:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Sunday, January 25, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (8)

BAB 8

Pagi ini aku solat sendirian di rumah. Kaduk sudah awal-awal lagi bangun dan pergi melaksanakan solat subuh berjemaah di masjid seperti kebiasaannya. Kaduk kata, sedangkan sewaktu hidupnya Syeikh Ahmad Yasin pun bersolat jemaah di masjid walaupun dalam keadaan yang uzur dan berkerusi roda, inikan pula Encik Carl Duke Adam sang jurutera yang kacak bergaya lagi sihat walafiat. Malah imbuhnya lagi dalam Al-Quran dan As-Sunnah juga ada menyatakan, Allah hanya memberikan rahmat kepada orang yang berjemaah.

Dan sebagai isteri (yang mithali dan solehah, insya-allah), aku sentiasa menggalakkan dia melakukan sesuatu yang baik pada pandangan agama dan mengamalkan Islam sepenuhnya: menjadi lelaki muslim yang mukmin.

Tambahku pula, bukannya nak pergi ke masjid kena naik heli macam dia pergi ke pelantar minyak. Pinjam saja Camry Solara milikku itu. Kaduk memang tak ada keretanya sendiri sebab duitnya 'disalurkan' untuk membayar sewa bulanan kondo kami ini. Dia juga merancang mahu beli rumah sendiri.

"Abang tak kaya macam Syah. Beli kereta cash!" Usik Kaduk selalunya apabila hal kereta itu dibangkitkan.
"Alah, kita kan dah kahwin. Tak kisahlah siapa yang beli. Tu kan untuk kegunaan bersama. Lagipun duit sewa rumah dan segala bil-bil dan termasuklah sekali belanja dapur... semua abang yang tanggung kan?"
"Dah tanggungjawab seorang suami..." Dia tersenyum manis.

Aku menilik jam di kamar pengantin kami. Masih awal lagi. Aku duduk bersimpuh di atas sejadah cinta. Tanda cinta seorang hamba kepada pemiliknya. Bermula dengan basmallah dan mengalun wirid sepuluh, dan kemudian bersambung  dengan doa haikal yang mengandungi 7 bahagian.

Haikal ke-2
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

(Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang dalam kandungan ku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis) kerana itu terimalah (nazar) itu dari pada ku. Sesungguhnya engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utuskan sebelum kamu dan tidak kamu dapati perubahan bagi ketetapan kami itu.

Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: " Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

Usai melafaz doa haikal kedua, aku terus mengusap perut yang nampak sedikit berisi daripada biasa. Anak ibu... mungkinkah sudah ada? Bisik hatiku yang sedikit gembira. Malam tadi aku bermimpi lagi tentang anak kami. Insya-Allah, pagi Isnin nanti aku akan melakukan pemeriksaan di hospital. Nekad. Tiada lagi bertangguh.

Aku terus menyambung doa haikal yang seterusnya sehingga cukup tujuh. Dan setelah itu, disusuli dengan doa Akasyah. Dan diakhiri dengan membaca tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr kerana barang siapa yang membaca ayat-ayat ini, maka Allah akan menghantar 70 ribu malaikat untuk menjaga diri orang tersebut. Siapa yang boleh bagi body guard yang sebegitu ramai: hanya Dia yang Maha Kuasa. Beginilah rutin amalanku setiap hari, usai solat subuh dan maghrib. Sebagai hamba kita perlu memohon perlindungan dari-Nya setiap waktu.

Tuk, tuk, tuk...

Ketukan tiga kali di pintu kamar menandakan Kaduk sudah pulang dari masjid. Aku mencuri pandang ke ruang jendela. Langit di luar sudah semakin cerah.


Posted at 02:23 pm by anrys

kiki
February 5, 2009   12:31 PM PST
 
like ur story..sekian lame sy ikuti dlm enovel smlm br dpt bc edisi cetak puny. dh edit ek. pe pon tahniah. saaaaaaaaaangat suke. dlm ralit membaca kte ditarbiah scr xlgsg. teruskn perjuangan awak
rukia
January 26, 2009   09:43 AM PST
 
waw..kak rynsa byk upload entry baru..huhuhu
congratz
^^v
kaksu
January 26, 2009   07:23 AM PST
 
:D
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry