:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, January 03, 2009
Bayangan Cintamu
Aku rasa mahu pulang sekarang juga. Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mana mungkin. Aku sangkakan hari ini merupakan permulaan suatu hari yang indah... Sinaran matahari menyilau pandangan. Terik. Aku membuka mata perlahan-lahan lalu mengerling jam di tangan. Rupa-rupanya sudah lebih satu jam aku terlena. Sejak densya bertolak dari Moji seawal jam enam pagi tadi. Ditambah lapan jam di dalam Moonlight Kyusyu. Puas. Aku mengeliat ke kiri dan kanan sambil memerhati panorama yang indah. Lautan yang luas terbentang. Biru. Subhanallah... cantiknya, bisik hati kecilku. "Ohayou..." Ucap Kak Fida dari arah kanan. Aku tersenyum sambil membalas ucapan "selamat pagi"nya itu. Kak Fida menyuakan air kopi dalam tin tetapi aku menolak dengan baik. Pandangan menembusi jendela kaca. Landasan dari Moji ke Kitsuki eki di pulau Kyusyu ini dibina sepanjang pinggiran laut. Jadi, aku dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini sepuas-puasnya. Saat ini sang matahari sedang menunjukkan dirinya dari ufuk timur. Menyimbah cahaya yang terang lagi gemilang ke seluruh alam. Permulaan hari yang indah! "Ermm... Mukhriz ada tanya apa-apa semalam?" Tanya Kak Rufaidah dengan nada perlahan. Matanya melirik ke kiri dan kanan, bimbang didengari oleh orang lain. "Kak Fida ada cakap dengan dia... soalan yang masih tak terjawab tu baik tanya Adi sendiri. Takkan dia tak ambil peluang masa kamu berdua 'dating'..." "Kami bukan 'dating'." Pintasku. "Kes semalam tu bukannya sengaja dirancang." Aku membetulkan tanggapan Kak Fida yang cuba mengusik bukan-bukan. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan lelaki. Cukuplah seorang lelaki menyusahkan hidup aku. Tak perlu ditambah bilangannya lagi. "Kak Fida tahu tu. Tapi sejak akhir-akhir ni dia asyik tanya..." "Mungkin dia kena belajar bersabar." Jawabku pantas. "Dah empat bulan dia sabar." Kata Kak Fida sambil tersenyum. "Adi cakaplah sendiri pada dia... berterus-terang. Tak baik biarkan dia tertunggu-tunggu macam tu. Kesian Kak Fida tengok." Aku kembali melemparkan pandangan ke luar tingkap. Memang sedari semalam aku dapat rasakan dia mahu bertanyakan sesuatu. Cuma dia nampak teragak-agak. Malu barangkali dengan Salwa. Aku sendiri tidak membiarkan diri berdua-duan dengan lelaki itu. Jadi, manalah dia ada peluang bercakap tentang 'hal' itu. Alih-alih terpaksalah minta komen pasal buku yang aku baca dan tindakannya itu berjaya membuat aku gugup. Mukhriz, Mukhriz... apa salahnya lelaki itu sehingga aku menolak hasratnya mentah-mentah. Hanya kerana dia mahu mengenali diriku dengan lebih dekat? Apa yang tidak kena dengan diri aku sebenarnya? Dia lelaki yang baik. Bukannya seperti Haiqal yang cuba mengejar cinta aku suatu masa dahulu. Baru dua bulan berada di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), dia sudah mengajak aku berkasih-kasihan. Puas memujuk rayu dan memberi segala macam hadiah. Aku tidak pernah ambil satupun. Semuanya dipulangkan semula. "Haiqal tu playboy, mat romeo sejak zaman sekolah lagi. Awek keliling pinggang, silih berganti... macam orang tukar baju. Dia sengaja berlagak baik dan 'alim' depan kau. Semuanya lakonan semata-mata... supaya dapat pikat hati kau, Adi." Kata Nur Khairiah, rakan sekelas Haiqal di SEMESTI. Aku tidak tahu bagaimana kata-kata Nur itu boleh sampai ke pengetahuan Haiqal. Rasanya aku tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Suatu hari dia datang membela diri di kelas aku. "Saya tahu awak tentu dah dengar macam-macam cerita tak baik tentang diri saya. Memang saya akui semua itu. Kesilapan masa silam saya. Tapi sekarang saya dah insaf. Muhammad Haiqal mahu jadi seorang yang setia pada cinta. Saya ingin setia pada awak seorang, Adi. Percayalah..." Luahnya dengan wajah mengharap. Seperti biasa, aku tetap diam membisu. Sedari awal lagi dia bukanlah pilihan hatiku. Apapun yang cuba diungkapkan walaupun semanis gula, tidak akan berjaya melembutkan hatiku. Menambahkan rasa geli-geleman adalah. Yang aku percaya, Haiqal tidak lebih daripada seorang pembohong besar. Aku dan Hanis melihat dengan mata kepala kami sendiri bagaimana seseorang yang mengaku kononnya ingin menjadi pencinta sejati, boleh berpeluk-pelukan tanpa segan dan silu di khalayak ramai. Dia masih boleh lagi berkepit dengan perempuan lain di The Mall semasa dalam proses memikat aku. Mungkin dalam kamus hidupnya itulah yang dimaksudkan dengan kesetiaan. "Dia bagi tau pada aku, budak perempuan tu cuma kawan biasa. Kawan biasa? Kawan biasa? Kau tolong sabarkan aku, Hanis. Ya Allah, bagilah aku sabar dengan lelaki tu. Kalau dengan 'kawan biasa' dah berpeluk begitu, dengan makwe pula macam mana agaknya? Dibawanya masuk ke bilik tidur? Nauzubillah... minta dijauhkan." Kataku lewat corong telefon. "Pesona cinta makhluk yang tak terkawal memang selalu mengundang bala, Adi." Haiqal yang tidak faham bahasa terus mengejar aku. Lapan bulan berlalu dan dia masih mendesak aku menerimanya. Sampai satu hari dia datang mengajak aku berbual di luar kelas. Aku betul-betul jadi hilang sabar dengan sikapnya itu. Kebetulan mood aku kurang baik waktu itu. Lalu buat pertama kalinya, aku melemparkan kata-kata yang keras setelah sekian lama berlembut. "Dah berapa kali saya terangkan, saya tak mahu bercinta, bercouple. Saya tak mahu semua tu. Awak faham tak apa yang saya cuba cakapkan ni?" Aku sedaya upaya mengawal suaraku supaya tidak menarik perhatian orang yang lalu lalang. Hati aku betul-betul panas. Berang. "Saya bukannya tak sukakan awak, Haiqal. Tapi memang dah jadi prinsip saya begini." "Prinsip boleh diubah. Zaman sekarang bukan macam dulu lagi. Couple dah jadi perkara biasa. Cuba awak perhati sekeliling awak, semua orang bercouple sekarang ni kan." "Tapi saya tak biasa. Setakat nak berkawan, saya tak kisah. Kalau dah nak 'declare-declare', minta maaflah. Saya tak suka komitmen yang begitu. Macam-macam boleh terjadi. Saya tak mahu ambil risiko." "Awak fikir saya jahat sangat ke? Sejahat-jahat saya tak pernah rosakkan anak dara orang tau." "Saya tak maksudkan begitu. Sebagai perempuan, kena berhati-hati lebih sikit. Saya bukannya nak tunjuk baik. Cuma saya bimbang satu hari nanti, saya tak dapat kawal diri dan berubah jadi macam orang lain. Awak dan saya... cara kita berbeza. Terus-terang dikatakan saya tak boleh ikut cara awak dalam soal cinta ni." Sengaja memberi khutbah berjela-jela, padahal sifatku bukan begitu. Mungkin kerana aku mahu dia membenciku. Haiqal merengus marah. "Kan saya kata, saya dah berubah. Awak sendiri tahu kan... saya dah lama tak keluar dengan perempuan lain. Saya tunggu awak seorang. Okey... kalau awak tak nak keluar dating, saya boleh terima. Tak ada masalah. Kita ikut cara awak. Saya janji." "Sampai bila awak boleh janji? Saya tak yakin..." "Itulah masalah awak. Langsung tak ada keyakinan dan kepercayaan pada saya. Tak pernah nak beri peluang. Yang selalu awak nampak keburukan saya aja. Manusia boleh berubah, Adi. Mungkin dengan mencintai awak, saya boleh bertukar jadi lelaki yang baik. Seperti yang awak impikan." Aku hilang kata. Saling bertukar pandang dengan Imah yang menemankan aku. "Tolonglah beri saya peluang. Cuma sekali aja. Please... Saya tak mahu awak jatuh ke tangan orang lain." Katanya separuh merayu. Aku ingin ketawa. Lelaki ini memang lucu. "Janganlah awak bimbang. Tak ada siapa yang nakkan saya... " Melainkan awak seorang, tambah aku dalam hati. Dia tersenyum sinis. "Bohong! Bukan saya tak tahu ada tiga, empat orang student Asasi yang mengorat awak. Terutama sekali si Bukhari yang duduk satu kolej dengan awak tu..." Aduh... malas betul melayan lelaki macam orang gila talak ni. Entah nama siapa-siapa yang disebutnya. Bukhari? Bukhari mana pula ni? "Andai kata suatu hari nanti saya berubah, waktu tu awak boleh terima saya kan?" Sejak dari hari 'penolakan' itu, Haiqal menjadi bayang-bayang aku - mengekori ke mana sahaja aku pergi, baik di Kompleks Perdana Siswa, pasar malam Kampung Kerinchi... wajahnya itu berada di mana-mana. Selalu aku terserempak dengan Haiqal di kafe kolej kami. Sanggup dia turun dari kolej ketiga yang jauh itu semata-mata untuk makan di kolej kelima. Padahal makanan di kafe dia pun sedap dan pilihannya banyak. "Adi, si Haiqal dari tadi asyik pandang kau dari meja sana tu." Teman sebilikku memberitahu. Aku tidak menoleh. Selagi pandangan dia tidak mencapai tahap mengganggu-gugat ketenteraman dan keamanan hidup, aku takkan ambil pusing. Biarkanlah... Dia ada mata. Ya, sepasang mata helang dengan renungan yang tajam. Bisa merosakkan daya penglihatan seorang gadis. Boleh melemahkan 'sistem daya tahan melawan godaan' seorang perempuan. Sehingga ke saat ini Haiqal masih tidak berputus asa. Apalah yang dia lihat pada diri aku, aku sendiri tak faham. Bukannya ada kelebihan di mana-mana. Cubalah buka mata besar-besar, Haiqal. Ramai lagi yang cantik dan sopan-santun di AAJ. Kalau dia terpikat kerana kealiman aku yang tak seberapa ini, Ryn dari SMAP (Sekolah Menengah Agama Persekutuan) Labu yang bertudung labuh itu lagi berganda-ganda alimnya. Belum selesai kes Haiqal, tiba-tiba orang lain pula hendak mencuba nasib. Usai program summer camp yang lalu, aku dikejutkan dengan lamaran cinta Mukhriz. Kehadiran Kak Fida ke rumah aku rupanya membawa hajat besar. Bukan sekadar datang menumpang tidur dan merasa angin Tokyo. "Kenapa Mukhriz sibuk-sibuk nak kahwin awal?" Aku menyoal Kak Fida sebaik sahaja dia menyampaikan hajat anak Tuan Syed Ahmad Mukhtar itu. "Dah sampai serulah agaknya. Kan bagus begitu daripada merambu tak tentu arah. Kalau dah berkenan, terus datang meminang. Bukankah nampak keindahan Islam, kecantikan adat orang Melayu kita..." "Islam tak melarang umatnya berkasih sayang. Sebab tu dianjurkan pernikahan supaya dapat salurkan tuntutan biologi dan psikologi manusia secara halal." Aku hanya diam. "Sejak kebelakangan ni, banyak sangat khabar angin yang kurang enak tentang kerenah pelajar Malaysia kita di Jepun ni. Masakan pokok boleh bergoyang tanpa ada angin yang bertiup." Kak Fida tiba-tiba mengubah topik perbualan. Aku hanya mengangguk setuju. Satu penyakit baru yang menular dan meluas lewat hari ini. Pasangan kekasih tinggal serumah sewaktu hujung minggu atau cuti semester. Mungkin mereka tak buat apa-apa tetapi batasan aurat antara lelaki dan perempuan bagaimana pula? "Mukhriz kata, dia dah lama sukakan Adi... sejak zaman sekolah lagi. Seorang wanita tu dianjurkan berkahwin bila dah bertemu pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman." Kak Fida berhenti sebentar, mencuri nafas. "Sabda Rasulullah: Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Aku melepaskan keluhan berat. Bukannya aku tidak menyukai Mukhriz tetapi aku masih belum sedia menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun. Aku tidak mahu bermain api. Cubalah mengerti wahai lelaki. Tiba-tiba jari-jemari aku tersentuh sekeping nota yang diselitkan di dalam buku "Detik-Detik Masa." Buku yang aku pinjamkan pada Mukhriz sebelum kami menaiki Kyusyu Moonlight itu dan baru dipulangkannya pagi tadi. Khadijah, diam tandanya setuju. Tunggu saja rombongan merisik dari saya haru yasumi (cuti musim bunga) nanti - Mukhriz :) Tenang Khadijah. Dia sekadar mahu menyakat kamu, hatiku memberi kata semangat. Aku kembali melihat mesej yang tertulis. Kenapa dia perlu pandai-pandai begini? Sakitnya hati... Diam tidak semestinya bererti setuju. Dalam kamus aku, diam boleh membawa banyak maksud. Mungkin aku tak suka, tak sedia, tak sudi dan macam-macam lagi. Mana dia tahu semua itu. Sudah masuk kali kedua dia mengirim mesej yang sama. Mesej pertama kira-kira dua minggu yang lalu. Jadi, memang benarlah dia bersungguh-sungguh. Cakap-cakap Kak Fida bukannya omong kosong. Aku jadi gerun. Dalam usia seawal 22 tahun aku sudah bergelar isteri orang. Oh, tidak. Ianya takkan berlaku. Aku akan pastikan mama dan papa menolak rombongan itu. Sudah tentu... takkan mereka akan lepaskan aku terlalu cepat. Aku masih muda. Mukhriz pun masih muda. Walaupun aku tahu anak Tuan Syed itu punya reputasi yang baik dan kematangannya terserlah. Tapi jangan dilupa... ayah Mukhriz pandai menyusun kata. Mana tahu dia akan bentangkan 22 hujah "Kenapa Mukhriz dan Khadijah patut dikahwinkan?" dan papa pun bersetuju. Tuan Syed Ahmad Mukhtar itu peguam kepercayaan papa. Firma guamannya banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal guaman syarikat hartanah papa. Mama dan Auntie Pah pula merupakan teman rapat sejak zaman Kolej Tunku Kursiah lagi. Tanpa banyak soal mama boleh berkata, "Ya." Oh tidak... sekarang aku panik. Malah kerisauan itu kian bertambah-tambah sebaik sahaja melihat wajah pemandu kereta sport hitam yang sedang melangkah ke arah kami. Aku sudah pucat tidak berdarah. Kenapa mesti dia yang datang menjemput kami di Kitsuki eki ini? Aku tahu dia merupakan pelajar Kyusyu Daigaku (universiti), di mana kedudukan kolejnya hampir dengan tempat program kali ini. Tiba-tiba sahaja hari ini dia muncul di depan mata aku sedangkan dia tidak pernah kelihatan dalam mana-mana program yang dianjurkan oleh PKPIMJ (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Jepun) sebelum ini. Lelaki yang tinggi lampai dan punya susuk badan yang sederhana tegap itu mendekati kelompok kami. Dia nampak lain. Janggut halus kini menghiasi wajah remajanya. Dia bayangan cinta masa silamku. Dia...
rujukan: Tuntutan & Keutamaan - Pernikahan dalam Islam
Posted at 10:29 am by anrys
|
|
|