:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (4)
BAB 4
Aku dan Akasyah saling membisu di dalam kereta sepanjang perjalanan ke rumah mama dan papa di Pantai Dalam, Bangsar. Pertemuan dengan Teuku Adi sekadar pelengkap kepada pertemuan yang terdahulu di Jepun. Seperti sebelumnya, lelaki dari Palembang itu tidak pernah menyukai aku kerana darah Belanda yang mengalir dalam batang tubuhku ini. Seolah-olah kami sedang bermusuh dalam diam; menyambung sengketa lama, mengungkit sejarah silam.
Dia masih menyimpan dendam kerana orang Belanda pernah membuat hura-hara di tanahairnya. Lalu menyebabkan sebahagian keluarganya terpaksa melarikan diri, termasuklah nenek moyang Akasyah yang pergi menyelamatkan diri ke Perak. Keluarga Adi Iskandar yang juga dari Minangkabau lari ke Aceh dan berkahwin dengan kerabat Aceh. Disebabkan itu gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari Aceh itu terlekat pada pangkal namanya - Teuku.
Teuku Adi Iskandar dan Cut Sofea Malinie adalah bersaudara. Berkongsi nenek moyang yang sama - Cut Nyak Dhien, begitulah terang Teuku Adi dalam pertemuan kami tadi. Aku dan Akasyah terpaku dan kagum dengan cerita sejarahnya.
"Cut Nyak Dhien dilahirkan dari keluarga bangsawan di Lampadang, Indonesia yang taat beragama. Ayahnya yang bernama Teuku Nanta Seutia, adalah daripada keturunan Panglima Nanta, keturunan daripada Sultan Aceh. Beliau dinikahkan dengan Teuku Ibrahim Lamngam, putra dari uleebalang Lamnga XIII oleh orang tuanya pada tahun 1862 dan dikurniakan seorang anak laki-laki."
"Uleebalang tu apa? Hulubalang?" Soalku. "Uleebalang dalam bahasa aceh artinya adalah bangsawan." Balas Teuku Adi agak sedikit marah kerana merasakan aku merendah-rendahkan keturunannya. "Teruskan cerita kamu. Makin menarik jadinya. Lagipun saya memang menyukai sejarah..."
"Huh, sememangnya apa yang nenek moyang kamu lakukan ke atas kami bisa jadi sesuatu yang menarik pada pendengaran kamu, Mas Adam." "Maafkan saya..." Pintaku kerana tersalah menyusun kata. Tak sangka Teuku Adi ini sensitif orangnya.
"Baiklah, Cut Sofea Malinie berasal dari keturunan anak laki-laki suami pertama Cut Nyak Dhien. Manakala keturunan saya pula dari suami yang kedua, Teuku Umar." Teuku Adi meneruskan penceritaannya.
"Dan siapa pula Teuku Umar ni?" Sampuk Akasyah.
Teuku Adi memandang isteriku dengan mata bersinar. Agaknya gembira betul nampaknya dia bila Akasyah berminat dan memberi perhatian terhadap ceritanya itu.
"Teuku Umar adalah anak Minangkabau yang merantau ke Aceh. Teuku Umar juga salah satu tokoh yang melawan Belanda, melamar Cut Nyak Dhien. Pada awalnya Cut Nyak Dhien menolak, tetapi karena Teuku Umar memperbolehkannya ikut serta dalam medan perang, Cut Nyak Dhien setuju untuk menikah dengannya pada tahun 1880 yang menyebabkan meningkatnya moral pasukan perlawanan Aceh. Nantinya mereka memiliki anak yang bernama Cut Gambang.
Setelah pernikahannya dengan Teuku Umar, Cut Nyak Dhien bersama Teuku Umar bertempur bersama melawan Belanda, namun, Teuku Umar gugur saat menyerang Meulaboh pada tanggal 11 Februari 1899, sehingga ia berjuang sendirian di pedalaman Meulaboh bersama pasukan kecilnya. Nenek moyang saya dari susur galur keturunan Cut Gambang anak Teuku Umar itu."
"Ternyata kamu seorang yang hebat, Teuku Adi. Kuat ingatan." Pujian Akasyah membuatkan Teuku Adi tersenyum lebar. "Hal biasa saja. Buat pengetahuan kamu, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau P.Ramlee itu juga berketurunan Aceh." Tambah Teuku Adi, terus ingin memperlihatkan kebijaksanaannya di hadapan Akasyah.
"Begitukah? Maaf, pengetahuan Sejarah saya tidak sebagus kamu dan juga suami saya. Cerita sejarah bagaikan berada di hujung jari kalian saja." Ujar Akasyah lagi. "Siapa lebih bagus? Saya atau suami kamu?" Soalan Teuku Adi itu buat wajahku terus berubah. Berani dia tanya macam itu! "Adi Iskandar, jaga bahasamu di depan tetamu kita." Tegur Bunda Teuku Adi. Dia juga jadi rimas dengan kelakuan anaknya yang terus-terusan cuba mencetuskan kemarahan aku.
"Selamat siang semua!Mana sih Mbak Akasyah yang disebut-sebut itu? " Seru suatu lelaki datang dari arah luar dengan pakaian sukan. "Baru pulang? Ke mana aja kamu pergi? Joging sampai lewat petang?" Sindir Teuku Adi. "Adi, kita lagi ada tamu penting ni." Bunda Teuku Adi mencerlangkan matanya ke arah anaknya yang sudah hilang santun di hadapan tetamu.
"Irfan, perkenalkan Mbak Akasyah dan suaminya, Mas Adam. Ni anak saya yang satu lagi, Adi Irfan, adiknya Adi Iskandar."
"Panggil aku 'fan' saja." Anak muda itu tersenyum manis sambil menyalamiku. "Kak Adi semalaman ngak bisa nyenyak bila tahu Mbak Akasyah mahu ke mari. Seperti kayak roman picisan." Kata Irfan lalu ketawa.
"Fan, kamu ngomong itu yang benar aja boleh ngak?" Marah Adi. "Roman picisan? Rambutnya yang disisir ke belakang kayak hostess adalah..." Balas Akasyah. "Air hostess? Oh, pramugara. Kalau gitu, kak Adi ni ganteng amat!" Irfan juga ketawa. "Bolehlah..." Akasyah terus ketawa.
"Hostess?" Soal aku pada isteriku dengan berbisik. Sedikit curiga dengan gelak ketawa Akasyah yang nampak lain benar. "Hosto. Lelaki yang kerja dekat kelab malam." Balasnya dalam bisikan halus juga. "Syah!" Aduh, rasa mahu di'sellotape' saja mulut isteriku ini!
Sementara itu, Teuku Adi Iskandar sudah senyum-senyum bagai tak cukup mulut. Terharu dipuji kacak. Padahal lain yang dimaksudkan oleh Akasyah. Kasihannya dia!
* * *
"Save the cheerleader, save the world. Save Cut Sofea, save the Minangkabau?" Jenaka Akasyah akhirnya memecahkan suasana. "Terlebih tengok Heroes!" Ejekku. Dia ketawa. "Tengah tunggu season 3 keluar. Season 1 and 2 dah khatam." "Kalau khatam buku yang abang hadiahkan dulu lagi bagus, kan?" Aku merujuk kepada sedozen buku pelbagai genre yang telah dijadikan hantaran perkahwinan untuknya dahulu.
"Ya, ya. Yang tu pun dalam proses juga." Dia terus tak jadi senyum bila kena soal selidik begitu. Sekaligus berjaya membuatkan aku timpa rasa bersalah kerana tidak memberi peluang dia melayan apa yang disukainya lebih daripada sepatutnya. Salahkah aku kerana ingin menjadikan dia sebaik-baik wanita? Mungkin kadangkala impian aku terlalu tinggi. Aku seharusnya berikan masa dan ruang untuk dia menjadi dirinya sendiri.
"Jadi bidadari dengan gaya dan cara yang tersendiri..." Begitulah katanya padaku dahulu. Sudah pasti ada kaitan dengan kata-kataku tentang Ainul Mardhiah.
"Maaf, abang sekadar mengingatkan." Kataku. Dia sekadar membalas dengan segaris senyuman.
"Logikkah ada orang Minangkabau di Perak? Bukan dekat Negeri Sembilan saja ke?" "Megat Terawis yang jadi Bendahara Perak tu dari Pagar Ruyung. Abang rasa Syah mungkin sipi-sipi dari keturunan dia." "Yakah? Abang ni main agak-agak saja," kata Akasyah, masih lagi tidak percaya.
"Betul. Tapi Megat Terawis ni datang masa zaman Sultan Perak yang pertama. Dan opah Syah pula kata datuk dia dulu datang masa Belanda dulu. Mungkin disebabkan dah ada penempatan orang Minangkabau di tepi Sungai Perak, datuk opah Syah dulu senang dapat kebenaran duduk di kampung sekarang." "Datuk pada opah Syah?" "Ya. Nama dia Johan." "Wah, glamournya nama! Mana abang tahu semua ni? Syah yang cucu cicit ni pun tahu."
"Syah kan tak suka sejarah! Dulu pun selalu pinjam buku nota abang," sindirku. "Tu semua kan rujukan. Kita kena rujuk dengan orang yang lebih pandai." "Rujuk atau salin bulat-bulat nota abang sebab tak siap kerja sekolah?" "Kenapa tiba-tiba nak ungkit fasal buku nota sejarah pula? Nampak sangat tak ikhlas masa bagi pinjam dulu..." Akasyah terus tarik muncung panjang dan tidak bercakap-cakap lagi.
* * *
Sebaik sahaja kami tiba di rumah mama, ada tetamu lain yang tiba lebih awal. Nasib baik mereka sekadar singgah saja. Hati Akasyah perlu juga dijaga. Ain dan suaminya baru pulang dari Terengganu kerana mengikuti kursus di sana.
"Ini buah tangan untuk auntie dan anak perempuan auntie - Kak Aqeilah, Kak Ameirah dan Adeilah." Sejak dulu lagi Ain suka panggil nama penuh seseorang. Katanya, kalau diringkaskan kadangkala bawa maksud yang lain pula.
"Dan ini pula untuk Akasyah. Wawa cakap Akasyah suka warna biru, kan?" "Terima kasih. Buat susah-susah saja." "Tak ada apalah." Ain membalas di sebalik hijab yang menutupi wajahnya. Selepas itu Ain dan suaminya minta diri berangkat pulang, walaupun mama bertegas mengajak mereka makan malam bersama.
"Kasihan si Ain tu... Dah lama kahwin tak dapat anak lagi," keluh mama pada Akasyah. "Belum ada rezeki lagi tu. Lagipun dia muda lagi. Banyak lagi masa." Nasihat si Akasyah pula macam-macam mengalahkan doktor pula.
"Mama yang pernah menjadi pakar kesihatan keluarga nampak begitu prihatin pula dengan anak orang lain. Si Akasyah, menantunya sendiri tak pernah ditanya pula?" Sampuk papa tiba-tiba. Mungkin dia tidak suka mama asyik menyebut-nyebut nama Ain di hadapan Akasyah.
"Syah dengan Adam pula bila lagi? Dah dekat tiga bulan kahwin..." Mama jadi serius pula tiba-tiba. "Eh, Syah pun kena juga..." Akasyah tertawa. Mukanya sudah merah-merah menahan malu. "Tunggulah mama..." Kataku. Mama terus mendengus marah.
"Hmmm, banyak pula si Ain ni bagi kain. Buat baju raya cantik ni. Kena tempah awal, takut nanti tak sempat pula..." Mama bercakap sendiri, membuka topik kain baju pula.
"Tempah dekat Syah pun boleh, ma. Dia pandai jahit baju kurung." Aku terus mempromosikan kebolehan isteriku. Aku sedia maklum tak seorang pun orang perempuan dalam keluarga aku ini tahu menjahit baju kurung.
"Pandai?" Akasyah terus terbeliak biji mata. Tidak percaya aku tiba-tiba membocorkan rahsianya itu. "Tak adalah pandai sangat, mama." Katanya kemudian, cuba mengelakkan diri.
"Inilah peluang nak tarik hati mama." Kataku, cuba meyakinkan. Aku sangat yakin Ain pun tak pandai menjahit. Inilah peluang terbaik untuk memikat hati mama. Akasyah sudah buat muka pelik. Mama tersenyum melihat mimik muka Akasyah yang sudah kelat.
"Boleh juga. Nanti mama bagi contoh. Atau Syah nak ukur baru?" Cepat saja mama bersetuju hendak menempah baju dengan puan insinyur kita itu.
"Mama ada tali pengukur?" Jurutera sudah berubah jadi tukang jahit tak bertauliah dalam sekelip mata, separuh rela. Mama menggeleng.
"Kalau macam tu, mama bagi contoh baju yang mama suka. Nanti Syah ikut saja ukuran baju tu." Si tukang jahit tampil memberi idea yang bernas. Aku sudah ketawa terbahak-bahak. Papa juga begitu. Akasyah terus mencubit lenganku bila mama dan papa berpaling ke arah lain.
"Jahit baju? Malasnya..." Keluhnya perlahan. "Tak apa, nanti abang tolong." "Pandai sangat menjahit ke? Atau nak tolong buat design guna AutoCAD?" Tukang jahit sudah marah-marah dan main perli-perli pula. "Abang pilih yang AutoCAD..." Usikku. Dan satu cubitan lagi hinggap di paha.
Aduh, rupa-rupanya ada ketam raksasa dalam rumah ini! Aku terus larikan diri sebelum dicubit-cubitnya lagi.
"Panggilkan Adeilah turun, Adam. Minta dia tolong kemaskan pinggan mangkuk ni..." Arah mama bila nampak aku naik tangga ke tingkat atas. Rumah kami sudah lama tidak ada pembantu sejak Kak Maya pulang semula ke Indonesia. "Tak apalah, mama. Biar Syah yang buat." Syah sudah menatang dulang ke dapur.
Aku terus mencari adik manjaku yang baru habis SPM itu. Adeilah sedang menanti keputusan temuduga JPA dan MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia juga memohon kemasukan matrikulasi tempatan.
"Asyik mengadap komputer saja. Mana mata tu tak rabun." Aku terus mencubit pipi Adeilah yang gebu. "Achik ni... Sakitlah..." "Pergi turun bawah tolong Kak Syah basuh pinggan. Apa jenis anak dara memerap dalam bilik bila orang datang rumah? Tak faham betul dengan budak-budak zaman sekarang." Aku sengaja berkata begitu, meskipun tahu Adeilah sudah turun awal-awal lagi sebelum kami tiba tadi. "Sejak dah kahwin, achik lagi suka membebel. Adik dah turunlah tadi..." Adeilah memulangkan paku keras. "Amboi, bahasa dia..." Aku terus ketawa. Pipi Adeilah ditarik lagi. Dia menjerit kuat.
"Kenapa bising-bising ni?" Akasyah kecoh-kecoh masuk ke dalam bilik Adeilah, menghampiri kami berdua. "Achik suka kacau. Main tarik-tarik pipi pula..." Adik mengadu. "Tepi sikit. Abang nak cari sesuatu..." Aku terus menaip perkataan "Megat Terawis" di bahagian Address pada tingkap Internet Explorer, sebaik sahaja Adeilah memberikan ruang. Maklumat tentang Bendahara Perak yang terpapar di Wikipedia itu menarik perhatianku.
Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.
Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah (I) dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Muzaffar Syah menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerah bawar jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.
Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah, Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.
"Tengok... Kampung Gajah. Kampung Syah dulu memang jadi pusat pemerintahan Perak zaman dulu kala. Tengok yang ni pula... banyak makam Sultan Perak." Beritahu aku pada Akasyah. Namun Akasyah masih lagi tidak mempamerkan semangat untuk mengetahui asal-usulnya. Dia hanya diam tidak bersuara.
Hati aku meronta-ronta ingin bertanyakan pendapat papa. Mimpi Akasyah tentang anak kami mengganggu fikiranku. Lebih-lebih lagi setelah Teuku Adi Iskandar sendiri mengatakan Akasyah memiliki kelebihan tersendiri. Tidaklah aku mahu percaya, tetapi perkara yang elok begitu tak mungkin dilupakan begitu saja.
"Syah bermimpikan sesuatu. Sekali di Mekah, sekali di rumah kami. Tentang anak kami..." Luahku pada papa secara terbuka sementara menanti kaum wanita menyiapkan hidangan di dapur. "Mimpi? Nasihat papa senang saja. Pergi jumpa doktor. Pergi check di klinik mama pun boleh..." "Nantilah Adam bincang dulu dengan Syah." "Itulah sebaiknya. Apapun yang terjadi, papa sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Kalau dapat anak lelaki, papa nak cadangkan nama Arham."
Aku terkejut sangat. "Arham?" "Ya, Carl Duke Arham. Arham maksudnya 'yang mesra'. Entahlah, papa dah lama fikir nama tu. Untuk anak sendiri dah tak ada peluang, mungkin untuk cucu pula..." Luah papa penuh mengharap. Aku terpaku dengan nama itu. Arham. Nama yang diseru oleh Akasyah dalam mimpinya.
|
|
|