:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (11)

Cinta Putih


Benarlah seperti kata Kak Fida, jalan terbaik bagi menyelesaikan semua ini adalah dengan kembali pada yang Maha Esa. Hanya Dia sahaja sebaik-baik tempat bergantung. Dia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Dia juga lebih mengetahui bahawa sesuatu itu baik bagiku, buat agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku.

10 Januari
Kasihannya hatiku. Masih tercari-cari cintanya. Walaupun kesungguhan Mukhriz telah mencuri cintanya, namun ternyata renungan mata helang Haiqal pernah bersinggahsana meskipun sebentar cuma. Ke manakah hendak diletak cinta ini? Apakah kesetiaan Haiqal telah membeli seluruh cintanya... lalu membiarkan salam kasih Mukhriz tiada sahutan? Duhai hati, di mana suara kasihmu? Zahirkanlah agar tidak terus sangsi.

Lalu di manakah haluan aku? Kata orang, kalau hati sendiri sudah tak mampu memberi jawapan, maka mintalah petunjuk dari Ilahi, agar haluan yang dipilih tidak memudaratkan di kemudian hari. Awal bulan depan aku akan menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan yang akan menentukan untung nasib aku. Jadi, aku perlukan ketenangan yang bukan sedikit. Insya-Allah, mulai malam ini aku akan memohon petunjuk dari-Nya. Moga Dia berikan yang terbaik untukku. Amin ya rabb...


Aku tersenyum tatkala membaca catatan dalam diari itu. Hati memanjat syukur padaNya. Usai istikharah yang panjang, Tuhan telah berikan petunjuknya. Dia memperlihatkan kepada aku lelaki pilihanNya. Aku berdoa lagi. Memohon agar Tuhan hilangkan lelaki yang seorang lagi dari hatiku. Hapuskan dia dari ingatan aku. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.

Sejak dari saat itu, aku tidak memikirkan lagi tentang dirinya. Perasaan tidak lagi bergetar seperti dahulu tatkala bibir menyebut namanya. Aku kira surat panjang lebar yang dikirim seminggu lalu sudah selamat tiba di pangkuannya. Sengaja menanti kami selesai kimatsu shiken (final exam) baru aku mengutusinya. Meminta dia lupakan hasrat murninya. Hati aku kini sudah jadi milik orang.

Aku bangun dari katil, berjalan menuju ke rak buku, mengambil sebuah buku yang masih baru lalu duduk membaca semula buku Rangkaian Kisah-Kisah Bidadari, mengamati isinya:

Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama 'Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih.

Muhammad, desis hatiku. Bibir mengukir senyum.

Bilik ini dirasakan terlalu dingin. Aku bangun dari katil semula. Tangan menekan suis danbou (pemanas) yang baru diisi toyu (kerosin). Sementara menanti apinya menyala, aku menjenguk ke luar sliding door yang mengadap parkir.

"Yuki da! Patutlah sejuk semacam."

Salji di luar turun dengan lebat. Bagai kapas yang berterbangan di udara. Walaupun sudah penghujung bulan Februari, Tokyo masih didatangi salji begini. Luar biasa. Bulan ini sahaja sudah dua, tiga kali salji turun.

Aku duduk di meja study yang berhampiran sliding door. Sesekali mata mengerling pada salji yang makin lebat. Aku meneruskan bacaan yang terhenti, kembali menatap kisah pernikahan Rasulullah dan Khadijah itu.

Sambutan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.

Rasa sepi bertandang. Buku dibiarkan terbuka dan aku pergi memerhati salji di luar rumah. Dalam masa tak sampai satu jam, parkir di belakang rumah aku sudah dihampar permaidani putih. Pemandangan yang jarang-jarang dilihat semasa musim sejuk di kota Jepun yang penduduknya paling padat ini.

Tak semena-mena aku jadi teringat akan lelaki itu. Hati sudah sebulat suaranya menyatakan bahawa cinta dan kasihnya hanya tertumpah pada yang satu. Tiada yang lain. Hanya dia sahaja bertakhta di hatiku. Sebentar lagi dia akan menelefon. Lalu aku terus menghitung waktu.

Kring... kring...

Telefon rumah berbunyi. Aku bergegas mendapatkan. Mata sempat mengerling jam dinding. Jam sembilan malam. Gagang telefon diangkat lalu dirapatkan ke telinga. Buat pertama kalinya aku akan berbual dengan dia melalui telefon begini.

"Apa khabar?" Suara lelaki itu menerjah gegendang telinga.

Dada bergetar hebat. Aku mengetap bibir menahan malu. Malu pada diri sendiri yang mula merindukan dirinya. "Baik alhamdulillah. Awak apa khabar?"

"Alhamdulillah, baik juga. Awak buat apa tadi?"

"Baca buku. Sekarang ni tengah perhati yuki kat luar."

"Yuki turun kat Tokyo?"

"Haah."

"Seronoklah tu."

"Mestilah."

Lama kami diam sebelum dia bersuara semula, "Buku apa yang awak baca tadi?" Hembusan nafasnya yang halus menyapa telinga. Debaran mula berkompang di hati.

"Ringkasan kisah-kisah bidadari. Baru setakat Nabi Muhammad kahwin dengan Khadijah." Dia berselawat perlahan apabila mendengar nama khatimul anbiya' disebut.

"Tak apa ke Khadijah pilih lelaki selain Muhammad?" "Kenapa awak tanya macam tu?" "Bukankah Khadijah binti Khuwailid untuk Muhammad bin Abdullah."

Dia sengaja menduga. Aku hanya senyum, tidak menjawab.

Syed Ahmad Mukhriz. Antara dua lelaki yang menagih kasihku, dia juga yang menjadi pilihan hati. Biarpun renungan Haiqal kadangkala meresahkan, namun cinta tidak cukup sekadar dinilai dari segi luaran saja. Tidak mungkin aku memilih suami hanya kerana sepasang mata helang yang mempesonakan itu.

Bukankah aku pernah mengaku dahulu, Mukhriz adalah lelaki idaman. Dia persis papa. Lagipun aku sudah lama menyukai dan meminatinya, sejak detik temuramah itu lagi. Apabila Mukhriz datang melamar, aku terkejut amat sangat. Bagai bulan jatuh ke riba. Siapalah aku kalau hendak dibandingkan dengan Mukhriz yang sempurna di mataku itu

Hatiku terus berkembang mekar seperti bunga sakura bila tiba musimnya. Musim cinta aku dan Mukhriz. Aku kini bahagia memilih Mukhriz. Terlalu bahagia.

"Insya-Allah, dalam seminggu lepas saya sampai Malaysia nanti, keluarga saya akan datang merisik dan terus masuk meminang. Saya dah beritahu keluarga saya tentang kita. Awak pula macam mana? Dah beritahu papa dan mama awak?"

"Dia orang dah tahu lebih awal. Ayah dan ibu awak yang beritahu."

Mukhriz ketawa. "Ayah dan ibu saya tak sabar nak terima menantu. Maklumlah, menantu pertama pula tu." Dia mengusik.

Pipiku sudah terasa hangat. "Oh, Abang Mukhsin awak?" Aku segera mengalihkan topik perbualan kami. Malu sungguh dengar dia berkata-kata tentang hal kami berdua.

"Sejak Kak Shuhada kahwin dengan kawan baik along dulu, along macam dah tak nak fikir pasal perempuan. Dia masih teringatkan Kak Shuhada tu lagi. Entahlah..." Dia berhenti seketika sebelum menyambung semula, "Saya pernah cakap kat dia. Khadijah ada empat orang adik perempuan yang comel-comel. Bolehlah pilih mana berkenan."

"Amboi, pandai-pandai aja awak jadi orang tengah untuk adik-adik saya. Dia orang tu muda sangat untuk along awak tu. Umur dia kan dah tiga puluh lebih."

"Tiga puluh dua."

Masing-masing membisu lagi.

"Khadijah?"

"Ya?"

"Pertama kali saya dengar awak cakap banyak macam ni. Biasanya susah betul nak buka mulut. Sebaris saya tanya, sepatah awak jawab." Tuturnya lembut.

Rasa hangat menyimbah. Aku jadi malu dengan sikap peramah tiba-tiba ini.

"Khadijah..." "Hmmm." "Betul awak tak boleh balik untuk majlis pertunangan kita nanti?"

"Maaflah... saya ada urusan penting kat sini. Maaf ya." Aku teringatkan Muna yang menanti masa untuk bersalin.  Dua, tiga hari lagi aku akan bertolak ke tempatnya. Kak Fida mungkin tiba lewat sedikit sebab dia masih dibelenggu dengan segala hal. Budak mediclah katakan. Sibuk memanjang.

"Tak apalah. Yang penting awak balik masa majlis akad kita cuti natsu nanti. Kalau tak, saya bernikah dengan pengantin ghaiblah jawabnya." Seloroh Mukhriz.

Aku tergelak dalam hati. Terhibur dengan jenakanya.

"Bakal pengantinnya kan suka hilangkan diri." Aku pantas menggigit bibir bawah. "Jangan sampai 'abang' Mukhriz kena datang jemput lagi sudahlah. Ataupun... 'abang' Mukhriz terpaksa hantar 'pasukan mencari dan menyelamat' pengantin yang hilang."

Darah aku berderau. Gatal! Beraninya dia membahasakan dirinya 'abang'. Belum bertunang lagi sudah hendak ber'abang-abang' begitu. Mengada-ngada!

"Perli ya. Nanti saya hilang betul-betul baru awak tahu." Aku pura-pura marah.

"Jangan, jangan." Dia ketawa. "Yalah... Saya minta maaf. Takkan bergurau pun tak boleh. Bukannya senang nak dengar Khadijah naik angin. Selalunya dia sedingin salju." Tuturnya kemudian.

Dia menghela nafas panjang. "Tapi dinginnya itu yang sering... malah sentiasa menyejuk dan mendamaikan hati dan mata ini. Hingga diri ini tak pernah memikirkan yang lain, selain Khadijah seorang."

Aku hilang kata-kata. Dia berpuitis begitu terus aku jadi kelu.

"Oh ya, selain buku yang saya hadiah tu, awak dah baca buku yang mana? Buku fiqh sirah yang ada tiga siri tu dah habis?" Dia mengalihkan topik perbualan.

"Baru nak masuk buku kedua." "Dah baca setakat mana?" "Kalau tak salah, piagam madinah." "Piagam madinah ya. Piagam tu ada berapa Fasal?"

"Apa? Berapa Fasal?" AKu mencongak sambil menggaru kepala. Berapa ya? "Hari tu nampak banyak. Lebih dari sepuluh. Tak ingat pula."

"Ada 47 Fasal semuanya. Nampaknya lepas ni saya kena rajin buat kuiz lagi." Katanya sambil berdehem perlahan.

"Saya tak sepandai awak Mukhriz." Aku rasa rendah diri tak semena-mena.

"Pujian hanya layak untuk Allah. Sebab tulah saya nak berkongsi semangat saya ni dengan awak, Khadijah. Moga kita sama-sama makin bersemangat nak tambah ilmu. Selain ilmu sains dan teknologi yang kita belajar ni, kita perlu juga dalami ilmu agama. Sirah, hadis dan lain-lain lagi."

"Insya-Allah, saya akan cuba."

"Lama kita sembang ni, dah lebih setengah jam. Tak sedar pun masa berlalu. Kita berhenti setakat ni dulu. Dah lewat ni. Lagipun beg saya tak berkemas lagi. Malam esok dah nak bertolak ke Narita."

Aku turut menjeling jam di dinding bilik. "Perginya naik apa nanti?"

"Dengan bas. Flight saya pukul 10:30 pagi. Awak nak pesan apa-apa ke? Stok belacan ke ikan masin ke? Awak kan suka makan ikan sepat masak cili padi."

Lelaki ini memang penuh dengan kejutan. "Mana awak tahu?"

"Adalah..." Ujarnya seperti mahu berahsia.

"Banyak awak tahu tentang saya... sedangkan saya tak tahu banyak pasal awak." Kataku, perlahan.

"Kan kita ada masa dalam lima bulan lagi ni untuk berkenal-kenalan. Awak bolehlah tanya Kak Fida, ibu atau saya sendiri. Ala-ala awak interview saya dulu. Ingat tak? Saudara Mukhriz, boleh saudara ceritakan serba sedikit latar belakang saudara..." Dia mengajuk cara aku menemuramah dahulu.

Aku menekup muka. Ya Allah, malunya... Senyuman aku makin melebar. Rasa mahu membalas kata-kata itu, tapi aku pendamkan saja.

"Lepas ni awak nak buat apa? Main salji kat luar tu?"

"Cadangnya begitulah."

"Jangan lama-lama sangat tau. Sejuk. Lagipun dah jauh malam ni." Tambahnya lagi.

Lima minit selepas itu baru aku meletakkan gagang telefon perlahan-lahan. Aku pergi berdiri di hadapan cermin, melihat wajahku. "Ya Allah, merahnya!" Aku separuh menjerit. Dengan senyuman yang putus-putus dari bibir. Malunya pada diri sendiri. Astaghfirullah hal azim...

Aku melangkah pantas ke sliding door. Salji makin lebat. Hatiku melonjak ingin pergi ke luar. Aku segera menyarung kot, tudung, stokin dan glove. Keluar dari pintu depan dan terus pergi ke parkir belakang rumah.

Seronoknya!

Aku mendepangkan tangan, berpusing-pusing mendongak langit, membiarkan salji jatuh di atas muka. Membiarkan kedinginan mengusai diri. Lantas aku terkenangkan bicara Mukhriz semasa kami terperangkap dalam densya yang lalu.

Yuki di Tokyo tentu tak selebat ini kan? Di Akita, jangan cakaplah. Pemandangan macam ni biasa saja pada kami. Tahun lepas, tebalnya lebih dari satu meter.

Salji digumpal bulat-bulat membentuk snowball. Aku membaling ke merata-rata tempat tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang di lorong pejalan kaki. Orang Jepun bukannya ambil tahu sangat hal orang lain apalagi orang bandar Tokyo ini.

Tahun depan boleh main yuki dekat Akita pula.

Aku senyum lagi. Kesejukan mula menggigit tubuh. Aku cepat-cepat menggolek salji yang tak seberapa tebal itu supaya dapat membentuk yukidaruma (snowman).

"Nak buat bentuk apa ya?" Aku bertanya diri sendiri.

Pengalaman pertama membuat yukidaruma di Tokyo. Selama tiga tahun ini aku tak pernah langsung terfikir dapat merasai semua ini. Sekadar ambil gambar sahaja dan selepas itu terus bergegas ke kelas. Malam ini salji turun lebat sungguh. Rezeki aku.

Sepuluh minit kemudian, maka terciptalah yukidaruma pertama aku di bumi Tokyo ini. Sepasang teddy bear. Lelaki dan perempuan. Mata mereka dari batu kelikir sederhana besar. Bahagian hidungnya pula aku ambil rumput hijau. Untuk 'pengantin' perempuan aku letakkan penyepit kain warna merah jambu di kepalanya, konon-kononnya ia memakai riben rambut.

Comel! Kawaii!

Aku pantas mengeluarkan kamera dari dalam poket. Sudah tahap menggigil tangan aku. Mana taknya, glove yang dipakai sudah basah. Pedulikan kesejukan ini. Yang penting aku puas bergambar dengan hasil ciptaan aku dalam pelbagai gaya. Kelakar sungguh!

Aku membetulkan kepala Mr. Teddy yang sedikit condong ke kiri. Fikiran melayang teringatkan si dia. Rindu menghambat lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tangan menggenggam salji yang memutih. Moga-moga cinta kami seputih salji ini. Moga rindu ini membawa rindu pada Ilahi.


credit ayat jiwang: sis alzun
rujukan: Pernikahan Rasulullah Dan Khadijah


khas buat tatapan semua


Posted at 10:35 am by anrys

alia
October 29, 2009   09:51 PM PDT
 
buat sapens je bila baca permulaan bab ni..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry