:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Cinta, Akhirnya Bahagia (2)
Menatap jalan yang menjauh Tentukan arah yang ku mau Tempatkan aku pada satu peristiwa Yang membuat hati lara
Lagi
tiga hari. Akan tibalah suatu hari yang paling indah. Dia akan menjadi
tunangan orang. Shah tidak tahu apa perasaannya saat ini. Meskipun
belum lagi bergelar suami, namun debaran tetap dirasai. Semakin lama
semakin hebat.
Shah menguak rambutnya yang baru dipotong pendek.
Dia tersenyum lebar tatkala melihat dirinya di hadapan cermin. Tiga
hari lagi dia akan mengikat tali pertunangan dengan gadis yang sangat
dikasihinya. Dan beberapa hari selepas itu dia akan pulang semula ke
Royal College of Surgeons untuk menyudahkan pengajian yang hanya
tinggal dua semester lagi. Alhamdulillah, semalam secara rasminya
tamatlah praktikalnya di salah sebuah hospital di Melaka. Usai segala
hal yang berkenaan, dia terus pulang ke Semanggol untuk menguruskan
majlis pertunangannya pula.
Bunyi hon yang tak berhenti-henti
mengejutkan Shah. Dia segera menjenguk ke luar rumah. Kelisa berwarna
kelabu meyapa pandang. Seorang lelaki keluar dan mengangkat tangan.
Shah senyum. Lissa sudah pulang!
"Shah, aku hantar tuan puteri
dan dayang-dayangnya balik dulu. Lepas ni aku datang rumah kau." Jerit
lelaki tinggi lampai itu pada Shah. "Yalah. Hati-hati tau." Shah
yang melangut di tepi tingkap mengangguk. "Lissa mana?" Mata Shah
tercari-cari wajah bakal tunang tersayang. "Lissa, abang Shah panggil. Keluarlah..." Ujar Hanz sambil tersengih. Wajah Lissa sudah merah padam. Malu. "Shah. Lissa kata, jumpa waktu majlis nanti." Beritahu Hanz. "Dia segan agaknya." Ulasnya kemudian.
"Dah
berbulan-bulan tak jumpa. Aku di Melaka, dia di UM. Dah dekat macam tu
pun nak ajak keluar sama bukan main payah. Sekarang dah ada kat depan
tangga rumah pun tak nak jumpa lagi. Ini mendera namanya, Cik Melissa." "Nasiblah
kau, Shah. Siapa suruh pilih Cik Melissa ni. Memang sakit jiwalah.
Banyak sangat protokolnya. Tu tak boleh, ni tak boleh." Hanz sudah
kenal Lissa sejak sekolah menengah lagi. Mereka sekelas. Dengan lelaki
memang dia tak bercakap langsung. Mujur masuk UM sikapnya itu berubah
sikit. Tapi masih lagi kekok serba-serbi.
"Agaknya dia nak suruh
aku lari-lari keliling wad dengan kain pelekat, baru dia nak keluar
dengan aku." Shah berjenaka. Dia sedia maklum Lissa suka melihatnya
memakai baju melayu dan kain pelekat. Waktu mula-mula bertemu dengan
Lissa, mereka tersempak di hadapan tangga surau. Lissa menemankan Nek
Apsah dan Mak Nah menunaikan solat jemaah di surau kampung mereka.
Hanz Faizal ketawa besar. Dia berbicara sesuatu dengan Melissa yang duduk di kerusi belakang. "Nak cakap apa? Cepatlah..." Ujar Lissa dengan wajah serba kemerahan sampai Shah terpegun seketika. Rindunya dia pada Lissa... "Mak oi, garangnya. Menakutkan..." Shah tergelak. Lissa
mengetap bibir menahan marah. Abang Shah memang suka mentertawakannya.
"Hanz, boleh cepat sikit tak? Dah nak hujan ni." Lissa memandang langit
yang makin gelap. "Doktor Shahrizam... kami balik dulu." Ujar Lissa
lalu menaikkan semula cermin tingkap.
Shah sentiasa senang
dengan reaksi Lissa yang kadangkala keanak-anakan itu. Setiap kali dia
marah dan malas hendak melayan gurauan, Lissa akan memanggilnya "Doktor
Shahrizam" dan cepat-cepat melarikan diri. Lissa terlalu menyimpan
perasaan. Dia jarang mempamerkan isi hatinya. Lissa, gadis penuh
misteri. Dari dulu hingga kini. Agaknya sebab itu dia suka pada gadis
yang berasal dari keturunan baba dan nyonya itu. Gadis misteri. Kalau
dilakukan 'post mortem' ke atas Lissa, barangkali banyak lagi perkara
yang dia tidak tahu tentang gadis itu.
Kereta yang dipandu oleh
Hanz perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah dan menuju ke rumah
keluarga Lissa. Keluarga angkat sebenarnya. Ibubapa Lissa sudah lama
meninggalkannya. Lissa bukan anak yatim. Kedua orang tuanya masih lagi
hidup. Tapi mereka yang tidak pernah mengambil tahu tentang diri Lissa.
Kebetulan ibubapanya bercerai dan dia menjadi mangsa keadaan. Lissa
membesar tanpa kasih sayang ayah dan ibu. Itulah Melissa Kyra, bakal
isterinya.
Shah selalu berpesan pada Lissa sedari awal
perkenalan mereka - Allah sudah menghendaki dunia ini sebagai tempat
bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling
bertolak belakang, dan dua pendapat yang saling bertentangan; yang baik
dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan
kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik,
kebagusan dan kebahagian itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan
dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka. Akan ada kehidupan yang lain
selepas ini. kehidupan yang kekal abadi. Segalanya tidak akan berakhir
di sini.
"Takkan Lissa tak percaya dengan janji Tuhan - lepas setiap kesulitan akan ada kemudahan..." Lissa
masih tidak memberikan sebarang reaksi. Dia merenung jauh ke
petak-petak sawah yang menghijau. Bagai sedang memikirkan sesuatu
seperti selalu. Ah, gadis itu terlalu banyak berfikir! "Senyum sikit
boleh tak? Nak jadi doktor mana boleh macam ni. Kalau terus dengan muka
masam, pesakit akan lari. Abang pun lari tau. Haaa.... cuba jadi tengok
abang ni... senyum selalu. Mana tak nampak hensem..." Shah cuba
berjenaka. Namun begitu, Lissa tetap mematungkan diri. Shah menggaru
kepala. Sudah mati akal untuk berfikir bagaimana mahu buat gadis itu
sudi berbual dengannya. Nenek Apsah kata, Lissa semakin kurus. Ya, kali
terakhir Shah berjumpa dengan Lissa tidaklah badannya sesusut ini. Dia
sedang menanggung kesakitannya sendiri.
"Waktu ayah dan mak
Lissa berpisah, Lissa bersedih dari dulu sampai sekarang. Apa Lissa
fikir dengan bersedih macam tu mereka akan bersama semula? Tak, kan?
Dah tujuh tahun. Mereka pun dah ada keluarga baru masing-masing.
Kesedihan akan buat apa yang Lissa ada sekarang tak bermakna - Nenek
Apsah, Pak Kasim, Mak Nah, Long , Kak Nina, Rin, Alang, Teh, Ucu ...
dan abang Shah. Lissa kena ingat... Lissa masih ada kami semua. Kami
semua ambil berat tentang Lissa. Kami semua sayangkan Lissa. Dan kami
takkan biarkan Lissa seorang diri." Kata Shah bersungguh-sungguh.
"Orang
yang tak dapat kawal kesedihan, dia akan mati muda. Kami tak mahu
kehilangan Lissa..." Tambah Shah lagi. Anak Pak Kassim, Sarinah yang
mengaji di Uitm Manjung memaklumkan yang Lissa mula mengambil ubatnya
semula. Bukan saja satu tapi berjenis-jenis banyaknya. Lissa kata,
semua itu pil-pil vitamin. Bukankah Lissa makin kurus sekarang? Benar,
badannya mulai susut sejak mendapat tahu ibunya berkahwin baru dan
mengandung pula beberapa bulan selepas itu. Mukanya pun cengkung.
"Abang
Shah. Lissa sakit... sakit jantung..." Suara cemas Rin menyapa
gegendang telinganya. Shah terhenti daripada mengemas. Dia akan
berlepas ke Dublin dua hari lagi setelah bercuti selama sebulan di
kampung halaman. Tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kisah sedih Lissa
yang tak berkesudahan itu. "Mana Rin tahu?" Soal Shah cepat-cepat. "Rin
nampak pada plastik ubat dia... macam ada tulis 'jantung'. Abang Shah,
Lissa sakit balik. Dia sedih balik. Rin tak tahu nak buat macam
mana..." Rin sudah merembeskan air mata.
Shah menelan air liur.
Lissa sakit? Kenapa dia tak pernah tahu sebelum ini? Petang itu juga
Shah ajak Lissa berbual dari hati ke hati. Dia perlu tahu masalah
sebenar Lissa. Bukankah semuanya sudah selesai? Lissa baru sahaja tamat
matrikulasi dan keputusan peperiksaannya cemerlang. Katanya, dia mahu
ambil kursus perubatan macam abang Shah. Sekarang sedang menanti
tawaran dari pihak universiti. Tetapi kenapa pula tiba-tiba boleh jadi
begini?
Mereka duduk di atas pelantar kayu di bawah pokok jambu
air. Masing-masing mengadap ke arah sawah. Rin sudah bengkak-bengkak
mata. Kak Nina datang membawa cucur pisang dan air teh. Shah hirup air
teh yang masih panas itu perlahan-lahan.
"Harapan Lissa dah musnah, abang Shah. Dah tak ada..." Luah Lissa tiba-tiba setelah sekian lama membisu. Shah
mengangkat muka. "Lissa, orang yang paling dekat dengan kebahagiaan...
orang yang memiliki harapan..." Balasnya lambat-lambat. "Kami semua
harap hati Lissa sentiasa tenang. Kami nak lihat Lissa gembira macam
dulu. Senyum. Kami nak Lissa bahagia..."
Mata Lissa sudah
bergenangan. Selama ini dia cuba untuk mengerti sikap ibubapanya. Tapi
sekarang dia sudah tidak tahan lagi. Dia sentiasa menanti saat mereka
mengambil berat tentang dirinya. Bukan sekadar bertanyakan keputusan
peperiksaannya. Bukan hanya memberitahunya supaya belajar
bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik. Lissa perlukan ayah dan mak.
Bukannya ini...
bersambung lagi....
Rujukan: La Tahzan (jangan bersedih) Jasmin Enterprise
Posted at 08:12 pm by anrys
|
|
|