dipraktikan dalam keluarga kami. Pasangan ditentukan oleh keluarga. Macam zaman dahulu kala.
Anis hanya cakap sepatah-sepatah apabila di'temuramah' oleh ibu kepada Tengku Halim. Ya, ibunya pun ada sekali. Begitu juga dengan ayahnya. Tak sukanya! Papa sudah membuat pakatan dengan ayah Tengku Halim. Jadi, nak tak nak, Anis terpaksa bermanis muka dengan Tengku Halim dan keluarganya. Jadi pelakon terbaik.
Jurutera yang pernah berkerja di Abu Dhabi dan sekarang menetap di Dubai itu sudah lama membujang. Tak pasal-pasal Anis pula dijadikan sandaran. Calon isteri terbaik.
Papa sudah berikan nombor telefon Anis pada Tengku Halim.
"Boleh berkenalan-kenalan." Kata papa dengan senyuman penuh makna.
Adik Anis, Anas dan Adib tergelak-gelak.
"Tak lama lagi kita bakal dapat abang ipar!" Adib yang baru tamat PMR mengusik Anis. Oh, sukanya mereka ya! Sedangkan mereka tak tahu kak long mereka sedang bersedih...
-------------
Anis berhenti menulis apabila pintu kamarnya diketuk. Mama datang menjenguk. Lalu Anis cepat-cepat menyembunyikan diarinya di bawah bantal.
"Anak mama tak sihat?" Mama terus merasa dahi Anis.
"Yalah. Banyak sangat kejutan petang tadi. Ini pun rasa nak demam." Dan Anis terbatuk-batuk kecil. Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan pertemuan dengan calon bakal suaminya tadi.
"Cuaca di Kuala Lumpur memang tidak menentu seminggu dua ini. Panas dan hujan."
"Ya lah, negara khatulistiwa mama. Takkan tiba-tiba turun salji pula!" Celah Anis.
Mama ketawa. Segera ditariknya hidung Anis. "Nakal!"
"Betul apa." Anis menggosok-gosok hidungnya. Wajahnya masih muram.
"Baru saja Anis cadang mahu kumpul duit. Nak pergi melancong keliling dunia. Sekarang..." Dia melepaskan keluhan perlahan.
"Kan bagus kerja dengan keluarga sendiri. Siapa lagi nak menguruskannya?" Mama menggosok kepala anaknya.
Tengku Halim pun kerja dengan orang lain, kata Anis di dalam hati.
Baru saja sebut-sebut nama si Halim, tiba-tiba dapat mesej daripada jurutera yang kononnya terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai itu. Macamlah Anis hairan sangat. Buat lapangan terbang ke, baiki kapal terbang ke. Apa kaitannya dengan Anis pun?
Anis membaca mesej dalam BB Torchnya satu huruf demi satu huruf.
Tengku Anis,
Salam perkenalan dari saya :)
T.Halim
Apa ni?
"Mama tengok ni. Siap ada smiley-smiley lagi. Lelaki gatal!"
Mama hanya ketawa. Dia tinggalkan Anis yang masih geram.
Tengku Halim,
Pinggan tak retak, nasi tak dingin...
Sila sambung sendiri pantun di atas :P
Anis
Tidak sampai 1 minit Anis sudah mendapat balasan.
Adinda Tengku Anis,
Kanda tak pandai berpantun :)
Adinda sedang marah ya?
Kanda T.Halim
Anis mencebik. Adinda? Kanda? Sah, memang spesis gatal!
p/s: idea main-main, suka-suka...
Posted at 06:25 pm by rnysa