:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Cinta, Akhirnya Bahagia (3)

Sesungguhnya rasa sedih itu tidak pernah hilang, meskipun sudah bertahun masa berlalu. Bohong jika mengatakan dia benar-benar sudah melupakan duka lama. Tidak semudah itu. Namun dia berjaya juga mengecap erti bahagia di celah-celah kedukaan yang menyirnakan seluruh keceriaannya. Tuhan telah menyediakan ruang dan masa lantas dia memilih untuk hatinya lebih tenang. Dari Allah datangnya ketenangan dan hanya kepadaNya Lissa memohon.

Bibir Lissa basah melafaz zikir. Terasa diri dekat padaNya, Tuhan pencipta semesta alam. Dia juga yang memiliki hari pembalasan. Hanya padaNya yang layak disembah dan tempat memohon pertolongan. Jadi tunjukkanlah Lissa jalan yang lurus. Jalan yang orang Dia beri nikmat, bukan jalan orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. Begitulah doanya selalu.

"Kak chik, emak panggil makan!"

Lissa berhenti mengira tasbih sebaik sahaja menerima ketukan bertalu-talu di pintu. Panggilan ucu disahutnya. Pantas dia menanggalkan telekung, melipatnya dengan teliti dan menyangkut di atas palang yang sudah tersedia. Tangannya mencapai tudung lalu disarungkan ke kepala. Cepat-cepat dia keluar dari bilik.

"Maaf ya, terleka pula tadi." Katanya sebaik sahaja sampai di dapur. Dilihatnya hidangan makan tengahari sudah tersedia di atas meja.

"Tak apa. Azura dengan Fizah kan ada." Sahut Mak Nah yang teraba-raba menarik kerusi mahu duduk. Segera Lissa membantunya.

"Ayah mana mak? Kak Rima pun dah balik ya? Bukan ke nak makan sama." Soal Lissa apabila mendapati ayah angkatnya tidak kelihatan. Kak Sarimah yang turut sama menyiapkan laksa tadi pun sudah tiada.

"Ayah ada kat depan sana. Dah minta ucu panggilkan. Kak Rima kamu pula akan datang kejap lagi dengan anak-anaknya. Duduklah dulu Lissa. Ajak kawan-kawan tu sama. Azura, Fizah... jangan malu-malu dekat rumah mak ni."

Tengahari itu mereka menikmati hidangan dalam suasana yang cukup ceria. Ucu, anak bongsu Mak Nah tidak habis-habis bercerita tentang penglibatannya dalam pasukan bola sepak sekolah. Kak Sarimah mengusik dengan mengatakan adiknya itu semakin gelap kerana terlalu banyak main panas. Ucu yang manja itu menarik muncung panjang.

Setiap kali menjamah laksa mengingatkan Lissa pada Nek Apsah yang telah lama pergi. Orang tua itu memang pandai memasak. Cakap sahaja apa dia boleh buat. Dalam banyak-banyak masakan, Lissa sukakan laksa yang dibuat oleh Nek Apsah. Laksanya cukup rasa. Sampai sekarang Lissa masih tidak pandai buatnya sebaik air tangan Nek Apsah. Bahan-bahannya cukup banyak dan pelbagai.

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang?
Dan bahagia di akhir cerita

"Lissa suka makan apa? Biar hari ni nenek masakkan khas untuk Lissa." Mata Nek Apsah menyapa lembut wajah kuning langsat milik Lissa. Begitulah setiap kali pertanyaan Nek Apsah setiap kali Lissa datang ke rumah ini.

Lissa terharu sangat. Semua orang dalam rumah ini cuba sedaya upaya mereka membuatkan Lissa gembira. Kadangkala Lissa jadi hairan sendiri. Lissa bukannya sesiapa pada mereka. Sekadar orang asing yang tiba-tiba datang menumpang kasih di rumah ini. Namun layanan mereka cukup di luar jangkaan. Lissa diangkat menjadi salah seorang anggota keluarga ini. Dia punya nama panggilannya sendiri - Kak Chik. Nek Apsah yang meminta semua orang berbuat begitu.

Dia tidak boleh melupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ini. Kedatangannya adalah di atas jemputan Nek Apsah sendiri. Mungkin sebab Nek Apsah selalu nampak Lissa sering mengintai mereka sekeluarga yang melawat Sarinah di asrama. Lissa sangat cemburu dengan Sarinah. Mereka nampak sungguh mesra seperti sepatutnya lagak sebuah keluarga. Walaupun kedua orang tuanya tidak boleh melihat, namun mereka sanggup bersusah payah datang melawat anak mereka.

Kalau keluarga Lissa, segala-galanya nampak kekok dan formal sahaja. Hanya menghantar pada hari pertama sekolah dibuka dan mengambil Lissa bila tiba akhir tahun. Itupun waktu awal-awal dulu, secara berasingan samaada abah atau ibu. Bila Lissa sudah pandai berdikari dan mereka pun sudah makin sibuk, Lissa akan naik bas sahaja sepertimana tiap-tiap bulan dia pulang ke rumah. Lissa sudah dewasa sebelum waktunya. Mana tidaknya, waktu semua teman bergembira dengan keputusan peperiksaan UPSR, Lissa menerima satu lagi berita 'gembira' daripadanya ibunya.

Ibu yang datang dari pejabat untuk mengetahui keputusan Lissa turut menyisipkan berita penceraian yang melumpuh seluruh semangat Lissa. Memang sebelum ini pun ibu dan ayahnya nampak tidak mesra sahaja, Lissa tidak permah mengesyaki apa-apa. Lissa sendiri sibuk belajar untuk memastikan yang dia sentiasa berada di tangga teratas dalam setiap ujian. Mereka sekeluarga jarang berbual waktu berada di rumah. Lissa anggap semua itu perkara biasa sahaja. Namun segalanya menjadi lebih jelas pada Lissa. Rupa-rupanya mereka tidak seperti keluarga orang lain. Mereka tidak ubah seperti orang asing. Setelah ibubapa Lissa berpisah secara rasmi, Lissa sudah diketepikan secara total. Sejak dari berita perpisahan itu dan lebih-lebih lagi setelah Lissa memasuki sekolah berasrama penuh, kewujudannya bagaikan tidak pernah memberi makna dalam kamus hidup ibubapanya.

"Lissa, nenek aku ajak kau makan sama. Marilah..."

Hari itu entah macam mana dia boleh dijemput sama menyertai mereka di bawah pondok melawat itu. Kelibatnya di hujung koridor rupa-rupanya menarik perhatian Nek Apsah. Lissa jadi serba salah pada awalnya kerana tindakannya itu telah mengganggu ketenteraman orang. Namun melihat Sarinah yang bersungguh-sungguh, dia turuti juga permintaan itu. Dan paling tidak bisa dilupakannya, kali pertama menerima pelukan dari Nek Apsah dan Mak Nah sebelum mereka pulang. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengalir dalam tubuhnya. Macam aliran elektrik. Sudah terlalu lama dia tidak dipeluk oleh mana-mana ahli keluarganya, semenjak dia memasuki sekolah rendah. Sentuhan itu buat dia rasa berbeza sama sekali.

Pertemuan itu tidak berakhir di situ. Cuti hujung bulan itu dia dipelawa oleh Sarinah untuk mengikutnya balik kampung. Lissa terus setuju. Di rumah pun bukannya ada sesiapa. Hanya pembantu rumah dari Indonesia. Baik di rumah papa atau mama. Sama sahaja. Dia sudah muak dengan suasana yang membosankan itu. Kalau balik ke rumah nenek sebelah papa, orang tua itu tidak habis dengan leteran yang tiada noktah. Dia menghamburkan segala kemarahannya terhadap mama pada Lissa. Macamlah Lissa yang menjadi punca sebenar perpisahan!

Di rumah Sarinah menemukan Lissa dengan ramai orang yang hatinya penuh limpahan kasih sayang. Lissa yang tidak biasa sangat disentuh itu terasa kekok tatkala Mak Nah dan Nek Apsah memeluk tubuhnya dan mengucup pipi atau dahinya. Dia jadi serba tidak kena setiap kali Kak Sarimah atau Ucu menarik tangannya kalau hendak minta bantuannya. Dia juga tidak betah dengan sifat manja ucu yang selalu inginkan perhatiannya. Ada sahaja yang dia hendak buatnya pada Lissa. Waktu itu ucu masih kecil, baru masuk lima atau enam tahun. Perangainya macam anak kucing sahaja. Awal-awal dulu Lissa selalu menolak perlahan kepala ucu yang asyik mahu tidur di atas pahanya. Tapi ucu yang degil itu mana makan saman. Dia tidak pernah berhenti mencuba. Lissa terus tidak suka dengan ucu yang mengada-ngada tidak bertempat itu. Walaupun tidak terkena kulit - sekadar terkena baju - namun dia tetap merasa kurang selesa. Tetapi mana dia berani suarakan pada Sarinah tentang keluarganya yang pelik itu. Nanti dia pula yang dituduh pelik. Bukankah itu semua perlakuan biasa sahaja.

Rasa pelik itu berlanjutan setelah Lissa bertemu dengan abang Shah. Rumah bakal doktor yang akan berangkat ke benua Eropah itu hanya dipisahkan oleh pokok kelapa yang tinggi-tinggi. Keluarga abang Shah ini tinggal berjiran dengan keluarga Sarinah. Kerja lelaki itu tidak lain tidak bukan - asyik mengusik orang sahaja. Pantang betul terserempak dengan Lissa, mesti ada saja usikan yang menyusul. Lepas itu dia akan tersenyum-senyum macam kerang busuk. Macamlah Lissa akan terpikat dengan senyumannya yang manis sedikit daripada senyum kambing itu. Cakapnya pun tidak pernah serius, asyik hendak melawak sahaja tidak kena masa. Semua perkara dijadikan bahan jenaka. Mahu sahaja Lissa beri cadangan supaya dia pergi temuduga jadi badut sarkas saja. Baru sesuai dengan bakatnya itu. Menyampah betul!



bersambung lagi...

Posted at 08:14 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry