:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (16)

Janji Seorang Kekasih

Hanya dengan satu panggilan telefon sudah cukup untuk membuat aku bahagia. Rindu yang sekian lama terpendam terubat serta-merta sebaik sahaja mendengar suaranya di hujung talian. Lebih dua minggu dia menyepikan diri dan selama itu jugalah perasaan aku terdera. Hari ini penderitaan itu berakhir. Syukur!

Tanpa bertangguh lagi aku berangkat ke Akita dengan menaiki shinkansen setelah selesai urusan di universiti petang Jumaat itu. Walaupun sebenarnya Mukhriz tidak begitu bersetuju dengan tindakan aku itu dan meminta aku nantikan saja kehadirannya di Hokkaido untuk program cuti musim sejuk yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

"Apa? Program fuyu? Lambat sangat tu. Kalau boleh sekarang juga Adi nak pergi dapatkan abang," Kataku padanya malam tadi.
"Sayang, Tokyo-Akita bukannya dekat. Abang tak mahu Adi sesat... atau... hilang tengah jalan nanti. Abang tak mahu jadi apa-apa pada Adi." Mukhriz menjawab dengan berhati-hati sekali supaya aku tidak berkecil hati.

"Insya-Allah takkan jadi apa-apa. Abang janganlah risau. Kali ni takkan tersilap punya. Adi akan berhati-hati." Aku cuba meyakinkan dia. Macamlah setiap kali bermusafir aku akan tertinggal keretapi. "Abang, benarkanlah Adi pergi tempat abang tu. Tolonglah... Adi nak sangat jumpa abang. Adi rindu sangat pada abang." Pintaku separuh merayu.
Mukhriz mengeluh panjang. "Adi... Adi kan tahu abang memang tak suka Adi musafir sorang-sorang. Kalau berteman lainlah..." Tuturnya kemudian.
Aku mencebik. Kalau Mukhriz kata dia tak suka, memang dia takkan suka sampai bila-bila! Tapi... tapi aku tak berputus asa sekarang. Aku perlu berusaha keras memujuk hatinya.

"Ha abang!! Minggu depan kan dah nak raya! Adi nak beraya dengan abang!" Aku tampilkan alasan yang lebih cemerlang. Apa yang lebih bermakna kalau tidak menyambut lebaran di samping suami tercinta! "Ni kan hari raya terakhir kita kat sini. Abang mesti tak dapat datang taishikan (pejabat kedutaan), kan? So... biarlah Adi aja pergi ke Akita tu. Bolehkan? Bolehlah..." Aku merengek manja.

Namun dia terus-menerus membisu seolah-olah langsung tidak terlintas di fikirannya untuk meraikan Aidilfitri bersamaku. Hati ini jadi sebak tiba-tiba. Semangat yang berkobar-kobar tadi makin pudar. Dan aku sudah mula berfikir bukan-bukan. Mukhriz dah tak pedulikan aku lagi!

"Bukannya tak boleh. Tapi Adi nak tinggal di mana nanti? Abang kan duduk berdua dengan Fahmi. Mesti Adi tak selesa bila ada lelaki lain dalam rumah ni."

Oh, mungkin aku terlupa tentang Fahmi Mahad, rakan serumah Mukhriz. Tapi takkanlah kawannya itu takkan tak boleh diajak berunding langsung!

"Apa kata dia tumpang kejap kat rumah kohai yang lain. Kejap aja. Lagipun Isnin dah nak raya. Petang Isnin Adi akan terus balik Tokyo..."

"Si Fahmi tengah sibuk nak siapkan ronbun (tesis) dia sekarang. Susahkan dia pula." Mukhriz bersuara datar. Masih tidak bersetuju.

"Adi boleh tumpang rumah Kak Fida. Sekejap rumah Kak Fida, sekejap rumah abang." Satu lagi idea yang cukup bijak!
"Suaminya nak datang tak lama lagi. Mungkin duduk sana sampai raya..."
"Oh! Kalau macam tu, Adi duduk rumah kohai abang yang perempuan. Mesti diorang tak kisah..."

Mukhriz melepaskan keluhan berat. "Adi... Abang tak nak menyusahkan orang lain. Kalau Adi datang sini, mestilah abang nak Adi duduk dengan abang. Takkanlah abang nak biarkan Adi tinggal rumah diorang pula."
Amboi, ada saja alasannya!

"Dahlah. Sia-sia aja Adi pujuk... tapi abang tetap dengan keputusan abang juga. Sebenarnya abang memang tak mahu jumpa Adi, kan." Walaupun aku sudah kata begitu, namun dia masih mendiamkan diri. Macam tak ada perasaan! "Tak apalah, nak buat macam mana. Dah memang nasib Adi memang selalu tak baik macam ni."

"Adi..."

"Dahlah dulu berkali-kali tertinggal densya... sampai menyusahkan abang. Sekarang, Adi buat abang marah pula. Kenapalah Adi jadi macam ni... asyik buat abang rasa benci?"
"Abang tak pernah ada rasa benci pada Adi. Jangan tuduh abang macam tu, sayang..."

"Hakikat..." Bisikku perlahan. Antara dengar dan tidak.
"Janganlah cakap macam tu. Adi buat abang rasa serba-salah."
"Tak apalah, abang. Adi dah faham. Tak payah cakap apa-apa lagi."
"Abang tak boleh bagi keputusannya sekarang. Fahmi tak ada kat rumah. Apa-apa hal abang kena bincang dulu dengan dia. Esok pagi abang telefon Adi semula, boleh?"
"Tak payahlah. Biar Adi beraya sorang-sorang kat sini. Sebelum ni pun Adi pernah beraya tanpa suami. Kenapa kali ni tak boleh pula, kan?" Aku tertawa kecil. Sedihnya hati!

"Adi..."
"Selamat Hari Raya, bang."
"Adi..."
"Maafkan segala kesalahan Adi selama ni."
"Adi..."
"Dari hujung rambut sampai hujung kaki."
"Khadijah..." Suara Mukhriz semakin lembut merayu.

Lakonan menjadi!
Masuk pula babak dua...

"Okeylah, dah lewat ni. Abang mesti banyak kerja lain nak buat. Adi telefon lain hari pula. Mungkin lepas raya ke..." Aku sengaja menekankan ayat terakhir itu.
"Sejak bila pula dah pandai buat perangai macam ni? Khadijah yang abang kenal selalunya tak membantah keputusan abang, terima aja tanpa banyak soal..." Kali ini serius pula Mukhriz bersuara.
Mungkin sejak Adi ada seorang suami yang hilang tanpa berita hampir tiga minggu? Namun kata-kata itu sekadar bermain di hujung bibir. Menjawab sesedap rasa bukannya sifatku. Dan aku tak mahu jadi isteri derhaka!

"Adi minta maaf, bang..." Ulangku berkali-kali.
Sepi kembali mengisi. Dan sesungguhnya ianya menyakitkan!
"Macam nilah... abang akan cuba bincang dengan Fahmi esok. Rasanya dia tak kisah kalau..."
Akhirnya!



"Kopi. Teh Hijau. Teh Cina..." Laung jurujual yang datang dari arah depan, dalam Bahasa Jepun tentunya. "Cik mahu beli ke?" Rupanya perempuan Jepun itu perasan aku sedang merenungnya tadi.

Aku sekadar menggeleng dan mengulas senyum. Jurujual itu pun membalas kembali. Troli yang berisi makanan dan cenderamata ditolak semula. Terus mencari pelanggan yang sudi membeli barang yang dijajanya.

Buku jadual keretapi dicapai dan dibelek lagi entah untuk kali ke berapa. Masa yang terluang diisi dengan mengkaji buku tersebut. Sejak asyik ditimpa musibah tertinggal keretapi, aku sudah ambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal - belajar baca buku densya. Kalau apa-apa terjadi senang. Sekarang, aku sedang meneliti helaian yang berwarna. Kalau dilihat dalam peta, rata-rata landasan keretapi di Akita itu tertumpu di kawasan persisiran pantai. Lebih kurang macam Oita juga. Seperti bentuk muka bumi Malaysia, pulau utama negara matahari terbit ini tengah-tengahnya juga bergunung-ganang. Cuma landasan shinkansen sahaja yang 'memotong' banjaran gunung yang ada.

Dah macam guru geografi pula bunyinya.

Baiklah, sekarang selak helaian mukasurat yang sudah sedari awal tadi. Ini pun dia... mukasurat tujuh puluh enam. Jadual dikaji lagi dengan penuh cermat dan teliti. Anak mata Tokyo... Akita... tapi kena tukar keretapi pula... di... di mana? Kanji apa pula ini? Seioka? Macam tak sedap sebutannya pula. Mungkin Jyouoka. Baiklah... tiba di Stesen Jyouoka (kalau tak silap sebutannya), Iwate nanti aku perlu cari Komachi 19 pula. Sebab, keretapi yang dinaiki sekarang, Hayate 19, akan terus ke Stesen Hachiko. Maknanya, sebaik saja keretapi ini mula berhenti di perhentian pertamanya di Sendai nanti, aku perlu peka dengan setiap pengumanan yang dibuat. Tak boleh tidur, tak boleh leka!

Memang tak dapat tidur walau sesaat pun kerana aku asyik membayangkan pertemuan indah dengan Mukhriz nanti. Aku tersenyum sendiri. Tiga minggu... dan tak sampai beberapa jam lagi kita akan bertemu semula. Aku memasukkan buku di dalam beg. Letak kepala dibetulkan. Cuba mencari keselesaan. Selesa, sungguh selesa. Rasa macam dalam kapal terbang. Kemudian pandangan dilempar keluar tingkap. Namun tiada apa yang menarik, yang ada hanyalah kegelapan malam, walaupun baru jam empat petang. Malam tiba lebih awal sepanjang musim sejuk.

Musim sejuk.
Musim sejuk tahun lalu...

Awak ni suka sangat hilang. Dah masuk kali kedua saya terpaksa 'selamatkan' awak begini.

Nampaknya kita terperangkap dalam densya ni.

Mujur awal-awal lagi kita dah budget masa untuk kes-kes kecemasan macam ni. Lagipun, kita dah bertolak lewat sikit dari Tokyo eki pagi tadi. Jadi janganlah awak tension dan anggap semua ni salah awak seorang, Khadijah.

Apa komen awak tentang buku tu? Apa yang pengajaran awak dapat? Mungkin boleh kongsi dengan kami sementara tunggu densya seterusnya ni.

Bakal pengantinnya kan suka hilangkan diri. Jangan sampai abang Mukhriz kena datang jemput lagi sudahlah. Ataupun... abang Mukhriz terpaksa hantar pasukan mencari dan menyelamat pengantin yang hilang.

Satu-persatu kenangan bersama dengan Mukhriz berlayar di ruang mata. Kenangan yang mengusik kalbu. Kami berdua akan ketawa setiap kali mengingatkan betapa gelabahnya aku waktu itu. Mukhriz lagi melampau-lampau gelaknya. Bekas Ketua Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah itu bagaikan terlupa tentang satu daripada sepuluh wasiat syahid Hassan Al-Banna yang dipegangnya selama ini.

"Tak elok banyak ketawa. Hati orang yang ingatkan Allah kena sentiasa tenang. Bukannya tergelak-gelak tak tentu hala macam abang sekarang ni." Aku tidak berniat untuk menyindir tapi hati ini sudah tak tahan melihat Mukhriz yang asyik tersengih-sengih macam kerang busuk.

Dia merenung aku. Tawanya menyirna. Hati ini dilanda gusar. Marahkah dia? Tapi, perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman yang bisa mengocak perasaan perempuanku.
"Terima kasih sayang."
Tangan aku diraihnya tak semena-mena. "Dan.. maafkan abang, ya..." Jari-jemariku dibawa ke bibir lalu dikucupnya lembut. Kemudian, langkah yang terhenti dihayun semula menuju ke Masjidil Haram. Dan, tanganku masih dalam genggamannya.


Aku merenung jam. Jam pemberian Mukhriz. Baru sejam perjalanan, masih awal lagi, bisikku dalam hati. Sebenarnya aku tidak berapa sukakan jam elektronik begini. Nampak maskulin dan kompleks. Tetapi memandangkan ianya daripada Mukhriz, aku kenakan juga untuk perjalanan kali ini. Buat pertama kalinya. Bak kata Mukhriz, fungsi 'alarm'nya akan berguna sewaktu aku menaiki keretapi. Abang, abang... tak habis-habis mahu mengusik.

"Kalau beri nasihat tanpa maksud terselindung, tak boleh ke? Ni asyik perli Adi pasal kes hari tu aja..." Aku menggumam menahan marah, sebaik sahaja Mukhriz selesai memberikan tunjuk ajar cara menggunakan jam yang dihadiahkannya itu.
"Bukan perli... tapi nasihat ikhlas, sayang! Adi tu yang cepat sangat terasa hati dengan abang."
"Iya ke? Bukan nasihat sambil perli ke? Kan lebih tepat dan betul!" Aku menjeling tajam.

"Ish, abang tak pernah ada niat macam tu pun..." Mukhriz ketawa suka hati. "Abang cuma usik aja." Dia mengenyitkan mata. "Bukannya apa... suka tengok muka Adi yang dah merah macam udang kena bakar tu. Dan sepasang mata Adi tu..." Sekilas renungannya menyapu wajahku hingga aku tertunduk malu.
"Aduhai, jelingannya memang menggoda habis!" Katanya sambil mendekatkan bibirnya ke wajahku.
Serentak itu, satu tamparan hinggap pada si suami yang sedang menguji tahap kesabaran si isteri.


Pap!
Kepala adik kecil yang duduk di sebelah terhantuk pada bahu kiri. Aku tersentak. Gadis comel itu terkebil-kebil memandangku, begitu juga dengan ibunya yang perasan akan kejadian tersebut. Cepat-cepat aku menghulurkan senyum.

"Mengantuk ya? Tanyaku pada si kecil. Ramah.
Dia mengangguk. "Sumimasen! Gomen nasai..." Dia masih tersipu-sipu malu. Kemudian si ibu pula meminta maaf buat kali kedua.

Anak Jepun yang comel itu masih nampak takut-takut. Agaknya dia fikir aku ini obake. Hantu. Ya, memang pernah aku digelar sebegitu oleh anak kecil yang serupa ini. Tudung yang melilit kepala ini mengundang rasa gusar di hati mereka, barangkali. Oleh sebab itu, aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain.

Kini wajah tampan Mukhriz bermain-main di ruang mata. Dia tersenyum, dia tertawa. Hati sekali lagi dilanda ombak rindu. Kerna kerinduan inilah yang 'menghanyutkan' aku dari kota besar Tokyo hingga sampai ke persisir pantai Akita... dalam sedikit masa lagi. Aku terus-menerus memikirkan perkataan terbaik yang harus diucapkan apabila bertemu dengan Mukhriz nanti.

Kalau suka berkhayal macam ni, awak akan hilang lagi, Khadijah!


Sebenarnya Khadijah yang sudah tak sabar lagi ingin berkhayal dan hilang dalam dakapan hangatmu itu, sayang!

Dalam pekat malam keretapi terus meluncur laju...


Kehangatan yang kudambakan tidak lebih dari impian yang tidak kesampaian. Ibarat menanti bumi Tokyo dihujani salji setiap hari. Hatinya masih dingin. Sama seperti waktu dia meninggalkan aku tiga minggu yang lalu. Bukannya ini yang aku inginkan setelah sekian lama kami terputus berita. Bukan ini...

"Abang, cakaplah sesuatu. Jangan diam aja macam ni..." Gesaku. Kolam mata sudah terasa makin hangat. Kalau keadaan berterusan sebegini, tak mustahil aku menumpahkan air mata di dalam kereta ini... sekarang juga!

Pandangan dihalakan ke hadapan. Aku tak mahu menambahkan beban di hati ini lagi dengan melihat wajahnya yang tak berperasaan itu. Tiada lama kemudian, kedengaran bunyi bersin tidak berhenti-henti darinya tiba-tiba. Segera aku berpaling dan memerhatikan si dia yang masih memberikan tumpuan pada jalan raya. Seolah-olah dia tidak mengambil pusing kata-kataku sebentar tadi. Seolah-olah dia tidak ingin tahu sama ada isteri kesayangannya sedang kesedihan kala ini. Sampainya hati...

"Kenapa kita berhenti kat sini?" Aku sedikit terkejut sebaik sahaja mendapati Mukhriz sudah memarkir kereta di dalam suatu kawasan yang dihadang oleh pokok-pokok besar di hadapannya.

"Jom keluar kejap..." Itulah ayat pertamanya sejak kereta kami naiki meninggalkan Stesen Akita hampir satu jam yang lalu. Aku masih lagi termenung memikirkan kesudahan keadaan kami ini sehinggalah bunyi pintu dibuka mencecah gegendang telinga.

"Adi..." Dia menyentuh lembut bahuku.

Mahu tak mahu aku terpaksa keluar juga. Dia menarik tanganku supaya mengikut langkahnya. Keadaan sungguh sepi sekali. Selama itu aku hanya tunduk menahan air mata turun membasahi pipi.

"Tengok tu... cantik, kan." Dia menuding ke arah sesuatu di hadapan kami.

Aku hanya pandang sekilas. "Adi datang bukan sebab nak tengok lampu-lampu, bang." Tuturku perlahan.

"Abang tahu..." Sahutnya tanpa memandang aku.

"Kenapa? Kenapa abang dingin pada Adi? Apa salah Adi?"

Dia mendengus perlahan. "Bukan salah sesiapa..."

"Tak mungkin."

"Adi ingat lagi janji yang Adi cakap waktu kita baru kahwin dulu? Janji Adi pada abang... dan harapan abang pada Adi. Ingat lagi tak?"

"Janji apa?" Aku merenungnya dengan wajah penuh tanda tanya.

"Tak apalah kalau tak ingat. Tak penting pun." Ujarnya seakan merajuk. "Jomlah kita balik. Lagipun dah makin sejuk ni. Tak elok duduk di luar lama-lama... tak bagus untuk kesihatan." Langkahnya sudah diatur semula ke tempat parkir.

Kereta bergerak perlahan di celah kenderaan yang lalu-lalang. Aku terus merenung keluar tingkap, memerhatikan salji yang mulai turun waktu itu. Namun fikiranku masih tertumpu pada perbualan kami di atas bukit tadi. Janji? Janji apa?

"Abang, Adi pernah terdengar... bila salah seorang suami atau isteri mati... dan dia ni dari kalangan penghuni syurga... pasangannya yang masih hidup tu pula tak berkahwin lagi lepas tu... masa akhirat nanti Allah akan kumpulkan mereka berdua dalam syurga. Betul ke bang?" Dia mengangguk.

"Kalau macam tu berjanjilah dengan Adi. Abang takkan berkahwin lagi sesudah Adi 'pergi' nanti... dan Adi pun takkan berkahwin seandainya abang yang 'pergi' dulu..." Aku memandangnya dengan penuh harap.

Mukhriz tidak segera menjawab, berfikir sejenak. "Dulu... ada seorang perempuan ni... Hindun binti Abu Umaiyah bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum... nak ikat janji dengan suaminya macam ni juga..." Balasnya sambil tersenyum.

"Amboi... siap nama nenek moyang sekali. Abang ni biar betul." Aku ketawa mengekek. Aku fikir dia sengaja mengada-adakan cerita.

"Dah habis betullah ni..." Mukhriz membulatkan matanya hingga buat aku tergelak besar. "Dia ni dari bangsa Quraisy..." Sambungnya lagi.

"Oh, ni mesti cerita zaman nabi. Betul kan?" Mukhriz mengangguk.

"Suatu hari dia pun mintalah suami dia berjanji macam Adi buat tadi. Tapi... tapi suaminya tak mahu. Yang si suami ni suruh isterinya kahwin lagi kalau ditakdirkan dia yang mati dulu. Lepas tu suami tui siap berdoa minta Allah berikan isteri dia sorang suami yang lebih baik daripada diri dia. Gantikan dengan seseorang yang takkan buat isteri dia sedih dan takkan aniayai isterinya tu." Mukhriz terus bercerita.

"Lepas tu apa jadi?"

"Akhirnya si suami mati sebab luka-luka yang dia dapat masa perang Badar dan Uhud. Lepas habis iddah, isterinya yang masih hidup tu dilamar Abu Bakar As-Siddiq tapi ditolaknya. Lepas tu Umar Al-Khattab pula datang melamar. Perempuan tu tetap menolak."

"Mesti perempuan ni seorang yang hebat kan?" Mukhriz mengiyakan.

"Yang terakhirnya, seorang lelaki yang mulia kirim orang untuk melamar perempuan ni. Tapi dia tolak juga dengan alasan; dia dah tua dan ada anak yang ramai, dan dia ni sangat cemburu orangnya."


"Tapi mesti lelaki tu tak kisah, kan?" Macam pernah terdengar cerita ini, tapi di mana ya?

"Betul. Mereka pun melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal, tahun keempat hijrah." Dia berhenti seketika dan menatap wajahku. "Dan perempuan tu... perempuan tu... Ummi Salamah. Dia isteri Rasullullah s.aw."  Mukhriz menanti reaksiku. Tapi aku pura-pura tidak melihat.

"Bila suaminya mati, dia jadi isteri kepada Muhammad bin Abdullah. Yang seorang ni pun macam tu juga... Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai..."

"Semua tu sebahagian dari sejarah... peristiwa-peristiwa yang dah berlalu... yang tak ada kaitannya dengan perjalanan hidup kita hari ni." Aku cepat-cepat memotong. Aku tidak mahu suami yang baru aku nikahi ini mengaitkan aku dengan isteri nabi yang satu itu.

"Tapi... sejarah boleh jadi panduan untuk kita teruskan perjalanan hidup kita menuju masa depan..." Mukhriz mengenyitkan mata. Masih mahu mengusik.

"Kalau abang hebat sangat, sebutkan nama Khadijah yang ni pula..." Aku segera menukar arah topik perbualan kami. Aku tidak ingin lagi dengar hujah Mukhriz tentang masa depan. Masa depan aku adalah untuk bersama-sama dengan dia buat selama-lamanya.... dengan izin Tuhan. Dia senyum. Dengan tenang disebutnya satu-persatu hinggga aku terpegun seketika.

"Tak sangka abang kahwin dengan cucu-cicit tok imam rupanya." Tambahnya kemudian.
"Okeylah... giliran abang pula..."

Aku meneguk air liur.
"Syed Ahmad Mukhriz bin Syed Ahmad Mokhtar bin Syed Ahmad Muslim bin... Syed Muhammad Al-Bakry...?" Bergetar suaraku bila Mukhriz sengaja mendekatkan wajahnya padaku.


"Muhammad Al-Hanafi, duhai Khadijahku sayang..." Ucapnya seraya memeluk tubuhku erat. Dan, satu kucupan singgah di dahiku.

"Asyik Khadijah... Khadijah saja yang disebutnya. Seolah-olah di dunia ini tak ada perempuan lain selain Khadijah saja..."
"Apa?" Aku sedikit hairan.
"Kata-kata Aisyah yang cemburukan Khadijah..." Bibirnya singgah di hidung pula.

"Siapa lagi sesudah Khadijah?"
Aku mengangkat muka. "Siapa?" Ulangku.
"Soalan nabi pada Khaulah binti Hakim masa dia cadangkan supaya nabi berkahwin lagi..." Kali ini pipi kanan dan kiri pula. Hangat.


"Abang tengah ulangkaji tajuk apa-apa ke ni?" Soalku namun tiada berbalas. Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran kuat di cuping telinga.

"Demi jiwa Khadijah yang ada di dalam genggamanNya, saya berharap engkau akan menjadi nabi umat ini..." Pandangan kami bertaut.
"Waktu nabi pulang dari gua Hira'..." Aku menjawab tanpa dipinta. Mukhriz mengangguk setuju.

"Demi jiwa Mukhriz yang ada di dalam genggamanNya, abang berharap Khadijah akan menjadi isteri abang... buat selama-lamanya..."

"Sejak Adi kenal abang, barulah Adi sedar sirah tu menarik."
"Sirah memang dah sedia menarik, sayang. Ditambah lagi yang menyampaikannya tu... abang. Makin menariklah jadinya..." Kata Mukhriz sambil menepuk dadanya.

Dalam kegelapan malam, salji di luar sana turun dengan lebatnya. Menyemarakkan kedinginan yang kian menyelubungi.

Posted at 10:41 am by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry