:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Tuesday, February 10, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (10)

BAB 10


Usai minum pagi dan menjamah nasi lemak, seperti yang dirancang, pada sebelah petangnya pula kami berdua berangkat menemui Teuku Adi Iskandar. Reaksinya sungguh di luar jangkaan. Dia bagaikan tidak menghargai usaha kami berdua. Keratan artikel yang dicari oleh Akasyah dipandangnya sepi.

"Ini saja?" Ucapnya dengan angkuh.

Aku mendiamkan diri sahaja. Malas mencampuri urusan mereka berdua. Bukankah segala perbuatan dan perkataanku hanya akan mengundang kemarahan Teuku Adi? Ibarat mencurahkan minyak Petronas ke api yang sudah sedia marak!

"Kalau kita sudah berusaha sembilan puluh sembilan peratus sekalipun, selebihnya - yang satu peratus itu - kita serahkan pada Tuhan. Tawakal kepada Tuhan. Manusia ini ada hadnya, Teuku." Syarah Akasyah.

Aku menoleh ke arah Akasyah. 99 peratus? 99? Kening aku terangkat sekejap.
Kebetulan. Hanya sebuah kebetulan.

"Ya benar. Aku faham maksud kamu. Tapi mana biasa kamu sekadar berikan aku kertas-kertas ini, ayah aku bilang kamu orang istimewa..." Ucap Teuku Adi sebelum dipotong oleh Akasyah.

"Saya cuma orang biasa yang tidak punya apa-apa keistimewaan. Seorang hamba Allah. Sama saja seperti kamu... dan orang lain. Mintalah pertolongan daripada Dia, bukannya daripada saya. Kertas-kertas ini mengandungi cara untuk mengembalikan orang yang hilang, yang disyorkan oleh orang yang berilmu. Saya fikir Teuku dan keluarga perlu berikhtiar dengan cara Tuhan pula - minta pertolongan dari Yang Maha Kuasa..." Celah Akasyah. Ditolaknya semula salinan artikel dari Internet kepada Teuku Adi.

"Nggak sama..." Jawab Teuku Adi.
"Kamu nggak sama dengan yang lain, Akasyah."

Akasyah merenung seluruh wajah Teuku Adi. Dia bagaikan sudah kehilangan seluruh perbendaharaan kata. "Apa yang nggak sama? Apa?" Soalnya pula kepada Teuku Adi, akhirnya.

"Sudahlah Adi. Kita cuba saja cara yang ini... yang diberitahu oleh Akasyah. Moga-moga Tuhan mengembalikan Cut Sofea yang kita sayangi...." Balas bunda Teuku Adi dengan nada yang lembut.

"Tapi bunda..."
"Akasyah kan sudah mahu menolong. Seharusnya kita berterima kasih kepada dia dan suaminya. Terima kasih, ya. Semoga Tuhan sentiasa menolong kamu juga... dalam urusan seharian kamu." Ucap bunda Teuku Adi.

"Nggak ada apa-apa. Pertolongan biasa saja. Kita kan bersaudara..." Balas Akasyah.

"Teuku Adi..." Seru Akasyah. "Boleh dicuba juga solat tahajud. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak..." Terang Akasyah dengan panjang lebar.

Dia menganjurkan Teuku Adi supaya melakukan solat tahajud di waktu malam. Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.

"Memang benar, Akasyah. Tak silap bunda, Saidina Umar Al-Khattab sendiri pernah menyatakan kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat..." Si bunda yang manis memandang Teuku Adi yang sudah terdiam dek syarahan agama si puan insinyur.

Hmmm... sembilan lagi, hatiku berdesis.

"Rajin-rajinlah bersolat malam ya, Teuku Adi Iskandar." Si ibu terus mengusik anak lelakinya.

"Hahaha... Kamu ni benar seorang engineer? Kayak seorang ustazah saja...kata-katanya..." Kata Teuku Adi cuba menutup malu. Dia tahu amalannya tidak sebagus mana.

"Keturunan Teungku Khatib... mestilah kata-katanya yang baik saja." Sampuk si ibu.
"Hmm... Teungku Khatib itu siapa, ya?" Soal Akasyah.

"Masakan nggak kenal?" Sahut Teuku Adi pula.
"Siapa?" Akasyah bertanya lagi.

Teuku Adi mengalihkan matanya kepada aku. "Tanya pada keturunan Van Karel Hertog di sebelah kamu itu siapa dia Teungku Khatib... Teungku Khatib Ahmad?"

Akasyah mengangkat keningnya kepada aku. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Hmmm... Moyang saya namanya Imam Ahmad. Bukan yang kamu sebut tadi..."

Ketawa Teuku Adi semakin kuat. "Sudah bertemu keturunan kerabat Pagar Ruyung dan Den Haag. Loh, masakan nggak saling mengenali. Aneh..." Ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis pula. "Dan kamu... Daam Van Karel Hertog... membisu saja hari ni. Mogok ya?"

"Nggak perlu disebut-sebut lagi sejarah lama, Mas Adi." Aku bersuara juga, akhirnya. Tidak suka keturunanku diheret sekali dalam perbualan ini.

"Ya. Kerna sejarah baru akan tercipta. Namun, untuk itu... kami mengucapkan terima kasih kepada nenek moyang kamu... yang kononnya telah menabur jasa, menyelamatkan Teungku Khatib dan orang-orangnya..." Balas Teuku Adi.

*         *            *

30 batu nautika menghampiri Selat Melaka

"Ya Allah... Demi menyelamatkan ugama yang suci ini, kami dipaksa meninggalkan tanahair yang kami cintai, meninggalkan saudara-saudara kami. Semoga akan lahir dari keturunan kami ini anak-anak yang soleh dan mendirikan solat," doa Teungku Khatib Ahmad sambil menadah tangan ke langit.

"Ya Rabbal 'Alamin, seorang daripada musuhku telah menyelamatkan aku dan orang-orangku. Kau sinarikanlah cahaya imanMu ke dalam hatinya. Jadikanlah dia dan keturunannya di kalangan orang yang beriman," sambung Teungku lagi tatkala mengingati kebaikan Van Karel Hertog.


*         *            *

Den Haag, akhir tahun 70-an

"Papa, saya sudah jadi seorang muslim sekarang." Luah Carl Duke Akbar kepada ayahnya, Damien Van Karel Hertog. Profesor Sejarah dan Tamadun Manusia itu sedikit terkejut mendengar pengakuan anaknya itu.


*         *            *

Perbualan telefon Kuala Lumpur - Den Haag, awal tahun 90-an

"Akbar, papa ada berita gembira untukmu."
"Apa dia?"
"Mama dan papa telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan imam di Den Haag. Kami juga seperti kamu dan keluarga kamu... seorang muslim."



(For more details tentang keluarga Carl Duke Adam, sila baca RADHA edisi cetak)


(Sumber: Harian Metro)

"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat..."

Kurniaan di dunia ialah:
. Jauh daripada segala penyakit
. Lahir kesan takwa pada wajahnya
. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
. Percakapannya mengandungi hikmat
. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
. Dipermudahkan hisab
. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Posted at 08:33 pm by anrys

aira
May 9, 2009   12:57 AM PDT
 
salam..novel ni best sgt..keluaran jemari seni mmg best2 belaka..cita bdk2 yg gila2 n pnuh dgn ilmu...hopefully pas ni akak rnysa ble way novel yg lbih happening..pnuh dgn ceta zaman remaja..secara x lgsg dpt beri inspirasi kpd remaja d luar sna..well done..n pasni klu wat novel g plez imform to all of us..
iejay
February 12, 2009   12:19 PM PST
 
anis,

iejay suka bangat cerita ni... tapi bila buka sekali-sekala aja, jadi selalu lupa salasilah keluarga akasyah dan Kaduk ni...

apa kata anis letak carta susur galur mereka ini di blog atau pun masa buat versi cetak ya supaya mudah faham bila nak baca ;)
aniesza
February 11, 2009   12:19 PM PST
 
salam,

suka citer ni... baca sambil tambah ilmu...
pasal solat tahajud tu..penah baca yg solat tahajud dpt teguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita gan masalah dunia yg x habis2.

nk kongsi kata2 ni...

'taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan sebelum saya tidur'

akak... terus menulis, k.. (berusaha!)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry