(Novel ini akan disiarkan di dalam blog
http://synar-hikari.blogdrive.com)
Tajuk novel: Generasi 99
Penulis : Rnysa
Prolog"Aku harap moga kaulah salah seorang daripada generasi sembilan puluh sembilan..."
"Generasi sembilan puluh sembilan?"
"Ya. Generasi yang ingat pada Allah, kembali pada Allah, cinta pada Allah..."
"Generasi sembilan puluh sembilan. Hero dalam kalangan hero." Rasydan makin tersenyum.
"Suatu hari nanti kau akan faham bila hati kau dah terima Allah sepenuhnya. Sekarang ni mungkin kau keliru lagi..."
Taqi makin tidak faham. "Hero? Kiranya macam superman ke? Boleh terbang?" Sama ada Rasydan sedang buat lawak atau bagi tazkirah Isyak percuma.
"Kau terbang... suatu hari nanti... hujung tahun ni... Tuhan saja yang tahu..."
Rasydan masih tersenyum-senyum. "Yang tu pun, mungkin salah seorang daripada kita." Rasydan segera mengisyaratkan dengan kening.
Taqi turut memandang arah yang sama. Waktu itu dia nampak hanya Adriena seorang sahaja yang sedang melintas dengan baju kurung hijau daunnya. Gadis itu baru keluar dari surau. Adakah dia yang dimaksudkan oleh Rasydan?
"Siapa? Adriena?"
Rasydan mengangguk. "Yang tu pula mungkin srikandi dalam kalangan srikandi generasi sembilan puluh sembilan. Atau mungkin juga pencetus inspirasi ke arah generasi tu... Tuhan saja yang tahu..." Mata Rasydan bercahaya. "Semua orang kenal dia dekat MIAT ni. Pelajar contoh, pelajar terbaik, setiausaha MPM..."
"Sekejap, sekejap... sembilan puluh sembilan ni apa? Aku masih tak faham." Cepat-cepat Taqi memintas. Dia makin keliru.
"Asmaul Husna. Sembilan puluh sembilan nama-nama Allah." Selamba Rasydan menuturkan.
"Orang macam aku ni kau cakap generasi sembilan puluh sembilan? Kelakar, kelakar...." Taqi ketawa beberapa saat, sebelum tiba-tiba terdiam berminit-minit. Bukankah dia pernah melakar nombor sembilan puluh sembilan ini berkali-kali di atas lantai, sewaktu dia dirawat oleh seorang ustaz dahulu? Dalam banyak-banyak peristiwa, itu masih jelas di fikirannya.
"Dah ingat? Welcome to the club!"
Rasydan ni... budak psikik ke? Hati Taqi sudah jadi tidak tentu arah.
(Cerita di atas merupakan petikan dari
Albatros: Antara Langit Dan Bumi ms:504-505 dalam novel 3 in 1,
Kebun Mimpi)
Info tentang Generasi 99
1. Nur Khadijah Binti Khuwailid
(novel Cinta Sofea/Cahaya Sakura) 2. Suami Nur Khadijah
(novel Cinta Sofea/Cahaya Sakura) 3. Nurul Akasyah Binti Othman
(novel RADHA) 4. C.D. Adam Bin C.D. Akbar
(novel RADHA) 5. Mohd Ammar
(novel RADHA) 6. Nur Jannatul Ma'wa
(novel RADHA) 7. Rasydan Mustaqim
(novel Albatros: Antara Langit Dan Bumi) 8. Adriena Ayuni Binti Lt. Kol (B) Idris
(novel Albatros: Antara Langit Dan Bumi) 9. Muhammad Taqiuddin
(novel Albatros: Antara Langit Dan Bumi) Sembilan nama di atas merupakan hero di kalangan hero (dapat ilham daripada Heroes plus Wali Songo). Sembilan individu yang menerima pencerahan dan cahaya hidayah Tuhan, dan akhirnya mereka
change for good. Insya-Allah, projek ini akan dimulakan
setelah
Cinta Sofea/Cahaya Sakura (CS) sudah terbit dalam bentuk novel cetak. Doa-doakan...