:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Piano Berlagu Lagi [4]
Piano Berlagu Lagi
Bahagian Akhir
oleh Rnysa
Hari ini semuanya akan berakhir. Kehidupan sekolah yang penuh
dengan warna-warni ceria akan tamat setakat ini. Nun di hujung sana
piano takkan berbunyi lagi. Mata Yani menyapu segenap sudut dewan besar
ini. Segalanya akan tinggal kenangan, desis hatinya yang sayu.
Di sinilah pertama kali dia mendaftarkan diri dua tahun yang
lalu dan menjalani minggu orentasi bersama teman-teman yang lain. Dan
hari ini dia akan meninggalkan sekolah yang paling disayanginya ini.
Macam tak percaya. Begitu pantas masa berlalu.
Yani melarikan jarinya di atas gigi piano. Dimainkan semula lagu
yang pernah dipelajarinya dahulu. Hatinya semakin digigit pilu. Matanya
sudah bergenangan.
"Saya dapat rasa kesedihan awak. Dengan alunan piano awak ini..." Sapa satu suara.
"Khalid." Yani sedikit terkejut. "Tak balik lagi?" Soalnya kemudian.
"Macam awak, saya pun sayang nak tinggalkan sekolah ni."
Khalid berpeluk tubuh di hujung pintu sana. Masih tidak berganjak.
Didapatinya Yani mengesat tubir matanya dengan hujung jari. Dada Khalid
merasa sebak tiba-tiba. Petikan piano itu memberi kenangan yang bukan
sedikit.
"Aku nampak kau orang berdua ni macam padan aja." Kata Adibah.
"Dib, kata-kata kau tu macam pemangkin yang boleh mempercepatkan
kadar tindak balas tau." Marah Yani dengan ayat hanya mereka berdua
sahaja yang mengerti. Bengang betul Yani dengan usikan Adibah yang
tidak henti-henti.
"Pemangkin? Macam dalam bab endotermik, eksotermik tu kan." Khalid menyampuk tanpa dipinta.
Tawa Adibah meletus. "Khalid ni best lah. Boleh jadi kawan kita!"
Kata Adibah. Tapi Yani segera membalas dengan jelingan "Jangan
mengada-ngada!"
Adibah segera meletakkan jarinya pada bibir, seolah-olah memberi
janji, mulutnya yang rajin berkicau itu akan berhenti mengusik Yani dan
Khalid. Sempat dia mengerling ke arah Khalid yang berkerut dahi.
Agaknya dia sedang membayangkan gambar rajah aras tenaga dalam
kepalanya. Mungkin Khalid fikir kami berdua sedang mengulangkaji subjek
kimia, dan dia harus bersedia bila-bila masa jika kami buka topik lain
pula. Padahal kami berdua tengah berbincang seenaknya tentang dia!
Khalid menjeling dua sahabat itu berselang-seli sebelum memberikan
perhatian semula pada pengajarannya. Dia tahu mereka berdua sedang
memperkatakan tentang dirinya. Tetapi sengaja pura-pura buat tak faham.
Kenangan hari terakhir itu masih segar di ingatan Yani, walaupun ia
sudah terjadi beberapa bulan yang lalu. Yani rasa mahu ketawa bagaimana
dia jadi cemburu pada Liana yang sangat pandai menggesek biola
(walaupun selepas itu dia baru dapat rupanya Liana dan Khalid
bersaudara, saudara jauh). Cemburu kerana 'cikgu'nya dirampas, mungkin?
Cemburu kerana hari itu dia terpaksa 'berkongsi' Khalid dengan orang
lain. Padahal sebelum ini tiada siapa yang pedulikan jejaka pemalu itu.
Tiada siapa pernah nampak bakat terpendam lelaki itu.
"Lepas ni mesti saya rindukan piano ni." Luah Yani tiba-tiba.
Khalid tersenyum mendengar pengakuan Yani itu. "Kalau begitu
datanglah rumah saya kat Ipoh, boleh saya ajarkan..." Balasnya
lambat-lambat.
Yani tersenyum pahit. Tidak semudah itu...
"Bukan saya tak sudi, tapi..." Mata Yani mengiringi langkah Khalid yang makin rapat dengan piano... dengan Yani.
"Tak apa. Saya faham." Balas Khalid lembut. "Hadiah terakhir
daripada saya..." Dia mengisyaratkan Yani supaya ketepi sedikit. Lalu
dimainkan sebuah lagu berentak perlahan untuk gadis itu. Penuh
penghayatan.
Yani tidak mampu bersuara lagi. Kenangan sekali lagi datang
menerpa. Kenapa semuanya perlu berakhir? Fikirnya. Dia pasti akan
rindukan segala-galanya. Dan piano ini... mungkinkah piano ini akan
berlagu lagi?
TAMAT
|
|
|