:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Sunday, January 18, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (7)

BAB 7

(Nota: Ada fakta sejarah yang telah diubahsuai dengan jayanya untuk tujuan 'pernovelan' dan fiksyen. Harap maklum.)


Universitas Negeri Padang; 9 tahun yang lalu

"Tapi sekarang aku udah putusin, nggak akan memilih siapa-siapa. Kiranya aku lebih baik sendiri sekarang..." Ujar Cut Sofea sambil cuba menahan sedu.

"Aku sayang banget sama kamu... sejak dari kecil sampai sekarang..." Celah Teuku Adi. Pandangan mereka bersatu beberapa saat sebelum Cut Sofea melarikan anak matanya ke arah pintu masuk ke ruang baca di Fakultas Bahasa Sastra dan Seni.

"Kenapa kamu lebih suka memilih dia daripada aku? Kenapa?"

"Dan kenapa pula kamu memaksa aku memilih kamu? Kita kan bersaudara sejak dari kecil lagi. Kamu itu saudara lelaki aku yang paling rapat, Teuku Adi. Kamu sepatutnya lebih memahami hati aku. Sekarang akhirnya aku sadar satu hal, kamu sebenarnya tidak sayang sama aku..."



Menjelang pertengahan waktu Peperangan Padri; 1830

"Kita tak dapat bertahan lagi. Cepat persiapkan kapal dan bawa beberapa orang dari kalangan kerabat diraja
menaikinya. Kalau lebih lama kita berada di sini, lebih ramai lagi yang akan mati dibunuh oleh Belanda..."
"Ke mana arah kita, Tengku?"
"Negeri Perak..." sahut Tengku Alang Hussein.



Di sempadan Banda Acheh; Tahun 1893


"Cepat pergi dari sini sebelum aku berubah fikiran," ujar Jeneral Van Karel Hertog dalam Bahasa Indonesia yang lancar. "Pasukan Belanda pasti akan datang mencari kau dan orang-orang kau..." Dia melirik ke kiri dan ke kanan bagi memastikan tiada seorang pun yang melihat dia sedang berbual-bual dengan pihak musuh.

"Aku harap kamu tahu dan sadar apa yang kamu lakukan ini, Hertog..." Teungku Khatib Ahmad merenung ke arah
penjajah dari Belanda itu.



Lambor Kiri, Perak; Tahun 1893

Teungku Khatib Ahmad dan rombongannya dari Acheh selamat tiba di Lambor Kiri. Setelah mendapat keizinan Sultan, mereka dibenarkan menetap di Negeri Perak. Seluruh identiti dan pangkat mereka dimansuhkan untuk tujuan keselamatan.

"Orang Acheh sememangnya udah lama menetap di Negeri Perak. Apatah lagi kita saudara seagama. Lebih molek kiranya Teungku Khatib dan yang lain-lain pergi ke sebuah kampung di seberang Sungai Perak ini. Di situ tinggal seorang keturunan kerabat diraja Istana Pagaruyung; yang juga menyembunyikan diri dari penjajah Belanda seperti Teungku. Dengar katanya, mereka memerlukan orang berilmu untuk menggantikan imam yang baru meninggal dunia. Elok benar kalau Teungku Khatib ke meunasah itu..." Saran penghulu kampung di Lambor Kiri.

"Kiranya di sini seperti Acheh juga,ya? Dalam setiap gampong (kampung) ada sebuah meunasah (madrasah) yang dipimpin seorang imeum meunasah. Kumpulan dari beberapa gampong disebut mukim yang dipimpin oleh seorang uleebalang, yaitu para panglima yang berjasa kepada sultan. Kehidupan sosial dan keagamaan di setiap gampong dipimpin oleh pemuka-pemuka adat dan agama, seperti imeum meunasah, teungku khatib, tengku bile, dan tuha peut (penasehat adat).

Masyarakat Acheh mengenal beberapa lapisan sosial. Di antaranya ada empat golongan masyarakat, yaitu golongan keluarga sultan, golongan uleebalang, golongan ulama, dan golongan rakyat biasa. Golongan keluarga sultan merupakan keturunan bekas sultan-sultan yang pernah berkuasa. Panggilan yang lazim untuk keturunan sultan ini adalah ampon untuk laki-laki, dan cut untuk perempuan. Golongan uleebalang adalah orang-orang keturunan bawahan para sultan yang menguasai daerah-daerah kecil di bawah kerajaan. Biasanya mereka bergelar Teuku. Sedangkan para ulama atau pemuka agama lazim disebut Teungku atau Tengku..."



Kampung Gajah, Perak; Tahun 1900

"Kalau anak tuan imam itu 'orang dapur' kita jadi besan," kata Hj Hassan bin Alang Hussein kepada Imam Ahmad
(atau dahulu dikenali sebagai Teungku Khatib Ahmad) usai solat subuh di meunasah kampung. Hj Hassan tahu yang isteri Imam Ahmad sedang mengandung buat kali ketiga.

"Moga-moga pernikahan itu dapat mempereratkan lagi hubungan persaudaraan kita... Minangkabau dan Acheh. Begitulah keinginan ayahanda saya dulu, Alang Hussein..." Sambungnya lagi.

"Insya-Allah, sekiranya itu kehendak tuan..."



Kampung Gajah, Perak; Awal 80-an

"Anak perempuan..." Othman menyerahkan
anak keduanya untuk tatapan Hj Hashim.
"Arwah Hj Abas pernah pesan, kalau dapat anak perempuan namakan dia Nurul Akasyah. Ertinya... cahaya langit." Balas Hj Hashim sambil memangku cucunya yang sedang tersenyum.
"Sesuai sangat. Tengok tu... matanya bersinar-sinar tengok langit." Sahut Othman.



Planetrium Negara; Jun 2008

"Kakak nampak seronok betul dapat tengok bintang-bintang di langit." Tegur Adriena Ayuni, pelajar UniKL MIAT yang selalu berkerja sambilan di Planetrium Negara setiap kali tibanya musim cuti penggal.

"Mestilah... sebab dia kan Nurul Akasyah... cahaya langit. Suka apa saja yang berkaitan dengan langit," balas Carl Duke Adam sambil mengenyitkan matanya dua kali kepada isterinya.

"Oh, macam tu ke? Kakak suka kapal terbang?" Tanya Adriena, sedikit teruja.

"Kakak ni tak main la kapal terbang. Terus buat roket, satelit." Sambut Carl Duke Adam lalu ketawa.
"Oh, bab main-mainkan orang nombor satu."
Mata Akasyah sudah macam hendak terkeluar pancaran laser.



Nota kaki

Salasilah keluarga Akasyah:
Sebelah bapa: Nurul Akasyah Binti Othman Bin Hj Hashim Bin Hj Hassan bin Alang Hussein
Sebelah ibu: Nurul Akasyah Binti Nur Iman Binti Hj Abas Bin Imam Muhammad Bin Teungku Khatib Ahmad

Posted at 11:17 pm by anrys

fUyUki
August 5, 2009   12:11 AM PDT
 
sy tau lagu kat atas tu!

"tp skarang sy sudah putusin, nggak mau pilih siapa2,

tp sy syg kamu, sejak kecil, sampai sekarang!"

menunggu pagi - peterpan

hehe.. sukaa
'atiqah
February 28, 2009   02:57 PM PST
 
salam..yup!bce citer'y rse mcm tgh blajar sejarah.klo cmni kak rnysa jek r jd ckgu sjrah sy..nk?? hah ha..men2 jek,,lepak..
rnysa
January 20, 2009   06:00 PM PST
 
saya suka kenyit mata!

kelip2 mata pd kaksu, iejay n dik da... sampai jd mcm running light led. ahaks!

nk buat novel 'sejarah'? uhuk2...
kena berguru dgn cikgu noor suraya dulu baru leh tulis *smile pd kaksu*
aHaDa
January 19, 2009   11:42 AM PST
 
Kak Iejay & Kaksu angkat tangan juga....
Fiksyen sejarah sangat mantap utk dijadikan stroryline plus ada added information....
kaksu
January 19, 2009   09:52 AM PST
 
saya suka sejarah, kenyit kat iejay pulak
iejay
January 19, 2009   09:45 AM PST
 
rnysa... nak cadang boleh tak?

apa kata jadikan aja cerita ni sebagai novel? cerita ni menarik sebab dia sequence kepada kisah kaduk dan syah yg diikuti ramai dan cara sambungannya tu dlm bentuk sejarah (sekalipun ada yg dah difiksyenkan)... boleh menarik minat para remaja utk belajar sejarah...ahaks...

siapa sokong iejay mai angkat tangan ramai2 ya... *kedip2 mata kat kak su dan rnysa*
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry