:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (18)

Al-Ansar

Waktu sudah hampir menjangkau jam sembilan malam. Mesyuarat yang bermula tiga puluh minit yang lalu makin tiba ke penghujungnya. Agenda pertemuan ringkas ini sekadar berkisar soal iktikaf pelajar siswa malam itu dan maklumat terbaru program cuti musim sejuk di pulau Hokkaido akan datang.

Fahmi Mahad, selaku ketua Lujnah Dakwah dan Tarbiyah, baru sahaja selesai mengingatkan teman-temannya supaya dapat hadirkan diri ke masjid yang berdekatan malam itu. Hidupkan malam-malam Ramadhan dengan zikir-zikir dan doa serta mempertingkatkannya pada sepuluh malam terakhir.

"Sebaiknya-baiknya dengan beriktikaf... dan marilah sama-sama kita mengharapkan pertemuan dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan," tutur Fahmi dengan suara yang lembut seperti selalu.

Teman serumah Mukhriz itu memang santun tutur katanya. Alunan suaranya mampu mengundang rasa insaf dan syahdu setiap kali mengendalikan sesi muhasabah diri. Setahu aku, Mukhriz selalu merasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh temannya itu. Sampai ke hari ini Mukhriz masih merasakan dia belum mampu melaksanakan tugas itu sebaik Fahmi. Masih ada kekurangan pada dirinya yang perlu diperbaiki.

Satu persaingan yang sihat.

Pada pendapat aku, kerja Islam mempunyai magnitud dan arah seperti kuantiti vektor matematikal. Sekiranya individu-individu tidak berkerjasama antara satu sama lain, tidak mempunyai perancangan yang teliti dan tidak faham akan matlamat mereka, maka ia tidak akan menghasilkan apa-apa, walaupun terlalu banyak tenaga yang dicurahkan.

Jika kita masih mencari kesalahan orang lain, tidak menghargai dan menghiraukan sumbangan-sumbangan positif dan memperkecilkan pencapaian orang lain, kita tidak akan ke mana-mana. Kita mesti tinggalkan perasaan dan sikap bahawa kitalah yang selalunya betul dan yang lain selalunya salah. Kita mesti kenal semua pekerja dalam lapangan Islam dan mencuba untuk selaraskan usaha-usaha kita.

Dalam usaha penyelarasan ini pasti akan berlaku perbezaan pendapat. Sepatutnya perbezaan pendapat dianggap sebagai satu rahmat, akan tetapi yang selalu terjadi adalah sebaliknya. Kita hilang sifat toleransi. Semangat ukhuwwah menjadi kebencian. Perbezaan pendapat akhirnya membawa kepada perbezaan isi hati. Lalu bibit-bibit perpecahan pun mulai timbul. Mengapa sampai boleh jadi begini?

Yang menghairankan, mengapa pula pandangan baru seringkali dipandang sebagai ancaman yang boleh merosakkan sesebuah gerakan? Kita memiliki produk yang bagus, tetapi jurujualnya tidak bagus. Kita masih menampilkan strategi pemasaran yang sama. Lalu bagaimana kita mahu membuat perubahan yang ketara dalam masyarakat?

Maka atas alasan itu, PKPIMJ berusaha menghasilkan generasi pemimpin yang aktif yang akan mempelopori perubahan sosial dengan memperoleh ilmu dan kebijaksanaan serta mengamalkan dakwah dengan persepsi dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif. Di sinilah lahirnya individu-individu seperti Mukhriz dan Asma`, yang punyai sifat kepimpinan, mampu memberi inspirasi dan pengaruh kepada orang lain supaya berkerja dengan bersungguh-sungguh dalam usaha menyokong objektif gerakan.

"Mukhriz. Ada apa-apa nak tambah?" Soal Fahmi kepada naib ketua persatuannya itu.

Mukhriz nampak kurang aktif malam ini. Berbeza sungguh kelakuannya. Dia lebih banyak membisu. Dia memejamkan mata sepanjang Zaki mengkhabarkan perkembangan terkini program musim sejuk yang diuruskan oleh mereka, PKPIMJ cawangan utara (Hokkaido dan Tohoku). Lalu hati seorang isteri ini diburu kebimbangan yang tidak bertepi.

Mukhriz berganjak ke hadapan, mengambil tempat di sebelah Fahmi. Seperti biasa, ucapannya dimulakan dengan selawat ke atas nabi dan petikan ayat Al-Quran. "Dari surah At-Taubah, ayat tujuh puluh satu hingga tujuh puluh dua. Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain…." Mukhriz menyebut terjemaahan tersebut sehingga akhir ayat.

"Allah dah tegaskan dalam firmannya - orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Jadi, ana harap sangat... lelaki-lelaki yang berada di hadapan ana ni... termasuklah diri ana sendiri... kita sentiasa mengambil berat tentang kaum hawa yang berada di belakang sana. Ketahuilah bahawa mereka ni adalah penolong kita.

Jangan diikuti penganut agama lain. Dalam agama-agama lain keburukan-keburukan dilemparkan terhadap wanita. Tetapi menurut Islam, hukuman yang dikenakan kepada Adam, iaitu keluar dari syurga, bukanlah berpunca dari kesalahan Hawa saja, tetapi kesalahan mereka bersama. Firman Allah: Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluar dari keadaan (kemuliaan hidup syurga yang mereka nikmati) sebelum ini. Jadi, jangan pula kita berat sebelah dalam memberikan pendapat yang melibatkan perempuan. Apa saja kesalahan berlaku di atas muka bumi ni berpunca daripada perempuan. Tak boleh macam tu... sedangkan lelaki pun buat salah juga." Ucap Mukhriz panjang lebar.

"Ana tak mahu dengar aduan dari akhwat tentang ikhwah yang tak tahu menghormati mereka. Kalau nak beri teguran, berilah nasihat yang baik-baik pada mereka." Tambahnya lagi dengan nada yang tegas. Mungkin 'arahan' ini ada kaitannya dengan kes ustaz tadi.

"Kak Rufaidah, Khadijah, Asma'…." Mukhriz menyebut nama kami bersepuluh satu-persatu. Masing-masing terus mengangkat muka. "... tolong beritahu ana kalau ada di antara ikhwah yang menyakitkan hati kalian. Jangan takut!"

Mukhriz beralih pada pelajar siswa semula. "Paling sempurna kaum mukminin terhadap keimanannya ialah yang terbaik budi pekertinya di antara mereka itu, dan yang terbaik di antara kaum mukminin itu adalah yang terbaik sifatnya terhadap kaum wanitanya. Harap kita semua dapat amalkan pesanan nabi yang satu ni.

"Insya-Allah, kami akan cuba sebaiknya." Barisan pelajar siswa mengangguk hampir serentak.

Aku tersenyum senang. Hati ini tidak dapat menahan daripada memuji tindakan suami aku itu. Dia sekadar menjalankan tugasnya sebagai pimpinan teratas. Dan sebagai manusia, kita sememangnya perlu saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran.

"Asma'..." Seru Mukhriz.
"Ya?" Gadis manis itu nampak agak terpinga-pinga.
"Ana harap kita punya lebih ramai Asma' lepas ni. Yang boleh jadi jurucakap rasmi bagi pihak wanita." Kata Mukhriz sambil tersenyum gembira.
"Dan kami harap lebih ramai Mukhriz yang sudi latih bakal-bakal jurucakap rasmi..." Sambung Kak Fida. Dia tahu Mukhriz banyak membantu Asma'. Mukhriz selalu melebihkan Asma' daripada yang lain kerana dia mengetahui potensi yang ada dalam diri gadis itu.



"Abang Mukhriz, Asma' nak buat aduan pertama boleh?" Ujar Asma' sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Mukhriz bergerak meninggalkan rumah akhi Zafrullah, ameer PMPKIMJ tahun itu. Zafrullah Omar, pelajar tahun pertama yang sedang berusaha mendapat gelaran doktor itu tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat kerana terikat dengan urusan di makmalnya.

"Amboi, belum apa-apa dah nak mengadu?" Usik Mukhriz sambil tergelak.
"Yalah, kita mesti manfaatkan peluang yang ada." Asma' mengenyitkan mata.
"Apa dia?"

Asma' berdehem. "Ala... Pasal seorang senpai (senior) ni... dia asyik padan-padankan Asma' dengan kawan serumah dia. Tahulah dia ni baru kahwin dan tengah bahagia sekarang. Tapi Asma' kan muda lagi, tak cukup matang, tak bersedia. Jadi, boleh tak abang Mukhriz nasihat pada senpai tu... carilah orang lain yang lebih sesuai untuk kawan dia tu. Boleh?"

Mukhriz ketawa. "Agaknya abang Mukhriz kenal tak senpai tu?" Dia pura-pura tidak tahu sedangkan jelas sangat Asma' sedang berkata tentang dirinya. Mukhriz sendiri pernah beritahu pada aku, bahawa dia hendak memadankan Asma' dengan Fahmi.
"Terlebih kenal..." Wajah Asma' sudah mencerut bila melihat Mukhriz asyik tersenyum-senyum. Seperti tidak mengendahkan aduannya itu.

"Apa kurangnya Fahmi tu, Asma'?"
"Tak ada kurangnya. Cuma... dia tu terlalu baik. Asma' ni pula nakal-nakal sikit."
"Terlalu baik pun satu kesalahan?"
"Tak salah... tapi takut tak sepadan."
"Kenapa pula macam tu? Soal sepadan tak sepadan tak timbul. Fahmi sendiri yang minta tanyakan pasal Asma'... bukannya abang Mukhriz yang pandai-pandai sendiri. Sebab Fahmi rasa Asma' sepadan dengan dia, barulah dia berani tanya. Dah berapa kali abang Mukhriz cakap macam tu, kan?"
Asma' terdiam terus.

"Tapi... kalau tak silap... baru dua kali abang Mukhriz sebut pasal Fahmi. Asma' yang terfikir-fikir pasal si dia, salahkan abang Mukhriz pula. Macam kita paksa dia hari-hari. Pandai..."
"Mana ada..." Asma' mula gelisah diusik sebegitu.
"Asma'.... memang susah nak buat keputusan kahwin muda ni. Kalau tak percaya, cubalah tanya pada kak Khadijah. Awal-awal dulu pun dia lari-lari daripada abang Mukhriz. Abang Mukhriz selalu juga fikir... apalah yang kurang lagi pada diri ni... sampai orang tu macam sudi tak sudi aja kat kita?" Mukhriz menjeling-jeling ke arah aku pula.

Tak ada yang kurangnya. Cuma rasa diri tidak layak memiliki lelaki sebaikmu, Mukhriz. Hati kecil ini berbisik. Entah kenapa rasa rendah diri itu tetap mengekori.

"Adi. Esok kita kena jumpa akhi Zafrullah. Adi kan ameerah Lujnah Pengorganisasian dan Perancangan. Agaknya dia nak tanya pasal senarai calon saf pimpinan tahun depan..." Mukhriz bersuara lagi.

Aku sekadar mengangguk. Satu lagi mesyuarat menanti. Tugas seorang daie memang tak pernah selesai.



Rujukan:
Panduan Latihan Untuk Pekerja Islam
Dr. Hisham Altalib
Nurin Enterprise

Managing Organization Behavior
Schemerhorn/Hunt/Osborn
John Wliey & Sons, Inc

Muhammad (s.a.w) Pembina Umat
Na'eem Siddiqui
Pustaka Salam

Posted at 10:42 am by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry