:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (6)

Atas Nama Cinta


Aku merenung Muna yang sedang berbaring. Wajahnya nampak pucat dan keletihan. Tengahari tadi dia cuma makan sesuap dua saja. Dia juga tidak menyertai orang lain waktu makan malam. Sejak petang terlantar macam orang sakit. Sebagai AJK yang menjaga kebajikan peserta, kes sebegini sudah tentu masuk di bawah bidang tugas aku.

"Kejap lagi Kak Fida nak datang jenguk. Buat sementara tu, baik Muna jamah sikit nasi yang Kak Adi bawa ni. Tak baik biarkan perut kosong begitu. Lama-lama masuk angin pula." Kataku dengan ramah sekali sebaik sahaja mendapati Muna sedang terkebil-kebil di atas katil dua tingkat ini.

"Tak ada seleralah, Kak Adi." Muna menolak.

"Lauk ni tak sedap ya?" Aku merenung lauk daging masak kicap, telur dadar dan taugeh goreng. Yang memasaknya chef dari kalangan ikhwah (lelaki). Tengahari kami yang akan memasak. Begitu sistem penggilirannya.

Muna tersenyum. "Bukannya macam tu. Baunya dah cukup sedap. Cuma saya yang tak lalu nak makan." Terang gadis yang muda setahun dari aku itu.

"Ohh..." Aku menutup semula tupperware putih yang dibeli dari 100Yen Shop itu. "Nanti nak makan ambil kat sini ya. Kak Adi letak kat tepi ni aja. Nak minum?" Aku menyuakan pula milo panas yang diisi dalam tumbler sederhana besar.

Nur Muna menggeleng lagi.

Aduh, semuanya tak nak. Macam mana ni? 'Doktor' Rufaidah cepatlah datang. Adi dah tak tahu nak handle patient kita ni lagi.

"Haa... panjang pun umur..." Kataku sebaik sahaja Kak Fida menyertai kami berdua. Lega.

"Muna tak sihat lagi ya?" Tanya pelajar perubatan tahun lima Akita Daigaku itu. Segera meletakkan tapak tangannya atas dahi Muna. "Pening? Sakit kepala?"

"Pagi tadi pening sikit. Sekarang dah okey."

Doktor Fida mengalihkan pula pandangannya pada aku. "Adi dah bagi dia makan?"

"Dah cuba bagi tadi tapi dia tak nak. Tak ada selera." Aku melapor dengan penuh semangat. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa seperti jururawat pula. Macam berlakon dalam scene di rumah sakit pun ada juga.

"Kenapa tak cuba suapkan dia... mesti Muna tak tolak, kan? Entah-entah dia saja nak bermanja dengan Adi." Usik Kak Fida.

"Ya tak ya juga. Kenapalah Adi tak fikir macam tu tadi?" Kata aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Memang sah tak ada tokoh jadi doktor. Malah jururawat sekalipun.

Kak Fida dan Muna ketawa melihat telatahku. Aku malu sendiri.

"Muna buka overcoat tu. Kak Fida nak check kejap. Mahu tahu kembung perut ke... apa ke..." Tutur Kak Fida lembut.

Muna nampak serba salah. "Tak apalah. Saya tak apa-apa. Janganlah akak berdua risau. Memang dah selalu jadi macam ni."

"Tak perlulah malu-malu. Kita sesama perempuan aja ni. Bukannya apa... sejak hari pertama lagi Kak Fida nampak Muna macam tak sihat. Kak Fida risau takut jadi apa-apa kemudian hari. Kalau betul tak sihat, kita boleh hantar ke klinik. Malam ni pun boleh." Balas Kak Fida.

Rupanya bukan aku seorang sahaja perasan tentang Muna. Akhirnya gadis itu mengalah setelah dipujuk berkali-kali. Butang overcoat dibuka satu-persatu. Lambat-lambat. Mata aku jatuh pada bentuk perutnya yang agak menonjol.

"Kembung perut agaknya." Aku cuba menafsir seperti seorang doktor juga.

Tanpa mengambil kira pandangan profesionalku, Kak Fida terus memainkan peranan kedoktorannya. Aku memerhati bakal graduan medic itu menjalankan pemeriksaannya dengan penuh minat. Waktu sekolah rendah aku pernah juga bercita-cita menjadi seorang doktor tapi tidak lama. Setelah jatuh cinta dengan Prinsip Akaun, aku menukar impian untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Dan atas dorongan kuat papa juga.

"Kalau bukan Nur, siapa lagi nak tolong papa uruskan syarikat kita nanti. Anak papa yang lain nampaknya tak berminat tentang bisness kecuali Nur seorang." Aku rasa papa berkata begitu berdasarkan pengalaman aku menabur khidmat dalam koperasi STF. "Angah minat jadi doktor. Achik pula suka bahagian mesin. Siapa lagi yang boleh papa harapkan?"

"Lagipun along juga pernah kata dulu, nak contohi isteri Nabi... bukan setakat pada nama. Jadi apa kata along pun jadi usahawan wanita macam dia juga. Mama tahu anak mama ni berbakat besar. Along tahu kan... sembilan dari sumber rezeki tu datang dari berniaga," Tokok mama pula.

Aku pun termakan pujukan papa dan mama. Naik Tingkatan Empat aku tidak memilih kelas sains seperti teman-teman lain. Alhamdulillah, nyata pilihan itu tepat dan kena dengan jiwaku. Jalan menuju cita-cita semakin jelas. Bersandarkan keputusan SPM yang agak baik, aku diterima melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bukannya UK ataupun US seperti dalam pilihanku, sebaliknya aku dihantar ke bumi sakura. Aku terima dengan redha. Yakin Tuhan telah menentukan rezeki aku di sini. Jadi kini aku menuntut di universiti tertua Jepun, Universiti Tokyo. Bidang ekonomi menjadi pilihan.

"Adi boleh turun bawah kejap?" Suara Kak Fida mematikan lamunanku.

Aku memerhatikan riak wajah Kak Fida dan Muna yang berbeza dari sebelumnya. Mereka berdua seperti sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku.
 
"Kenapa?" Tanyaku. Terasa semacam cuba diusir dari sini.

Kak Fida tidak menjawab. Aku menghidu sesuatu yang aneh sedang berlaku. Tanpa banyak soal jawab, aku meninggalkan mereka berdua. Mungkin Kak Fida mahu membincangkan situasi pesakitnya sendirian. Seperti yang aku selalu lihat dalam drama yang tersiar di kaca tv.

Masakan sakitnya serius sampai begitu sekali, hatiku tertanya-tanya.

Ah, siapalah aku hendak menyibuk tak tentu. Pelajar ekonomi macam aku mana tahu tentang penyakit dan seumpamanya. Jadi duduk senyap sajalah.

Dua puluh minit berlalu, aku sudah berkira-kira untuk pulang semula ke rumah penginapan aku. Tetapi pandangan Kak Fida tadi seakan cuba memberitahu sesuatu. Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan lalu menjengukkan kepala keluar. Kedengaran bunyi esakan yang agak kuat. Aku hairan. Muna menangis?

Saat itu aku rasakan darah kewartawanan mengalir semula ke segenap penjuru tubuh. Aku mahukan kebenaran. Aku mahu tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Adi!"

Aku tersentak. Panik. Cepat-cepat menutup pintu semula. Barangkali Kak Fida sudah tahu aku mengintip mereka berdua. Masakan... tak sampai satu minit pun.

"Adi!" Kak Fida melaung sekali lagi dari tingkat atas.

Aku menjengukkan semula kepala dengan teragak-agak. Kak Fida memberi isyarat supaya aku naik. Langkah diaturkan satu-persatu menaiki tangga yang agak curam. Mindaku dihujani pelbagai tanda tanya.

"Muna mengandung..." Luah Kak Fida sebaik sahaja aku duduk dengan selesa.

Aku terlopong. "Kak Fida gurau dengan saya ke ni?" Dia pantas menggeleng. Wajahnya serius. "Tapi dia kan belum..." Aku tidak berupaya menghabiskan kalimat seterusnya. Masih terkejut dengan berita yang dibawa oleh Kak Fida. Masakan Muna...

"Dah nak masuk enam bulan." Tambah Kak Fida lagi.

Ya Allah!

Aku beristighfar panjang. Meraup wajah berulang kali. Sejarah hitam berulang kembali. Dahulu perkara yang sama terjadi pada pelajar batch aku. Kami dapat tahu berita malang ini sebelum terbang ke Jepun. Kawan perempuan kami dan pasangannya itu diberhentikan dari program walaupun mereka lulus peperiksaan Mombusyo. Sejak dari itu, tiada lagi khabar berita tentang mereka berdua. Hilang terus dari pandangan kami semua.

Aku merenung wajah Muna dalam-dalam. Ya Allah, macam mana boleh jadi sampai begitu sekali? Mengapa adik-adik tak mahu ambil iktibar dari sejarah hitam itu? Lupakah mereka? Muna bukannya jahil tentang hukum-hakam. Datang dari sekolah agama. Kohai (junior) kepada Ryn. Aku tidak dapat membayangkan reaksi Dang Adryna jika hal ini sampai ke pengetahuannya.

"Muna dah setuju beritahu semua ni pada Adi. Sebab Kak Fida sendiri yakin Adi boleh simpan rahsia ni. Nanti Kak Fida akan terangkan ceritanya dari awal. Adi tak balik cuti haru (musim bunga) kan? Lepas ni Kak Fida nak minta tolong Adi masa Muna bersalin nanti. Duedatenya dalam bulan tiga ni."

Aku mengangguk. Prinsip seorang wartawan dan semestinya muslim yang baik - pandai menyimpan rahsia. Lebih-lebih lagi perkara yang mengaibkan begini.

"Boleh Muna bagi tau siapa ayah pada anak dalam kandungan tu?"

Muna tunduk. Matanya yang bening masih basah. Tangannya memintal-mintal hujung baju. Nafasnya turun naik. Sesekali dia mengeluh halus. Wajahnya penuh kekesalan.

Kak Fida menarik nafas panjang dan kemudian dilepaskannya perlahan-lahan. "Kami ni nak bantu Muna. Kalau Muna tak cakap, macam mana kami nak tolong? Mungkin kami boleh buat sesuatu supaya senpai (senior) tu bertanggungjawab atas keadaan Muna sekarang ni."

Walaupun dipujuk berkali-kali, namun Muna masih enggan mendedahkan nama lelaki yang menyebabkan dia jadi begini. Aku dan Kak Fida berpandangan antara satu sama lain. Kami benar-benar sudah hilang kata. Aku lebih-lebih lagi. Masih tidak percaya apa yang berlaku di depan mata aku saat ini.

"Tak apalah macam tu. Kalau Muna dah sedia nanti, boleh cakap pada Kak Fida. Bila-bila masa aja. Sekarang ni Muna berehat dulu ya. Jangan stress sangat, tak bagus untuk baby." Kata Kak Fida penuh diplomasi walaupun aku tahu hatinya pasti hancur luluh.

Muna mengangguk lemah. Aku jadi kasihan melihatnya. Menanggung ujian sehebat ini. Jika dilihat dari sudut positif, dia sungguh bernasib baik. Allah masih sayangkan dia. Sebab itu diturunkan musibah ini supaya hidupnya tidak terus bergelumang dosa.

Malam itu kami tidak jadi pulang ke rumah penginapan masing-masing. Tumpang tidur di sini sambil menemankan Muna. Bimbang jadi apa-apa padanya.

"Atas nama cinta... Muna sanggup gadaikan maruahnya. Lupa prinsip agama yang selama ni diajar. Dia lakukan semuanya dengan rela hati dan yang sedihnya perbuatan dia tu bukan kali pertama. Mula dari benarkan senpai tu masuk dalam rumah, duduk berdua-duaan dan akhirnya..." Kak Fida meraup wajahnya berkali-kali. "Astaghifullah hal azim. Kak Fida memang tak sangka langsung jadi begini. Ingatkan setakat mereka couple aja..."

"Kak Fida pun tahu yang dia bercouple?"

Bakal doktor itu mengangguk. "Sebab tu Kak Fida rasa bersalah. Kita tak halang benda ni sebelum berlaku. Kita tak berjaya tarik dia sertai kita dari awal. Akhirnya dia terikut-ikut dengan budaya negatif di tempat dia tu dan..."

"Dia jauhkan diri dari kita dan pilih jalan dia sendiri. Bukan kita tak usaha langsung dulu, sekadar jadi penonton. Kita dah cuba..." Aku teringat bagaimana Ryn cuba memujuk kohainya itu menyertai program yang kami anjurkan, terlibat dalam usrah-usrah dan sebagainya. Malah kakak-kakak yang lain juga tidak pernah jemu memujuk kerana dahulu Muna merupakan salah seorang naqibah, baik di sekolah mahupun AAJ. Memang sepatutnya dia manfaatkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Tetapi malang sekali yang berlaku adalah sebaliknya.

Aku sendiri mendengar rintihan hati Ryn tentang kohainya yang sudah berubah sejak menjejakkan kaki ke Jepun. "Orang tengah mabuk cinta. Cakap kita mana mereka nak dengar. Lebih-lebih lagi Muna yang baru kenal cinta tu. Aku risau sungguh, Adi." Kata Ryn sedikit masa dulu.

Kerisauan kau jadi kenyataan Ryn, bisik hati kecilku.

"Memang betul. Tapi sedikit sebanyak rasa bersalah tu tetap ada, Adi. Mungkin ramai lagi pasangan yang dah terbabas dari landasan Islam... yang kita sendiri tak tahu. Ini kes pertama yang datang terus pada kita. Yang lain-lain macam mana agaknya?"

"Mujur Muna tak ambil tindakan gugurkan baby tu atau..." Aku berhenti setakat di situ. Tak perlu rasanya aku bercakap panjang lebar tentang perkara yang sepatutnya tidak difikirkan. Yang penting sekarang adalah membawa Muna kembali ke jalan yang benar.

"Adi mesti janji dengan Kak Fida. Jangan sekali-kali ceritakan hal ni pada sesiapa. Ini rahsia kita berempat saja." "Empat?" "Termasuk Ija."

"Kak Ija? Senpai satu dai Muna tu..." Aku merujuk pada Kak Ija yang sangat komited dengan program tarbiyah kami. Dia bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi. Pelajar antara lima terbaik dalam departmentnya itu, dengar khabarnya bakal meneruskan ijazah lanjutan dalam bidang yang sama.

"Yalah, siapa lagi. Dia yang ajak Muna datang sini. Cari ketenangan dan diri yang hilang."

"Moga-moga dia temui apa yang dicari." Dan moga-moga Tuhan ampunkan dosa dia dan dosa kami, tambahku dalam hati.

"Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih dan cekal. Segala isi syariat Islam bertujuan agar manusia bersih jiwanya..." Belum sempat Kak Fida menghabiskan kata-katanya aku sudah terlelap.

Malam itu aku terjaga jam tiga seperti biasa. Bersilih dengan Muna yang baru keluar dari bilik air. Wajahnya basah. Berwuduk barangkali. Aku cuba bersangka baik.

"Muna tak apa-apa?" Aku bertanya.

Dia sekadar menggeleng. Cepat-cepat meminta izin naik semula ke tingkat atas.

"Kak Adi nak qiamulail ni. Jom sekali yuk..." Aku memberanikan diri mengajaknya. Dalam hati berharap dia akan mengatakan ya.

"Kebetulan pula kita. Muna pun dah lama tak qiam. Kali terakhir masa di UM kot..." Jawabnya penuh nada sendu.

"Muna mulakan dulu ya. Tak payah tunggu Kak Adi. Dan hati-hati naik tangga tu." Kataku sebelum berlalu.

Allah itu Maha Bijaksana. Dia tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Kerana Allah sendiri telah menetapkan di dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya dia menang dan adakalahnya dia kecundang atau dia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya.

Aku yang sudah lengkap bertelekung berdiri kaku di hujung katil. Mataku bulat memerhatikan Muna yang sedang menangis teresak-esak di atas sejadah. Sujudnya lama. Dalam hati aku memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.

Sesungguhnya keampunan dan pengampunan dosa dari Allah tidak terjangkau luasnya. Selagi mana kita meminta dan berharap kepadaNya, maka Dia akan mengampuni segala dosa yang telah kita lakukan dan Dia tidak mempedulikannya lagi. Sekiranya dosa setinggi langit, kemudian hambanya memohon ampun kepada Tuhannya, nescaya Allah mengampunkan dosanya. Jika hambaNya datang kepadaNya, tidak menyekutuNya dengan yang lain, nescaya Dia datang kepada kita dengan keampunan sepenuh bumi.

"Tuhanku, aku tak layak untuk syurgaMu. Tapi aku tak sanggup menanggung siksa nerakaMu. Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..."

Aku menitiskan air mata tatkala mendengar doanya itu. Aku tidak jadi menunaikan solat tahajjud di situ. Langkah kembali diatur ke tingkat bawah. Penuh berhati-hati supaya tidak mengganggu Muna. Aku ingin berikan apa yang dia perlukan saat ini. Saat bersama Tuhannya. Atas nama cinta Ilahi, aku yakin dan pasti dia akan mendapat kembali cintanya. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




rujukan:
Tazkiyah Penyejuk Hati
Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri

Posted at 10:31 am by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry