:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Tuesday, May 05, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=0.1}

MUKADDIMAH


Monolog Nurul Akasyah:
Pada awan biru aku lukiskan wajah mereka yang aku sayangi
Kerana di sana segalanya akan bermula semula
Untuk kali yang ke-tiga...

Monolog Carl Duke Adam:
Kata dia, aku bagaikan mentari yang membakar semangat diri
Kata aku, dia bagaikan bunga sakura yang menyinar hidup ini
Dan dia juga cinta pertamaku...

@}---                   @}---                   @}---

Monolog Dr. Sufiah:
Dia bukan menantu pilihan
Dia hanya pilihan Adam
Bukan pilihan hatiku...

Monolog Nur Jannatul Adnain:
Katanya, akulah isterinya yang pertama dan terakhir.
Soalku, kenapa kini muncul yang kedua?
Lalu aku terus bertanya pada diri...
Relevankah aku di hatinya?
Dan...
Relevankah kau di hatiku?




PROLOG
(Petikan dari teks asal E-Novel RADHA, Episod 13: Rinduku Rindumu)


"Nurul Akasyah!"

Lelaki mana pula main jerit-jerit nama aku ni? Masa aku belajar ada saja gangguannya. Segera aku menoleh ke kiri kanan, ke depan dan belakang. Tiada siapa pun. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Cak!"

"Apocot!" Terperanjat dugong aku.

Carl Duke ketawa berdekah-dekah. Gembira agaknya kerana berjaya membuat aku melatah petang-petang begini.

"Teruklah kau ni. Buat orang terkejut je." Aku menarik muka masam. Kaduk pula tersenyum seperti kerang busuk.

"Rajin cik adik kita hari ini." Kaduk mengusik. "Kalau hari-hari macam ni sure result nanti flying colours."sambungnya lagi.

"Kita tak pandai macam kau. Kenalah rajin sikit," ujarku sedikit merajuk. Aku tahu niatnya hanya mahu mengusik. Cepat-cepat aku padamkan rasa negatif yang mula bertunas di dalam hati ini.

Kaduk merupakan salah seorang penghuni kelas 5 Alfa, kelas elit. Mereka yang terpilih memasuki kelas itu adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa tingkatan empat lalu. Pastinya hanya pelajar cemerlang sahaja yang layak. Dan selebihnya akan dibahagikan sama rata antara tiga kelas lain.

"Kau pun pandai juga."Katanya seakan memujuk. Aku termakan pujiannya itu. "Pandai berangan." Kaduk menjelir lidah. Masih mahu mengusik aku.

Aku membeliakkan mata. Kaduk ketawa lagi. Pantas aku mencapai buku dan meneruskan pembacaanku. Malas berlawan kata dengannya lagi. Nanti aku boleh jadi gila!

Kaduk tersengih. Faham benar dengan perangai temannya yang satu ini. Jika dia sudah mengalah, pasti dia akan diam membisu. Buat bodoh saja. Akhirnya Kaduk sendiri yang geram kerana Akasyah tidak memberi respon.

Kaduk menggaru kepala.  Kebisuan Akasyah membuatkan dia terasa sunyi rasanya tika itu. Kakinya menguis pasir. Sesekali dia mengerling ke arah Akasyah yang khusyuk membaca hingga tidak menghirau kehadirannya di situ. Akhirnya dia mendapat suatu idea.

Tiba-tiba Kaduk berlari meninggalkan aku dalam keadaan terkecoh-kecoh. Aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku nanti. Kenal benar dengan Kaduk yang kuat mengusik itu.

Sementara itu, Kaduk menghala ke astroturf. Sekumpulan pemain sedang berlatih di situ. Matanya mencari kelibat Mar di antara pemain yang ada.

"Mar! Mar!" laung Kaduk sebaik saja dia tiba di sana. Mar mengangkat tangan lalu berlari mendapat Kaduk.

"Ada apa?" tanya Mar kehairanan melihat Kaduk yang termengah-mengah.

"Syah... Syah..." Nafas Kaduk turun naik. Penat berlari tadi masih belum hilang. Hendak berkata-kata pun dirasakan payah. Tersekat-sekat.

"Kenapa dengan dia?" Mar mula tidak sabar.

"Padang netball." Dia menuding jari ke arah tempat dia bertemu Akasyah tadi. Oleh kerana terlalu letih berlari, Akhirnya Kaduk terduduk.

Mar tersentak. Tanpa membuang masa Mar bergegas ke padang bola jaring. Hatinya diamuk resah. Dia menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Jika tidak masakan Kaduk termengah-mengah begitu. Harap Akasyah tidak apa-apa, pohonnya dalam hati.

"Nurul!"

"Masya-allah." Aku meletakkan buku di atas rumput. Cobaan... Hai.. Mambang tanah, mambang air, mambang segala mambang. Yang mengacau aku pun mambang juga. Mambang tiga suku!

Aku menggenggam pasir. Kali ini aku nekad. Biar hari ini Kaduk makan pasir berulam rumput. Dari tadi asyik mengacau aku saja. Kala itu aku dapat rasakan Kaduk semakin menghampiriku. Dengan putaran di bawah enam setengah darjah dan dimantapkan dengan stail ala Elregina (atlit gimrama negara) aku melemparkan pasir tadi ke arah mambang tiga suku.

"Mar."Nama itu terpacul dari mulutku. Pasir tadi tepat mengenai jersi hokinya. Maafkan aku, Mar!

"Awak ok ke, Syah?"Soalnya sambil menyapu bahagian yang terkena pasir. Aku cuma mampu mengangguk. Sesal menghantui diriku. Kenapa mesti dia? Mana perginya Kaduk tadi?

"Awak tension ke? Sampai baling-baling pasir. Marah pada siapa?"Bibirnya tidak putus-putus menguntumkan senyuman. Itu yang buat aku makin suka padanya. Senyumannya yang tak pernah lekang di bibir. Sikapnya yang tenang dan pandai memujuk. Bukan macam si Kaduk. Asyik mengenakan orang saja kerjanya. Nama saja headboy. Perangai macam budak tingkatan satu lagi. Macam mana boleh dia terpilih dulu ya?

"Mamat itu datang buat onar tadi."Aku menuding jari ke arah Kaduk yang tersengih-sengih berjalan ke arah kami. Mar ketawa kecil. Dia faham dengan perangai Kaduk. Bila perangai gila-gilanya datang, teruk Akasyah dibuatnya. Nasib baik gadis ini jenis tahan lasak. Kalau dia geram dia akan buat serangan balas seperti tadi. Jika tidak, dia akan jadi patung bernyawa, tiada perasaan. Sikap yang tidak banyak songeh membuatkan dia senang berkawan dengan anak pakcik Othman ini.

"Mengumpat aku ya."Kaduk melemparkan pandangan sinis padaku. Aku sengaja buat-buat tidak nampak.

"Maaflah Syah. Aku bukannya apa. Rindu nak usik kau. Sejak ada Mar ni kau tak layan aku macam dulu lagi," ucapnya lagi dengan nada sedih yang dibuat-buat. Sengaja mahu memancing simpatiku. "Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang." Ada nada lucu bila Kaduk berkata begitu.

Aku yang dari tadi cuba menahan diri daripada tawa akhirnya kalah juga. Mungkin aku melupakan lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Tapi semuanya kerana dia sudah punya kekasih sekarang. Aku tidak mahu keakraban kami menimbulkan rasa tidak senang hati pada orang lain. Jadi biarlah aku menjauhkan diri. Tapi tidak sangka rindu juga lelaki itu pada aku...


Posted at 04:10 pm by anrys

wairah
May 11, 2009   02:22 PM PDT
 
dah xde sambungan ke?
lena
May 7, 2009   05:04 PM PDT
 
agree wt u, aHaDa
humayra
May 6, 2009   09:07 PM PDT
 
got me curious too...
hm....
niz
May 6, 2009   03:39 PM PDT
 
sis...
nak kuar smbungan RADHA ke???
mne tau edisi cetak...
klu cam tu bez ye...
x sabar...
RADHA dh banyak kali sye ulang baca tau...
org nak pinjam novel tu pun cam berat ati je nak bg, hehe...
dh terpikat abis-abisan r ngan si KAduk tu, hehe...
namirah
May 6, 2009   02:23 PM PDT
 
yerp. same here. ada kemungkinan for sambungan ke?

misssaffaa
May 6, 2009   01:17 PM PDT
 
missin'em already hah?
=P
apa yang tibe2 byk phase ni?
aHaDa
May 6, 2009   11:05 AM PDT
 
Sis,

What the reason behind it on why u put back this entry??
I feel like uneasyt to read about Kaduk's mum thought.....
Sound really fishsy....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry