:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (2)

Takdirnya Sebuah Pertemuan


Mukhriz yang bersandar pada belakang kerusi sedang khusyuk membaca sewaktu aku dan Salwa kembali mendapatkannya. Setelah menyedari kehadiran kami, keningnya terangkat lalu senyuman nipis mengelopak di bibir. Tercetus lagi debaran di hati. Lalu cepat-cepat aku larikan pandangan ke arah lain.

"Khadijah..." Aku menoleh apabila namaku dipanggil. "Kita akan kumpul semula dengan yang lain dekat Sannomiya eki malam nanti. Sempat lagi kejar Moonlight Kyusyu sampai ke Moji." Beritahu Mukhriz.

"Betul?" Tanya aku, meminta kepastian.

Lelaki itu mengangguk mengiakannya.

"Alhamdulillah..." Ucapku lagi dengan penuh rasa syukur.

"Mujur awal-awal kita dah budget masa untuk hal-hal kecemasan begini. Lagipun, kita dah bertolak lewat sikit dari Tokyo eki pagi tadi. Jadi janganlah awak tension dan anggap semua ni salah awak seorang, Khadijah." Tutur lelaki yang terkenal dengan sifat menjaga masanya itu dengan nada yang cukup lembut.

Aku jadi senang hati. Dia tidaklah seburuk yang disangka. Aku sahaja yang cepat terasa hati yang bukan-bukan. Mudah buruk sangka pada orang. Hanya dek tegurannya yang bernada sinis itu hati ini tercuit dan tersinggung. Sepatutnya aku sudah maklum dengan sifat dan sikap dia yang satu itu kerana aku telah diberitahu sebelum ini.

"Sebagai seorang debator, saya dilatih menjadi seorang yang kritis. Perlu mencari kesalahan pihak lawan walau sekecil hama sekalipun. Sudah begitu adatnya. Kadangkala terbawa-bawa juga sikap ini di luar pentas debat. Saya tak dapat nafikan hal itu dan saya akui kelemahan saya itu. Tapi..." katanya sewaktu ditemuramah suatu ketika dahulu.

Masih disisipkan perkataan "tapi" walaupun dia sudah mengakui kekurangannya. Agaknya memang sudah lumrahnya begitu. Debator seperti dia sentiasa hendak menang bila berbicara. Dia dilatih untuk menentang hujah pihak lawan, walaupun kadangkala hujah dia sendiri bukannya betul mana pun.

Sewaktu lelaki itu sedang 'mempertahankan' dirinya, aku dan Hanis saling berbalas senyum. Seperti tahu yang masing-masing sedang memberikan analisis yang sama tentang Syed Ahmad Mukhriz. Apa khabar agaknya Hanis sekarang? Sihatkah dia? Tiba-tiba aku terkenangkan anak pakcik Zabidi yang sedang menuntut di UTM Skudai itu.

Nurhanis Zabidi, satu-satunya teman yang paling akrab sejak kami sama-sama menjejakkan kaki di Sekolah Tun Fatimah ini. Kami berdua memang sehati sejiwa. Entah macam mana dia yang mulut becok boleh serasi pula dengan aku yang pendiam. Pelik.

Sejak dari kecil aku ini pendiam dan suka menyendiri. Aku lebih suka membaca daripada berbual dengan orang. Aneh bukan perangai aku. Biasanya perempuan dilahirkan ringin mulut bukannya mulut yang kononnya tersimpan intan berlian seperti aku. Sifatku berbeza sungguh dengan adik-adikku yang lain. Mereka semuanya petah bercakap dan riuh rendah.

"Kawan angah selalu tanya, apa pasal kakak kau tu pendiam sangat. Tak becok macam angah. Angah pun hairan juga. Kenapa ya? Agaknya along ni bukan anak papa dengan mama kot." Tukas angah sambil ketawa berderai. 

Aku sungguh terasa hati waktu itu. Lalu aku segera mengadu pada papa yang baru pulang dari masjid. Manalah tahu kalau betul-betul aku ini anak angkat atau anak pungut.

"Kan nama along 'Nur Khadijah Binti Khuwailid'. Anak siapa lagi, anak papalah. Lagipun, along kan anak kesayangan papa. Sebab tu along pendiam macam papa ni juga. Jangan sedih lagi ya sayang." Pujuk papa sambil memeluk erat tubuhku yang kecil.

Setelah mendengar penjelasan papa hati aku kembali tenang. "Angah tu memang nak kena. Suka sangat buat lawak bukan-bukan. Siaplah dia lepas ni..." Kata papa lagi setelah mengetahui mulut angahlah yang terlebih bijak mereka cerita karut ini.

"Papa... janganlah marah angah. Kesian dia. Salah along juga sebab cepat sangat terasa." Walaupun sakit hati mengenangkan angah yang selalu cemburu 'kononnya papa selalu melebih-lebihkan aku', tapi tidak tergamak pula membiarkan dia dimarahi. Angah, angah... kalau cemburu sekalipun, janganlah kata sampai begitu sekali. Kecil hati along ni.

"Pendiam macam papa. Sensitif macam mama." Kata papa sambil memicit hidung aku.

Aku tersenyum-senyum malu. Kesedihan tadi hilang bersama belaian kasih papa. Kasih sayang itu juga dibahagikan pada setiap orang dalam jumlah yang sama banyak. Jadi, apa perlu cemburu lagi. Mungkin bahagian mama lebih sedikit sebab mama itukan buah hati pengarang jantung papa!

Papa tidak pernah segan silu melahirkan rasa cintanya pada mama di hadapan kami adik-beradik sehinggakan mama pula yang tersipu-sipu malu. Aduh, bahagianya hidup mereka berdua. Lalu aku bertekad di dalam hati, apabila besar nanti aku juga dipertemukan seseorang yang sebaik papa. Mudah-mudahan... begitulah doaku selalu. Mungkin orang lain akan kata, papa bukanlah contoh bapa mithali. Tetapi bagi aku, dialah insan yang terbaik dan tiada tolok bandingannya.

Rupa-rupanya doa aku siang dan malam itu termakbul apabila dipertemukan dengan Syed Ahmad Mukhriz. Aku rasakan dia memiliki keperibadian seperti papa. Semakin lama mengenali lelaki berketuranan syed itu, semakin aku tertarik akan keluhuran hatinya. Ditolak mulutnya yang suka memberi kata-kata pedas, dia memang seorang lelaki perfect! Sempurna pada pandangan aku, tentunya.

Masih ingat lagi betapa gelabahnya aku apabila ditugaskan untuk menemuramah lelaki itu. Lucu betul. Tidak pernah rasanya aku jadi segelabah itu.

"Boleh tolong interview dia ni?" Kata Seri Adriani lalu menghulurkan sekeping kertas kecil sahaja aku menyerahkan kepadanya hasil temuramah yang sudah siap dicetak dalam kertas saiz A4.

Aku membaca tulisan yang tercatat pada helaian kertas itu. Satu huruf demi satu huruf dengan perasaan yang berdebar-debar.

Syed Ahmad Mukhriz Syed Ahmad Mukhtar
Debat Bahasa Melayu - Sekolah Alam Shah


Aku ulang baca nama tersebut beberapa kali. Dada sudah berombak-ombak ganas. Wajah Seri yang bujur sirih ditatap dengan perasaan bercampur baur.

"Tapi dia ni lelaki..." Lemah aku bersuara.

"Ya. Aku tahu."

"Tak boleh ke suruh repoter lelaki yang pergi interview budak ni?"

Seri sudah berkerut dahi. "Repoter lelaki? Nak suruh siapa? Pakcik jaga? Sekolah kita ni semuanya perempuan, cik kak." Jawab ketua editor aku itu sambil ketawa kecil.

"Bila nak kena interview ni?" Soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Malu sendiri kerana terlupa pula akan hal itu. Bodohnya aku...

"Esok ada final match antara SAS dan MCKK. And this guy... antara nama yang disebut-sebut akan jadi debater terbaik. Jadi aku nak kau pergi interview dia. Lepas pemenang diumumkan... dan itupun kalau nama dia ni naik."

Aku menarik nafas lega apabila mendengar syarat yang dikenakan. "Kiranya kalau dia tak jadi best debater, tak perlulah. Begitu?"

Seri tidak pantas menjawab. Matanya tajam merenung aku seperti sudah tahu yang aku ingin mengelak. "Untuk pengetahuan kau, dia ni antara debater yang paling popular di seluruh SBP. Jadi, apa salahnya interview aja dia sementara ada peluang ni. Mungkin boleh letak dalam buletin sekolah bulan depan. Rasanya ramai student sekolah kita ni nak tahu pasal Mister Syed ni." Seri yang juga memegang jawatan sebagai editor buletin sekolah memberikan cadangan yang sekaligus melenyapkan angan-angan aku untuk lari daripada melakukan tugas ini.

Mudahnya dia berkata-kata, yang nak menemuramahnya nanti aku!

"Kenapa aku? Kenapa tak suruh aja orang lain?" Tanya aku pada anak kelahiran negeri Cik Siti Wan kembang itu. Patutlah tadi dia tersenyum-senyum pada aku. Rupanya ada udang di sebalik mee. Bukannya Seri tak tahu aku tidak betah di hadapan lelaki. Macam sengaja mahu mengenakan aku.

"Hari tu kau yang beria-ia nak tugas macam ni, kan. Jadi apa lagi..." Jawab Seri lalu mengenyitkan matanya. Wajah aku sudah masam mencuka. "Dan mana tahu dari pertemuan tu nanti dapat ilham untuk cerpen bersiri yang baru." Kata anak bongsu dari sembilan beradik itu sebelum berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

Aku kembali ke asrama dengan langkah yang longlai dan tidak bermaya. Nampaknya apa yang Hanis katakan semasa kami outing dua minggu sebelum itu menjadi kenyataan!

"Aku harap kali ni aku tak dapat tugas tulis cerpen lagi. Kalau tak, berasap kepala aku lagi ni tau. Dahlah terperuk aja dalam bilik komputer. Kalau boleh, aku nak interview orang. Nak pergi sana sini cari bahan untuk buletin. Baru best sikit. Adalah rasa macam wartawannya." Kata aku dengan penuh semangat sekali.

"Lepas tu pula... untung-untung dapat jumpa yang kacak dan tampan. Mana tahu boleh buat modal cerpen akan datang, kan. Tak gitu, Cik Adi?" Hanis menambah tanpa dipinta.

Bulat mata aku mendengarnya. "Sekarang siapa terlebih jiwa-jiwa? Aku atau kau, Cik Hanis? Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Balas aku yang tidak mahu mengalah.

Hanis tidak patut melabel aku sebagai minah jiwang karat hanya semata-mata kerana cerpen bersiri yang tersiar di buletin sekolah itu. Seronok sakan dia bila dapat peluang mengejek aku. Nur Khadijah Khuwailid yang kononnya tidak berperasaan dan hati keras macam batu, rupa-rupanya menulis kisah cinta!

Sebaik sahaja tiba di asrama, aku pergi mengadu nasib pada Hanis. Tak sempat aku habiskan mukadimah cerita, dia sudah rebah dan tidur dengan pulasnya. Penat sangat, barangkali. Sebelah petang tadi dia sudah berhempas-pulas beraksi di gelanggang bola keranjang untuk melayakkan pasukan sekolah kami ke peringkat akhir. 

Aku meninggalkan Hanis sudah dibuai lena lalu pergi menyiapkan soalan Mukhriz di bilik gerakan majlis perwakilan pelajar. Untung-untung Wani ada di sana. Bolehlah aku minta pendapat ketua pelajar kami yang juga merupakan wakil debat Bahasa Melayu itu.

Kaki ini tidak jadi melangkah setelah mendapati Syarifah Zarina Syed Zawawi atau lebih dikenali sebagai kak ratu dan 'dayang'nya, Laila Suriati sedang enak bersemayam. Dua teman baik itu sedang melepak sambil menjamah supper di situ.

"Eh, nak ke mana tu? Marilah duduk sini. Kita sembang-sembang." Pelawa kak ratu dengan ramah tiba-tiba. Laila di sebelahnya ketawa mengekek. Aku jadi curiga dengan kelakuan aneh mereka berdua.

"Tak apalah... Aku tengah cari Wani." Balas aku, sekadar berbasa-basi.

"Macamlah tak biasa dengan kami. Marilah masuk dulu. Kejap lagi datanglah si Wani tu." Kata si 'dayang' pula.

Aku jadi serba salah. Kaki ini melangkah jua. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, kak ratu mula membuka cerita. "Aku dengar cerita kau kena interview Syed Ahmad Mukhriz esok. Betul ke?"

"Haah..." Jawab aku, malas. Rupanya keramahan dan kemesraan dia tadi bersebab. Memang tepat firasat aku.

Mata kak ratu yang bulat itu tiba-tiba bersinar cerah umpama bulan purnama. Senyuman manis terukir di bibirnya yang merah delima. Syarifah Zarina memang cantik tetapi sikapnya yang suka busy body dan terlalu banyak bercakap buat aku kurang menyenanginya. Walaupun begitu hatinya baik dan tidak kedekut.

"Kenapa kau datang cari Wani?" Tanya kak ratu lagi sambil mencuri pandang buku nota aku yang terbuka luas.

"Aku kena buat soalan..." Belum sempat aku menyudahkan ayat, perempuan itu sudah menyampuk.

"You come to the right person, Adi. Kebetulan aku ni pun debator dan... aku cukup kenal dengan Mukhriz tu. Rasanya aku boleh bantu kau...." Dan dia terus bercerita bagaimana dia boleh berkenalan dengan Syed Ahmad Mukhriz.

"Jadi, esok kau akan jumpa dia sendiri?" Tanya exco keceriaan sekolah itu lagi. Kak ratu yang gemar berhias itu memang berbakat menghias dan menceriakan kawasan sekolah. Semacam jari-jemarinya memiliki sentuhan emas.

"Mungkin Hanis akan temankan." Jawabku ringkas.

"Kalau nak aku temankan beritahu aja... "

Aku mengangguk.

"Baiklah... aku akan tolong kau tapi sebelum tu aku ada sedikit permintaan." Kak ratu mempamerkan giginya yang tersusun indah.

"Apa dia?" Aku jadi gerun. Apakah di sebalik semua ini ada konspirasi besar-besaran yang sedang dirancang untuk mengenakan aku?

"Begini... biasanya orang berketurunan syed seperti Mukhriz tu, dia akan pilih calon dari kalangan sharifah juga. Seseorang yang sekufu dan sepadan.... macam aku ni contohnya." Ujar kak ratu sambil ketawa kecil. "Jadi, mungkin kau boleh tanyakan ciri-ciri wanita idaman dia... dia tu dah berpunya ke belum..."

Aku membeliakkan mata besar-besar. Seperti tidak mempercayai apa yang aku sedang dengar saat itu."Ni bukannya sesi photo shoot majalah hiburan, kak ratu." Balasku dengan suara perlahan. Bimbing pula dia terasa hati.

"Aku tahulah. Macamlah aku ni bodoh sangat. Sesama kawan pun takkan tak boleh tolong. Kau ni berkira sangatlah..."Katanya lalu menarik muka masam.

"Apa yang ribut-ribut ni?" Sapa seseorang.

Kami menoleh serentak. Melihat Syazwani Idrus tersembul di muka pintu, serasa mahu dipeluk teman sekerja aku itu dan berkata "Wani, kaulah penyelamat aku!"

Serta-merta wajah manis kak ratu dan Laila menjadi tawar. Semenjak kalah dalam pilihanraya pemilihan ketua pelajar awal tahun lalu, kak ratu melancarkan perang dingin ke atas Wani. Perempuan... tak habis-habis dengan perasaan cemburu dan iri hati.

"Kenapa dengan kak ratu kita tu?" Tanya Wani setelah kak ratu berlalu.

Aku menjungkitkan bahu. Malas memanjangkan cerita . Aku tolak ketepi soalan tidak relevan dari kak ratu tadi. Wajah Wani yang tenang aku pandang dalam-dalam. Tanpa membuang masa, aku terus bercerita pada dia.

"Kau akan interview Mukhriz? Wow!!" Wani melopong.

"Takkan kau yang kononnya mengaku keras hati sukakan Mukhriz juga. Nampaknya aku perlu cepat-cepat ketemu lelaki yang jadi sebutan ramai ni." Usikku.

Wani ketawa kecil. "He's a very good debater and i admire him. Kagum secara profesional, tentunya. One debater to another." Jawab Wani dengan tenang.

Sesuatu yang aku suka tentang anak kelahiran Changlung, Kedah itu. Bicaranya penuh hikmah. Berbeza sungguh dengan kak ratu. Tetapi siapalah aku hendak menilai mereka berdua. Macamlah aku ini baik sangat!

"Bila jumpa dengan dia nanti, kau akan faham apa yang aku maksudkan awal-awal tadi. Anyway, enjoy your interview, Adi." Kata Wani sebelum kami kembali ke bilik masing-masing.

Aku tersenyum tawar. Malam itu mata ini payah benar hendak lelap. Aku terkebil-kebil sendiri di atas katil. Rasa macam ada kupu-kupu yang terbang di dalam perut. Merayap-rayap hingga menimbulkan rasa kurang selesa.

Seperti yang telah dipinta oleh Seri Adriani, keesokan harinya aku berangkat ke Dewan Besar untuk menyaksikan pertandingan akhir debat Bahasa Melayu yang akan berlansung beberapa minit sahaja lagi. Hari ini Cik Nurhanis dengan murah hatinya sudi menemankan aku. Sayang Hanis!

"Kalau dia ni kalah pun kena interview juga ke?" Tanya Hanis.

Aku mengangguk lesu. "Dah Seri minta macam tu. Aku mana boleh bantah cakap dia. Dia kan editor, aku cuma makan gaji. Hitam kata Seri, hitam jugalah kata aku." Ujarku pura-pura sedih.

"Mesti ada apa-apa ni. Agaknya dia minat debater tu kot. Seri tu bukannnya boleh percaya sangat..." Wajah comel Hanis berkerut seribu.

Aku menjungkit bahu. Apa sahaja alasan Seri, aku terpaksa turutinya kerana tugas. Pandangan aku kembali ke atas pentas. Kelihatan kedua-dua belah pasukan sudahpun mengambil tempat di atas pentas. Acara pun bermula. Seorang demi seorang speaker diperkenalkan oleh pengerusi majlis.

Mana satu agaknya Syed Ahmad Mukhriz ni, hatiku berdetik.

Sampai sahaja pada giliran pasukan Sekolah Alam Shah. Aku sudah berdebar tidak henti. Yang pertama bukan. Cuma tinggal speaker kedua dan ketiga. Yang kedua wajahnya ala-ala orang dari Timur Tengah itu. Hidung mancung dua kali ganda daripada aku. Dia juga memilik sepasang mata yang dalam dan hitam pekat. Potensi dia berketurunan Syed-Syarifah sangat tinggi, fikir aku.

"Speaker kedua yang akan mewakili pihak kerajaan, dalam erti kata lain akan menyokong tajuk perbahasan pada hari ini ialah Syed Ahmad Mukhriz Syed Ahmad Mukhtar..."

Serentak dengan itu tepukan gemuruh bergema memenuhi ruang. Nafas aku terhenti seketika. Sah! Dia 'target' yang dicari! Dan kupu-kupu pun bebas berterbangan di dalam perut aku saat ini...

Aku memandang wajah lelaki kuning langsat itu buat kali kedua. Muka boleh tahan. Nampak serius dengan cermin mata tanpa bingkainya itu. Memang ada gaya seorang debator yang hebat!

Pengalaman mewakili rumah sukan dalam debat Bahasa Inggeris Ala Parlimen tahun lalu membuatkan aku tertarik untuk mendengar perlawanan hari ini dengan hati yang berkobar-kobar. Aku tidak tahu bahasa-bahasa teknikal yang digunakan untuk debat bahasa Melayu. Tetapi prosedurnya sama sahaja.

Perbahasan pun bermula. Speaker pertama dari Sekolah Alam Shah tampil ke hadapan sebagai Perdana Menteri mewakili pihak kerajaan. Dia menjelaskan definasi tajuk perbahasan dan menyatakan pendirian mereka, menyokong tajuk tersebut. Jika barisan pembangkang pula, mereka akan berbuat sebaliknya. Kemudian dia akan menerangkan tugas setiap speaker dari barisan pasukannya dan selepas itu hanya menyampaikan satu hujah sahaja.

Seperti kelazimannya, setiap speakar boleh menerima POI (Point of Information?) atau dalam bahasa Melayunya, Izin Laluan iaitu persoalan yang dikemukakan oleh pihak lawan. Pada aku, waktu POI inilah yang paling menarik kerana pihak lawan akan bersemangat sekali menanyakan soalan bertubi-tubi. Kadang-kadang mereka sengaja sahaja berbuat demikian sebagai taktik melemahkan semangat pihak lawan.

Selesai speaker pertama pihak kerajaan, bangkit pula speaker pertama pihak pembangkang dengan hujah yang berapi-api. Sesekali diselitkan sindiran sinis yang berjaya membuat penonton ketawa. Mata aku tidak lepas dari Syed Ahmad Mukhriz yang kelihatan begitu sibuk mencatat sesuatu. Kadang-kadang nampak dia berbisik sesama rakan sepasukannya. Dia juga rancak mengganggu pihak pembangkang dengan POI yang bertubi-tubi. Bijak!

Akhirnya, yang ditunggu sudah tiba. Syed Ahmad Mukhriz sudah bersedia untuk melontarkan suaranya. Berbeza sedikit dari speaker pertama tadi, dia terpaksa memilih sama ada bersetuju atau tidak dengan definasi yang diberikan oleh pihak lawan. Nyata sekali Syed Mukhriz memilih untuk tidak bersetuju dengan definasi tersebut dan bangkit dengan hujah yang relevan untuk menggoyahkan pihak lawannya. Setelah itu dia mulakan dengan rebuttal, mematahkan hujah pertama dari pembangkang pertama tadi. Dalam hal ini perlu juga kemukan sekali bukti-bukti ketidakbenaran dan kepincangannya. Di sinilah kehebatan seseorang speaker diuji  Seperti yang speaker pertama tadi, dia akan menyatakan pendiriannya terhadap tajuk yang dibawa. Selepas itu, dua hujah akan diberi dan refirm motion buat kali kedua.

Aku terpegun dengan gaya dia berhujah dan kebijaksaannya menangkis POI pihak lawan. Sampaikan speaker dari MCKK sendiri malu apabila pendapat mereka disanggah oleh Syed Ahmad Mukhriz. Aku juga sudah naik merah tangan sebab asyik bertepuk untuk lelaki itu.

Masuk pusingan ketiga, speaker ketiga pula memulakan hujahnya dengan merumuskan apa yang telah diusulkan oleh dua speaker terdahulu. Kemudian akan rebut dan reaffirm motion.

Sekali lagi Syed Ahmad Mukhriz keluar untuk reply speech. Menggulungkan kesemua hujah yang telah dikemukakan oleh rakan sepasukan dan berakhir dengan rebuttal hujah-hujah pihak lawan. Aku menarik nafas lega apabila segala-galanya selesai.

"Memang hebatlah dia ni," bisik aku pada Hanis.

Anak pakcik Zabidi itu mengangguk setuju.

Keputusan diumumkan beberapa ketika selepas kedua-dua pasukan menunjukkan kehebatan masing-masing. Seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak, Syed Ahmad Mukhriz berjaya merebut gelaran pendebat terbaik. Kolej Melayu Kuala Kangsar terpaksa berputih mata dan pulang dengan tangan kosong apabila kejuaraan tahun ini berpindah pada Sekolah Alam Shah.

Apabila melihat kesemua speaker turun dari atas pentas, aku sudah berkira-kira untuk berjumpa dengan guru penasihat pasukan Alam Shah. Dengan perasaan berdebar-debar, aku mendekati mereka. Waktu itu juga lirikan mata lelaki berwajah pak arab, Mister Syed itu pula tertumpah pada aku. Namun begitu, dia cuma melihat sekilas sahaja. Mujur!

Sebaik sahaja guru penasihat mereka yang juga seorang lelaki jauh sedikit dari anak buahnya, cepat-cepat aku dan Hanis 'menangkap'nya. Salam kami disambut. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Manaf tersenyum penuh makna apabila mendapat tahu kami ingin menemuramah Mister Syed. Langsung dipanggil anak didiknya itu menyertai kami.

"Syed, ni ada orang nak jumpa kamu." Kata Cikgu Manaf.

Lelaki yang tinggi lampai itu merapati kami bertiga. Pandangannya jatuh pada aku yang sudah rasa kecut perut ditenung oleh matanya yang tajam.

"Ada apa yang boleh saya tolong?"

Amboi! Sopan-santunnya lelaki yang satu ni, bisik aku dalam hati.

"Kami berdua dari pihak buletin PPM." Aku menunjukkan kad nama sebagai bukti. "Kami datang untuk temuramah saudara untuk edisi khas esok. Harap saudara sudi beri kerjasama." Kata aku dengan penuh tertibnya.

Saudara? Aku tergelak dalam hati.

Hanis juga aku lihat sudah menyimpul senyuman. Tetapi Syed Ahmad Mukhriz yang dua jengkal lebih tinggi daripada aku memandang kami berdua dengan dahi berkerut. Mungkin dia menyangka aku akan menemuramahnya saat ini juga.

"Sekarang?" Tanya lelaki itu.

Aku tidaklah kejam itu, desis hati. "Seboleh-bolehnya dalam hari ni juga. Sebab kami perlu siap print untuk edaran pagi esok. Agaknya bila saudara senang?"

Dia menarik nafas lega. "Lepas lunch nanti. Pukul dua. Boleh?" Lelaki itu memberi cadangan.

Aku mengangguk cepat-cepat. "Kita jumpa di kantin sekolah. Tahu kan?" Sampuk Hanis.

Lelaki itu mengangguk setuju. "Nampak macam sombong. Langsung tak senyum." Hanis memberi komen setelah Syed Ahmad Mukhriz berlalu.

"Dia penat agaknya." Aku cuba membela lelaki yang baru aku kenali itu. Tetapi memang benar seperti yang katakan oleh Hanis. Langsung tidak terbit walau segaris senyuman sekalipun dari bibir lelaki itu dari awal sehinggalah akhir perbualan. Cara dia pun serius. Macam nak telan orang!

"Dah puas bergambar tadi?" Pertanyaan Mukhriz membawa aku kembali ke alam nyata. Aku mengangguk sambil tersenyum simpul. Kalaulah Mukhriz tahu aku sedang mengimbas kenangan lama itu lagi, pasti aku akan malu besar.

Ah! Bagaimanalah aku dapat menghapuskan kenangan indah itu jika dia tidak habis-habis mengekori aku. Kemudian terus-menerus menambah koleksi kenangannya di dalam album hidup aku seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Masih terngiang-ngiang lagi bisikan lelaki itu sewaktu sesi pendaftaran di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Takdirnya kita bertemu lagi, Khadijah, bisik Syed Ahmad Mukhriz yang kebetulan berdiri di belakang aku. Lalu bilik kuliah ADK2 yang sejuk itu terasa hangat membara. Sehangat ingatan aku padanya...

Posted at 10:27 am by anrys

miss merc
December 15, 2009   12:37 PM PST
 
hahaha...kupu-kupu berterbangan bebas dalam perut???hahaha....translate balik jd.....ohh......butterflies in my stomach....hahahahha...
nunulsmile
December 2, 2009   01:50 AM PST
 
hmm...terasa betol2 dkt dgn watak tu...
anim
August 28, 2009   09:36 AM PDT
 
hi kak
saya suka la dengan citer novel nie
ad jual kat kdai x?
anim
August 28, 2009   09:33 AM PDT
 
hi kak
saya suka la dengan citer novel nie
ad jual kat kdai x?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry