:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
Cerpen - Cinta, Akhirnya Bahagia (5)

Manusia dan dunia ini pasti mempunyai kekurangan. Namun ikhlaskah Lissa dalam menerima kekurangan itu? Mata Lissa masih terpaku dengan kehadiran kedua ibubapanya bersama keluarga masing-masing.

“Abang Shah kata, dia jumpa ibu Lissa waktu kenduri kahwin seorang kawannya di Liverpool.” Beritahu Rin pada Lissa yang masih kelihatan terpinga-pinga.

Ibu masih merenung keseluruhan wajah Lissa yang sudah siap bersolek. Selepas bersalam tadi, segalanya masih serba kaku seperti dahulu. Maklum sajalah sudah lama mereka tidak bertemu, hampir empat tahun barangkali. Walaupun Lissa tahu ibunya sudah pergi ke luar negara menyiapkan ijazah sarjananya, namun Lissa tidak ingat di universiti mana. Ibu pun sekadar memberitahunya lebih kurang sahaja. Entah kenapa Lissa rasa ibu tidak berapa menyukainya. Mungkin Lissa mengingatkannya kepada perkahwinan pertama ibu yang kecundang di tengah jalan. Pendapat ayah pun lebih kurang sama sahaja. Dia pernah kata, wajah Lissa mengingatkannya tentang ibu.

Lissa sendiri tidak pasti sama ada hatinya sudah benar-benar memaafkan mereka berdua atau tidak. Layakkah seorang anak menyimpan dendam terhadap orang yang bertanggungjawab melahirkannya ke dunia ini. Mereka juga memberi Lissa keperluan yang secukupnya untuk terus hidup tanpa perlu meminta-minta pada orang lain. Walaupun kasih sayang mereka sudah diambil alih oleh material, namun ibubapanya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka yang satu itu.

Aku junjung petuamu
Cintai Dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?

Kebahagiaan seseorang akan semakin bertambah, berkembang dan mengakar apabila ia mampu mengabaikan semua perkara yang remeh dan tidak bermanfaat. Kerana itu Lissa memilih menjadi orang berkeyakinan tinggi - orang yang memilih akhirat. Lupakan segala kisah silam yang telah lama berlalu. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenangan, esok adalah impian. Dan berpegang pada al-quran dan as-sunnah, nescaya hidup Lissa akan diterangi cahaya bahagia.

“Jadikanlah keinganan Lissa pada satu arah saja... keinginan bertemu dengan Allah, bahagia di akhirat dan damai di sisi-Nya.” Lissa teringat kata-kata akhir daripada Nek Apsah.

“Apalah ertinya sebuah keinginan yang hanya tertumpu pada kehidupan saja, Lissa. Kedudukan, jawatan, wang ringgit, anak-anak, harta benda.... semuanya akan musnah dan lenyap.” Beritahu Nek Apsah panjang lebar.

Lissa hanya mendengar, tidak bersuara. Rupa-rupanya malam itu merupakan Ramadhan terakhir kami bersama Nek Apsah. Padanlah perangainya pelik sedikit. Dia tidak berhenti berpesan macam-macam pada Lissa.

“Lissa yang berada di hadapan nenek ni seorang yang tabah. Dalam usia muda dah diuji dengan macam-macam dugaan. Kalau nenek berada di tempat Lissa sekarang ni, belum tentu nenek mampu jadi setabah Lissa.” Puji Nek Apsah tak semena-mena.

“Lissa tidaklah setabah mana, nek. Adakalanya merungut juga, mengeluh juga...” Lissa mengaku sejujurnya.

Nek Apsah tersenyum. “Lissa amalkan tak doa dengan surah-surah yang nenek ajar tu? Insya-Allah rasa resah gelisah tu makin berkurangan...”

Lissa mengangguk. Dia tidak pernah lupa membaca dan menghayati doa al-mathurat dan surah lazim yang diajar oleh Nek Apsah setiap kali usai solat. Surah yang paling disukainya ialah surah ad-Dhuha. Ayat yang terkandung dalam surah itu dirasakan sangat dekat di hatinya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

1. Demi waktu matahari yang sepenggalah naik

2. Dan demi malam apabila menjadi sunyi

3. Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak benci kepadamu

4. Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari di dunia

5. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu kamu akan
redha

6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu

7. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kehilangan arah, lalu Dia memberikan petunjuk

8. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang serba kekurangan, lalu Dia memberikan nikmat yang mencukupi

9. Adapun terhadap anak yatim, janganlah kamu berlaku kejam

10. Dan terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu mengherdik mereka

11. Manakala terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu selalu menyebut-nyebutnya

 “Kita semua makhluk yang lemah, Lissa. Tapi kita boleh jadi kuat bila bertawakkal pada Allah, percaya sepenuhnya pada Dia. Lissa percaya pada Allah kan? Walaupun secara fizikalnya Dia tak dapat dilihat, tapi Dia sentiasa dekat dengan kita. Malah lebih dekat daripada nyawa kita sendiri. Bila kita sayang Allah, Dia akan lebih-lebih lagi sayang kita. Bila kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, Dia akan tambah lagi nikmat yang lebih banyak.” Nasihat Nek Apsah lagi.

Lissa tahu dia perlu berhenti melihat dunia ini dengan fikiran yang sempit. Dunia ini penuh dengan pilihan, rupa dan warna. Lissa perlu berbaik sangka dengan Allah. Segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

“Shah yang berjiran dengan kita tu pun begitu juga. Berjiwa besar... dan sentiasa ingin menggembirakan orang lain. Kadangkala... dengan melupakan seketika mencari kebahagiaan hanya untuk diri sendiri, kita boleh cuba bahagiakan orang lain. Sebab bila kita buat baik dengan orang lain, kita juga buat yang terbaik untuk diri sendiri.”

“Kita akan dapat dua kebahagiaan sekaligus - kebahagiaan diri sendiri dan kebahagiaan orang lain.”

“Betul...”

“Semalam Shah datang suarakan hasrat hati dia pada nenek...”

“Kenapa mesti Lissa?” Pantas gadis itu menyoal.

“Mungkin kalian lebih memahami satu sama lain tentang apa yang dilalui...” Kata Nek Apsah sambil tersenyum manis.“Dan seperti nenek juga, dia pun kagum dengan kecekalan hati Lissa. Sedih macam mana pun Lissa tak pernah menangis.”

“Agaknya kalau nenek tak ada nanti, Lissa akan menangis ke tak?”
Lissa tidak bisa menjawab soalan yang mengejutkan itu. Namun dalam hati dia berharap, Nek Apsah tidak meninggalkannya terlalu cepat. Mati itu memang sesuatu yang pasti, tetapi Lissa tidak sanggup kehilangan orang yang mula dikasihinya lagi.


Namun dunia ini sememang sebuah kehidupan yang bercampur antara kisah sedih dan gembira. Itulah yang Lissa rasakan sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada hospital universiti usai majlis pertunangan. Lissa tidak dapat mentafsir perasaannya waktu ini. Dia terpandang wajah abang Shah yang tertawa riang di samping keluarga sebenar Lissa. Untuk segala yang abang Shah usahakan, awan duka jua yang berarak di langit kehidupan Lissa. Dan kali ini Lissa tidak mampu mengusirnya.

Dari jauh abang Shah cuba menyampaikan sesuatu dalam bahasa isyarat. Dia mempelajari bahasa itupun atas dorongan Lissa dahulu.

“Abang sayang Lissa...”

Hati Lissa sudah berendam air mata. Dia tidak tahu sama ada perlu menangis atau ketawa. Sudah dua hari mereka berperang dingin dan lebih berpuluh kiriman sms yang dikirim tiada balasan. Panggilan telefon pun tidak diangkat. Bila Lissa bertanya pada Hanz, dia sekadar menjawab tidak tahu. Alih-alih Hanz menyalahkan Lissa pula kerana menyorok kisah Lissa masuk wad daripada pengetahuan abang Shah.

Sudah dua hari Lissa diserang perasaan takut tak semena-mena kerana bimbang kemungkinan abang Shah betul-betul merajuk dengan dia. Hati Lissa terus-menerus dilanda gundah tidak bertepi memikirkan abang Shah membatalkan majlis mereka ini. Entah kenapa dia dapat merasakan abang Shah sudah meluat dengan perangainya. Namun, akhirnya mereka sudah berbaik semula. Macam tiada apa pernah berlaku.

Abang Shah masih menanti balasannya. Saat ini Lissa memilih untuk membiarkan ucapan itu berlalu. Dia sekadar tersenyum lalu memandang ke arah lain. Ayah, ibu dan adik-beradik. Dia tertanya-tanya, adakah pertemuan yang membahagiakan dan secepat ini... telah Tuhan tukar ganti dengan nyawa Lissa sendiri?


bersambung....

Posted at 08:17 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry