:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (2)
BAB 2
Jambangan bunga ros merah yang
terpamer di ruang hadapan kedai yang kami lalui, aku perhatikannya
tanpa berkelip-kelip. Aku harap Kaduk dapat memahami di sebalik
kerdipan mataku ini sedang menghantar maksud isyarat yang
tersembunyi. Namun dia sekarang, semacam lelaki tanpa perasaan. Sekadar
membiarkan aku seperti patung cendana berdiri tegak, tanpa punya
inisiatif untuk mengambil sebarang tindakan dan menghadiahkan jambangan
itu kepadaku.
Dia terus berjalan ke kedai pakaian pengantin yang
hendak kami tuju, tanpa menoleh walau sedikit pun ke arah jambangan
bunga yang kini bermain-main di fikiranku waktu ini; sekaligus menjadi
impianku untuk dimiliki. Dan aku, perempuan yang tidak pernah sekalipun
dalam hidupnya menerima jambangan bunga walau apa jenis sekalipun,
berasa amat sedih sekali.
"Berapa harganya?" Aku cepat-cepat bertanya pada pemilik kedai. "Seratus ringgit..."
Aku sekadar mengangguk. Seratus ringgit untuk sejambak bunga yang cantik. Sangat berbaloi.
Seratus ringgit... lebih baik disedekahkan pada fakir miskin, bisik hati nuraniku yang baik (memandangkan hari ini hari Jumaat).
"Syah?" Kak Nina, yang datang keturunan orang kaya-kaya dari Brunei itu memanggil aku segera masuk ke dalam kedai.
Selamat tinggal bungaku... Aku memberi salam terakhir kepada bunga rosku yang cantik sebelum berlalu pergi.
Pandangan
aku sekali lagi bersapa dengan seorang lelaki yang tinggi lampai,
berkulit kuning langsat dan berpakaian serba mewah. Gayanya seperti
dari keluarga yang berada. Sejak dari tadi aku perhatikan dia sedang
mengekori kami. Rasa tidak selesa itu harus aku suarakan kepada bakal
suami sekejap masa lagi.
"Kaduk, ada orang lelaki ikut kita dari tadi lagi..." Luahku cepat-cepat sebaik sahaja berada di sisi bakal suamiku itu.
"Ya? Mana dia?" "Itu dia..." Aku memuncung ke arah cermin hadapan kedai, tempat lelaki itu berdiri sebentar tadi. "Eh, dah hilang?" Aku sedikit kecewa susuk lelaki itu telah hilang dari pandangan. "Mana?" Gesa Kaduk. Aku sekadar menjungkitkan bahu.
"Kita ada urusan penting ni. Jangan main-main, okey?" Nasihat Kaduk tiba-tiba. "Memang
betul ada orang intip kita..." Aku tidak berpuas hati kerana dituduh
main-main dan bersikap keanak-anakan di hadapan mama, Kak Nina dan Kak
Su.
"Syhh...." Kak Nina pula memarahi aku kerana berbuat bising.
(Kak Nina ingat ini pusat sumberkah? Dan kita dilarang sama sekali buat
bising di sini...) Dia sibuk sedang membelek katalog baju pengantin
sementara menanti pemilik butik membawa baju akad nikah yang telah
ditempah. Sedangkan aku pula sibuk dengan cerita lelaki misteri yang
mengekori kami.
"Perasaan Syah saja, barangkali." Pujuk Kak Su dengan nada lembut seperti selalu. "Mungkin juga." Sahutku, sedikit kebingungan. "Ayuh,
bakal pengantin! Buat apa kalian berdua berdiri macam patung cendana di
situ?" Tegur Kak Nina, sebaik sahaja melihat pereka kami keluar dengan
contoh baju yang sudah siap dijahit.
"Ini bajunya, Encik Adam... Puan Akasyah." "Cantiknya..."
Baju akad nikah itu membuat mataku bersinar-sinar seperti cahaya
matahari. Baju yang direka oleh Kak Nina ini memang cantik dan memukau
pandangan. Aku pasti akan jadi pengantin yang paling cantik masa hari
akad nikah itu nanti!
* * * Pilihanraya sudah
sebulan berlalu. Banyak perubahan yang berlaku. Slogan 'Masa untuk
berubah' dilaungkan di sana sini. Tapi bersediakah manusia berubah dan
menerima perubahan? Hijrah dari keadaan sekarang kepada yang lebih
baik? Bersediakah mereka? Melihat sampah-sarap bertaburan di sana sini
membuatkan aku merasakan masyarakat Malaysia perlu segera mengubah
sikap mereka. 'Kebersihan separuh daripada iman' bukanlah slogan
semata-mata. Ianya harus dihayati dan diamalkan dalam kehidupan
seharian.
Persekitaran bersih di bumi Sakura menggamit aku lagi. Ah, rindunya! Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di
negeri sendiri? Jika aku inginkan perubahan orang di sekeliling aku,
akulah harus menjadi pencetus perubahan itu!
Masa untuk berubah! Perubahan
yang pertama: Dalam beberapa hari sahaja lagi aku bakal mengubah status
daripada 'Cik Nurul Akasyah' kepada 'Puan Nurul Akasyah'. Perubahan
yang besar!
Perubahan yang kedua: Berkerja di Pusat Angkasa
Negara sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Dan baru-baru ini aku dapat
bertemu dengan dia. Ya, dia - sang angkasawan negara!
Perubahan
yang ketiga: Menjadi kakak naqibah untuk pelajar di AAJ dan Kolej Mara
Banting. Sesuatu yang sering dijauhkan dan dihindarkan dahulu akhirnya
menjadi sesuatu yang dirindui setiap kali tiba hujung minggu.
Perubahan yang
keempat: Bertambah berat badan? Oppss!! Inilah sesuatu yang harus dan
semestinya dielakkan oleh bakal pengantin sebelum naik pelamin!
Perubahan yang seterusnya: Bercita-cita mahu jadi isteri yang taat pada suami dan solehah?
Waduh,
cik Akasyah... pemikiran kamu sudah semakin maju sekarang, ya! Aku
tertawa sendiri sambil berlalu melintasi deretan kedai di Jalan Masjid
India.
Lelaki mister tadi!
Tawaku terus padam, diganti debaran yang tiada putus.
"Mana
Kaduk?" Aku bertanya pada Kak Nina dan Kak Su. Mereka menuding serentak
ke arah Kaduk yang berada jauh nun di hadapan kami dengan mamanya.
"Kenapa?" Mata Kak Su dapat mengesan kerisauan di hatiku. "Lelaki
tadi ada dekat situ..." Dan bila aku hendak tunjukkan pada mereka,
lelaki itu sekali lagi sudah terhapus dari pandangan. Hati kecilku
berdetik, manusiakah dia?
Aku tiba-tiba jadi seram sejuk...
* * * Acara majlis kenduri di
rumah Kaduk di Bangsar sangat meriah sekali. Kaduk yang
bersikap peramah itu sudah pasti punya lingkungan teman-teman yang
ramai sekali.
"Tahniah mas Adam!" Seorang lelaki menepuk Kaduk dari belakang sewaktu kami sedang melayan tetamu di bawah khemah.
"Salam
kenal. Saya Teuku Adi Iskandar... dari Pagar Ruyung, Palembang. Ni
kartu nama saya..." Lelaki itu segera memperkenalkan dirinya kepadaku.
Mulutku melopong. Dia... mengirim kad misteri itu. "Kamu! Kamu yang mengekori kami dulu, kan?" Dia juga lelaki yang buat aku trauma suatu ketika dulu.
"Dialah
orangnya yang ikut kita, yang Syah pernah cerita dulu..." Aku
memberitahu Kaduk. Wajah Kaduk serta-merta nampak sedikit terganggu.
"Kenapa kamu mengganggu dia? Kan saya sudah bilang..." "Mas Adam, kapan mahu berterus-terang dengan isteri kamu? Saya sudah lama menanti..." "Berikan saya sedikit masa lagi..." "Harus cepat, mas Adam. Boleh?" Kaduk sekadar mengangguk, memandang sekilas ke arahku. "Permisi dulu, ya? Dan... semoga berbahagia!" Ucap tetamu yang tak diundang itu sebelum berlalu.
"Mahu
ucap selamat, tapi gayanya kayak sinis sekali. Siapa tu? Abang jemput
dia?" Aku mengomel tidak puas hati. Ah, orang yang punya wajah yang
kacak itu sungguh menjengkelkan. Perasan! "Soalnya, abang berbincang tentang apa dengan dia tadi?" Kaduk
tersenyum bila mendengar aku berbicara dalam Bahasa Indonesia. Segera
dicuitnya hidungku di hadapan khalayak ramai sehingga buat aku tersipu
malu.
"Begini ya, Ibu Akasyah. Dia itu turut diundang sama,
secara teknikalnya. Dan secara biologikalnya, dia itu kaum
kerabat sayang dari zaman Istana Pagar Ruyung..."
Sekali lagi
aku terkasima. Kaum kerabat dari Istana Pagar Ruyung? Saudara apa
namanya itu kalau sudah mengintip dan mengekori saudaranya sendiri?
Sebab itu aku kurang gemar subjek biologi dan tidak mempelajarinya
untuk SPM!
|
|
|