:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Wednesday, May 06, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=0.5}

MUKADDIMAH 2


Monolog Nurul Akasyah:
Pada burung yang bebas berterbangan aku berkongsi lagu yang riang
Kerana ia pernah mendengar aku mengalun nada yang indah
Untuk dia yang aku sayang...

Monolog Carl Duke Adam:
Katanya dahulu, berpisah dariku takkan ada dalam kamus hidupnya
Dan waktu itu dia sabar menunggu saat ingatanku kembali pulih seperti dulu
Kataku dahulu, perpisahan buat hati dia dan aku lebih tabah
Dan waktu itu aku sedar... dialah gadis itu
Dialah gadis yang setia menantiku...


@}---                   @}---                   @}---

Monolog Sofea Adeilah:
Dia gadis pilihan abangku
Meskipun abang pernah kecewa suatu masa dahulu
Aku kira dia sang jururawat yang mengubat luka di hati abang
Tapi kenapa abang@achik kata Kak Syah doktor?
Sejak bila pula Kak Syah ambil medik?
Ataupun dia ada cita-cita nak buat phD?

(Hmm, okey. Ternyata puisi bukan bidang aku. Period.)

Monolog Nur Jannatul Ma'wa:
Aku hanya pilihan yang kedua
Pilihan kedua selepas 'dia'
Dan aku sentiasa menjadi yang kedua.
Tapi tidak mengapa
Cinta Ammar padaku juga yang kedua
Katanya, yang kedua selepas dakwah
(Ammar Iskandar, saya sayang awak =)
Saya jadi tak pandai berkata-kata sejak bernikah dengan awak.
Betul kata Syah, awak memang tak banyak cakaplah!)


PROLOG 2
(Petikan dari teks asal Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag, Bab 3 & 4)


"Kami balik dulu, Syah." Wawa dan Ain merapati Akasyah.

Aku menjarakkan diri, memberikan sedikit ruang untuk mereka bermesra. Sungguh ironi, aku bertemu dengan adik-beradik kembar itu dalam majlis perkahwinan ini. Wajah Ain yang ditutup hijab langsung tidak aku pandang. Meskipun matanya yang terpamer itupun tidak mahu aku lihat. Dia sudah jadi milik orang, Dr. Hanif iaitu pilihan hatinya. Dan aku sekadar seseorang dari kenangan masa lalu yang tidak perlu dikenang lagi. Yang pasti kini masa depan aku bersama-sama gadis yang bernama Nurul Akasyah.

@}---                   @}---                   @}---

Sebaik sahaja kami tiba di rumah mama, ada tetamu lain yang tiba lebih awal. Nasib baik mereka sekadar singgah saja. Hati Akasyah perlu juga dijaga. Ain dan suaminya baru pulang dari Terengganu kerana mengikuti kursus di sana.

"Ini buah tangan untuk auntie dan anak perempuan auntie - Kak Aqeilah, Kak Ameirah dan Adeilah." Sejak dulu lagi Ain suka panggil nama penuh seseorang. Katanya, kalau diringkaskan kadangkala bawa maksud yang lain pula.

"Dan ini pula untuk Akasyah. Wawa cakap Akasyah suka warna biru, kan?"
"Terima kasih. Buat susah-susah saja."
"Tak ada apalah." Ain membalas di sebalik hijab yang menutupi wajahnya. Selepas itu Ain dan suaminya minta diri berangkat pulang, walaupun mama bertegas mengajak mereka makan malam bersama.

"Kasihan si Ain tu... Dah lama kahwin tak dapat anak lagi," keluh mama pada Akasyah.
"Belum ada rezeki lagi tu. Lagipun dia muda lagi. Banyak lagi masa." Nasihat si Akasyah pula macam-macam mengalahkan doktor pula.

"Mama yang pernah menjadi pakar kesihatan keluarga nampak begitu prihatin pula dengan anak orang lain. Si Akasyah, menantunya sendiri tak pernah ditanya pula?" Sampuk papa tiba-tiba. Mungkin dia tidak suka mama asyik menyebut-nyebut nama Ain di hadapan Akasyah.

"Syah dengan Adam pula bila lagi? Dah dekat tiga bulan kahwin..." Mama jadi serius pula tiba-tiba.
"Eh, Syah pun kena juga..." Akasyah tertawa. Mukanya sudah merah-merah menahan malu.
"Tunggulah mama..." Kataku.
Mama terus mendengus marah.

"Hmmm, banyak pula si Ain ni bagi kain. Buat baju raya cantik ni. Kena tempah awal, takut nanti tak sempat pula..." Mama bercakap sendiri, membuka topik kain baju pula.

"Tempah dekat Syah pun boleh, ma. Dia pandai jahit baju kurung." Aku terus mempromosikan kebolehan isteriku. Aku sedia maklum tak seorang pun orang perempuan dalam keluarga aku ini tahu menjahit baju kurung.

"Pandai?" Akasyah terus terbeliak biji mata. Tidak percaya aku tiba-tiba membocorkan rahsianya itu. "Tak adalah pandai sangat, mama." Katanya kemudian, cuba mengelakkan diri.

"Inilah peluang nak tarik hati mama." Kataku, cuba meyakinkan. Aku sangat yakin Ain pun tak pandai menjahit. Inilah peluang terbaik untuk memikat hati mama.
Akasyah sudah buat muka pelik. Mama tersenyum melihat mimik muka Akasyah yang sudah kelat.

"Boleh juga. Nanti mama bagi contoh. Atau Syah nak ukur baru?" Cepat saja mama bersetuju hendak menempah baju dengan puan insinyur kita itu.

"Mama ada tali pengukur?" Jurutera sudah berubah jadi tukang jahit tak bertauliah dalam sekelip mata, separuh rela.
Mama menggeleng.

"Kalau macam tu, mama bagi contoh baju yang mama suka. Nanti Syah ikut saja ukuran baju tu." Si tukang jahit tampil memberi idea yang bernas. Aku sudah ketawa terbahak-bahak. Papa juga begitu. Akasyah terus mencubit lenganku bila mama dan papa berpaling ke arah lain.

"Jahit baju? Malasnya..." Keluhnya perlahan.
"Tak apa, nanti abang tolong."
"Pandai sangat menjahit ke? Atau nak tolong buat design guna AutoCAD?" Tukang jahit sudah marah-marah dan main perli-perli pula.
"Abang pilih yang AutoCAD..." Usikku. Dan satu cubitan lagi hinggap di paha.

Aduh, rupa-rupanya ada ketam raksasa dalam rumah ini! Aku terus larikan diri sebelum dicubit-cubitnya lagi.

"Panggilkan Adeilah turun, Adam. Minta dia tolong kemaskan pinggan mangkuk ni..." Arah mama bila nampak aku naik tangga ke tingkat atas. Rumah kami sudah lama tidak ada pembantu sejak Kak Maya pulang semula ke Indonesia.
"Tak apalah, mama. Biar Syah yang buat." Syah sudah menatang dulang ke dapur.

Aku terus mencari adik manjaku yang baru habis SPM itu. Adeilah sedang menanti keputusan temuduga JPA dan MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia juga memohon kemasukan matrikulasi tempatan.

"Asyik mengadap komputer saja. Mana mata tu tak rabun." Aku terus mencubit pipi Adeilah yang gebu.
"Achik ni... Sakitlah..."
"Pergi turun bawah tolong Kak Syah basuh pinggan. Apa jenis anak dara memerap dalam bilik bila orang datang rumah? Tak faham betul dengan budak-budak zaman sekarang." Aku sengaja berkata begitu, meskipun tahu Adeilah sudah turun awal-awal lagi sebelum kami tiba tadi.
"Sejak dah kahwin, achik lagi suka membebel. Adik dah turunlah tadi..." Adeilah memulangkan paku keras.
"Amboi, bahasa dia..." Aku terus ketawa. Pipi Adeilah ditarik lagi. Dia menjerit kuat.

"Kenapa bising-bising ni?" Akasyah kecoh-kecoh masuk ke dalam bilik Adeilah, menghampiri kami berdua.
"Achik suka kacau. Main tarik-tarik pipi pula..." Adik mengadu.
"Tepi sikit. Abang nak cari sesuatu..."

Posted at 06:25 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry