:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
Berani Kerana Benar
Perkahwinan. Terjalinnya ia dengan lafaz. Terpisahnya jua dengan lafaz. Bila janji sudah terlerai, bertukarlah status isteri menjadi janda. Janda. Ibu tunggal. Atau apa saja gelaran yang mereka berikan membawa maksud yang sama saja. Tetapi hina sangatkah menjadi seoarang janda?
"Bab kahwin empat ni memang lelaki suka. Sunnah nabi, kan. Kalau nak kahwin satu lagi tu mestilah ramai yang suka pilih yang masih dar*. Ya lah, buat apa nak pilih janda, barang 'second hand'! Perempuan yang dah ditebuk tu..." Pembicara terus pecah tawa seorang diri.
Berdesing telinga kau mendengar butiran kata yang terluah dari mulut ustaz muda yang sedang 'enak' memberi kuliahnya ini. Yang kononnya memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengajian islam dari United Kingdom. Kalau diturut rasa amarah, sudah lama aku tampar kuat-kuat mulut ustaz yang celupar itu. Sebagai seorang perempuan, aku turut merasa terhina dengan ucapan yang sedemikian rupa.
Lelaki. Kenapa segelintir kalangan mereka suka menjadikan hal yang berkait rapat dengan perempuan sebagai suatu bahan ketawa? Jandalah. Anak dara tualah. Sudah ditebuk... Aku sendiri tidak sanggup melafazkan kalimah terakhir itu. Rasa malu sangat. Adakah ustaz beranak empat itu tidak punya rasa malu?
Bolehkah janda itu sama tarafkan dengan barang second hand? Barang? Sepanjang pembacaan aku tentang perkahwinan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah r.a (atau isteri-isteri baginda yang pernah berkahwin sebelumnya), baginda Rasulullah tidak pernah sekalipun menghina status mereka. Rasulullah s.a.w hampir tidak pernah keluar rumah tanpa menyebut-nyebut Khadijah r.a dan memuji kebaikannya. Pada suatu hari baginda menyebut Khadijah r.a di hadapan Aisyah r.a. Lalu meledaklah lahar cemburu di dalam hati Aisyah. Lalu dia mengatakan kepada baginda : "Bukankah dia hanya seorang perempuan tua bangka yang tidak berghair*h? Kelebihan apakah yang dimiliki perempuan itu? Padahal Allah.telah memberikan untukmu gantinya yang lebih baik dalam segala-galanya dibandingkan dia?"
Mendengar ucapan Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w marah tidak terkira, sampai anak rambut di bahagian dahinya meremang, lantaran kemarahannya yang luar biasa itu.Kemudian dia berkata:
"Tidak. Demi Allah tidak! Allah tidak pernah menggantikannya dengan seorang perempuan lain yang lebih baik daripada Khadijah. Tahukah engkau bahawa dia beriman kepadaku pada waktu orang lain menentang risalahku. Dia membenarkan apa yang aku dakwahkan pada waktu orang lain mendustaiku. Dia telah menyokong aku dengan harta yang dimilikinya, sedang orang lain mengharamkan sumbangan hartanya kepada usahaku. Dan tahukah engkau bahawa dialah satu-satunya isteri tercinta yang telah diberi kurnia oleh Allah dengan keturunanku melalui rahimnya, padahal isteriku yang lain tidak memberikan keturunan."
Setelah kejadian itu, tutur Aisyah r.a, "Kuikrarkan pada diriku bahawa aku tidak menyebut-nyebut keburukan Khadijah di hadapan Rasulullah."
"Kenapa semua 'sister' di belakang pandang ana lain macam?" Riak wajah ustaz itu nampak gelisah. Matanya tertumpu pada sepuluh orang pelajar siswi yang turut mengikuti 'tazkirah'nya itu.
Aku menoleh kiri dan kanan. Boleh dikatakan muka masing-masing nampak tegang. Macam singa yang tidak sabar hendak membaham mangsanya. Pelajar siswa yang duduk mengelilingi ustaz tidak berkutik. Senyap sunyi.
Mukhriz, Fahmi, dan teman-teman lain - majoritinya boleh dikatakan terlibat dalam persatuan dan usrah saling berpandangan antara satu sama lain. Sedari tadi, aku perhatikan mereka nampak kurang senang dengan cara penyampaian ustaz yang muncul tiba-tiba di bumi Akita ini. Atas dasar hormat, mereka menjemput ustaz itu memberikan sedikit pengisian sementara menanti masuknya waktu Isyak. Tetapi lain pula jadinya.
"Ustaz..." Asma' yang duduk di barisan hadapan mengangkat tangan, meminta izin untuk berbicara. "Kalau Siti Khadijah isteri Rasulullah dengar kata-kata ustaz tadi, mesti dia berkecil hati. Ustaz samakan janda dengan barang 'second hand', kan? Siti Khadijah dah dua kali menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Jadi, apa pendapat ustaz tentang hal ni?"
Aku dan Kak Fida mengerling ke arah Asma'. Pelajar tahun dua kejuruteraan Bioteknologi itu memang terkenal dengan kebenarian dan kelantangannya dalam mengeluarkan pendapat. Selalunya dalam mesyuarat PKPMIJ, dialah juara antara siswi yang ada.
Ustaz berusia mencecah usia empat puluh tahun itu terdiam. Tergamam. Habis merah padam mukanya yang bulat itu. Ustaz itu sudah sedar bahawa dia tersalah bicara. Yang berhadapan dengannya sekarang bukannya calang-calang orang muda. Kami ini orang muda yang sudah terlatih dan terdidik supaya berdakwah dengan penuh hikmah dan sebaik-baik bicara. Dia memang sudah silap besar!
Aku lihat Asma' tersenyum puas. Berani kerana benar. Kembali beralih pada ustaz di hadapan. Dan kebenaran itu pula kadangkala menyakitkan!
Rujukan: Kisah Siti Khadijah Binti Khuwailid Hartawan Penyejuk Hati Nabi Jasmin Enterprise
Posted at 10:42 am by anrys
|
|
|