:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Saturday, February 14, 2009
DARI PAGAR RUYUNG KE DEN HAAG (11)
BAB 11
Sambil menjamah mee bakso, petang itu kami semua bercerita tentang cinta. Teuku Adi berkongsi kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama-sama Cut Sofea Malinie. Lalu aku juga terkenang pada cerita aku sendiri sedikit masa lalu: sebelum segala-galanya berubah, sebelum aku dan Carl Duke Adam diijab-kabulkan.
Perbualan aku dan grandma di bangku taman:
"Persahabatan merupakan hubungan indah antara manusia, di mana cinta hadir memberi senyuman dan mewarnai kehidupan. Ibarat bunga-bunga yang harum mewangi turun dari langit, lalu warna-warna dunia bertukar kepada jaluran-jaluran indah. Tanpa cinta, persahabatan mungkin akan diisi dengan rasa kecewa, marah, benci dan lain-lain yang membuat persahabatan itu tidak indah lagi." Kata Nenek Aisyah.
"Cinta dalam persahabatan?" soalku sambil memandang tepat wajah Nenek Aisyah. Tidak keterlaluan jika aku katakan dia nampak jauh lebih muda dari usia sebenarnya. Mungkin senyuman yang sentiasa meniti bibirnya yang merah membuatkan dia lambat dijamah peredaran masa.
"Apa yang anehnya? Cinta itu bukan hanya untuk pasangan kekasih." Dia mencuit hidungku. Nenek Aisyah seperti tahu apa yang bermain di fikiran ini. "Atau memang kamu sudah jatuh cinta pada sahabat sendiri?" Sekali lagi dia memasang umpan.
Kali ini aku lebih bersedia. Aku sudah boleh mengagak yang dia akan berkata begitu. Aku memilih untuk diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
"Cinta itu perlu ada dalam segala hal. Cinta pada yang Maha Pencipta, cinta yang kekal abadi. Cinta pada para Rasul yang membawa risalah tauhid kepada Ilahi. Cinta pada keluarga dan teman-teman, mereka yang paling dekat pada kamu. Dan cinta kepada makhluk Allah yang lain, haiwan dan alam sekitar kerana kita sama-sama bernaung di bawah satu langit." Dia melemparkan pandangan pada sekawan burung merpati yang mencari makan tidak jauh dari kami.
"Cinta bukan sekadar ucapan 'I love you'. Cinta juga terungkap dengan perlakuan. Kadang-kadang tidak perlu ungkapan kata-kata untuk menunjukkan rasa cinta. Perlakuan boleh jadi tanda yang cukup besar betapa sayangnya kita pada mereka. Grandma tahu kamu sayang Adam dan Adam juga sayang kamu. Kerana hadirnya cinta dalam persahabatan buat kamu saling menyayangi antara satu sama lain. Sebab itu juga telah membawa kamu ke sini." Grandma terus berkata-kata, dan aku sekadar mendengarnya.
"Syah, kamu boleh memilih untuk berehat sahaja di rumah, ataupun pergi melancong bersama teman lain. Grandma tahu kamu kepenatan berkejar ke sana ke mari dengan internship dan part time job kamu. Tuntutan kerja melebihi masa yang ada. Tetapi kamu masih memilih untuk datang ke mari. Betul kan?" katanya sambil memandang tepat ke anak mata hitam ku.
Dan satu lagi, waktu melawat Kaduk di hospital. Waktu itu dia tak boleh bercakap...
Aku memandang wajah teman tersayang. Kini aku sedar apa yang jadi pengikat hati kami. Aku tidak perlu mencari lagi cinta antara kami berdua. Cinta sudah wujud dalam hati-hati kami, seperti kata Nenek Aisyah. Cinta ini hanya perlu disemai dan dibajai dengan nilai-nilai yang berlandaskan Islam. Cuma satu cinta yang masih tenggelam timbul dalam jiwa ini yang perlu aku cari dan terus mencari. Aku mahu jadi pemburu cinta Ilahi!
Tak dilupakan surat lamaran Kaduk yang panjang lebar...
Terimalah cincin ini sebagai tanda kasih aku padamu. Sebagai tanda apa yang aku katakan ini adalah benar. Ketahuilah cincin ini sudah berada bersama-sama dengan aku sebaik sahaja aku menjejakkan kaki semula di bumi sakura ini. Dan aku membawanya ke mana sahaja aku pergi. Tetapi hari ini cincin ini telah aku temukan dengan pemiliknya. Mulai saat ini ia akan menjadi milikmu, Ainul Mardhiah.
Kalau kau menolak hajat aku sekalipun, kita tetap sahabat dan simpanlah cincin itu sebagai tanda kenangan persahabatan kita. Ingat itu.... Aku tidak mahu kita jadi musuh seteru. Kerana aku cukup sayangkan persahabatan kita. Persahabatan yang sudah kita dibina selama sembilan tahun. Aku tidak ingin melihat ia hancur berkecai dalam sekelip mata.
Aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan peristiwa yang lalu. Setiap orang mempunyai definisi cintanya yang tersendiri, begitu juga dengan aku.
"Kami bersahabat selama sembilan tahun. Dan Alhamdulilah, tahun kesepuluh kami sah menjadi suami isteri," cerita Kaduk kepada Teuku Adi. Lelaki dari Palembang itu mengangguk.
"Ya, saya tak pernah sangka akan bertemu jodoh dengan kawan baik sendiri." Sambungku pula. Dalam ramai kenalan, hanya dia saja yang datang melamar aku. Dan, begitulah jodoh yang ditentukan oleh Tuhan. Siapa sangka, siapa menduga?
Aku dan Kaduk saling bertatapan sejenak. Setiap lirikan meluahkan rasa cinta yang sentiasa membunga di hati. Dalam diam aku berdoa lagi:
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin Ya Rab.
|
|
|