:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Tuesday, January 27, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (9)

BAB 9

(Nota: Ada fakta sejarah yang telah diubahsuai dengan jayanya untuk tujuan 'pernovelan' dan fiksyen. Harap maklum.)


Pintu kamar dibuka perlahan. Tiba-tiba mataku bertemu dengan cahaya yang sangat terang sehingga menyilau pandangan. Aku pejamkan mata sekali. Cahaya yang sangat terang itu berkurang. Tapi aku disajikan dengan satu pemandangan yang aneh. Sangat aneh.

Dari Akasyah terpancar cahaya yang sangat terang. Dan di sekelilingnya dalam bentuk lengkung yang terpisah dua hadirnya susuk manusia. Samar-samar. Macam sebuah fatamorgana. Ilusi. Ada sembilan orang kesemua bilangannya dalam dua barisan, duduk bersimpuh mengelilingi isteriku dengan berpakaian solat. Putih. Bercahaya. Sebaris lelaki, sebaris perempuan; berdasarkan pakaian solat yang mereka kenakan.

Salah seorang daripada barisan perempuan yang mengadap ke arahku mengangkat  wajahnya dan melemparkan senyuman. Raut mukanya membuatkan aku tersentak dan mengucap panjang. Syah? Isteri... aku?

"Sembilan puluh sembilan..." Ucap susuk manusia bercahaya seperti wajah Akasyah itu.

Aku terus mengerdipkan mata, tidak percaya apa yang aku lihat. Dan bayangan pun hilang. Cahaya yang terang pun hilang. Yang tinggal hanyalah Akasyah yang sedang duduk di atas sejadah dengan cahaya lembut terpancar dari wajahnya. Wajah itu segera beralih pandangannya dari jendela kepadaku.

"Assalamualaikum sayang..." Ucapnya sambil tersenyum manis.
"Waalaikumussalam..." Jawabku tersekat-sekat. Mataku masih memandang Akasyah. Adakah aku bermimpi tadi?
"Okey, nak siap-siap buat sarapan." Ujarnya lagi.

Aku meneliti ruang bilik yang kosong. Masih keliru dengan situasi yang dialami tadi.
Akasyah yang sudah siap sedia berdiri di hadapanku dengan gaun labuh warna krim , menarik tanganku dan mengucupnya.

"Kenapa muka Syah macam glowing...?" Soalku apabila nampak wajahnya masih bercahaya.
"Abang pun sama saja. Macam glow in the dark." Ujarnya lalu ketawa kecil. Tangannya menarik hidungku.
"Abang tak main-main..." Suaraku bergetar. Masih diburu rasa keliru. "Muka Syah nampak lain..."

"Seri seorang bakal ibu, mungkin?" Akasyah senyum. "Syah pun tak main-main. Muka abang pun nampak lain. Seri seorang bakal ayah, agaknya...." Balasnya.

"Bakal ayah? Meaning..." Aku sudah tarik senyum sampai ke telinga.
"Encik Carl Duke Adam, Isnin depan Puan Akasyah nak pergi hospital. Naluri keibuan Puan Akasyah kata, dalam perut ni mungkin dah ada baby. Mungkin ada. Sebab tu kena pergi check..."
"Alhamdulillah..."

Perbualan kami terganggu oleh bunyi deringan telefon bimbitku.
"Syah masak nasi lemak untuk sarapan, okey?"
"Hmmm.. hari Ahad... hari nasi lemak kan." Balasku.
"Tahu pun..." Dia ketawa lagi lalu berlalu ke dapur.

"Kenapa tok?" Aku sedikit terkejut apabila mendapat panggilan telefon dari datuk Akasyah, Haji Hashim.
"Dia... Akasyah... salah seorang mereka yang sembilan. Jaga dia baik-baik..."
"Apa dia?" Mereka yang sembilan? Adakah kaitan dengan bayangan manusia-manusia yang aku nampak pagi tadi. Macam mana tok pun tahu juga.
"Adam mesti janji dengan tok, Adam akan jaga cucu tok, Nurul Akasyah tu baik-baik."
"Insya-Allah, saya akan jaga dia. Tok janganlah bimbang..." Aku segera mencari Akasyah di dapur.

"Akasyah mana, Adam?" Soal Haji Hashim lagi.
"Dia tengah masak. Tok nak cakap dengan dia ke?" Aku mengangkat kening kepada Akasyah yang sedang memasak.
"Tak apa. Yang penting Adam kena jaga dia. Adam pun jaga diri tu juga. Insya-Allah, kami semua akan doakan kesejahteraan kamu berdua."
"Kenapa tok cakap macam tu?"
"Ada apa-apa yang pelik jadi pada Akasyah tak?"
"Pelik macam mana tu?"
"Hmmm..."

*       *      *

Abad ke-17
Di sebuah pesantren di Aceh


"Saya ingin nikahkan anak perempuan saya dengan tuan. Sudikah tuan menerimanya?"

Pendakwah yang baru tiba dari Gujarat, India itu terkejut amat.


"Masya-Allah, tuan dari keturunan Maulana Ishaq... anak kepada Syekh Jumadil Qubro berasal yang dari Asia Tengah. Yang diyakini sebagai keturunan ke-10 dari al-Husain, cucu Nabi Muhammad SAW." Katanya.

"Benar. Pada awalnya, Syekh Jumadil Qubro dan kedua anaknya, Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq, datang ke pulau Jawa. Setelah itu mereka berpisah; Syekh Jumadil Qubro tetap di pulau Jawa, Maulana Malik Ibrahim ke Champa, di sebelah selatan Vietnam, yang kemudian mengislamkan Kerajaan Campa, sementara adiknya Maulana Ishaq pergi ke Aceh dan mengislamkan Samudra Pasai."
Lelaki dari keturunan salasilah Maulana Ishaq itu bercerita sambil tersenyum.

"Maulana Malik Ibrahim adalah antara wali sembilan dan anak Maulana Ishaq sendiri juga seorang wali Allah..." Pendakwah itu merasa rendah diri.
"Yang menjadi nilaian di sisi Allah hanyalah iman dan taqwa, tuan. Tuan juga datang dari jauh untuk menyebarkan agama yang mulia ini..."

Pendakwah yang singgah di bumi Aceh itu menguntum senyum.

"Moga lahir lebih ramai lagi umat Nabi Muhammad yang menjadi penyebar cahaya hidayah dari Ilahi..."

Dan dari pernikahan ini maka lahirlah anak-anak yang soleh dan solehah... antaranya ialah Teungku Khatib Ahmad.



*     *     *

"Sejak bila pula ada sarang burung dekat balkoni kita?" Aku meneliti sarang burung yang sudah siap di sebelah pasu bunga yang ditanam dengan serai.
"Oh, sarang burung merpati. Semalam baru Syah perasan ada dekat situ." Balas Akasyah yang sedang menatang dua pinggan nasi lemak. Diletaknya di atas meja bulat di luar balkoni.
"Teringat pula kisah nabi masa hijrah. Ada burung merpati buat sarang depan pintu gua. Allah hantar burung merpati tu untuk selamatkan nabi..." Ujarku perlahan. Kata-kata datuk Akasyah sebentar tadi masih lagi mengganggu fikiran.

"Ada sembilan biji telur..." Aku beristighfar sebentar.
"Kenapa abang?" Akasyah datang mendekati.
"Tengok ni..." Aku menuding ke arah sembilan biji telur burung merpati di dalam sarang itu. Subhanallah!

"Kiranya burung merpati tu cari tempat nak bertelurlah ni..." Ujarnya sebelum mengambil tempat di meja kecil. Aku turut sama mengadap sarapan kami pagi itu dengan memulakan dengan satu cawan susu segar.

Sedang kami menjamu selera, datang seekor burung merpati membawa rumput kering. Burung tersebut membetulkan sarangnya dan duduk di atas sembilan biji telur tadi. Aku sekadar memerhati. Kemudian datang lagi seekor merpati yang membawa beberapa ekor cacing di mulut. Cacing itu dikongsinya dengan merpati yang satu lagi. Aku jadi takjub dengan pemandangan tersebut.

"Nanti kita bela cacing dalam pasu. Senang burung merpati tu nak makan." Ujar Akasyah yang duduk membelakangkan sarang burung merpati.
"Macam mana Syah tahu burung tu..." Aku bertambah hairan. Siapa sebenarnya Akasyah ni?
"Kan boleh nampak dari cermin pintu kaca tu..." Katanya lalu menoleh ke belakang. Dia tersenyum pada pasangan burung merpati itu.

Dan burung merpati itu semacam menundukkan kepala pada Akasyah dan mengeluarkan bunyi kur, kur, kur. Aku semakin hairan.

"Jinak!" Ucap Akasyah lalu menarik senyum. Dia terus menghabiskan baki nasi lemak dalam pinggan.


*     *      *

"Benda ni Syah akan bagi pada Teuku Adi." Akasyah menyua beberapa helai kertas A4 yang mempunyai tulisan di atasnya. Sehelai mencatatkan tentang kaifat bacaan surah yaasin untuk mengembalikan barang hilang. Helaian yang seterusnya pula mengandungi surah yaasin yang ditandakan pada beberapa tempat.

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

(4) Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.



"Harap-harap dapat Teuku Adi jumpa semula dengan Cut Sofea tu. Dah sembilan tahun hilang, kan? Sampai polis pun tak dapat cari. Pelik, pelik..."

Apa banyak sangat nombor sembilan hari ni? Hatiku berdetik rasa aneh.





Info tentang nombor 9
(Nota: Petikan akhbar di bawah tiada kaitannya dengan cerita yang ditulis. Sekadar menarik untuk dikongsi bersama, menurut pandangan penulis.)


1. Demeyer berkata, semua kanak-kanak yang cedera memerlukan pembedahan tetapi semua sudah stabil. Sembilan daripada 21 kanak-kanak di pusat jagaan berkenaan tidak dicederakan, katanya. [Petikan dari Pemuda amuk tikam bayi - Berita Harian 25 Januari 2009]

2. Jemputan Putera Arab Saudi Saudi Putera Sultan Salman - orang Islam pertama ke angkasa pada 1985 memberikan ceramah di sana telah membawa impiannya bertemu dan berkumpul dengan dengan sembilan orang angkasawan Islam dari seluruh dunia. [Petikan dari Sheikh Muszaphar ikon ilmu - Utusan Online 14 Dis 2008]

3. "Apabila memasuki orbit, kapal angkasa mengelilingi bumi sekali setiap 90 minit. Orang Islam menunaikan solat lima kali sehari berdasarkan kedudukan matahari di angkasa. Inilah cabarannya apabila sehari di angkasa lepas hanya 90 minit," katanya.  Angkasawan Malaysia yang terpilih bakal berada di ISS selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan-angkasawan lain yang kini telah pun berada di ISS yang terletak di orbit kira-kira 333 (3+3+3=9) kilometer dari muka bumi. [Petikan dari Angkasawan Negara dibekal panduan ibadah ketika di angkasa  - Harakah Daily: 25 Sept 2007]

4. Konflik Israel-Gaza 2008?009 merupakan sebahagian daripada, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 (2+7=9) Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead oleh Pasukan Pertahanan Israel  [Wikipedia]

Plus...

Entri ini pun entri yang ke-9 untuk kisah Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag, disiarkan pada 27 (2+7=9) Januari 2009. Semacam suatu kebetulan yang dirancang? Entahlah, hanya Tuhan saja yang tahu =)


Posted at 07:48 am by anrys

wairah
May 11, 2009   02:05 PM PDT
 
waaa...misteri btl no 9 ni
nina
February 3, 2009   02:19 PM PST
 
rnysa nak buat thriller ka?? dada kakmOn dah nak meletup tau ngan angka 9 ni

selamat berkarya ;)
athirah
January 29, 2009   02:19 AM PST
 
sy berminat dgn cerita nie. especially about Megat Terawis. ahaa. lagi 1 about no 9 nie.
farah rosni
January 28, 2009   01:42 PM PST
 
igt kan nombor 7 je yang selalu misteri. ternyata nombor 9 juga ya?

hanya Dia yang tahu.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry