:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Piano Berlagu Lagi [3]

Bahagian III
oleh Rnysa



Yani berdengus perlahan. Dalam usia remaja dia sememangnya akan diuji dengan perasaan sebegitu terhadap jantina yang berlawanan. Fitrah manusia. Tapi jangan diturutkan sangat. Dia risau juga daripada belajar piano tiba-tiba jadi kelas cin...

"Cepatlah. Kita tak ada masa ni." Gesa Khalid. Dan mata redupnya sesekali melirik pada jam di tangan. Dia semacam tahu saja fikiran anak muridnya sudah terbang ke awan biru.

Tengok! Perasaan kau tadi sia-sia aja, sindir hati Yani. Yang berjaya membuatkan dia terus jadi malu dan wajahnya terasa hangat tak semena-mena.

Dia cepat-cepat memberikan semula tumpuan pada kelas piano ini. Jari kiri bersedia pada chord dan jari kanan pada not pertama. Gelak halus dari Adibah tidak dihiraukannya lagi. Yani tahu temannya itu pasti sedang seronok memerhatikan gelagat dia bersama Khalid. Adibah memang begitu, suka mengusik. Memandangkan Yani masih tiada 'siapa-siapa' di sekolah ini, lalu setiap peluang yang datang Adibah akan guna sebaik mungkin. Dan ini termasuklah memadankan Yani dengan abang kembarnya sendiri, si Adib Hanif!

Fokus, Yani. Fokus....
Tarik nafas. Hembus....
Tenangkan fikiran.

Alunan piano pun bermula. Khalid memejamkan mata, cuba menikmati irama yang dimainkan. Sama ada sempurna ataupun tidak. Counting... masih bermasalah tapi boleh diperbaiki kemudian, desisnya dalam hati.

Dia perhatikan Yani begitu berhati-hati sekali. Sepertimana dia selalu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya. Pandai menjaga diri. Bertangggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Itulah Maryani Siddiq yang dikenalinya sepanjang tempoh dua tahun ini. Sebab itu dia berani menawarkan khidmat sebagai tenaga pengajar kepada gadis itu. Cuma dia berharap tindakannya ini tidak memberi kesan negatif kepada mereka di kemudian hari - gosip dan sebagainya.

Khalid memerhatikan Yani yang asyik dengan petikan pianonya. Gadis itu nampak begitu riang dan ceria. Lantas Khalid teringat pertemuan malam tadi di hadapan perpustakaan. Bagaimana Yani cuba memujuk Siti Zahra yang mahu menarik diri daripada menjadi AJK Lukisan Kejuruteraan, tidak mahu terlibat dalam usaha membantu kawan-kawan mereka yang lemah dalam subjek berkenaan. Alasannya, Siti terasa hati dengan sikap teman-teman sedorm yang mempertikaian kelayakannya. Khalid dan Adib Hanif yang sedang melintas di kawasan itu ikut serta memberi kata semangat pada Siti. (Kebetulan Khalid dipilih menggantikan Adib sebagai ketua AJK tersebut.)

Memikul tugas sebagai salah seorang ahli majlis perwakilan pelajar pasti memenatkan Yani. Agaknya dia memilih jalan ini untuk menghiburkan hatinya, fikir Khalid.

Hiburan dalam batas-batas tertentu adalah merupakan unsur-unsur yang perlu bagi mencapai suatu kehidupan yang seimbang bagi menghilangkan kebosanan. Hiburan dibolehkan selama mana ia tak bercampur dan mengarahkan kepada perbuatan yang membangkitkan nafsu dan berunsur maksiat. Dan Khalid berpegang pada dua prinsip tersebut.

Sedari usia lima tahun lagi Khalid sudah terdedah dalam muzik secara profesional. Ibunya telah menghantar dia mengikuti kelas piano dan biola. Naik sekolah menengah, dia mula berjinak-jinak dengan gitar pula. Gitar itu dibawanya ke sekolah sains ini. Pernah sekali dia dan beberapa orang teman  'ditangkap' oleh Ustaz Mahmud, warden asrama ketika sedang asyik bermain gitar. Yang cukup mengkagumkan Khalid, ustaz muda itu tidak pula memarahi mereka semua, sebaliknya mengambil peluang itu menerangkan kedudukan sebenar tentang muzik dalam Islam. Biasalah anak muda seperti mereka, memang sangat terdedah dengan hiburan.
 
"Bermain alat muzik sekadar merehatkan fikiran dan tidak melalaikan dibolehkan. Tak ada nas yang sahih daripada al-Quran dan hadis mengatakan gitar itu haram. Cuma para ulama mula mengharam alat yang bertali seperti gitar sejak zaman ketika muzik itu mula melalaikan, sehingga ia membawa kepada maksiat lain seperti berzina pada satu ketika dulu kerana asyik dengan muzik yang memuji kejelitaan perempuan.

Jika sekadar hobi ia dibolehkan. Bagaimanapun berbeza jika muzik itu adalah hidupnya yang bererti muzik itu ibarat nyawa, tiada muzik tiadalah erti hidupnya; maka dalam hal ini berbeza hukum. Hidup, nyawa dan erti hidup bukan pada muzik tapi mengabdikan diri pada Tuhan dengan taat perintahnya!" Begitulah kata ustaz berasal dari Johor itu.

Sejak dari hari itu, Khalid menganggap Ustaz Mahmud sebagai mentornya. Dan ustaz yang tidak pernah lokek berkongsi ilmunya itu sudah menganggap Khalid seperti adiknya sendiri. Sebarang kemusykilan akan diajukan kepada beliau.

Bunyi gesekan biola membawa Khalid ke alam nyata. Liana? Noorliana Tajudin? Apa dia buat di sini? Diakah yang Yani maksudkan tadi?

"Khalid, aku mahu berduet dengan kau. Croatian Rhapsody. Boleh?"

Mata Khalid terus tertumpu pada nota muzik yang disua oleh gadis itu. Lalu dia tersenyum dan mengangguk setuju.

"Maaf Yani. Aku terpaksa ganggu 'kelas' kau ni." Liana melemparkan pandangan pada Yani. "Bukannya senang nak tengok Khalid Ahmad tunjuk bakat terpendamnya. Dalam ramai-ramai orang, dia cuma mahu ajarkan kau seorang aja. Dengan aku dia jual mahal. Kau memang bertuah, Yani." Sambungnya lagi sambil melirik pula pada Khalid yang kelihatan tenang itu.

"Sudah, sudah. Kau ni nak datang semata-mata nak usik aku atau apa?" Khalid akhirnya bersuara. Timbul rasa kasihan melihat Yani yang terkebil-kebil di bangku piano. Liana, Liana...



[bersambung...]

Posted at 12:58 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry