Assalamualaikum Warahmatullah,
Bulan Mac datang lagi. Yey...!!!
Kalau sebut saja bulan Mac, RNYSA akan jadi orang yang paling seronok.
Sebabnya?
RNYSA kan dilahirkan dalam bulan Mac :)
Rasanya lama RNYSA tak buat kuiz ke apa ke... bagi hadiah ke...
Jadi, bersempena bulan Mac tahun ini...
Dapur RNYSA's Homemade nak berikan dua hadiah kecil pada para pembaca setia blog ini:
1. B-Day Card
Kad ini khas untuk pembaca yang sudah mempunyai anak kecil/remaja.
Haha... orang bujang tak boleh masuk.
Kerana kad ini adalah hadiah untuk anak anda!
Memandangnya tidak lama lagi RNYSA akan melebarkan sayap menulis cerita kanak-kanak dan remaja di dalam blog
RNYSA's Homemade Sweet (blog masih dalam proses pembinaan), ini merupakan langkah awal untuk mempromosikan nama RNYSA kepada anak-anak anda. Cewah!
Syaratnya mudah saja...1. Anak anda itu mestilah lahir ada bulan Mac juga (sama macam RNSYA)
2. Berusia tidak melebihi 15 tahun (sama macam RNYSA... >10 tahun yg lalu?)
3. Lelaki atau perempuan.
4. Seorang peserta (ibu/bapa) hanya boleh menyertai sekali sahaja.
Cara penyertaan:Sila hantarkan butiran di bawah ke emel RNYSA: relevankah_aku (at) yahoo (dot) co (dot) uk ...sebelum 13 Mac 2009. Tajuk emel : B-DAY CARD.
1. Alamat emel yang berdaftar dengan notification http://rnysa.blogdrive.com
2. Nama penuh
i. Peserta (ibu/bapa)
ii. Nama anak berserta tarikh lahir dan nama hospital tempat lahir
3. Alamat surat-menyurat
4. Nombor telefon
 Contoh emel
|
Nama pemenang akan diumumkan di blog ini pada hari Ahad, 15 Mac 2009.
Hadiah akan diberikan kepada
2 orang pemenang yang terpilih.
2. T-Shirt UniKL
Kuiz ini terbuka kepada pembaca novel KEBUN MIMPI sahaja.
Soalan kuiz berdasarkan cerita
Albatros: Antara Langit Dan Bumi yang terkandung di dalam novel tersebut.
Soalan kuiz:1. Nama universiti tempat Adriena belajar.
2. Jenis penyakit yang dihadapi oleh Adriena.
3. Nama pertandingan yang ingin disertai oleh Adriena dan teman-temannya.
Setiap jawapan anda mestilah disertai dengan nombor muka surat di mana anda mendapatkan jawapan tersebut (source).
Syarat Penyertaan:1. Sekeping gambar anda bergaya/berposing dengan novel KEBUN MIMPI (sebagai bukti pembelian)
2. Pelajar UniKL juga dialu-alukan menyertai peraduan ini sekiranya berminat.Cara penyertaan:Sila hantarkan butiran di bawah ke emel RNYSA: relevankah_aku (at) yahoo (dot) co (dot) uk ...sebelum 13 Mac 2009. Tajuk emel : T-SHIRT UNIKL.
1. Alamat emel yang berdaftar dengan notification http://rnysa.blogdrive.com
2. Nama penuh
3. Alamat surat-menyurat
4. Nombor telefon
5. Attachment: Gambar berposing dengan novel KEBUN MIMPI
6. Jawapan soalan kuiz
 contoh emel |
Nama pemenang akan diumumkan di blog ini pada hari Ahad, 15 Mac 2009.
Hadiah akan diberikan kepada
seorang pemenang yang terpilih.
Syarat-syarat umum Kuiz 1 & 2:1. Terbuka kepada mereka yang berdaftar di http://rnysa.blogdrive.com sahaja.
2. Penulis JS, ahli warga kerja JS dan keluarga mereka tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
3. Seorang peserta hanya boleh menyertai satu kuiz sahaja, sama ada B-day Card atau T-Shirt UniKL.
4. Kelebihan untuk memenangi hadiah diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang hadiah/kad/cenderahati daripada RNYSA sebelum ini.
Posted at 01:01 am by anrys
 |  |  |
Lyssa July 28, 2009 07:02 PM PDT
dah lepas la eh..huhuhu |
 |

 |  |  |
Lyssa July 28, 2009 07:02 PM PDT
dah lepas la eh..huhuhu |
 |

 |  |  |
3003 May 14, 2009 05:14 PM PDT
sy lahir 30.mac
terlepas lah yer..xpe2 ..next year..iAllah |
 |

 |  |  |
nina March 17, 2009 02:01 PM PDT
Salam Rnysa, selamat puja usia moga Dia memberi rezki dan rahmatNYA pada mu.
KakmOn cubamengumpul nafas, mencari satu waktu untuk mengucapkan salam terimakasih yang sudah hampir basi. Kado mu udah ku terima. Sekali lagi terimakasih setinggi everest atas ingatan yang tak padam :)
sayang kakmOn |
 |

 |  |  |
kaki March 13, 2009 06:55 PM PDT
ngaa!terlewatkah saya,xpelah kak len kali saya join ye..:) |
 |

 |  |  |
ilham hamdani March 12, 2009 10:10 AM PDT
salam untuk rnysa,
selamat maju jaya!
Mesra Canberra,
Izuddin
Amalia
Ilham |
 |

 |  |  |
aniisa_tasnim March 9, 2009 01:10 AM PDT
my niece baru lahir on 4 mac.. tatau la kebetulan ke ape.. mama dia letak nama dia nur aisya sufiya.. nama nak seakan akan anak khadijah lak.. =) |
 |

 |  |  |
rnysa March 5, 2009 02:34 AM PST
salam kaki,
haha... okey la.. stdnt unikl pun leh la gak join kuiz. silakan ya ;) |
 |

 |  |  |
kaki March 1, 2009 11:07 AM PST
lorh,baru nk join,nape student unikl xbole join..huhuhu |
 |