:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Sunday, April 26, 2009
B-Wave Rnysa: Red Alert

Assalamualaikum Warahmatullah,


Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menghadirkan diri ke acara PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009 pada 26 April 2009 (hari ini) seperti yang dinyatakan sebelum ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi. Buat pengetahuan semua, saya mempunyai masalah berkaitan dengan bones and muscle (tulang dan otot) yang memerlukan rawatan daripada doktor pakar. Tolong doakan saya cepat sembuh, ya ;)

Berbalik soal PESTA BUKU, buat teman-teman pembaca yang bercadang bertemu dengan saya di sana, boleh meninggalkan NAMA+ALAMAT anda di booth JEMARI SENI atau berhubung terus dengan saya melalui emel rasmi saya: relevankah_aku at yahoo.co.uk. Insya-Allah, saya akan cuba menghantar kad special, terutamanya kepada teman-teman yang datang ke PESTA BUKU.




Akhir kata, sekali lagi saya memohon kemaafan di atas kelewatan memaklumkan perkara ini. Apapun sebagai manusia biasa, saya hanya mampu merancang dan Tuhan jua yang menentukannya.

Semoga kita dapat bertemu di lain waktu.



Salam manis,
ANYS RNYSA
Full time student, part time novelist


p/s: Mungkin entri lama ini dapat menerangkan keadaan saya sekarang ini...


Entry: *break#66* Tekad Redha Tabah Jan 23, 08

RADHA "Love is Cinta" Special


Sepatutnya rasa gundah ini tidak muncul. Lagipun hal itu sudah berlaku agak lama dahulu, atau mungkin juga tidak terlalu lama. Tapi bukannya ada apa-apa yang serius pun, sepatutnya. Aku cuba tanamkan semangat positif itu dalam fikiran.

Namun begitu aku terus melarikan mata mengikuti penerangan yang terpapar pada skrin komputer riba. Protein? Ya, aku perlukan protein saat ini! Aku menggosok lutut yang terasa sakit. Protein untuk lutut yang sakit ini...

You probably know you need to eat protein, but what is it? Many foods contain protein (say: pro-teen), but the best sources are beef, poultry, fish, eggs, dairy products, nuts, seeds, and legumes like black beans. Protein builds up, maintains, and replaces the tissues in your body. (Not the tissues you blow your nose in! We mean the stuff your body's made up of.) Your muscles, your organs, and your immune system are made up mostly of protein...


"Beberapa bulan lepas, lutut saya dihimpit oleh bumper kereta dari arah depan dan belakang. Dan bila baru-baru ini saya terjatuh dan lebamnya ambil masa berminggu-minggu lamanya untuk hilang. Dan...." Aku terus bercerita kepayahan dan kesakitan yang terpaksa dilalui sejak terjatuh tempoh hari. Asalnya mahu minta ubat batuk sahaja, namun kesempatan yang datang ini diambil untuk bertanya fasal lutut aku yang kebetulan masih sakit pada waktu itu.

"Jadi apa pendapat doktor?" Wajah doktor Jepun itu aku pandang dengan penuh pengharapan.

"Saya rasa sekadar kecederaan otot saja. Kalau ada kaitan dengan tulang - patah atau retak - awak takkan boleh berjalan sebaik sahaja dilanggar hari itu."

"Ohhh... tak seriuslah, begitu?" Aku segera menarik nafas lega. Syukurlah...

"Tak. Jangan risau..." Doktor perempuan itu menghulurkan senyuman paling manis. Mahu menenangkan pesakit seperti aku. Kemudian dia mencatat sesuatu di atas kad kesihatanku.

"Kalau x-ray bagaimana?" soalku lagi. Hati masih lagi diulit rasa bimbang. Aku perlukan sepasang kaki yang sihat untuk bergerak.

"Kalau di'scan' sekalipun pun, takkan nampak otot atau tisu yang tercedera itu. Lagipun saya rasa tahap kecederaannya tak berapa serius..."

Oh, x-ray itu untuk tengok tulang, jantung saja... dan otot tak bolehkah? Macam itu pula...

"Ada kebarangkalian otot atau tisu itu terkoyak?" Wah, banyak pula soalan aku.

"Mungkin ya, mungkin tidak. Saya tak dapat beri kepastian. Kalau nak tahu, awak perlu ke hospital dan buat pemeriksaan lengkap."
 
Aku terdiam seketika. Ini sekadar klinik universiti saja. Doktor pun macam nak tak nak layan saja pertanyaan aku yang mungkin terlalu banyak. Ah, mungkin tak ada apa-apa yang serius sangat. Tak payah pergi hospital pun tak apa, detik hatiku yang mahu memilih jalan mudah.

"Ambil makanan yang banyak mengandungi protein, untuk memulihkan tisu awak yang tercedera itu. Dan jangan banyak berjalan..." Nasihatnya lagi sebelum mengakhiri kami pada sesi petang itu.


Pesanan doktor itu diamalkan sekejap sahaja sebelum aku sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Sebelum jatuh dalam bilik air dan kepala berdarah itu. Oh, sebelum tergelincir dan jatuh melutut di atas jalan yang diselaputi salji yang sudah mencair sebulan yang lalu. Juga sebelum lutut ini ditimpa oleh kerusi plastik pada minggu lepas. Kenapa cuai sangat, Akasyah? Asyik nak jatuh saja. Badan tak stabilkah?

+ Disebabkan tarikan gravitilah..
-
Yalah sangat. Jalan macam ribut. Salahkan tarikan graviti pula...

Aku cuba cari fasal otot-lutut dalam laman web yang sama. Laman ini dibina untuk kanak-kanak, jadi penerangan dan bahasa perubatan yang digunakan mudah difahami bagi seorang pelajar kejuruteraan seperti aku. Siap ada simulasi lagi!


"Apa yang cedera sebenarnya?" Aku bertanya pada diri sendiri.

Aku cuba fokuskan pada bahagian lutut sahaja. Patella, tendon, ligamen. Tendon? Macam nama makanan Jepun kegemaranku itu sahaja. Cuba fokus sikit, Akasyah! (Sebenarnya perut aku ini sudah mula main lagu orkestra sekarang ini.)

Baiklah, waktu lutut tersepit dek bumper kereta tempoh hari, kemungkinan otot yang tercedera... yang tendon itu. Aku cuba cari maklumat lanjut dalam laman kesihatan yang lain pula.

The 4 most common areas of tendon rupture are as follows:

  • Quadriceps
    • A group of 4 muscles, the vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius, and the rectus femoris, come together just above your kneecap (patella) to form the patellar tendon.
    • Often called the quads, this group of muscles is used to extend the leg at the knee and aids in walking, running, and jumping.

Okey, kita ambil tendon yang ini... tendon dekat patella. Aku terus membaca lagi...

Ruptured Tendon Causes

In general, tendon rupture occurs in a middle-aged or older man. In the young, muscle usually tears before the attached tendon will tear. But in older people and in those with certain diseases (such as gout and hyperparathyroidism), tendon rupture may result.

  • Quadriceps tendon rupture
    • Direct trauma to the knee just above the patella (kneecap)
    • Advanced age resulting in decreased blood supply to the inside of the tendon
    • Combination of quadriceps contraction and stretching of the muscle (eccentric loading)

Dan juga yang ini... direct trauma itu apa ya? Nanti tanya Ieman...

Ruptured Tendon Symptoms

  • An injury that is associated with the following signs or symptoms may be a tendon rupture.

    • A snap or pop you hear or feel                    ... Tak ada kot?
    • Severe pain                                                     ... Sakit juga
    • Rapid or immediate bruising                      ... Ya! 
    • Marked weakness                                         ... Apa ni? Tak faham...
    • Inability to use the affected arm or leg     ... Boleh guna lagi
    • Inability to move the area involved          ... Boleh gerak lagi
    • Inability to bear weight                              ... Tak sampai tahap ni lagi
    • Deformity of the area                                   ... Yang ini pun tak

Maka kesimpulannya, belum capai tahap serius lagi kalau sekadar mengalami dua simptom. Cuma perlu berhati-hati di masa akan datang. Tapi jalan memang dah macam tak stabil. Terdingkut-dingkut. Okey lagikah kalau jalan dah macam itu?

"Sejak bila pula tukar course? Nak jadi budak medic pula, ya?" Pengguna komputer di sebelahku menyoal dalam bahasa Melayu. Aku sedikit terkejut lalu segera menoleh. Oh, si Kaduk... dan Ammar di sisinya.

"Macam mana boleh masuk sini?" aku pantas menyoal. Orang luar boleh masuk tanpa kad pelajar?
"Pinjam kad si Bahrin. Nak jumpa awak, tak sempat nak tegur tadi... dah hilang. Nasib baik jumpa dekat sini," terangnya panjang lebar.

Tadi dia pun mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh pelajar Indonesia. Disampaikan oleh seorang penceramah yang mengikuti latihan pembersihan hati. Katanya, sepanjang hari diisi dengan zikir, baca Quran dan solat. Makan pun sederhana saja, sekadar roti dan susu. Menarik juga dapat mendengar pengalaman begitu. Berbeza sungguh dengan kehidupan aku sebagai pelajar sarjana Universiti Tokyo ini, yang menjalani latihan 'keduniaan' dengan segala macam teori sains dan matematik. Betul begitukah?

"Siapa yang sakit?"
"Apa?" Tak berapa dengar. Segera menarik earphone keluar.
"Itu. Siapa yang sakit.." Dia menuding pada skrin monitor.
"Oh, tak ada sesiapa pun," balasku acuh tak acuh.

"Tak ada. Tak ada apa-apa. Kalau perempuan cakap macam ni mesti ada apa-apa punya." Kaduk sudah mula membuat andaian seperti biasa. Cara biasa dia memaksa aku bercerita. Ini yang aku selalu kalah.

Aku menarik nafas panjang. Perlukah berterus-terang?

"Jalan macam orang yang kaki pendek sebelah. Boleh cakap tak sakit lagi? Tak ada sesiapa pun sakit?" ujarnya dalam nada rendah, namun kedengaran tegas pada aku. Macam orang jauh hati pun ada.

"Boleh tak kalau tak berahsia dengan saya?"
"Rahsia? Bila pula berahsia?" Aku masih lagi berselindung.

"Ammar cakap awak pernah accident. Sebab itu awak senang saja dapat sakit sekarang ni, kan? Masa Golden Week hari tu... puncanya daripada kaki yang sakit tu juga. Badan awak dah tak dapat nak imbang dengan baik, kan?"

Aku mengerling tajam ke arah Ammar. Memang tak boleh diharap. Orang suruh jangan cerita apa-apa, dia cerita juga. Dan sekarang aku kena marah. Terima kasih, Ammar!

"Saya tak nak awak risau..."

Alasan yang sangat lemah, wahai Cik Akasyah! Tapi memang betul, aku tak mahu orang di sekeliling aku bimbang tak tentu hala.

"Dan sekarang… bila dah tahu… tak risaulah? Macam tu?"

Susahnya nak lawan bercakap dengan debater yang tak tahu nak pencen ni…

"Kenapa tak beritahu?"
"Memang perlu beritahu, ya?" Mata sekejap-sekejap tertumpu pada monitor, sekejap-sekejap tersapa mata Kaduk sudah terbuka seluas-luasnya. Perang dunia hendak meletus! Baik cepat-cepat pergi dari sini.

Miss Nurul Akasyah Binti Othman > LOG OUT > YES

"Siapa saya pada awak?" Soalnya terang-terangan di hadapan Ammar. Macam dia tak nampak pula Ammar di situ.

"Dahlah tu… jangan pressure dia." Ammar menepuk bahu sahabatnya berkali-kali penuh rasa kasih. Saat ini suami Wawa itu cuba menjernihkan suasana yang mula tegang.

"Kalau tak kena pressure, bukannya tahu nak bercerita. Semua nak main rahsia-rahsia…"

Aku mengetap bibir bawah. Kaduk merajuk pula...

"Kita pernah jadi kawan dulu. Dan sekarang...masih lagi kawan kan? Kalau tak nak mengaku saya ni sebagai bakal suami..." Aku cuba kekalkan riak wajah bila dia berkata begitu. Malu...

"Kita pergi jumpa doktor pakar lepas ni, okey? Segala perbelanjaan saya tanggung..."
"Tapi Kaduk... saya ni belum lagi jadi tanggungjawab awak," kataku separuh berbisik. Mata dilarikan ke arah lain.
"Amanah daripada ayah awak sendiri. Saya kena pegang pada janji saya dengan dia... jaga awak sebaiknya. Dan awak pula kena jadi anak yang baik... ikut cakap ayah awak, boleh? Ammar boleh jadi saksi apa yang saya cakap ni..."

Okeylah, Ammar takkan cakap bohong atau buat lawak antarabangsa. Aku 'terpaksa' mengalah juga, akhirnya...

"Kita tunggu Nur sekejap..." Ammar pula bersuara.
"Lapar tak? Saya ada beli onigiri dengan susu segar..." Kaduk segera mengeluarkan makanan tersebut dari bungkusan plastik yang dibawanya. "Tadi masa jamuan, awak makan sikit sangat. Mesti lapar sekarang..." Senyum manisnya menyejukkan hatiku.

Aku terus mencapai tanpa bersuara lagi. Mencari sudut yang agak terpencil. Mana boleh makan sesuka hati dalam perpustakaan. Onigiri dikunyah dengan perlahan. Dia dan Ammar duduk tidak berapa jauh dariku, menjadi pemerhati.

Dalam hati ini tak berhenti memanjat rasa syukur pada Ilahi kerana dikurniakan dua orang teman yang begitu mengambil berat.  Saat ini aku memperbaharui dan bersihkan hatiku - bertekad supaya terus redha dan harus tabah dengan setiap ujian yang diberikanNya.

Alhamdulillah...
Terima kasih di atas segala pemberian nikmat-Mu ini, Tuhan!



Rujukan:
http://www.kidshealth.org
http://www.emedicinehealth.com/ruptured_tendon/article_em.htm


Posted at 08:36 am by anrys

rania firdaus
April 28, 2009   09:07 PM PDT
 
salam, kak anis.. semoga akak cpt sembuh.. terkilan tak dpt jumpa akak masa pesta buku hari tu.. sempat jumpa Kak Su je, tp Kak Su sibuk bebeno - tk dpt nk sembang lama..
hlovate
April 27, 2009   07:23 PM PDT
 
it seems like we're both prone to accidents then =)

(2:286)

that verse is one of the reason why we have to read the mathurat to start and end the day tiap hari,ey. =)

moga dipermudahkan dan disembuhkan,insya Allah.
may Allah bless
iejay
April 27, 2009   11:20 AM PDT
 
Lebih kuranglah rasanya kita rnysa... cuma iejay taktahu lagi apa yg sakit sebenarnya sebab result tak keluar lagi walaupun dah dekat 3 minggu rasanya buat ujian darah...
kadang2 tu rasa sakit-sesakitnya dan tak larat dah nak telan segala ubat... tapis etiap penyakit tu adalah pencuci dosa kita kan? insya-Allah...
imannuha
April 26, 2009   08:48 PM PDT
 
Salam rnysa!Semoga cepat sembuh!
AyanHana
April 26, 2009   07:37 PM PDT
 
semoga cepat sembuh.i once had this kind of prob.same here.kat lutut jugak.but not the tendon,but the ligament.putus.haha.tp dah betulkan balik.

anyway,keep up the good work sis.May Allah bless.

insyaAllah.

*senyum lebar-lebar*
achik
April 26, 2009   01:51 PM PDT
 
erk,kita mempunyai masalah B&M yg same tapi brbza jalan cerita...
semoga cepat sembuh k.rynsa..:)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry