Free Hit Counter


sejak 23 Oktober 2003

online



RNYSA @ Facebook

Rnysa Book Cafe

Promote Your Page Too






Karya RNYSA yang sudah terbit sebagai NOVEL CETAK
1. RELEVANKAH AKU DI HATIMU? a.k.a RADHA (Jemari Seni, Disember 2006)

2. ALBATROS: ANTARA LANGIT DAN BUMI dalam KEBUN MIMPI (Jemari Seni, November 2008)

3. HIKARI AINORI dalam WARNA (Jemari Seni, Oktober 2010)

4. KELAB SINGLE dalam ANTOLOGI CERPEN: KERANA DIA, RATU SEHARI (JS Adiwarna, Disember 2013)

5. CINTA, AKHIRNYA BAHAGIA dalam ANTOLOGI CERPEN: CINTA PERTAMA (JS Adiwarna, November 2014)

6. JHB-KUL-TKY dalam ANTOLOGI CERPEN: KEPADAMU KEKASIH (JS Adiwara, Oktober 2015)

Mahu beli novel karya Rnysa?
Boleh dapatkan dengan mudah secara online di laman sesawang Rnysa Book Cafe.

Perkembangan terkini!
Alhamdulillah, kini karya Rnysa boleh didapati dalam bentuk e-book /online di laman e-Sentral
E-book RADHA / E-Novel RADHA / Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA Online
E-book ALBATROS / ALBATROS Online
E-book HIKARI AINORI / HIKARI AINORI Online
Catatan RNYSA:
Blog ini mula beroperasi pada 11 Rabiulawal 1432H
14 Februari 2011


Blog RADHA BBF


DIARI TENGKU ANIS
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18


DIARI TENGKU HALIM
1 | 2 | 3 | 4 | 5


MASQUERADE
1 | 2


Analytics vs. Analysis
O.U.T.B.O.X
Intro | Kotak 1 | Kotak 2 | Kotak 3 | Finale


Operasi OND
Versi Satu





FAQ Rnysa & Novel
(Frequently Asked Question)




Notis Hak Cipta

RNYSA

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada RNYSA. Mana-mana bahagian dalam blog ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada RNYSA secara bertulis.
Terima kasih.






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, February 19, 2015
Diari Tengku Anis [18]

Episod 18
oleh Rnysa

Emel kod hijau dari SNEI (Sony Network Entertainment International) yang memberitahu 'server maintenance' sedang dilakukan dari sekian tarikh dan masa diterima. Seperti biasa setiap kali ada penyelenggaraan atau apa-apa yang berkaitan, Jiba turut mendapat makluman. Kerana mungkin pada waktu tersebut pengguna SNEI akan menelefon 'call centre' atau bahagian perkhidmatan pelanggan, Jiba dan teman-teman perlu mengetahui dan bersiap sedia memberi khidmat nasihat sekiranya pengguna masih mengalami sebarang gangguan.

Jiba suka kerjanya sekarang walaupun dia bukannya kaki gadget. Banyak yang dia belajar tentang teknologi terkini, mengimbangi minatnya yang menyukai buku dan novel.

Itulah, apabila orang bertanya tentang jodoh - sama ada dia mencari jodoh atau tidak semasa bekerja - Jiba hanya beritahu dia bekerja di sini semata-mata kerana mahu mencari rezeki yang halal. Dan sekiranya ada rezeki lain datang dalam bentuk jodoh dengan teman sekerja dan seumpamanya, dia tidak menolak. Tapi setakat ini memang tak ada, sejujurnya.

Petang tadi pun Kak Su sudah berkongsi pendapat dengan Jiba. "Jiba kena positif tentang hal itu." Kata Kak Su setelah bercerita pengalamannya sendiri.

Yalah, Jiba sedang risau sangat. Lalu dia meluahkan rasa gundah itu kepada Kak Syah dan Kak Su. Alhamdulillah, kuranglah sedikit rasa gelisah di hati. Selebihnya Jiba memohon doa kepada Allah supaya segala urusan hidupnya dipermudahkan. Jika bernikah itu baik untuk Jiba, semoga Jiba dipertemukan dengan orang yang baik. Jika tidak, mohon dijauhkan dari segala keburukan.

Malam itu, Jiba membaca artikel yang Kak Syah beri padanya.

'Understand that life is not a straight line. Life is not a set timeline of milestones. It is okay if you don't finish school, get married, find a job that supports you, have a family, make money, and live comfortably all by this age, or that age. It's okay if you do, as long as you understand that if you're not married by 25, or a Vice President by 30 - even happy, for that matter - the world isn't going to condemn you. You are allowed to backtrack. You are allowed to figure out what inspires you. You are allowed time, and I think we often forget that.*'

Betul, sekarang Jiba sedang mencari-cari apa yang Jiba suka. Yang boleh membahagiakan Jiba di dunia dan akhirat.

***
Abah dan ibu sudah berkenan sangat. Dan ibu cerita, ibu dia pun teruja hendak mengahwinkan anak sulungnya itu.

"Sembang-sembang dalam masjid, Jiba. Mana tahu..." Ibu sudah tersenyum-senyum gembira.
Jiba diam sahaja. Yang sebelum-sebelum ini pun orang yang bertanya masa jumpa abah dalam masjid atau surau juga, tapi tahap teruja kali ini Jiba perasan lain macam sahaja. Rasanya faktor Dik Su sudah bertunang dan bakal bernikah dalam masa terdekat membuatkan segala tumpuan diberikan pada Jiba pula. Adiknya sudah ada calon, sekarang giliran kakaknya pula. Tiba-tiba ada yang mencari menantu pula dan sesuai untuk Jiba!

"Ibu cakap, kadangkala jodoh nak datang tu bertindan-tindan! Lepas Dik Su, Kak Chik pun dapat tempias." Dik Su mengulang kata-kata ibu di hadapan Jiba masa 'pillow talk' mereka adik-beradik.

Ini bukan tempias. Kalau ikut tangga alert code SNEI, sudah masuk kod amaran merah!

Hmm, tolonglah jangan teruja sangat sampai cerita pada semua. Kan belum bersemuka lagi. Tiba-tiba dia dan keluarganya tak berkenan dengan Jiba, Jiba juga yang menanggung malu. Abang Ikmal pun sudah bertanya bila tarikh pertunangan Jiba. Jiba yang belum tahu punca waktu itu terpinga-pinga. Patutlah! Abah sudah bercerita dengan semua orang. Padanlah semalam Wildan pun sempat menitip ucapan tahniah pada Jiba sebelum pulang ke rumahnya.

"Tahniah? Eh, bukan saya yang nak bertunang tapi adik saya..." Jiba memberitahu. Bukankah Wildan boleh nampak wajah Nazira yang berseri-seri macam bulan penuh? Buat-buat tersilap sebut nama sebab mahu perli Jiba ya?

"Tapi..." Wildan pandang wajah Pakcik Omar. Oh, mungkin Jiba tak tahu lagi atau dia segan. Tak apalah...

Malam itu Wildan sudah tak boleh meneruskan aktiviti meninjau tingkap bilik Jiba lagi. Dia perlu menjaga matanya daripada bakal tunangan orang itu. Tingkap Jiba sudah tertutup untuknya... sejak dari dulu lagi sebenarnya.


*Petikan dari artikel

Posted at 11:07 pm by rnysa

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry