Your Ad Here


Free Hit Counter


sejak 23 Oktober 2003

online



RNYSA @ Facebook

Rnysa Anys

Create Your Badge






Karya RNYSA yang sudah terbit sebagai NOVEL CETAK
1. RELEVANKAH AKU DI HATIMU a.k.a RADHA (Jemari Seni, Disember 2006)

2. ALBATROS: ANTARA LANGIT DAN BUMI dalam KEBUN MIMPI (Jemari Seni, November 2008)

3. HIKARI AINORI dalam WARNA (Jemari Seni, Oktober 2010)

Mahu beli novel karya Rnysa?
Boleh dapatkan dengan mudah secara online di laman sesawang Jemari Seni.



Catatan RNYSA:
Blog ini mula beroperasi pada 11 Rabiulawal 1432H
14 Februari 2011


DIARI TENGKU ANIS
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


DIARI TENGKU HALIM
1 | 2 | 3 | 4 | 5


FAQ Rnysa & Novel
(Frequently Asked Question)




Notis Hak Cipta

© RNYSA

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada RNYSA. Mana-mana bahagian dalam blog ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada RNYSA secara bertulis.
Terima kasih.






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, April 02, 2011
Diari Tengku Anis [12]

Episod 12
oleh Rnysa


"I see your temper has not improved,"
"My temper is not your concern."
"Your animosity toward me has no foundation."
"Animosity?"
"A feeling of strong dislike..."

"Hadi, mood saya sedang tak berapa betul ni..."
"Kenapa awak selalu dalam keadaan marah?" Potong Hadi. "Hairan. Kenapa awak selalu rasa semua orang di sekeliling efek mood awak?"

Erissa melepaskan keluhan kasar.
"Saya sedang marah atau tak, itu bukan urusan awak." Tegas dia menutur.

"Erissa, kemarahan itu terpancar dari wajah awak. Kata-kata awak. Tingkah laku awak..." Lembut Hadi menutur. Api amarah Erissa cuba disiram dengan air ketenangan.

Namun bagi Erissa, teguran Hadi menjadikan hatinya semakin panas.
"Awak memang suka cari kesalahan dan kekurangan diri saya kan. Pergi sibuk tegur orang lain boleh tak?" Erissa mula meninggikan suara.

Hadi beristigfar dalam hati. Erissa, tolong jangan biarkan syaitan kuasai diri awak. Marah itu api yang boleh membakar diri dan orang di sekelilingi.

"Saya dah anggap awak macam adik saya..."
"Dah cukup!" Erissa menekup telinga. "Saya bukan datang sini semata-mata nak dengar syarahan awak." Dia segera bangun.

"Awak sedang marahkan siapa sebenarnya? Marahkan Tuhan?"

Erissa berpaling. Dahinya berkerut seribu. Matanya mencerun. Hadi dipandangnya  penuh rasa benci. Mulutnya berkumat-kamit bagai sedang menahan letusan amarah.

Anis hanya diam menikus melihat Erissa sudah bertukar menjadi 'raksasa'.
"Hadi, lebih baik awak senyap." Bisik Anis perlahan. "Eris sedang fikir sesuatu. Saya rasa dia ada masalah keluarga. Janganlah awak tambah lagi kekusutan dalam kepala dia dengan soalan-soalan provokasi awak tu..."

Hadi mengeluh perlahan. "Erissa..." Tangannya meraup rambut ke belakang.

"Hadi..." Suara Anis mencelah lagi. "Kalau awak sayang Eris, awak kena bantu dia. Saya rasa dia sedang pendam masalah sendirian. Saya risau, bila-bila masa saja kemarahan dia akan meletup." Gaya Anis bercakap macamlah Erissa itu gunung berapi yang masih aktif dalam Lingkaran Api Pasifik.

"Entahlah. umi pun tak dapat menolong dia. Apatah lagi saya. Orang yang paling dia benci."

"Tak. Dia masih hormat awak, Hadi. Cuma malam ini mood dia memang angin taufan campur tsunami segala..." Anis menjeling-jeling ke kiri dan kanan. Bimbang tiba-tiba Erissa muncul di belakang mereka.

"Anger, hatred and negativity are wrong. They're no good for her. She's going down a road of self-destruction..."

---
Dialog yang dihighlight warna kuning dicopyright dari Knight of Shining Amour.
Harap maklum.

Posted at 02:32 am by rnysa

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry