:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Sunday, January 11, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (6)

BAB 6

Aku memerhatikan Akasyah sedang membaca dari jauh. Sesekali dia akan mengusap perutnya sambil melihat burung ciak yang datang bersarang ke rumah sebelah. Sudah hampir 20 minit dia duduk bersantai-santai di situ. Hari ini kami saja bertandang ke rumah Kak Sofea Ameirah sekeluarga. Sudah lama aku tidak menjenguk pasangan kembar, Zaid Al-Hayyi dan Hadi Al-Hayyi. Akasyah pun baru pertama kali tiba di rumah kakak iparnya ini.

"Rumah siapa di sebelah tu?" Soal Akasyah sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelahnya mengadap rumah Nurul Izzah, seorang aquarist yang berkerja di Aquaria: menjaga habitat marin yang berada di dalam akuarium.

"Izzah. Kak Meira kata dia tu baru pindah. Sebelum ni belajar dan kerja di UMS." Beritahuku panjang lebar.

"Kenapa tanya?" Soalku kembali.
Dia menggeleng.

"Burung apa yang terbang keluar masuk tu?" Dia menuding pada seekor burung yang sedang membawa rumput-rumput kering ke celah di bawah bumbung rumah milik bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

"Burung ciak rumah. Nak buat sarang agaknya." Balasku sambil turut memerhati sama.

"Semalam Syah baca dalam website Darussyifa'... ada terbaca tentang burung ciak rumah tu. Burung ini kalau buat sarang di rumah orang, tentu ada sebabnya. Mengikut kata Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang ditulis dalam website tu... Allah menurunkan penyakit dan penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu penyakit tu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu penyakit tu." Terang Akasyah, panjang lebar.

"Kenapa tiba-tiba masuk website tu?" Soalku.

"Pasal Cut Sofea tu lah. Syah terjumpa cara nak cari barang atau orang hilang dalam website Darussyifa' tu. Sambi-sambil tu Syah baca-baca juga artikel yang lain."

"Alhamdulillah... Nanti boleh kita pergi jumpa Teuku Adi dan beritahu Syah dah jumpa caranya. Lagi cepat kita selesaikan hal Teuku Adi tu, lagi bagus." Balasku cepat-cepat. Akasyah mengangguk setuju.

"Berbalik fasal burung ciak tu..."
"Oh, boleh jadi ubat asma. Anak burung ciak rumah hanya berkesan untuk merawat kanak-kanak saja. Kalau orang dewasa kurang berkesan, mungkin "dos" nya tak mencukupi..." Akasyah mengulang semula apa yang dibacanya dalam laman web tersebut.

"Siapa yang sakit Asma, Syah?" Soal Kak Sofea yang baru pulang dari kolam renang, mengambil anak kembarnya yang mengikuti kelas renang seminggu sekali itu.

"Tak ada siapa-siapa, kak. Anak burung ciak tu boleh buat ubat asma." Akasyah segera bersalaman dengan Kak Sofea Ameirah. Hadi dan Zaid pula terus memelukku.

"Oh ye ke? Ibu si Izzah tu memang ada asma. Adiknya pun - si Wahida - ada sakit asma juga. Baru dua malam lepas abang Haris dan Kak Meira tolong hantarkan adiknya tu ke hospital. Teruk juga asmanya." Cerita Kak Sofea.

"Izzah tu tak ada kereta sendiri..." Sambungnya lagi.

"Burung ciak tu macam mana rupanya, umi?" Celah Hadi Al-Hayyi yang petah berbicara itu. Rambutnya masih lagi basah dan berbau sabun.

"Hmmm... rupanya macam burung pipit juga. Kecil. Bunyinya chip, chip, chip..." Beritahu Kak Sofea. Hadi dan Zaid ketawa.

"Yang ada bertenggek atas wayar elektrik tu... burung ciak lah," sambungku lalu menuding ke arah kabel ABC 1x16+25mmp yang membawa arus elektrik single phase ke kawasan perumahan ini.

Pandangan Zaid dan Hadi kini beralih kepada beberapa ekor burung ciak yang sedang 'landing' di atas kabel elektrik TNB di hadapan rumah mereka waktu ini.

"Kalau Hadi dan Zaid nak tahu, burung ciak pernah cuba padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Nak dengar tak ceritanya?" Tambah Akasyah pula. Hadi dan Zaid segera mengambil tempat di sisi Akasyah. Kak Sofea pula meminta izin ke dapur, dibiarkan anaknya bermesra dengan ibu saudara mereka, si puan insinyur dari Pusat Angkasa Negara.

Aku tersenyum memandang Akasyah yang sedang rancak bercerita. Dia pun juga seperti burung ciak yang membawa air yang amat sedikit dengan paruhnya dalam usaha membantu Nabi Ibrahim. Nampak peranannya terlalu kecil untuk diambilkira, malah sebahagian orang akan sekadar memandangnya sebelah mata. Tetapi itu bukan persoalannya. Apa yang penting dan utama, burung ciak telah menjalankan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Dan Akasyah juga sedang melaksanakan peranannya dengan penuh semangat, sehinggakan si pasangan kembar terlopong mendengar ceriteranya.

Ya,dia sememangnya seorang bidadari... dengan gaya dan caranya yang tersendiri. Dan hatiku tidak dapat menahan daripada melafaz rasa syukur di atas kurniaan nikmat-Nya ini.



Glosari:
Aquarist - Feed, monitor and otherwise care for aquatic animals. May keep records of feedings, treatments, and animals received or discharged. May clean, disinfect, monitor water quality and design or build exhibits.

Posted at 01:32 pm by anrys

farah
January 16, 2009   11:02 PM PST
 
wah, akak.. produktif ye skrg. kan dah boleh connect nurul izzah - akasyah tu.. =)

rnysa: sape tak faham sila angkat tangan ya.. *saya, saya* ;)
farah rosni
January 13, 2009   02:55 PM PST
 
cepat2 bab 7 pula. rindu dgn syah n kaduk.
rnysa
January 12, 2009   05:47 PM PST
 
Kaksu =)

Ahada, idea byk juga tp virus 'm' akak pn boleh tahan aktifnya. Ahaks!

Kak Iejay, sy just apply apa yg bljr masa LI ni. Syok juga once in a while kuarkan all da electrical jargons. Sapa x paham sila angkat tgn ya =)
aHaDa
January 12, 2009   01:25 PM PST
 
A'ah la Kaksu + Kak Iejay...
Description pasal cabel line details..
Lepas ni mesti ada juga cerita pasal all those generator, wires and all those electrical jargon...
iejay
January 12, 2009   10:55 AM PST
 
betui lah kak su... detail lagi nama kabelnya... kalao tanya kita yg org biasa2 ini... kita mesti cakap tali kabel letrik TNB aja... hahaha...

terima kasih rnysa... terubat rindu sama kaduk dan syah...
kaksu
January 12, 2009   06:28 AM PST
 
"Yang ada bertenggek atas wayar elektrik tu... burung ciak lah," sambungku lalu menuding ke arah kabel ABC 1x16+25mmp yang membawa arus elektrik single phase ke kawasan perumahan ini."

mentang-mentanglah LI dengan wayar, tulisan pun berbau elektrik :D ahaks. lalalala
aHaDa
January 12, 2009   05:58 AM PST
 
Akak masa practical ni banyak idea ye?
Terubat rindu pada Syah + Kaduk...
How I miss the old times.......
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry