:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (19)

Kedinginan Di Suatu Hari


Sepi. Suasana jadi sepi sekali selepas kami menurunkan rakan-rakan yang menumpang kereta kami sebentar tadi. Sungguh aneh sekali apabila kami membiarkan situasi penuh kekok ini berlarutan sampai ke rumah. Kami tidak lagi berbual-bual. Suasananya seperti dalam dewan peperiksaan sahaja. Tiada siapa yang berani bercakap-cakap, apalagi mahu memulakan sebarang perbualan.

"Harap Khadijah selesa tinggal di sini. Nak masak apa-apa guna saja barang di dapur tu." Ujar Fahmi sambil menjinjit beg sederhana kecil ke muka pintu rumah.

"Maaflah, kalau kedatangan saya ni menyusahkan." Aku rasa serba salah melihat dia mengusung beg begitu. Tak fasal-fasal rakan serumah Mukhriz terpaksa 'dihalau' keluar selama beberapa hari bagi memberi laluan kepada aku menginap di rumah bujang mereka ini.

"Taklah. Lagipun dah nak raya, kan. Mestilah nak beraya dengan suami. Antum berdua kan masih pengantin baru." Usik Fahmi kepada kami berdua.

Mukhriz sekadar senyum sedikit. Tidak tertarik dan teruja langsung dengan usikan tersebut. "Adi masuklah bilik dulu. Abang nak bercakap sekejap dengan Fahmi."

"Kalau nak memasak, guna saja apa yang ada di dapur tu. Tak cukup minta Mukhriz belikan, ya. Kami sebenarnya dah lama tak masak, Khadijah. Dua-dua sibuk. Baiklah, jumpa nanti..." Fahmi mengingatkan aku sekali lagi sebelum berlalu dengan Mukhriz ke ruang hadapan. Mataku sempat menangkap rak kabinet dan dapur yang bersih di rumah mereka. Memang nampak macam jarang digunakan.

Aku segera masuk ke dalam bilik untuk melepaskan lelah. Sebentar kemudian, Mukhriz pun masuk dengan wajah yang 'ketat' mengalahkan pegawai peperiksaan. Amboi, seriusnya cik abang aku ni! Adakah senyuman Adi sudah tidak memikat hati abang?

Dia menarik keluar tong minyak dari dalam pemanas lalu pergi ke dapur mengisi dengan toyu yang baru. Sekejap sahaja bau minyak gas dan kehangatan tersebar ke seluruh ruang bilik. Mukhriz segera mengeluarkan futon, selimut dan bantai dari oshire, dan kemudian menghamparkannya di atas permaidani yang menutupi lantai tatami Jepun ini. Mukhriz asyik keluar masuk bilik sehingga aku tidak dapat memulakan sebaris ayat sekali pun. Tengok-tengok saja dia sudah bersiap-siap hendak tidur.

"Tak perlulah kita bincang apa-apa malam ni. Dah lewat dan abang sangat mengantuk." Ujar Mukhriz sekali lafaz lalu menarik selimut bulu dan kake futon rapat ke dada.

"Oyasumi..." Ucapku, tanpa mendapat balasan darinya. Aku jadi terkedu sendiri. Sedihnya. Tiada lagi kucupan 'selamat malam' di dahi seperti selalu. Dan kami sudah jadi seperti orang asing dalam sekelip mata. Kami seperti tidak saling mengenali!

Dengan perasaan yang terkilan, aku pun membuat hal sendiri. Segala jenis makanan yang sudah aku siapkan awal-awal di rumah sendiri sejak semalam lagi aku simpan di dalam peti ais mereka yang agak kosong. Mujurlah ada tempat hendak meletakkan makanan yang aku bawa ini.




Seawal jam tiga pagi aku sudah bangun menyiapkan makanan sahur untuk kami berdua. Aku sekadar memanaskan rendang yang dibawa dan memasak lauk sayur kubis goreng sahaja.

"Eh, abang dah bangun!" Aku sedikit terkejut apabila mengetahui Mukhriz sudah berada di sisiku.

"Tolong buatkan telur dadar macam yang Adi selalu masak tu. Boleh kan?" Ujarnya, masih dengan muka 'ketat' sebelum pergi ke bilik air.

Susah sangatkah nak senyum, Encik Mukhriz? usikku dalam hati. 

Aku memandangnya sekilas sekali lagi sambil tersenyum. Perkembangan yang bagus! Pandai pula dia rindu pada lauk kesukaannya semasa berada di rumah aku. Apalah sedapnya telur dadar, sedangkan Adi boleh masak lauk-pauk macam orang kenduri. Alih-alih minta telur dadar juga. Senang sangat!

Pagi itu kami memulakan acara makan-makan dalam suasana yang dingin beku. Sedingin udara sejuk beku yang berada di luar sana. Pasti sekeliling rumah ini sedang diselaputi dengan salji tebal. Rasa sejuk dinginnya itu macam tembus masuk  ke dalam rumah.

"Betulkah yuki (salji) di tempat abang ni tebalnya boleh sampai satu meter?" Aku cuba mengajaknya berbicara.

Kening Mukhriz terangkat sesaat. Matanya memandang bebola mataku. Dia seperti teringat akan sesuatu. Pasti peristiwa kami terperangkap dalam keretapi suatu masa dahulu. Aku sangat pasti sekali. Namun selepas itu dia sekadar membalas dengan mengangkat bahu. Aku jadi hampa.

Dan kami terus terperangkap dalam suasana yang dingin ini. Barangkali sedingin hati Mukhriz saat ini...

Posted at 10:43 am by anrys

fizah
July 27, 2009   11:21 PM PDT
 
twu x per...
sdey siooot...
mukhriz....
sdey nyer...
lbih feeelin' plak..
adlina amani
January 3, 2009   11:24 PM PST
 
about more than a year--im waiting for new entry..ah, rindu terubat ..thanks kak anis for such lovely entry ..ermm.knapa mukhriz jadi lagu ni ???
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry