:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (15)

Hilang Dalam Damai


"Okey, sekarang ni Kak Adi nak buat revision sikit bab akidah. Siapa dapat jawab, Kak Adi akan bagi hadiah special. Soalannya macam ni... Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, dia dapat rasai kemanisan iman." Aku memandang wajah bujur sirih Iryani Khalid, pelajar Tahun Satu Yokohama National University. "Boleh tak Yani sebutkan tiga syarat tu? Kita pernah bincang tajuk ni awal-awal dulu..."

Gadis memakai spek bingkai empat segi itu menggaru kepala. Wajahnya berkerut seribu. "Ermm... tak ingatlah kak. Sorry..." Dia tersengih panjang.

Aku melemparkan senyuman. Pandangan beralih pula pada Haniza yang tunduk sejak dari tadi. "Niza? Niza cuba pula sayang..."

Dia mengangkat muka. "Kita mencintai Allah dan rasul-Nya mengatasi kasih kita pada yang lain?" Jawabnya dalam bentuk tanda tanya juga.

"Lagi?"

"Ermm... kalau cintai seseorang, cinta semata-mata kerana Allah." Kali ini dia lebih yakin.

Senyumanku kian melebar. Wajah Mukhriz menari-nari di ruang mata. "Yang terakhir...." Aku memerhati wajah anak usrah satu-persatu. "Aza?"

"Adoi! Selalu aja kena jawab yang hujung-hujung. Kak Adi ni saja pressure Notie. Nazra tu tak kena lagi." Ujar Azareen sambil menjuihkan bibir pada Nazratul Shima yang tampak lega.

Aku ketawa perlahan. "Mana ada pressure. Kan kita santai-santai aja ni. Untuk Nazra, Kak Adi dah simpan soalan lain." Tuturku sambil mendepangkan tangan, menghirup angin laut yang berhembus. Lembut. Segar. Pandangan terhenti pada kapal-kapal mewah yang berlabuh di pelabuhan yang berdekatan.

"Cepat Notie! Sepuluh saat dari sekarang. Sepuluh... sembilan... lapan..." Nazra sengaja memanaskan suasana.

"Fine! Kau orang semua pun berkomplot dengan Kak Adi." Azareen menarik muka masam.

Di kalangan kawan-kawannya, anak kelahiran Selangor itu lebih dikenali sebagai "Notie". Aku kira sangat sesuai dengan karakternya yang 'naughty' itu. Tetapi aku lebih suka panggil dia dengan nama Aza. Bukannya apa, aku bimbang kenakalannya makin menjadi-jadi.

"Tujuh... enam..." Tokok Yani.

"Weh! Kalau ya pun, bagilah Notie fikir dulu. Kejam betul..." Ujar Azareen sambil ketawa berderai.

"Lima..." Aku pun turut jadi budak-budak.

"Arghh! Apa dia ni? Masa nilah tak ingat." Azareen menggosok dahinya dengan kedua-dua belah tangan. "Cinta Allah dah, cinta Rasul pun dah, cinta lillahi Ta'ala pun dah. Apa lagi ni?"

Aku dan yang lain sudah ketawa tak henti. Hilai tawa ini bagaikan melodi indah, menceriakan lagi Yamashita Kouen (Park) yang tidak pernah sunyi dari kunjungan pelawat.

"Aaaa! Dah ingat! Benci... benci..." Azareen menepuk-nepuk pahanya.

"Benci apa?" Aku menyergahnya.

"Benci kembali dalam kekufuran sepertimana benci masuk dalam api neraka" Jawabnya dengan sekali nafas.

"Prittttt.... masa menjawab telah tamat. Sebarang surat-menyurat tidak dilayan." Semua ketawa berderai tatkala mendengar jenaka Niza itu.

"Alhamdulillah, bijak-bijak adik Kak Adi. Lepas ni Kak Adi bagi hadiah tu. Oh ya! Sebelum Kak Adi terlupa... Isnin ni siapa yang boleh puasa tu, jom kita pakat puasa. Bulan Syaaban ni elok banyakkan puasa sunat." Kataku panjang lebar.

Azaren mencapai kentang goreng dari dalam tupperware. Sambil enak mengunyah, matanya menjeling-jeling ke arahku. Seperti mahu bertanyakan sesuatu. "Kak Adi, macam mana rasa manisnya cinta? Macam Kak Adi dengan Abang..."

Bulat mataku. "Amboi, gatalnya!" Pantas aku mencubit manja lengannya.

Dia mengaduh sakit. "Tadi akak pressure kami, sekarang giliran kami pula nak pressure akak." Ujar Azareen yang masih tidak serik.

"Yalah... kami pun nak tahu juga. Sebelum ni Kak Adi tak pernah cerita pun dah bertunang, tengah bercinta dengan Abang Mukhriz. Tup-tup terus dapat kad jemputan. Mana kami tak terkejut." Tambah Niza.

"Nyaris-nyaris Notie nak terjual minyak pada Abang Mukhriz dulu." Azareen menyeringai.

Aku menjulingkan mata. "Semua tahu rasa manisnya cinta?" Ujarku tanpa menpedulikan Azareen yang suka mengusik itu.

Mereka mengangguk. "Malulah... bagi soalan lain." Aku segera melarikan pandangan ke arah lain. Sengaja mahu mengenakan mereka semua.

"Alaa..." Jerit mereka serentak.

Aku menguis daun kering yang sudah lama gugur. Pipiku terasa panas. "Kita akan rasa manisnya cinta... bila hati kita selalu rasa rindu pada orang tu, rasa terikat pada dia." Oh Tuhan, kenapalah jantung aku lari 'tempo'nya tak semena-mena? Getus hati.

"Kak Adi." Azareen mencelah.

Aku berpaling.

"Apa pula 'kita', 'orang tu'... gunalah 'adinda dan kekanda'... atau 'ayang dan abang'..."

Aku mencekak pingggang. Mesti budak nakal ini mencuri dengar perbualan antara aku dan Mukhriz. "Nak dengar ke tak nak?" Ugutku.

Azareen mencebik bibir.

"Okeylah..." Aku mengalah jua akhirnya. Kalau tak diturutkan kerenah mereka, makin pening kepala melayannya nanti. "Kak Adi terasa manisnya cinta tu... bila selalu teringat pada Abang Mukhriz. Rasa diri terikat pada dia. Rasa terdorong nak buat yang terbaik untuk dia. Bak kata sebuah lagu tu... berkorban apa saja."  Aku menyorotkan pandangan tajam pada Azareen. "Puas hati sekarang?"

Mulutnya meletus ketawa jahat. "Fuh! Macam ayat dalam novel! Kenapa mesti teringat? Kenapa tak sebut aja rindu?" Giatnya lagi.

Aku pura-pura tidak mendengar usikannya itu.

"Wah! Romantiknya..." Yani yang sedari tadi diam menjerit kecil.

Aku senyum. "Samalah macam kita cintai Allah juga. Kalau kita sebenar-benar cintakan Dia, hati kita selalu rasa rindu dan terikat pada Dia. Rasa cinta juga dorong kita tambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalanNya." Sambungku lagi, tak mahu adik-adik terbuai sangat dengan cinta terhadap makhluk.

"Walaupun kita hidup mewah, seronok dengan dunia ni... dan cinta pada orang sekeliling kita dan yang tersayang... kalau ada." Aku sempat mengenyit pada Niza yang sudah ada buah hati. Jejaka idamannya itu sedang menuntut di Australia.

"Semua tu tak halang kita dari mencintai Allah. Jangan jadikan ia alasan kita tak boleh cari jalan untuk dapatkan cinta Allah. Macam Allah sebut dalam Al-Quran... Katakanlah wahai Muhammad: Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri atau suami-suami kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan azab seksaNya; kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." Aku memberi terjemahan surah At-Taubah yang menjadi hafalanku itu.

"Fasiq tu apa Kak Adi? Tak ingat pula maknanya?" Tanya Nazra.

"Derhaka. Macam kau derhaka pada aku tadi."  Balas Azareen selamba. "Kau pernah rasa ditimpa tulah tak? Aku ni ada keturunan raja tau..."

Aku tersenyum panjang melihat gelagat keempat-empat anak usrahku yang melucukan hati. Raja Nur Azareen Raja Mohammad, setiausaha agong 'geng' usrah kami.  "Walaupun nakal, tapi kerjanya bagus dan sepantas kilat." Kataku bila adik-adik mengadu perangai nakal Notie.

Beralih pula pada Ida Iryani Khalid, bendahari merangkap si ulat buku. Tapi si Azareen yang nakal itu pula menggelarnya Yani si mata belalang. Dan akhir sekali, Haniza Hasan Made In Paris (ini kata Aza, bukannya aku). Sebab dia lahir lapan bulan selepas ibu dan ayahnya pulang dari berbulan madu di kota romantik itu. Aza, Aza... sukanya dia mengusik orang. Oh, bagaimana pula aku boleh terlupa pada Nazratul Shima Taruddin yang sukakan puisi. Siapa sangka 'musuh ketat' perang mulut dengan Aza itu, dalam diam romantis orangnya. Kesemua mereka adalah pelajar Tahun Satu, baru sahaja sampai di bumi sakura pada bulan Mac yang lalu.

Dan aku pula, Nur Khadijah Khuwailid merangkap Mrs. Mukhriz Mukhtar menjadi naqibah mereka. Memang aku tidak pernah sangka tanggungjawab sebesar ini akan disandarkan ke bahu. Mula-mula memang kekok, lama-kelamaan jadi makin seronok pula. Syukur pada Allah yang memudahkan urusanku - dapat adik-adik yang masih putik ini sangat mendengar kata. Aku juga patut berterima kasih pada suami tersayang, yang saban waktu memberi semangat dan kata perangsang tanpa jemu.

"Ayang kan dah final year. Bila lagi nak praktik skill kendalikan usrah tu? Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tak berbuah - tak ada makna. Jangan rendah diri tak tentu macam ni, abang tak suka. Sekarang ni kita kekurangan pekerja Islam... we need you as daieah. Islam tak perlukan kita, Allah juga tak perlukan kita nak tegakkan agama Dia... bila-bila masa aja Dia boleh ganti kita dengan kaum yang lebih baik. Kita sebenarnya yang perlukan Islam, kita perlukan Allah. Kita yang tak boleh hidup tanpa Dia."

Rindunya pada Mukhriz. Sudah hampir seminggu dia tidak menghubungi aku. Hati ini dilanda kerisauan yang tiada noktah. Sakitkah dia? Janjinya sampai saja di Akita, dia akan menelefon memberitahu aku seperti selalu. Tetapi ini tidak, panggilan aku pun tidak berjawab. Aku tahu dia kadangkala tidur di labnya menyiapkan ujikaji. Tapi takkan tak boleh curi masa barang sedikit menghantar khabar berita.

Apa yang tak kena dengan dia, aku sendiri tak pasti. Rasanya sepanjang seminggu dia berada di Tokyo, aku melayannya bagaikan raja. Tak rindukah abang pada Khadijah? Bisik hati kecilku yang dirundung sepi. Tanpa gurau senda Mukhriz, hidupku kini bagai hilang serinya.

Sedar-sedar kedengaran adik-adik sedang ketawa. Entah apa yang mereka bualkan. Aku bangkit dan membersihkan baju daripada rumput kering yang melekat. "Kak Adi nak pergi jalan sana kejap." Kataku sambil menuding ke arah lorong pejalan kaki sepanjang tepi laut di hadapan kami.

"Nak pergi beranganlah tu." Usik Azareen.

Aku sekadar tersenyum. Walaupun bau nasi tomato Niza sedap mengancam, namun ia tak berjaya membangkitkan selera aku mati sejak dua, tiga hari yang lepas. Pandangan terus ditebarkan ke dada laut yang beralun tenang. Aku hilang dalam kedamaian ini. Jiwaku yang bergelora ini tak siapa yang tahu. Bak kata Ustaz Anuar, para duat perlu bijak mengawal dan menguasai diri. Maka sepanjang hari berkelah bersama-sama anak usrah di Yamashita Kouen ini, aku sedaya upaya tidak menampakkan keresahan hati ini pada mereka semua. Segalanya disimpan kemas jauh di sudut hati.

Langkah dihayun merentasi kawasan berumput yang dikeliling pepohon yang merendang. Walaupun matahari megah memindahkan cahayanya, namun tiadalah terasa panas kerana bertembung dengan dinginnya angin yang berhembus. Kedinginan ini barangkali menyampaikan pesan dari hati Mukhriz yang juga sedingin salju kala ini.


Yamashita Park


Aku melabuhkan punggung di atas bangku kayu yang mengadap laut yang terbentang luas. Minato Mirai, the harbor of the future... begitulah nama yang diberikan pada tempat yang indah ini. Siapa sangka sebuah perkampungan nelayan yang kecil kini berubah wajah menjadi salah satu bandar besar di Jepun ini, selain pelabuhan tempat kapal keluar dan masuk.

Kawasan ini sungguh pesat membangun. Lihat sahaja senibina bangunan di kiri dan kanan aku. Semuanya berunsur futuristik. Landmark Tower yang menjadi simbol Minato Mirai itu, merupakan antara bangunan yang tertinggi di Jepun. Baru sahaja siap pada tahun 1993. Bentuknya tak ubah seperti Menara Tabung Tabung Haji saja. Bangunan itu mempunyai lif yang terpantas di dunia. Pengunjung boleh aksess "observatory deck" atau dikenali juga "Sky Garden" di aras enam puluh sembilan. Aku dan Mukhriz sudah menjejakkan kaki ke bangunan itu sebaik sahaja kami tiba di Jepun lewat September lalu. Mujur waktu itu langit tidak berawan. Kami sangat bernasib baik dapat melihat Gunung Fuji dari jauh.

Mukhriz, kenapa perlu merajuk begini sayang?

Masih teringat lagi kenangan berbulan madu kali kedua di kota pelabuhan ini. Kami menginap di Hotel Yokohama Grand Intercontinental yang berbentuk separuh bulat itu selama dua hari satu malam. Agenda siangnya, melawat kawasan sekitar Minato Mirai ini sambil berpegangan tangan. Mengalahkan remaja yang baru bercinta. Kami pusing-pusing dari Chinatown sampailah ke Yokohama Cosmo World (amusement park) berdekatan hotel. Aku yang selama ini takut dengan roller-coster akhirnya mencuba juga setelah berasap telinga diejek oleh Mukhriz. Dalam banyak-banyak kenangan di sini, aku paling suka sewaktu kami berdua berada di puncak Ferris Wheel sambil menikmati suasana matahari terbenam.


Minato Mirai 21

Sebelah malamnya pula kami bersesak-sesak melihat persembahan bunga api. Buat pertama kalinya aku mengenakan yukata dengan terompahnya sekali. Kami menghampar tikar di Yamashita Kouen ini. Menjamah ais berwarna-warni yang harganya tak munasabah. Jepun... serba-serbinya mahal.

"Ais kepal dengan pewarna tiruan macam ni pun harganya dua belas ringgit Malaysia. Cekik darah betul." Komen Mukhriz sambil menggeleng.

"Tak baik merungut." Balasku dengan menjeling manja.

Tatkala bunga api dilepaskan ke udara, aku sandarkan kepala ke dadanya. Semenjak dari suami isteri, perlakuan begitu datang dengan sendirinya. Fitrah manusia ingin saling cinta-mencintai dan sayangi-menyayangi. Esoknya hujan turun renyai-renyai, dan kami berpayung bersama-sama menyusuri taman ini. Indahnya saat itu...

Tapi kini?

Puas aku berfikir, mencari di mana silapnya hingga hubungan kami menjadi sedingin salju. Aku imbas kembali kenangan beberapa hari lepas. Oh, sebelum berangkat pulang dulu, dia seperti tidak ikhlas mengucap kata-kata sayang padaku. Mungkinkah kerana...

"Ada apa-apa yang Khadijah rahsiakan dari abang?" Soalnya sebelum melepasi gate menuju ke perut eki. Wajahnya berkeringat seperti menahan sesuatu.

Marah? Mestilah ada sesuatu yang tak kena bila dia panggil aku dengan nama Khadijah. Kecut perutku. Pantas aku menggeleng. "Mana ada..."

Dia cepat-cepat memotong. "Habis tu kenapa abang tengok asyik berangan aja?" Matanya yang hitam basah bagai sudah pudar sinarnya.

Aku tunduk. Perlukah aku berterus-terang tentang lelaki istimewa yang telah menawan hati ini? Rasanya tidak menjadi kesalahan aku mencintai dan mengingatinya. Kenapa pula Mukhriz hendak terasa hati tanpa sebab? Dia tetap mempunyai tempat tersendiri di hatiku. Kasih sayang aku pada dia takkan berkurang walau sedikitpun.

Mula-mula aku boleh lagi ketawa. Anak Tuan Syed Ahmad Mukhtar yang nampak sahaja keras hati, rupa-rupanya pandai juga merajuk dan terlebih manja. Tetapi bila Mukhriz lancarkan perang dingin yang berpanjangan begini, lantas diri jadi tidak keruan. Sampai bila hendak menghukum aku begini? Janganlah terus membisu dan menyepi tanpa khabar berita. Tak kasihankah abang pada Khadijah? Khadijah terlalu rindukan abang...




rujukan:
Yokohama City Guide
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Posted at 10:40 am by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry