Shah masih menatap surat yang baru diterimanya itu dengan perasaan
bercampur baur. Kiriman mel ekspress yang tiba petang tadi, yang
ditemui dalam peti surat rumahnya di South Circular Road itu nyata
sudah melumpuhkan seluruh tenaganya. Ditambah dengan suara tenang Lissa
di hujung talian, Syam sudah tidak tahu reaksi bagaimana yang harus
diberikannya.
"Barah hati. Final stage. Penyakit Lissa dah tak
boleh diubati oleh doktor dengan cara ubatan atau pembedahan... kerana
salur jantung Lissa juga dah diserang oleh sel-sel kanser tu."
"Lissa..."
"Abang Shah boleh tengok sendiri laporan doktor itu kalau tak percaya."
Lissa
sendiri sebenarnya masih dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut.
Pada mulanya dia hanya mengalami muntah-muntah. Bila pergi ke hospital,
doktor menjangkakan itu sekadar gastrik. Tapi dua, tiga kali
berulang-alik ke hospital masih belum baik juga. Lissa meminta pendapat
doktor pakar pediatrik yang menjaga Lissa sepanjang praktikal.
Sehinggalah akhirnya dialah mengusahakan supaya Lissa membuat
pemeriksaan secara terperinci dan keputusannya sungguh mengejutkan.
Lissa sendiri tidak hairan sangat kerana datuknya juga meninggal kerana
barah hati. Barah hati yang bermula dari Hepatitis B memang merbahaya
kerana ia menyerang dengan cepat tanpa dapat dikesan pada peringkat
awal, kecuali telah diketahui seseorang itu ada Hepatitis B.
Jangkitannya juga lebih senang dan dikatakan 100 kali lebih mudah
berbanding virus HIV. Sesiapa yang mempunyai imunisasi yang lemah
terhadap Hepatitis B ini akan mudah dijangkiti. Untuk meningkatkan
kembali imunisasi badan, hanya perlu ambil suntikan di klinik-klinik.
Namun
kini, kesedaran itu sudah terlewat. Hendak menyesal pun tidak berguna.
Sebaik sahaja jantung Lissa pulih seperti sediakala, sememangnya dia
mengakui yang dia ambil ringan tentang kesihatan dirinya. Lissa sungguh
gembira kerana tidak perlu lagi menelan ubat-ubatan yang pahit.
Shahrizam rasa lututnya lemah tak semena-mena. Matanya terasa panas.
"Lissa
tak sanggup nak beritahu sebelum abang Shah balik dulu. Lissa tak mahu
berita ni mengganggu tumpuan abang Shah pada peperiksaan. Dan bila
semuanya dah selesai, barulah Lissa nak beritahu. Lissa perlu
beritahu... sebab Lissa tak tahu berapa lama lagi... " Lissa mengetap
bibir, cuba menahan tangis. "Entah berapa lama lagi Tuhan beri masa
untuk Lissa, abang Shah..." Lirih Lissa menuturkannya.
Sebelum
ini seringkali hidup Lissa terancam namun Allah sentiasa menjaga dan
memberi yang berbaik untuknya. Qadha' yang telah diturunkan padanya
saat ini tidak ada bumi dan langit yang mampu menolaknya. Masihkah
Lissa benci segala keputusan-Nya?
Tuhan, berikanlah Lissa sedikit kekuatan-Mu untuk menghadapi semua ini, pohonnya dalam hati.
"Lissa..." Shah sudah tidak mampu berkata-kata.
"Selama
ni abang Shah dah banyak tolong Lissa. Terima kasih banyak-banyak. Budi
abang Shah tu nampaknya mungkin tak sempat Lissa membalasnya. Lissa tak
mahu abang Shah sedih andai kata Lissa..." Dia berhenti seketika, tidak
sanggup mengucap hal kematian itu. Sebagai seorang muslim, dia perlu
bersikap optimis. Tetapi keputusan yang bakal dilafaznya sebentar lagi
adalah untuk kebaikan bersama juga. Pihak keluarga Lissa tidak
membantah. Cuma Lissa perlu dapatkan persetujuan daripada abang Shah.
"Sebab
tu... Lissa nak putuskan pertunangan kita ni. Lissa dah tak sanggup
lagi nak bebankah abang Shah dengan masalah Lissa. Tak sanggup..."
Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimanapun hidup memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan yang ditinggalkan
"Kita lawan sama-sama."
"Apa?"
"Penyakit tu... kita lawan
sama-sama. Perlu banyakkan zikir... kerana ajal maut di tangan Tuhan.
Kekuatan jiwa juga amat penting saat ini untuk melawan penyakit.
Mungkin Lissa sendiri pun tahu... banyak cerita yang kita dah dengar,
kekuatan dalaman boleh tewaskan serangan kanser. Tambahan pula, itu
semua teori doktor. Segalanya di tangan Allah, Lissa." Lembut Shah
menutur.
"Abang Shah..."
"Jangan pernah sekali fikir
abang Shah akan tinggalkan Lissa... walau apapun terjadi. Takkan
tinggalkan Lissa sampai bila-bila pun. Tak akan..."
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat... (Al-Baqarah:153)"
"Ya Allah, berikanlah kesabaran pada dia. Aku tahu dia takkan mampu
bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari-Mu. Moga dia
sentiasa bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya
pertolongan-Mu, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang
yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa.
Moga dia terus bersabar meskipun menghadapi berbagai persoalan hidup
dan menghalangi jalan yang ditempuhi. Sesungguhnya pertolongan-Mu akan
datang setelah kesabaran, kelapangan-Mu akan datang setelah kesusahan
dan kemudahan-Mu akan datang setelah kesulitan..." Tangan Shah ditadah
tinggi. Bibirnya terus memohon tanpa henti dan jemu. Dia masih duduk
bersimpuh di atas sejadah mengadapNya. Serentak itu, air matanya laju
menuruni pipi.
* * * *
Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya
Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup, cinta dan segalanya
Dan takdir menjalani
Segala kehendakMu ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah
Hanya pada-Mu ya Robbi
Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan takdir menjalani
Segala kehendakMu ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah
Hanya pada-Mu ya Robbi
"Hasbunallahu wa ni'mal wakil... (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.)"
Lissa
mengucap kalimah itu berulang kali. Kalimah yang sama pernah dilafaz
oleh Nabi Ibrahim a.s tatkala dilemparkan ke dalam api sehingga api itu
tiba-tiba menjadi dingin dan selamatlah Nabi Ibrahim a.s. Kalimah ini
juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada perang Badar sehingga
Allah memberikan kemenangan. Inilah pertolongan Tuhan ketika hambaNya
mendekatkan diri kepadaNya. Dari sini terlihatlah bahawa ada Tuhan Yang
Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha
Mengasihani ketika si hamba menyandarkan diri kepadaNya.
Dan
kerana cinta dan kasih sayang Tuhan pada hambaNya, akhirnya Lissa
beroleh bahagia. Yang pastinya, kini dia sudah bebas dari kanser.
Semuanya di atas kelembutan kasih sayang Allah, dengan izin-Nya.
Seringkali Lissa menganggap bahawa apa yang datang kepadanya adalah
sebuah ketentuan dan pengakhiran segalanya, namun ternyata sebaliknya,
dugaan tersebut memberi kekuatan dan semangat baru.
Tumpuannya
beralih pada dua jasad yang bergerak ke arahnya ketika ini. Bibir Lissa
menguntum senyum tatkala memandang Hasbullah Hadi yang sedang didukung
oleh ayahnya. Si ayah yang terhibur dengan keletah si anak tertawa
sehingga tampak gerahamnya. Tawanya itu sungguh membahagiakan jiwa,
detik Lissa dalam hati.
"Hadi rindukan ibunya." Kata Shahrizam
sebaik sahaja menyerahkan si kecil pada Lissa. "Dan abang pun sama..."
Sambungnya kemudian.
Lissa tertawa halus. Dia kembali merenung
langit yang terbentang luas tiada penghujung. Hatinya berlagu senang.
Kepercayaannya kian bertambah. Semua tali akan mengerut kecuali
tali-Nya, dan semua pintu akan tertutup kecuali pintu-Nya. Sesuatu yang
telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang. Maka bersabarlah, dan
tak perlulah minta disegerakan. Lissa tersenyum buat sekian kalinya
pada camar yang bebas berterbangan.
"Atau siapakah yang memperkenankan(doa) orang yang dalam
kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya...(An-Naml:62) ... berdoalah kamu
kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu...(Al-Mu'minum:60)."
Tamatcredit:
lissa , syam , faizal... terima kasih berkongsi cerita dengan saya
kanda dang amai..... catatan tentang ibu kanda telah dinda cantumkan di sini
kanda dang seri....... cerita pesakit Hep B tu dinda culik dari kanda!
melly geoslow........... lagu "cinta" dan "takdir" nyanyian kamu tu bagus banget!
rujukan:
La Tahzan................ buku ni saya beli tahun lepas
Al-Quran................... sumber ketenangan jiwa