Piano Berlagu Lagi
Bahagian I
oleh Rnysa
~ A Dedication To Hate Love ~
Happy Birthday To You!Apabila anod dan katod diberi beza keupayaan yang tinggi, elektron dibebaskan oleh filamen yang panas. Hentaman elektron terhadap sasaran tungsten menghasilkan sinar-X, yang dipancarkan melalui kaca. Semakin tinggi beza keupayaan yang digunakan, semakin kuat kuasa penembusan sinar-X itu.
Larian mata pensel mekanikal Yani terhenti. Pangkal dahinya berkerut. Dia meneliti gambarajah tiub kaca yang siap berlabel, dan kemudiannya dibandingkan semula dengan jawapan yang baru ditulis. Penerangan tentang bagaimana sesuatu sinar-X dapat dihasilkan di dalam sesebuah tiub sinar-X. Yani berpuas hati. Dia beralih pula kepada soalan seterusnya, bertanyakan maksud sinar-X keras pula.
"Yang ni senang aja." Ujar Yani sambil tersenyum manis.
"Senyuman bukannya jawapan." Senyuman Yani kian melebar apabila mengenangkan ayat
favourite guru fizik, Mr Goh, yang terkenal dengan ketegasannya itu. Rata-rata rakan-rakan yang tidak berjaya menjawab soalan Mr Goh terpaksa menelan semula 'jawapan senyum' mereka. Semua orang kecut perut dengan guru berbangsa Tionghua itu. Dan semua orang tiba-tiba atau setidak-tidaknya cuba jadi pandai dalam kelas fizik, termasuklah Yani sendiri. Walaupun garang macam singa semasa sesi P&P, MR Goh sangat mengambil berat tentang kami semua.
Rasanya setiap guru di sekolah menengah sains ini punya ayat
favourite masing-masing. Cikgu Fazura, guru fizik Yani sekarang pula akan marah setiap kali pelajarnya gagal menjawab dengan menggunakan bahasa saintifik seperti yang diharapkan. "Cara awak jawab macam orang kampung!" Luahnya dengan nada tinggi. Dan kami hanya mampu tersengih antara satu sama lain tatkala mendengar bebelan guru kecil molek itu.
Macam-macam kerenah... Yani menjungkit senyum lagi.
"Sinar-X keras adalah sinar-X dengan kuasa penembusan yang tinggi. Tenaganya tinggi dan panjang gelombangnya adalah pendek!" Yani mengulang kembali penerangan yang diberikan oleh Cikgu Fazura. Penselnya turut sama menari di atas kertas
examination pad.Beginilah rutin Yani setiap petang. Dia akan mengambil masa dalam tiga puluh minit untuk menyelesaikan soalan-soalan dalam buku latihan yang dibeli. Biasanya dia akan belajar dekat meja di hujung koridor ini, mengadap Bukit Larut. Peperiksaan Percubaan SPM akan tiba sebulan dari sekarang. Yani tak boleh main-main lagi.
Sesekali dia melemparkan pandangan ke arah dewan besar sekolahnya yang baru dicat semula dengan warna biru laut itu. Sudah hampir dua minggu Yani memerhati dewan yang tersergam indah itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya, yang membuatkan hampir setiap petang Yani akan singgah di situ. Hatinya sudah ditawan oleh bunyi petikan piano yang datangnya dari dalam dewan tersebut. Alunan muzik yang dimainkan sungguh mengasyikkan.
Entah siapa yang memetiknya Yani tak tahu. Hal itu yang sering buat Yani tertanya-tanya. Dia teringin benar melihat wajah pemain piano itu. Yani sudah periksa satu-persatu pintu kecuali pintu yang menghala ke asrama putera. Dia sangat pasti kesemua pintu dewan besar itu terkunci. Mustahil ada sesiapa boleh menceroboh masuk.
Sebelum ini dialah yang rajin memetik piano itu. Sebenarnya sudah lama Yani tahu kewujudan piano yang tersadai di dalam dewan sekolahnya itu. Kadangkala dia terpaksa pura-pura tidak melihat objek itu. Tetapi sampailah suatu hari, dia tidak dapat menahan kehendak hatinya lagi. Maka, bermula dari saat itu, dia pasti ke sana sebaik sahaja siap latihan ulangkajinya. Sudah berbulan-bulan lamanya dia cuba mencari nota lagu "First Love" dendangan Utada Hikaru yang menjadi kegemarannya. Apabila dia terpaksa melupakan seketika hobinya itu kerana hendak memberikan perhatian terhadap pelajaran, tiba-tiba ada orang lain pula memainkan lagu itu dengan baik sekali. Mana Yani tidak terkejut.
Pelajar Tingkatan 5 Bestari itu menghela nafasnya panjang. Entah macam mana, saat itu juga ada sesuatu mengisi halwa telinganya. Bunyi piano!
Yani cepat-cepat menutup buku, mengemas alat tulis yang bertaburan dan menyimpannya di dalam laci meja di dalam kelas. "Sambung malam nantilah." Dia mengingatkan diri sendiri.
Tanpa berlengah lagi, dia menuruni anak tangga dan melangkah gagah menuju dewan sekolah. Harap kali ini dia dapat membongkar identiti pemain piano misteri yang menyelubungi hidupnya selama dua minggu ini. Mana tahu hari ini dia bernasib baik pula. Selama ini dia hanya dapat melihat belakang badan orang itu sahaja. Dewan itu sangat gelap kalau tidak berlampu. Apalagi waktu petang begini.
Yani cuba memulas tombol pintu. Berkunci? Dia cuba pintu yang lain pula. Sama juga. Hairan betul. Macam mana lelaki itu boleh masuk. Yani terjengket-jengket sambil memandang ke dalam dewan. Bunyi piano sudah berhenti. Orangnya pun sudah tidak ada. Hilang? Mana dia pergi?
Tiba-tiba satu lembaga muncul. Mukanya rapat ke muka Yani. Mereka hanya dipisahkan oleh cermin kaca sahaja.
"Argh! Hantu!"
Yani terperanjat besar. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Tahu-tahu kakinya sudah terperosok ke dalam longkang yang mengelilingi dewan lalu dia jatuh terduduk. Seorang lelaki sederhana tinggi membuka pintu dan keluar sambil bercekak pinggang. Dia seperti ingin tersenyum.
"Awak tak apa-apa?" Yani menggeleng. "Jadi, awaklah yang selalu main piano petang-petang tu ya?" Lelaki itu menyoal lagi. Yani mengangguk.
Khalid Ahmad. Dia rakan sekelas Yani, sama-sama menjadi penghuni 5 Bestari. Rupa-rupanya dialah orangnya yang bermain piano itu. Yani bingkas bangun, berdepan dengan Khalid.
"Awak suka main piano tu ya? Nak belajar dari saya?"
Takkan dia ni nak ajar aku kot. Khalid Ahmad yang tak pernah bertegur sapa dengan Yani tiba-tiba tawar diri begitu. Khalid, mahu ajar Yani? Biar benar!
"Nak belajar main lagu yang awak suka tu?"
Macam mana dia tahu? Agaknya dia mengintip Yani selama ini. Yani, kau dah ada
secret admirer! Yani tersengih. Amboi, belum apa-apa aku dah perasan. Entah-entah petikan piano aku yang sumbang itu sudah mengganggu tidurnya. Sebab itu Khalid yang pendiam dan tak pernah bercakap dengan perempuan ini tiba-tiba jadi terlebih ramah dan mahu jadi guru muzik aku.
"Nak belajar main lagu yang awak suka tu?" Ulang Khalid lagi.
Tawaran Khalid memang menggoda hati. Tanpa berfikir panjang Yani terus bersetuju. Bagai dipukau Yani mengikut sahaja rentak Khalid yang sudah kembali ke dalam dewan.
"Kat mana awak belajar main piano?" Yani berbasa-basi.
"Ada
keyboard kat rumah. Beli yang second-hand dari kawan." Khalid melabuhkan punggung di atas
stool. "Gitar pun ada." Beritahunya kemudian.
"Ohh..." Yani pura-pura tunjuk minat.
"Sebelum saya ajar
note lagu tu, pertama sekali awak kena kenal
instrument yang awak nak main ni. Rasanya lebih baik macam tu kan. Mula-mula kita belajar nama
key dan
note. Lepas tu saya akan ajarkan cara nak letakkan tangan,
manipulate jari-jemari awak, cara main gunakan kedua-dua belah tangan dan... kalau awak berminat, akhir sekali saya boleh ajar baca nota muzik."
"Nota muzik? Tak payahlah. Saya cuma nak suka-suka aja." Ujar Yani walaupun jauh di sudut hatinya dia teringin mempelajari muzik secara serius. Tapi apa pula kata abahnya nanti kalau dapat tahu Yani curi-curi main muzik begini? Berguru dengan lelaki pula tu? Memang cari nahas.
"Boleh kita mulakan sekarang?"
Yani mengangguk dengan penuh semangat. Dia pergi berdiri di sebelah kanan Khalid. Dia seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku. Akhirnya dia dapat juga bermain piano seperti abahnya. Waktu muda dulu abah Yani pandai bermain alat muzik. Seruling, rekoder, harmonika, piano, keyboard, organ dan angklung... semua itu abah boleh mainkan. Dia bukannya belajar muzik secara formal. Ibu kata, abah punya bakat semula jadi. Cerita ibu lagi, abah selalu memperdengarkan lagu "Oh Azizah" dengan tiupan serulingnya semasa mereka berdua baru bergelar suami isteri. Namun begitu, abah sudah tinggalkan itu semua sejak belajar agama dengan ustaz-ustaz. Yani pernah nampak abah memetik organ milik Mak Su di rumahnya di Subang Jaya. Melepas rindu barangkali.
"Ni
full size piano. Awak boleh lihat ada
7 groups of 2 blacks keys." Suara Khalid mematikan lamunan Yani. "Dan yang ni pula..."
"
3 black keys?" Yani meneka.
"Betul. Yang selebihnya ni pula namanya
white keys. Dalam setiap group
2 black keys,
white key yang paling kiri ni dipanggil C." Khalid memainkan semua
key C yang ada. "Dan C yang paling tengah ni pula namanya
Middle C. Nampak macam banyak
key kat sini kan. Nak lebih mudah, awak cuba lihat dalam bentuk
section. Setiap
section ada C dan 6
white keys... dan termasuklah
2 black keys dengan
3 black keys ni juga."
"Boleh tangkap?" Yani mengangguk. "Kalau laju sangat beritahu ya."
Khalid memandang Yani sekilas sebelum menyambung semula. "Tadi saya ada cakap tentang
Middle C kan." Yani mengiyakan. "Okey,
Middle C hingga ke kanan, kita guna tangan kanan."
"Ke kiri pula guna tangan kiri." Yani menyambung. Dan Khalid menarik senyum.
Boleh tahan juga bila dia ni senyum. Kalau tak, serius 24/7 depan perempuan. Kalah graduan dari sekolah pondok.

Keyboard with 4 groups of 2 black keys"Sekarang ni kita dah boleh main piano ni. Mula-mula sekali kita nomborkan jari kita. Ibu jari nombor satu, jari telunjuk nombor dua dan begitulah seterusnya. Satu, dua, tiga, empat, lima. Tangan kiri pun macam tu juga. Ibu jari kanan ni akan untuk C..." Khalid menerangkan sehingga Yani betul-betul faham. Dari C, 2, 3, 4 dan 5, diganti pula dengan C, D, E, F dan G.
"Awak duduk sini pula, cuba praktis sendiri. Saya nak pergi ambil nota lagu awak, yang saya dah
print kat cc masa keluar
outing minggu lepas." Ujar Khalid sebelum berlalu.
Yani tidak perlu menanti lama kerana Khalid sudah kembali dengan helaian kertas di tangan. Lalu meletakkannya di hadapan Yani. Yani rasa seronok sebab dia sudah boleh membaca nota muzik kecuali yang berbentuk taugeh di atasnya itu. Tapi yang bersimpul di setiap awal
note ini apa pula?
"Yang ni apa?" Yani bersuara.
"
Treble clef,
bass clef. Tangan kanan, tangan kiri." Beritahu Khalid. "Cuba yang
treble clef dulu." Yani segera menurut tanpa banyak soal. "Yang tanda
dash tu maksudnya
hold note awak satu
beat. Macam ni..." Khalid menunjukkan caranya.
"Quater rest, one silent beat." Tegur Khalid bila dilihatnya Yani terpinga-pinga melihat
note baru.
Kami berdua sangat asyik dengan piano ini tanpa menyedari masa berlalu dengan dengan pantas. "Dah pukul enam. Kita sambung esok pula. Okey tak?" Yani mengangguk setuju. "Kita akan belajar bahagian
bass clef pula. Kenal
chord..." Ujar Khalid riang, bagaikan tidak sabar lagi menanti hari esok.
Apa-apa ajalah, Khalid. Yani tersenyum sendiri. "Kalau saya nak bawa kawan boleh tak?"
"Tu lebih baik. Saya pun tak nak timbul cerita lain pula kemudian hari." Katanya sambil mengisyaratkan Yani supaya bangun. Khalid memainkan pula lagu tersebut untuk Yani.
"Saya pun risau benda yang sama juga." Balas Yani perlahan, leka mendengar petikan piano yang sangat merdu. Berbeza benar dengan petikan Yani yang masih tersekat-sekat sana sini. Dia masih mahu melihat
key semasa bermain. Khalid kata tadi, jangan risau... esok lusa pandailah guna teknik
eye-hand.
"Oh ya. Cuma satu saya nak ingatkan." Bunyi piano berhenti. "Masa belajar, tolong jangan pandang saya boleh tak? Awak pandang
note depan awak tu aja." Wajah Khalid sudah kemerahan.
"Kenapa?"
Yani, Yani... dah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya. Bukan ke Khalid tu pemalu orangnya. Suka benar mengusik.
Lelaki berkulit hitam manis itu mengetap bibir. "Saya tak biasa ditenung lama-lama... oleh perempuan macam awak." Luahnya sedikit malu-malu lantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Patutlah Yani perasan Khalid Ahmad cepat-cepat menyelamatkan matanya setiap kali pandangan mereka berlaga. Yalah, ibarat pertembungan dua pasang mata berlainan jantina dengan kelajuan sama - ubahsuai konsep momentum linear.
Dib mesti suka kalau aku cakap gila-gila bahasa macam ni. Sejak berkawan dengan budak dari Ipoh tu, aku pun turut sama jadi tak betul.
"
Sorry, Khalid. Saya memang dah biasa tengok muka cikgu yang mengajar."
"Tapi... dengan saya jangan buat macam tu lagi." Tegah Khalid. Dia nampak cemas. Mungkin terlalu bimbang pandangan Yani akan terus-menerus menikam mata lelakinya. "Bukannya apa... Takut dari mata turun pula sampai ke hati." Gumamnya perlahan, tetapi gelombangnya cukup kuat sehingga boleh sampai ke pendengaran Yani.
Mata bertentang mata. Lalu kami sama-sama ketawa. Barangkali masing-masing cuba menyembunyikan resah yang mula berlagu. Nun jauh di lubuk hati yang paling dalam.
Hello!
Exam dah nak dekat. Boleh lagi berpoya-poya main piano? Sempat lagi nak main-main mata dengan anak teruna orang? Kau memang sengaja cari masalah, Yani!
[bersambung....]