:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Cinta, Akhirnya Bahagia (4)

Senyuman Shah berbunga riang tatkala melihat kelibat Lissanya bersantai di pangkin bawah pokok jambu. Turut menemani dua orang teman sekuliahnya. Di hadapan mereka bertabur buku-buku tebal dan fail pelbagai warna. Sedang belajar barangkali, telah bakal doktor muda itu. Rajin betul mereka. Cepat-cepat Shah memberhentikan motosikalnya berdekatan dengan pokok jambu itu. Hanz yang membonceng agak terpinga-pinga. Lissa yang menyedari kehadiran Shah hanya memandang sekilas.

"Aku mahu jumpa tuan puteri kejap." Bisik Shah ke telinga Faizal.

Hanz Faizal sekadar mampu menggelengkan kepala.

Tanpa membuang masa lagi, Shah pergi mendapatkan puterinya. Dia berdiri betul-betul di tepi gadis itu, tetapi tidak terlalu rapat. Matanya turut meneliti keratan akhbar yang dipegang oleh Lissa. Shah tergamam seketika setelah mengetahui tajuk artikel tersebut.

PAD punca berlaku serangan jantung.
Jantung?
Matanya beralih pada Lissa yang begitu tekun membaca. Hati Shah diburu sangsi. Adakah Lissanya sakit semula?

"PAD? Peripheral Artery Disease?" Shah bersuara perlahan.

Sepanjang pengetahuan Shah, PAD adalah penyakit saluran darah yang tersumbat. Terjadi kerana saluran arteri mengeras atau dikenali juga sebagai atherosclerosis. Dalam tempoh masa yang panjang, arteri yang mengeras ini menyebabkan plaque (tisu lemak keras) terbina. Keadaan ini menyebabkan arteri mengecil dan mengurangkan bekalan oksigen darah ke otot dan kulit. Jika didiagnosis dengan PAD bermakna pesakit memiliki lebihan plaque yang boleh menyempitkan saluran arteri. Sekaligus meningkatkan risiko serangan sakit jantung dan strok yang membawa kematian. Penyakit PAD ini lebih kerap menyerang lelaki, risiko terhadap lelaki perokok sangat besar. Lissa bukan seorang lelaki, apalagi merokok. Jadi, kebarangkalian untuk menghidap penyakit itu agak tipis.

"Ya. Kenapa?" Pantas sahaja Lissa melipat keratan akhbar itu dan berpaling ke arah abang Shahnya.

"Lissa pernah rasa lenguh atau sakit kaki tak?" Soal Shah, sekadar inginkan kepastian. PAD sukar dikesan. Pesakit selalu keliru dengan simptom PAD dengan penyakit lain. Ini kerana, rasa lenguh dan kesakitan di kaki biasanya akan mudah lenyap sebaik sahaja berehat. Apatah lagi jika berkerja di pejabat berhawa dingin, dengan pergerakan yang terbatas, kesakitan disebabkan PAD tidak akan dirasai.
Lissa menggeleng. Dahinya berkerut seribu.

"Syukurlah..." Shah menarik nafas lega.

"Graf jantung Lissa dah cantiklah. Tak macam dulu lagi..." Lissa semacam tahu apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu.

"Boleh percaya ke, Hanz? Lissa ni suka berahsia. Dengan aku pun berahsia macam apa saja." Shah mengangkat kening ke arah Hanz Faizal.

"Jangan risaulah, abang Shah. Dia tak apa-apa. Cuma dua bulan lepas..."

"Jua!" Lissa cepat menahan.

"Kenapa Azura?"

"Tak ada apa-apa." Balas Lissa cepat-cepat. Matanya mengerling ke arah Azura. Nyaris sahaja temannya itu terlepas cakap.

"Dalam perhubungan perlukan kejujuran, Lissa..." Shah sudah membuka 'kuliah falsafah cinta'nya. Dia lebih suka Lissa berterus-terang kepadanya, meskipun ianya akan membuat hatinya bersedih.

Lissa melepaskan nafas panjang.

"Tekanan darah rendah saja. Kena tahan dalam wad. Doktor beri water glucier. Itu saja..."

"Pasti?"

Lissa mengangguk. Namun jauh di sudut hati kecilnya ada sesuatu lagi yang tidak bisa dikongsinya dengan siapapun. Yang pasti bukan sekarang.

"Kenapa baru beritahu sekarang? Kalau Azura tak ungkit tadi, sampai bila pun abang Shah takkan tahu, kan?" Shah tidak berpuas hati kerana diketepikan dalam soal hal kesihatan Lissa. Dan melihat Lissa diam sahaja buat dia betul-betul rasa jauh hati. Lissa ini memang suka berahsia tidak bertempat!

Shah mengatur langkah ke motosikalnya. Dua biji tupperware sederhana besar yang dibungkus dalam plastik merah dikeluarkan dari raga motosikal tersebut. Dia kembali pergi mengadap Lissa.

"Mee goreng lada hitam. Kuih keria. Abang Shah masak sendiri." Shah meletakkan plastik itu di sisi Lissa dan terus berlalu. Entah macam mana pula kakinya boleh terlanggar batu yang tiba-tiba muncul di situ. Berdarah ibu jari kakinya.

"Abang Shah!" Jerit Lissa, panik.

Shah merenung darah yang mengalir, beralih pada wajah Lissa yang pucat. Buat pertama kalinya dia nampak Lissa begitu risau dengan keadaan dirinya. Dia tersenyum sinis.

"Sakit?" Soal Lissa.

"Sakit kaki boleh diubat, tapi hati yang sakit..." Balasnya sebaik sahaja menaiki motosikalnya semula.

Lissa terdiam.

"Abang Shah! nanti masakkan spagetti dengan daging cincang berkeju. Teringin nak makan makanan kegemaran abang Shah tu... sebelum abang Shah balik sana semula." Lissa bernada riang, cuba mengambil hati bakal tunangnya yang sangat pandai memasak itu. Dia tahu Shah senang memaafkan orang lain.

Shah sekadar tersenyum tawar.

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Shah tidak bisa melelapkan matanya. Fikirannya jauh melayang. Ingatan dibawa menjenguk semula hari pengkebumian Nek Apsah. Sehingga ke saat ini dia masih boleh mengingati peristiwa yang berlaku pada hari itu satu demi satu. Matanya masih tidak bisa melupakan Lissa yang menangis sampai merah dan bengkak matanya. Macam berlaku pendarahan dalam matanya sahaja. Shah jadi takut sungguh waktu itu. Lissa mogok tidak mahu makan berhari-hari. Betapa payahnya Lissa hendak bangun semula dari kesedihan itu. Shah tahu Lissa memang rapat dengan Nek Apsah. Jadi kehilangan Nek Apsah sememangnya meninggalkan tamparan hebat dalam hidupnya.

Lissa perlahan-lahan membuka tingkap, membiarkan angin dingin berlumba-lumba masuk. Dalam pada itu matanya mencari sesuatu. Dari jauh dia boleh susuk abang Shah yang sedang menopang dagu di anjung rumah yang bercahaya terang. Pandanganya menghala ke bilik Lissa. Pantas sahaja Lissa menutup tingkap kayu itu semula. Dia bersandar pada dinding. Matanya dipejam rapat-rapat. Bibirnya diketap kuat. Sudah dua kali dia melukakan hati abang Shah. Dua kali...

"Lepas Lissa tamat belajar ni abang hantar rombongan meminang ya? Mesti setuju tau!" Bakal doktor muda yang nakal itu mengenyitkan mata kirinya. Sesekali dia melemparkan senyum manja pada Nek Apsah yang sedang menghiris bawang.

Lissa menarik muncung. Menyampahnya! Yakin sungguh lelaki itu Macamlah Lissa berkenan sangat pada dia. Lissa baru senyum sedikit pada lawak jenaka dia, lelaki itu berfikir Lissa sudah berjanji sanggup sehidup semati dengannya. Mengaku sahaja doktor neuro, tapi otaknya sendiri pun tidak betul.

"Diam tandanya setuju. Betul tak Mak Nah?" Si bakal doktor itu makin menjadi-jadi pula. Lissa jadi geram hal perkahwinan dibuat main begitu.

"Kalau Lissa nak berkahwin pun nanti, Lissa akan pilih lelaki yang punya sejarah keluarga yang sempurna. Bukannya macam awak!"

Senyuman Shah terus menyirna. "Apa maksud Lissa tu?" Suaranya sedikit bergetar.

"Abang Shah pun faham maksud Lissa tadi, kan. Kita berdua memiliki sejarah keluarga yang berwarna-warni. Lissa tak mahu anak-anak Lissa nanti mewarisi warna duka kita tu." Tegas Lissa. Dia sedia maklum keluarga abang Shah sekarang sekadar keluarga tiri, walaupun hubungan mereka amat rapat sekali.

"Kenapa kak chik cakap begitu pada abang Shah? Tak baik, sayang..." Tegur Nek Apsah. Dia betul-betul terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Lissa. Selama ini gadis itu pendiam dan sangat menjaga bicaranya.

"Seboleh-bolehnya Lissa mahu seorang lelaki yang tak ada kes penceraian dalam keluarganya. Lissa tak mahu kami sama-sama pernah menyimpan sejarah hidup yang menyedihkan..." Lissa terus berkata seenaknya tanpa menghiraukan teguran Nek Apsah.

Ibubapa Lissa berpisah kerana mereka tidak saling mengasihi antara satu sama lain. Cinta memang tidak pernah wujud. Perkahwinan mreka terjadi pun hanya di atas desakan keluarga. Waktu itu ibu yang baru tamat diploma perguruan dipaksa menerima ayah yang baru berkerja, sedangkan ibu masih mahu menyambung ke peringkat ijazah. Lihatlah apa yang terjadi pada Lissa sekarang. Ibunya sedang bergembira bersama suami yang sangat dicintainya merangkap kekasih seuniversitinya dahulu, dan dua orang anak mereka. Dia juga sudah memperoleh ijazah sarjana mudanya. Dengar ceritanya sekarang, ibu mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Ayah pun sedang berbahagia dengan keluarganya yang baru. Cuma Lissa masih terkontang-kanting sendiri.

Abang Shah yang tadinya duduk melepak di meja makan terus bangkit. Dengan wajah yang muram dia keluar dari pintu dapur rumah Mak Nah dalam keadaan tergesa-gesa. Mata Lissa mengekori langkah abang Shah, hati Lissa turut terluka dengan bilahan kata-katanya sendiri.

"Sebenarnya Lissalah yang tak layak untuk abang Shah. Sekurang-kurangnya abang Shah masih tinggal dengan keluarga sendiri. Sedangkan Lissa... tetap orang asing di sini. Lissa terpaksa cakap begitu pada abang Shah semalam kerana sekadar untuk menyedarkan diri Lissa dengan hakikat tu... " Ucap Lissa sewaktu abang Shah bertandang lagi keesokan harinya.

Shah menggeleng. "Mereka tak pernah anggap Lissa macam tu. Lissa dah jadi sebahagian daripada keluarga Nek Apsah... dan sebahagian daripada hidup abang Shah juga..." Kata Shah sambil tersenyum manis seperti selalu.

Mata Lissa sudah hangat menampung air mata terharu.

Lissa mengeluh perlahan. Buat sekian kalinya dia sudah merobek hati seorang lelaki yang tulus mengasihinya. Masihkah ada maaf baginya selepas ini?


bersambung...

Posted at 08:15 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry