:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
Menghembus Bahagia
Mukhriz tidur semula selepas Subuh. Katanya, penat sangat sebab sudah beberapa hari tidak cukup tidur. Sibuk dengan ronbun (tesis), kenkyuu
(eksperimen) dan macam lagi alasannya. Pendek kata, sejak dari semalam
lagi dia sangat-sangat penat dan perlu qada' tidur. Tidur selepas subuh
bukanlah habit Mukhriz; kecuali apabila keadaan terdesak dan berada
dalam 'waktu kecederaan' seperti ini, Dalam agama pun tidak
menggalakkan perbuatan tersebut, memendekkan rezeki.
Aku tidak
tidak pasti sama ada dia berkata jujur ataupun tidak, namun aku memilih
untuk percaya. Setelah memastikan Mukhriz sudah benar-benar tidur lena,
aku terus mendekatinya. Bermula dengan basmallah dan surah Al-Fatihah,
diikuti pula dengan ayat Kursi, seterusnya ayat 1 hingga 5 dari surah
At-Toha dan diakhiri dengan ayat 21 dari surah Al-Hasyr, ayat-ayat
cinta dari kalam tuhan itu aku bisikkan ke telinga Mukhriz. Seluruh
wajah dan juga ubun-ubunnya aku hembuskan ayat tersebut.
Al-Quran
itu adalah penawar bagi orang-orang yang beriman. Semoga dengan
keberkatan lafaz basmallah dan Al-Fatihah, Mukhriz dilindungi oleh
Allah dari syaitan yang direjam. Syaitan memang suka suami isteri
berantakan, tidak berhenti-henti mencuba untuk meruntuhkan rumahtangga
yang dibina. Harapnya syaitan yang 'bersarang' di dalam kepala dan diri
Mukhriz akan lari bertempiaran apabila dibacakan ayat Kursi tadi. Lima
ayat pertama At-Toha pula sebagai pelembut hati dan jiwa dan surah
al-Hasyr itu pula dapat mengurangkan rasa marah. Semenjak kami
berperang dingin, ayat-ayat itulah yang aku amal setiap pagi dan
petang, dan 'hembus dari jauh' kepada Mukhriz.
Kadangkala Tuhan
akan bagi ujian pada hambaNya. Dan inilah ujian dan dugaan yang pertama
dalam rumahtangga kami. Orang yang ditarbiyah dengan usrah seperti kami
pun adakalanya tewas juga ditipu oleh syaitan.
Sedang aku asyik 'merawat' sang suami yang dingin itu, tiba-tiba Mukhriz berkalih tempat tidur, dan mengadap ke arahku.
"Kalau
Adi asyik main hembus-hembus, macam manalah abang nak tidur lena. Malam
tadi pun dah kena hembus, pagi ni kena hembus lagi. Siap dengan surah
Toha, ye sayang. Bagi abang tidur dulu okey? Nanti kita bincang..."
ucapnya sambil cuba menahan senyuman.
Dah panggil 'sayang' tu
tanda Mukhriz dah tak marah lagi. Aku sedikit lega. Hembusan aku
berhasil nampaknya! Jampi pakai ayat Quran saja, tak perlu main
bomoh-bomoh nak bagi lembut hati suami.
"Okey... Gomenne,
ingatkan abang dah lena tadi. Tidurlah, Adi nak pergi 'main
hembus-hembus' dari jauh pula." Dengan kata-kata itu Mukhriz tidak
dapat lagi menahan senyumannya, lalu aku memanjat syukur di dalam hati.
Terima kasih, Tuhan!
Aku diam menikus 'setikus-tikusnya' di meja kotatsu, mengisi masa dengan membaca buku Muhammad (s.a.w) Pembina Umat
yang ditulis oleh ulama ternama Na'eem Siddiqui. Dipinjamkan oleh
Mukhriz di awal perkahwinan kami. Setiap kali membaca buku ini aku
didatangi oleh bayangan yang indah.
Lelaki
itu... paras mukanya manis dan indah. Perawakannya sedang, tidak
terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar,
berambut hitam sekali antara kerinting dan lurus. Dahinya lebar dan
rata di atas sepasang alis yang lengkung
lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih
matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat: pandangan
matanya tajam, dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan
merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Berleher panjang
dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya
terang dan jernih. Bila berjalan badannya agak condong ke
depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan
renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaaan,
membuatkan orang patuh kepadanya. Dengan sifatnya yang begitu memang
tidak hairan bila aku boleh jatuh cinta padanya. [petikan dari CINTA SOFEA (14)] Selama
ini aku tidak pernah mengenali rupa parasmu, wahai kekasih Allah.
Andainya ada yang menggambarkanmu dengan rupa yang tidak elok, aku tahu
orang-orang sebegitu berniat jahat. Padahal para sahabat sudah
menghuraikan dengan jelas tentang parasmu yang indah itu, keindahan
yang tentunya dicipta oleh Tuhan supaya manusia berasa senang dan
tenang tatkala memandang seraut wajahmu.
Jika dahulu aku hanya
mendengar cerita-cerita perjuanganmu menegakkan agama yang suci ini dan
kini setelah mengenal keperibadianmu, aku terus jatuh cinta! Izinkan
aku mencintaimu, ya Rasulullah...
Tanpa aku sedari, rupa-rupanya
Mukhriz sedang memerhatikan tingkah laku isterinya ini yang sedang
tersenyum-senyum bahagia. Hatinya diburu curiga dan dibakar api cemburu.
"Hai... Senyum sampai merekah pipi, teringatkan siapa pula?" Ujarnya keras. Aku sedikit terkejut. Takkan tidur lagi? "Baca surat kekasih dari Pulau Selatan Jepun?" "Kenapa abang marah-marah ni? Istighfar banyak-banyak. Marah tu sahabat syaitan..." nasihatku lembut. "Tengah baca surat dari Haiqal ya?" "Surat dari Haiqal? Surat apanya?" Aku menunjukkan buku kisah Nabi itu kepada Mukhriz. Mana ada surat!
"Surat apa yang abang cakap ni? Cuba terangkan pada Adi elok-elok..." Mukhriz
sudah bangun dari perbaringan. Mulutnya berkumat-kamit melafaz
istighfar. "Surat Haiqal yang Adi simpan dalam laci Adi. Kenapa mesti
simpan surat dari si dia? Dahlah tu... malam-malam pun pernah mengigau
sebut 'Muhammad, Muhammad'.. " jawabnya dengan wajah yang keruh.
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Oh, itu perkaranya yang merosakkan
rumahtangga aku selama ini. Surat dari 'seseorang' yang sepatutnya
sudah selamat masuk ke tong kitar semula. Dan mimpi sampai mengigau
sebut nama 'Muhammad' itu, apa ya?
"Tentang surat Haiqal, Adi
minta maaf. Memang tak patut Adi simpan surat kiriman dia. Mungkin Adi
tak perasan surat tu masih dalam simpanan Adi..." "Betul ke ni?
Abang cemburu, tahu tak? Lagipun abang tengok Adi macam tengah fikir
tentang seseorang, sedangkan Adi dah ada abang. Perlukah ingat lagi
pada si dia tu?" Sinaran mata Mukhriz semakin menyirna, penuh sayu.
Masih tidak percaya.
"Demi Allah, Adi tak pernah terfikir pun fasal dia, sejak Adi dah terima abang." "Habis
tu? Yang nampak macam orang angau tu, kenapa? Siapa lagi yang bernama
Muhammad... yang cuba mengorat isteri abang ni... sampai
tersenyum-senyum dan terbawa-bawa dalam mimpi.." Dia cuba ketawa dan
berjenaka, bagai cuba menyembunyikan perasaan amarahnya.
"Oh...
tentang Muhammad tu... Adi rasa abang dah salah faham. Sebenarnya..."
Aku pun menceritakan kisah jatuh cinta aku terhadap insan mulia yang
bernama Muhammad bin Abdullah dari awal hingga akhir. Buku berjudul Muhammad (s.a.w) Pembina Umat
dan persinggahan di makam nabi di Masjid Nabawi sewaktu kami
mengerjakan umrah tempoh hari. Agaknya aku terlalu gembira, sehinggakan
aku dapat merasakan kehadiran baginda.
Semasa
berada di Madinahlah aku bertemu dengan lelaki istimewa itu. Di Masjid
Nabawi. Hati berdetik mahu mendekati dia yang diapit oleh dua sahabat
baiknya. Tetapi sayang sekali, aku hanya mampu memerhatinya di sebalik
pagar emas. [petikan dari CINTA SOFEA (14)]
"Walaupun baginda dah wafat dan hanya dapat tengok makamnya di sebalik
pagar, entah kenapa hati Adi ni rasa dekat sangat dengan Rasulullah.
Perasaan yang aneh!" Ucapku.
Mukhriz tersenyum. "Oh, kiranya dah
lama jatuh hati baru nak beritahu abang. Kalau Khadijah dah bertemu
dengan Muhammad..." Kami menyambut dengan selawat ke atas Nabi.
"Mukhriz memang kalahlah. Tak ada peluang!"
Kami sama-sama ketawa.
"Sekarang
baru boleh tidur dengan lena..." Mukhriz mengeliat comel macam kucing.
Lalu cepat-cepat bibirnya singgah ke pipi kananku. "Oyasumi!"
Dia menarik selimut semula. "Abang harap yuki (salji) turun lebat malam tadi...lebih dari satu meter..." Ujarnya lalu menutup mata, dan terus hanyut dalam lena.
Ya, harap-harapnya! Sambutku dalam hati, penuh rasa bahagia.
Tuhan, terima kasih kerana menghembuskan kembali angin kebahagiaan ini ke dalam rumahtangga kami. Syukur alhamdulillah!
Aku
berharap agar Tuhan terus menguatkan hati kami dalam mengharungi alam
perkahwinan yang penuh pancaroba ini. Ujian pertama sudah berjaya
dilalui. Namun aku perlu bersedia untuk menghadapi ujian seterusnya
pula; kerana hidup seseorang manusia itu seringkali diuji. Moga-moga
kami tidak diuji dengan ujian yang berat, yang tidak mampu kami
memikulnya.
"Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuannya.." ~ Surah Al-Baqarah: Ayat 286
|
|
|