:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (1)

BAB1

"Ayu, tengoklah tajuk berita hari ini! Cepat!" Aku melaung teman serumah yang sedang asyik memasak. Rajinnya dia. Pagi-pagi sudah menumis macam-macam. Ayu bilang tadi, dia mahu masak lontong sebagai sarapan merangkap makan tengahari kami pada hari ini.

"Ayu kan tengah memasak ni. Tunggu kejap..."
"Masak apa?"
"Lontong..."

"Lontong lagi? Bukan hari tu dah masak kan. Rugi Ayu masak, Kak Syah tak larat nak habis. Kak Syah tak pandai makanlah masakan pelik-pelik macam tu." Keluhku.

"Nak kahwin dengan orang Johor kena pandai makan lontong, Kak Syah," balas Ayu. Aku sekadar mencebik.

"Ni masak lontong pun tak tahu. Marilah belajar dengan Ayu." Pelawa Ayu, yang sejak dari kecil tinggal dengan neneknya di Parit Raja, Johor. Sebab itu kemahiran memasaknya sangat hebat! Kenapa aku juga tidak dihantar tinggal di rumah opah dulu? Tapi bila orang pelawa macam ini, aku kurang berminat pula. Mungkin sebab yang paling utama, masakan itu bukan kegemaranku. Kalau masak siapa nak makan?

"Kaduk tu... memang mama dia orang Johor. Tapi, Kak Syah rasa dia pun tak makan lontong ni." Kataku dengan penuh yakin sekali.

"Kalau dia tak makan pun, mesti Kak Syah nak tarik hati ibu mertua."

Ya, ibu mertuaku yang agak sukar difahami itu. Dan aku hanya pilihan keduanya selepas Nur.

Tiba-tiba paparan Yahoo Messenger muncul. Kaduk yang menyapa. Seperti biasa, aku suka memberitahu menu di rumah ini. Sejak Ayu menghuni rumah sewa aku ini, aku selalu sahaja disajikan masakan Melayu yang sedap-sedap. Rasa duduk di Malaysia!

Miss Akasyah: Ayu masakkan lontong hari ni :)
Carl Duke Adam:  Sedapnya. Lama tak makan...
Miss Akasyah: Suka makan lontong?
Carl Duke Adam: Suka sangat.
Carl Duke Adam: Lontong yang mama masak paling sedap di dunia.

Bantuan kecemasan, bantuan kecemasan. Aku hanya pandai masak gulai tempoyak sahaja. Masakan yang remeh-temeh seperti itu mana aku tahu.

Carl Duke Adam: Nanti masakkan untuk saya, okey?
Carl Duke Adam: Syah kan pandai masak =)

Oh, tidak!

"Ayu, tolong ajarkan Kak Syah cara masak lontong... sekarang!!!"

*         *         *

"Tulah, dulu disuruh belajar sama kanda tak mahu. Datang ke Brunei, ya? Kita buat kursus masakan intensif selama 3 minggu. Untuk Akasyah, percuma saja!" Kak Nina dari Brunei ketawa berderai di hujung talian selepas mendengar cerita aku. Lontong masih tinggal separuh di dalam pinggan dikuis dengan garfu. Masakan Ayu sedap sangat, aku sahaja tidak biasa makan.

"Mana sempat nak pergi Brunei..." Aku rasa hendak menangis sahaja. Dah nak balik Malaysia. Lepas ini akan sibuk uruskan hal perkahwinan.

Ayu diam tidak berkutik. Khusyuk menghirup kuah. Matanya yang sayu itu merenung drama Jepun dan sekali-sekala dilemparkan ke arah aku.

"Berguru dari blog Kak Nina pun boleh, kan? Nanti tolong letakkan resepinya... yang paling mudah sekali. Jangan lupa! Penting ni..."

"Amboi, bakal pengantin kita ni. Datang dengan segala arahan..." Usik Kak Nina.

"Bukannya arahan. Tapi ini permintaan khas!" Aku membetulkan ayat Kak Nina. Bimbang dia kecil hati. Nanti siapa pula hendak tolong siapkan cenderahati untuk tetamu yang hadir. Aku memang sudah lama tergoda dengan marble-ous cookies yang comel, hasil bagas tangan Kak Nina.


Contoh Marble-ous Gift buat para tetamu
pada majlis kenduri di rumah pengantin perempuan
Kredit: http://sinahbisc.blogspot.com/

"Syah, tak kira sama ada pandai memasak atau tidak - Syah dan Adam - kalian berdua tetap akan jadi suami isteri, kan? Jangan ribut-ribut, sayang. Masanya sudah suntuk sangat. Nanti selepas nikah, datang bercuti ke Brunei. Ajak Adam bersama..." Nasihat Kak Nina.

"Eh, bukankah Kak Nina dah janji nak datang dan hantar sendiri Marble-ous Gift yang Syah tempah? Tak jadi pula?"
"Apa pula tak jadinya. Kan Kak Nina juga diundang sama. Tentang Marble-ous Gift, hari tu Syah tempah untuk warna biru dan putih, kan?" Kak Nina meminta kepastian.
"Ya, betul. Nanti datang ke rumah Syah pakai serba biru, ya?"

*         *         *

"Mana berita yang Kak Syah sebut tadi?" Tanya Ayu sebaik sahaja selesai mencuci pinggan mangkuk.

"Oh, akak nyaris terlupa..." Tajuk berita utama di laman Utusan Online hari ini sememangnya menceriakan seluruh hariku.

"Hari ni adalah hari yang paling indah! Patutlah sejak semalam lagi salji turun dengan lebatnya di bumi sakura ni." Ujarku penuh bersemangat.
Raja Nazrin dikurniai seorang putera

14/03/2008 4:47pm

KUALA LUMPUR 14 Mac _ Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat, kata beliau kepada Bernama. – Bernama


"Apa kaitannya salji dan tajuk berita tu, Kak Syah?" Ayu sedikit hairan dengan kenyataan aku yang sedikit tersasar itu.

"Pembetulan...." Wajahku sudah kemerahan menahan malu.

"Pokoknya, yang paling penting, Kak Syah sangat teruja dengan berita Pemangku Raja Perak yang baru menimang cahaya mata ni. Sebagai rakyat negeri Perak, Kak Syah turut sama berkongsi rasa gembira." Ah, ayatku tak ubah seperti teks berita yang selalu aku baca untuk siaran radio NHK.

"Dan menambahkan lagi rasa gembira Kak Syah tu, ada surat tiba semalam. Nanti Ayu ambilkan di bilik Ayu..." Ayu segera menghilang ke biliknya dan kembali dengan sepucuk surat berwarna emas.

"Surat dari Indonesia..."
Surat sudah berpindah tangan. Sampulnya aku lihat sekali imbas.
"Mungkin kawan Kak Syah yang buat medik di Jakarta agaknya..." Ujarku dengan nada gembira.

Sebaik sahaja sampulnya dibuka, deria mataku segera menyapa kad ucapan tahniah... daripada pengirim tidak diketahui dan dikenali ini. Setemnya bercop dari Palembang, Indonesia; bukannya Jakarta seperti yang aku sangkakan awal-awal tadi. Kad yang direka indah sekali. Namaku - Akasyah - dilekat di atas kertas warna-warni, sedikit menonjol di atas permukaan kad yang berwarna kuning air ini. Di bawahnya dihiasi dengan segaris riben merah jambu. Di atas namaku, ucapan 'tahniah' ditulis dengan dakwat emas. Waduh, sungguh berseni sekali!


Tahniah di atas graduasi

Teuku Adi Iskandar
Pagar Ruyung, Palembang



Sejak bila aku punya peminat misteri dari... Palembang? Wah, tiba-tiba rasa macam masuk zaman Kesultanan Melaka pula. Teuku Adi Iskandar dari Pagar Ruyung? Kenapa bila sudah jadi tunangan orang baru ada peminat macam ini? Sedangkan sebelum ini tak pernah ada pun! Haru sungguh...

Kalaulah Kaduk tahu aku pernah terima kad sebegini? Persoalan itu tiba-tiba muncul. Hati terus dibuai risau.

Cepat-cepat kad 'peminat misteri' itu aku sorokkan dalam kotak kayu bersama-sama surat dari kenalan lain yang pernah ku terima.

"Dari siapa?"
"Entah. Tak kenal..." Nasib baik Ayu tidak banyak soal. Terus sahaja meminta diri masuk ke biliknya.

Sebelum itu menutup kotak kayu jati dari Kelantan itu, jari aku tersentuh sampul kad hari lahir yang aku terima dari Kaduk. Dan hatiku pun turut tersentuh.


Khas buat:

      Bakal isteri yang dikasihi
      Nurul Akasyah Binti Othman


Ikhlas dari:
      Bakal suamimu
      Carl Duke Adam Carl Duke Akbar


Aku menarik keluar kad serba putih gading itu. Di dalamnya tersemat kerongsang perak batu hitam, tergantung huruf 'A' dan sepatu yang dihiasi dengan batu permata berkilau. Permata atau manik, ya? Nampak cantik sangat. Turut disisipkan juga sebuah loket perak bentuk hati. Kerana segunung rasa sayang dan segan hendak memakainya, loket dan kerongsang ini hanya disimpan dan terperuk begitu sahaja di dalam kotak kayu ini.



Kerongsang sudah, loket pun sudah. Mahu tunggu sejambak bunga ros pula. Syukurlah, anak mak sudah jadi semakin 'perempuan'... akhirnya!

Posted at 08:20 pm by anrys

anis
November 30, 2009   12:11 AM PST
 
akak RADHA versi ni xde kat kdai ke ??
anis
November 30, 2009   12:11 AM PST
 
akak RADHA versi ni xde kat kdai ke ??
ewan
June 5, 2009   01:11 PM PDT
 
assalamu;alaikum.
saya suka baca novel ni. suka sgt.
percintaan yg lebih mengikut cara islam.
alhamdulillah.
saya pun teringin nk jd cam akasyah.
biase je. x la alim sgt tp kuat belajar utk dalami sesuatu.
good.
adraadlina
May 27, 2009   03:56 PM PDT
 
salam buat rnysa, sy sgt tersentuh membaca novel anda. buat sy terkenang kembali masa lalu. dan watak ammar iskandar seakan punya persamaan dgn realiti sy. terima kasih krn mewujudkan watak sesederhana akasyah dan lelaki pelindung seperti carl duke adam. sy amat tertarik.
cik puteh
April 28, 2009   05:35 PM PDT
 
salam... sy peminat karya2 anda... minat sgt ngan novel RADHA tu... ble nk trbitkan siri 3 pula?
laraf84_hana
April 25, 2009   02:04 AM PDT
 
salam...bestny novel "relevankah aku dihatimu" terlalu special jalan citerny...t'rasa bile hayati novel nie... syabas wat anda...
web design
April 3, 2009   08:32 PM PDT
 
wasalam
Name siti
March 1, 2009   04:34 PM PST
 
salam...
thanks wat novel yg best nie....
sy br je bace relevankah aku dihatimu yg diterbitkan tu...
tp yg version ke 3 nie smbgnnya kah??
sbb dlm novel tu syah and adam kan da kawen... yg nie cam blum jek lg??
nuha
February 13, 2009   01:59 PM PST
 
assalamualaikum...mcm mane nak dapatkan 'relevankah aku di hatimu' siri yang pertama,secara online?
farhana
January 31, 2009   10:02 PM PST
 
salam..nak tnye,sy bru bace relevankah aku dihatimu.best sgt..
tp nak tnye,ade relevankah aku dihatimu 2 ngn 3 ke?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry