Piano Berlagu Lagi
Bahagian II
oleh Rnysa
Khalid tiba-tiba rasa bersalah atas tindakan mengajar teman sekelasnya bermain piano. Pertemuan seperti semalam sepatutnya dielakkan. Tetapi entah kenapa lidahnya terlalu lancar menutur kata. Hanya kerana piano, dia terus jadi lupa yang dia sebenarnya seorang lelaki pemalu dan pendiam. Dan, berdua-duan dengan perempuan selalu membuat hatinya berdebar tiada noktah. Walaupun pada hakikatnya dia tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap perempuan yang dikenalinya itu. Mujur hari ini Yani sudah berjanji akan membawa teman. Jadi, Khalid rasa lega sedikit.
Jari-jemari Khalid lincah menarikan irama tanpa melihat note berwarna-warni yang berada di hadapannya, yang dibuat khas untuk anak muridnya. Lagu ini agak mudah. Temponya perlahan saja. Santai. Tak perlu terkejar-kejar seperti lagu "
The Flight of The Bumble Bees" petikan pemain piano dari Croatia, Maksim yang cuba dipelajarinya sekarang.
Berbalik pada kelas pianonya bersama Yani. Sepatutnya semalam dia terus memperkenalkan asas
12 notes - C, D, E, F, G, A, B dan tambah lima black keys yang mewakili sharp atau flat note. Tapi baru 5 note saja yang diajarnya. Dan seperti yang diterangkannya semalam, setiap kumpulan key adalah pengulangan cuma dari segi nada saja yang berbeza; samaada tinggi atau rendah.
Tiba-tiba Khalid menangkap bunyi seseorang berdehem dan memberi salam di belakangnya. Lalu segera dia menoleh.
"Khusyuk nampak." Sambil mengangkat kening, rakan di sebelah Yani menyapa. Dan orang itu tidak lain tidak bukan Adibah Hanim, kawan baik Yani. Ke mana saja Khalid selalu nampak mereka selalu bersama.
"Lama dah sampai?" Tanya Khalid pada Adibah yang juga mempunyai kembar yang belajar di sini. Adib Hanif namanya. Seperti abang kembarnya, Adibah ini seorang periang dan peramah.
"Baru aja." Balas Adibah.
"Kejap lagi ada seorang lagi akan datang." Tambah Yani.
Amboi, ramainya boyguard yang dia bawa! Hati Khalid berdetik. Dia ingin bertanya lebih lanjut tapi dimatikan sahaja hasratnya itu. Tanpa membuang masa, Khalid berdiri dan menyuruh Yani duduk di atas bangku.
"Kita warm up dulu. Cuba mainkan 5 not macam semalam tu..." Beritahu jejaka tinggi lampai itu. Kemudian dia menerangkan bahagian yang tertinggal semalam. Not sharp dan flat sekaligus melengkapi kesemua 12 not yang ada. Simbol yang mewakili not tersebut juga diperkenalkan.
"Boleh mula sekarang." Khalid meletakkan nota muzik di hadapan Yani. Bermula dari memperkenalkan perkara yang paling asas tentang nota muzik - simbol
treble clef dan
bass clef, dan seterusnya apa itu
measure,
staff dan
time signature. Pada pendapat Khalid, Yani patut tahu itu semua.
"Oh, nombor selepas simbol
treble clef dengan
bass clef ni namanya
time signature." Ulang Yani. Nombor yang di aras menunjukkan setiap 'measure' akan menerima berapa
beat, manakala nombor di bawahnya pula memberitahu jenis not yang perlu dimainkan dalam kadar 1
beat. Contohnya di sini, 4/4. Setiap 'measure' 4
beat dan bagi setiap
quater note akan menerima 1 beat. Nampak macam mudah, tapi mudah juga untuk melakukan kesilapan.
"
Whole note, half note,
quater note, eight note dan
sixteenth note. Awak kena ingat berapa
beat untuk tiap-tiap satu ni." Terang Khalid satu demi satu dengan contohnya sekali. Maka, 'hari ini dalam sejarah' barulah Yani kenal not yang berbentuk taugeh itu.
"Jangan tersilap pula ya..." Pesan lelaki itu lagi sambil senyum meleret.
Yani mengangguk. Walaupun Khalid sudah menanda jenis key yang perlu dimainkan, namun begitu dia harus baca juga not yang sebenar (taugeh) untuk memastikan kiraan 'beat'nya betul.
"
Counting pun kena jaga." Tekan Khalid.
Barisan pertama 'treble clef' dimainkan berkali-kali. Khalid mahu Yani betul-betul cekap. Kemudian barulah dia membenarkan Yani beralih ke barisan seterusnya hingga tamat lagu.
Tidak lama selepas itu, Khalid beralih ke penerangan seterusnya. "Biasanya bahagian tangan kiri kita akan mainkan
chord.
Chord ni maksudnya... gabungan dua atau lebih tone. Dan bila dimainkan bersama bunyi harmoni. . ." Terang Khalid sambil memberikan contoh-contoh
chord yang terdapat dalam lagu tersebut.
"Susah juga ya..." Yani terasa kekok hendak menekan tiga key dalam masa yang sama. Contohnya, untuk
chord C dia perlu mainkan C, E dan G serentak. Itu belum campur lagi main dengan kedua-dua belah tangan.
"Lama-lama bolehlah tu." Adibah yang sekian lama mendiamkan diri memberikan semangat pada kawannya. Seronok juga dia melihat Yani dalam keadaan tertekan begitu. Khalid pula dengan sabar
memberikan tunjuk ajar.
"Okey, sekarang cuba mainkan kedua-duanya serentak." Arah Khalid tiba-tiba.
"
Treble clef dan
bass clef?" Yani meminta kepastian.
"Ya!"
Yani menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya diraup berkali-kali. Nota berwarna-warni itu direnungnya tidak berkelip-kelip. Tiba-tiba dia rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tidak pasti sama ada boleh melakukannya dengan baik. Teori tak semudah praktikal!
"Janganlah cemas sangat." Tegur Khalid lembut.
Entah kenapa hatinya jadi makin tak tentu arah dengan pandangan redup rakan sekelasnya itu. Kenapa dia perlu ada perasaan begitu? Aduh, payah betul!
[bersambung...]
Posted at 12:56 pm by anrys