:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (5)

Penyatuan Hati


Andai kata suatu hari nanti saya berubah, waktu tu awak boleh terima saya kan. Kata-kata itu mengasak-asak fikiran. Ketenangan terganggu. Janganlah dia datang menagih janji lama, bisikku dalam hati. Ah, apa yang nak dirisaukan. Pasti dia sudah pengganti lain dalam masa setahun tahun ini. Benarkah begitu? Serasanya tiada gosip baru tentang Haiqal semenjak aku tidak menyambut huluran cintanya. Teman-teman riuh mengatakan, lelaki itu sudah berubah menjadi lelaki baik-baik. Semuanya disebabkan kau, Khadijah!

Renungannya siang tadi punya makna yang mendalam. Seakan cuba memberitahu, dia masih setia menanti dan mengingati aku seperti mana dalam warkah terakhirnya kira-kira setahun yang lalu.

Hingga ke saat ini, saya tidak bisa melupai Khadijah. Ingatan itu bertambah kuat sejak kemunculan seorang gadis manis berpakaian serba putih dalam mimpiku. Anehnya gadis itu persis wajahmu, Khadijah. Dia tersenyum manis padaku. Petunjuk dari Allah barangkali. Nur Khadijah Khuwailid telah dijanjikan untuk Muhammad Haiqal.

Begitulah kata manisnya dulu. Tiada lagi kunjungan surat dengan tulisan bersambung-sambung nan indah selepas itu. Si penulis sudah menyepikan diri. Jemu menanti cintanya yang tidak bersambut barangkali. Patah hati. Dan hidup aku hilang serinya tanpa lelaki itu. Kalau betul tak suka, mengapa mesti terkenang-kenang? Benarlah kata orang, benci boleh jadi sayang.

"Hai, apa pasal masak sambil tersenyum-senyum tu? Ingatkan siapa?" Sapa seseorang menyedarkan aku semula.

"Mesti ingatkan cik abang ni. Jaja tengok Kak Adi makin berseri-seri sekarang. Macam orang nak jadi pengantin baru. Agaknya balik haru nanti ada yang nak datang menimang kot."

Aku terbatuk-batuk tanpa sebab. "Jangan nak merepeklah. Buat kerja senyap-senyap, Jaja. Orang potong sayur guna tangan, bukannya mulut." Kataku, pura-pura marah.

"Apa pula guna tangan. Orang guna pisaulah. Tu lah... ingatkan Abang Haiqal sampai tersasul-sasul." Giat Jaja sambil ketawa berderai. "Hari tu Abang Haiqal tanya, Kak Adi datang Oita ke tak. Lepas tu dia tanya lagi..."

"Jaja... " Aku mencerlangkan mata besar-besar dengan harapan pelajar tahun satu Oita Daigaku itu akan berhenti berkicau. Aduh, rasa nak dicubit-cubit mulut Siti Hajar yang nakal tu.

"Amboi, seronoknya bersembang. Lauk-lauk dah siap ke belum? Dah nak dekat pukul 12 ni. Orang dah nak makan tapi makanannya tak siap lagi." Ryn yang baru keluar dari bilik air bersuara.

"Macam mana la nak siap... ada orang tu berangan sambil memasak, Kak Ryn." "Ewah, sedapnya mulut mengata kita. Dia tu yang potong sayur tak habis-habis dari tadi." "Astaghfirullah, masing-masing main tuding-tuding jari pula. Dua-dua tak nak mengalah. Macam budak-budak."

Jaja menjuihkan bibirkan padaku. Aku yang pantang menyerah kalah membalas. Ryn sudah bercekak pinggang. Sakit jiwa agaknya menyaksikan kerenah kami berdua.

"Sementara tunggu sayur kubis Cik Jaja kita ni, baik kau pergi bubuh nasi dengan lauk ayam masak merah dalam talam tu dulu. Dah tak banyak masa ni." Aku memberi cadangan.

Ryn menurut tanpa banyak soal. Kami meneruskan tugas masing-masing tanpa bersuara lagi. Tidak lama kemudian, kami dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.

"Kak Adi, dia orang tanya bila boleh ambil makanan?" "Sepuluh minit lagi."

Aku mengacau kuali yang berisi sayur campur. Api dapur dikuatkan supaya sayur cepat layu. Mangkuk besar yang berisi sayur diserahkan pada Jaja. Aku meneruskan pula tugas membasuh perkakas yang digunakan dan mengelap dapur yang berminyak. Ryn dan Jaja hampir selesai menyenduk nasi dan lauk-pauk.

"Dia orang datang..." Kata Ryn sebaik sahaja loceng rumah dibunyikan.

Jaja bingkas mendapatkan pintu. Aku mengira jumlah dulang. Empat belas kesemuanya. Ada yang masih yang lagi kosong tidak berisi. Ya Allah, memang kelam-kabut jadinya. Beginilah tekanan yang dialami oleh chef yang bertugas setiap kali program.

"Kak Adi pergilah hantar talam yang dah siap ni." Jaja mengambil senduk dari tangan aku. Aku yang tidak mengesyaki apa-apa tidak membantah.

Sebaik sahaja sampai di muka pintu, aku dapati Haiqal sedang menanti di luar. Sedang bergurau senda dengan Mukhriz. Ya Tuhan, kenapa kedua-duanya mesti muncul serentak? Aduh, boleh dapat sakit jantung aku begini. Jaja memang sengaja nak kenakan aku.

Kebetulan Haiqal yang paling dekat, jadi dia yang datang merapati pintu. Talam pun bertukar tangan. Dia cepat-cepat berlalu tanpa berkata apa-apa. Senyum pun tidak. Aku hairan. Sebelum ini dia tidak pernah begitu. Aku terkedu. Hanya mampu memerhati langkah Haiqal yang dahulu masih mahu merebut cintaku. Cinta seorang perempuan yang belum aku serahkan pada sesiapa pun. Kini?

Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencekalkan hati yang diburu sendu. Salahkah aku mahu jadi seperti Saidatina Khadijah? Saat ramai pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tidak ada yang berkenan di hatinya. Sehingga pada suatu malam dia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.

Mimpi itu diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata, "Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman." Maka sejak itulah Khadijah sentiasa menunggu munculnya pembawa sinar cahaya itu.

Akhirnya muncul jua insan agung dinanti. Muhammad bin Abdullah. Sama seperti takbir mimpi yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa dia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman. Ketika itu juga timbullah hasrat di dalam hati Khadijah untuk bersuamikan Muhammad.

Kisah pernikahan Rasulullah dan Khadijah memang jadi kegemaran sejak kecil lagi. Kebetulan aku juga dikurniakan nama yang sama dengan wanita agung itu oleh arwah tok. Dia mahu cucunya ini mengikut jejak Ummul Mukminin itu. Pesanan arwah yang disampaikan oleh opah suatu ketika dahulu menerpa fikiran.

"Arwah Tok pernah pesan, bila Khadijah dah dewasa tolong beritahu dia... suatu hari nanti dia akan kahwin dengan lelaki yang namanya Muhammad."

"Tekaan Tok selalunya betul. Papa dengan mama dulu pun macam tu juga."

Dan aku percaya kata-kata mereka itu.

Arwah tok aku itu orang baik-baik. Alim dan warak. Mengaji pondok di Kedah. Orang kampung memanggilnya Lebai Hamzah. Kami pula membahasakan dirinya sebagai Tok Lebai. Dia menghembuskan nafas yang terakhir sewaktu aku baru mencecah usia empat tahun. Jadi, aku memang tidak berapa ingat memori bersama Tok Lebai. Hanya mengenalinya melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh papa, mama dan opah sendiri. Menurut kata Hajjah Taziah, suaminya itu lemah-lembut dan baik budi pekerti. Waktu aku masih kecil dulu arwah Tok Lebai jugalah yang ajarkan Quran, beritahu mama.

Tatkala Muhammad Haiqal datang membawa sinar cintanya, hati aku diburu tanda tanya yang tidak bertepi. Diakah Muhammad yang dimaksudkan oleh arwah Tok? Tapi tak mungkin! Dia lelaki mata keranjang. Mungkin dia bukan orangnya, ada Muhammad yang lain. Tidak semestinya aku menemuinya sekarang.

"Assalamualaikum..." Lembut Mukhriz bersuara. Diirangi senyuman semanis gula. Wajahnya tampak ceria sungguh. Berbunga-bunga.

Aku terkumat-kamit menjawab salam. Dulang seterusnya diserahkan pada Mukhriz yang setia menanti. Tiba-tiba kedengaran gelak tawa halus dari dalam rumah. Sakitnya hati... Si Jaja memang mencari nahas!

Akhir sekali wakil rumah peserta perempuan pula datang mengambil makanan sebelum kami bertiga kembali ke rumah tumpangan dua tingkat untuk menyertai mereka yang lain. Langkah dipercepatkan. Tidak tegar dengan kedinginan angin pantai yang membelai pipi.

"Diumumkan ketibaan chef-chef kehormat. Kami semua dah lapar ni. Cepatlah sikit!" Suara nyaring Kak Ratu menyambut ketibaan kami.

Aku dan yang lain segera menyertai Kak Ratu yang masih kekurangan ahli. Dengan lafaz bismillah, kami mengadap makanan dengan penuh berselera. Sambil itu, mulut Kak Ratu yang becok tidak henti-henti berkicau. Ada saja ceritanya. Bergabung pula dengan si Jaja. Memang sesuai sangat. Meriah talam kami dengan gelak tawa.

Aku seperti biasa lebih suka mendengar. Menyampuk juga sekali-sekala. Wajah setiap teman ditatap satu persatu. Merakam kemanisan ukhuwwah yang terjalin. Alangkah indahnya saat dan tika ini. Mana bisa dibeli dengan wang ringgit.  Aku jadi teringat perbualan dengan Kak Ratu sebelum kami tidur malam tadi.

"Kenapa selama ni kau tak pernah ajak aku join, Adi? Kenapa kau tak pernah beritahu aku wujudnya program macam ni?"

Aku hanya diam. "Walaupun baru sehari... tapi aku dah rasa seronok. Cukup seronok. Bila tengok kemesraan kau dan yang lain-lain... hati aku jadi tertarik. Entahlah... tak tahu kenapa aku rasa macam tu sekali." Katanya dengan nada sayu.

Keadaan hening seketika.

"Ukhuwwah (persaudaraan)... Roh ukhuwwah yang menggetarkan hati dan perasaan. Tu sebenarnya yang kau rasakan. Hati-hati kita telah bersatu atas dasar itu." Tuturku dalam kegelapan malam. "Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal. Bila hati dah terpaut dan jiwa dah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yang lainnya boleh berjalan, bersih dan penuh rasa kasih. Hati manusia hanya boleh disatukan secara murni dan bersih bila bermuara pada satu simpul ikatan yang fitrah. Simpul tali itu adalah aqidah. Satu-satunya dasar berpijak, bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi..."

"Kau dah jauh berubah, Adi. Aku kagum."

"Tak adalah. Aku masih Adi yang kau kenali dulu."

"Memang betul. Pada zahirnya memang begitu..."

Berubahkah aku? Entahlah...

Aku meneruskan suapan.

Ta'liful Qulb. Perpaduan Hati.

Kalimat itu tiba-tiba menerjah fikiran.

Ya, penyatuan hati merupakan asas awal yg mesti ada dalam proses pembentukan ukhuwwah, sebab hati merupakan sumber gerak dan sikap seseorang dalam menilai, memilih, mencinta dan membenci org lain. Mungkin kerana aku masih belum mengenali Haiqal dan Mukhriz, jadi hati aku belum berpadu dengan hati salah seorang daripada mereka. Maka, rasa kecintaan itu juga tidak lahir. Teori yang menarik!

Aku memerhati wajah Kak Ratu yang bersinar-sinar bagai disimbah cahaya bulan penuh. Aku dapat rasakan sesuatu telah menembus masuk ke dalam hatinya. Alhamdulillah... Aku berharap moga-moga kehadiran dia tidak sia-sia. Moga Allah tidak memalingkan hatinya setelah diberi hidayah. Moga Allah menghapuskan hijab di qalbu.

Benarlah seperti kata ustaz dalam kuliah maghrib malam tadi. "Perkataan para pendakwah merupakan alat penghubung antaranya dengan orang ramai, ia juga merupakan alat untuk menyampaikan sesuatu maksud dan fikrah. Oleh itu kiranya para pendakwah dapat memelihara lidahnya, menguasai percakapannya, berupaya untuk memilih perkataan-perkataan yang baik-baik dan susunan kata yang indah, bererti dia telah mampu menarik hati orang ramai dan sekaligus beliau berjaya menyelam masuk ke dalam hati dan diri mereka.

Tetapi sebaliknya jika dia tidak mampu berbuat demikian, malah tidak mengambil endah terhadap apa yang keluar dari celah kedua bibirnya, bererti dia telah membina sendiri benteng yang memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi, malah dengan itu menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai."

Kata Ustaz Anuar lagi, kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Dia juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Dia mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.

Para pendakwah perlu keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di muka mereka. Meskipun di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang mengetahuinya.
    
Para duat yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil, dapat dilihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka. Pada waktu itu orang lain merasakan seolah-olah merekalah yang telah melakukan kesalahan.

Nyata perjalanan dakwah aku masih jauh lagi...



rujukan:
Ukhuwwah
Manis MukaManis Tutur Kata
Pernikahan Rasulullah Dan Khadijah
 

Posted at 10:30 am by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry