:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, May 09, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=1.0}

BAB 1


Tarikh : 12 September 2008 (Jumaat)
Masa   : 4.34 petang


@}--- Akasyah: Rindu itu anugerah dari Tuhan ---{@

Lokasi: Pusat Angkasa Negara

Aku sentiasa rindukan bau bunga sakura. Aku rindukan suasana waktu hanami. Bau umeboshi. Aku sebenarnya sedang rindukan segala-galanya tentang Jepun. Dan dalam waktu yang sama juga, aku rindukan bumi penuh barakah yang aku lawati semasa mengerjakan umrah bersama-sama suamiku dahulu.

Rasa rindu ini Tuhan anugerahkan pada setiap insan. Rindu pada sesuatu yang mendamaikan hati.

Berada di Malaysia bukannya tak seronok.  Seronok.
Cuma kadangkala manusia itu aneh, suka mengenang sesuatu yang tiada di depan mata. Dan waktu aku sedang bercakap dalam hati ini, tiba-tiba pula ada bulu mata yang jatuh.
Hmmm... orang tua-tua kata, petanda ada orang rindu pada kita!

Siapalah yang merindui aku saat ini? Siapakah?



@}--- Adam: Rindu padaNya... dan pada dia ---{@

Lokasi: Menara 1, KLCC Petronas

Azan Asar baru sahaja berkumandang dari dalam laptop. Dengan adanya IslamicFinder - Athan For 6 Million Cities Worldwide, hidup menjadi lebih mudah. Apabila terleka mengadap kerja dunia, ada juga yang ingatkan. Itulah gunanya teknologi yang dicipta manusia.

Telefon bimbit pun segera dicapai. Keypad ditekan sederhana laju.

Mama dan papa, dah masuk Asar ni. Jom kita solat dulu
p/s: I love you...

Dah selesai untuk orang tua sendiri, sekarang amanah yang tuhan beri pula.
Isteri...

Sayang,  dah masuk Asar. Jom kita solat dulu...
p/s: I miss you, my Akasyah

Aku tersenyum sendiri.
Okey, kita tengok apa balasan Puan Akasyah hari ni?
Satu minit, dua minit...
Aku terus menanti dan sambil itu laptop dimatikan. Bersedia untuk pulang.
Sedang aku memasukkan laptop dalam beg sandang belakang, satu mesej masuk.

Syukran abang engineer Petronas =)
p/s: (*^_^*)/~~~ I .... you too. (Dah speechless dekat sini? Saya solat dulu k)

Aku tersenyum. Aku segera membalas.

Mesej Adam
Mesej Akasyah
(Boleh tak awak beri jawapan yang boleh bisa buat hati saya tenang?)

 (Ok, I miss u too?)
(Without the question mark & bracket, please?)
I miss you too, abang engineer
=)Okay, could u please solat now. I tak boleh nak fokus sekarang. Or u still wanna 'sms' me? :p
Baiklah, kakak engineer control system yang sedang bertugas di Pusat Angkasa Negara. I'll see you later. At home. I love u. Assalamualaikum warahmatullah
Waalaikumussalam


Syah selalu tegur aku for being so expressive. Terlalu mudah meluahkan perasaan, katanya. I love you. I miss you. Dia tak suka. Dia segan. Aku hairan. Mungkin kami dibesarkan dalam keluarga yang berbeza. Jadi disebabkan itu, dia rasa pelik dengan perlakuan aku. Aku pun rasa pelik juga dengan sikap dia.

Tapi yang pelik itu juga dijadikan isteri. Hati sudah suka. Sejak saat aku tersedar Tuhan suluhkan sinar ke hati supaya menyukai dia, aku asyik memikirkan tentang dia seorang sahaja.

Bahu ditepuk tiba-tiba. Aku tersentak dari khayal.
"Adam, jom! Kau jadi imam hari ni..."


@}--- Dr. Sufiah: Hatinya milik dia ---{@

Lokasi: Pusat Perubatan Pantai, Bangsar

Hatiku terhibur sebentar apabila menerima mesej daripada Adam. Rasa penat seharian bekerja hilang begitu sahaja. Mujur hari ini tak banyak pesakit. Hanya ada dua temujanji sahaja. Masa yang terluang diisi dengan melawat para pesakit di katil dan bilik mereka.

"Hmm... apa nak dibalas ni?" Aku bercakap dengan diri sendiri. Baru hendak menaip, seorang jururawat pelatih di bawah jagaan aku masuk.

"Yes, my dear?"
"Erm... maaf Doktor Sufiah. Saya..."

Betulkah kata semua orang, cara aku bercakap kadangkala boleh menakutkan orang lain? Termasuk menantu aku sendiri, Si Akasyah isteri Adam? Rasanya biasa saja.

"Doc, I would like to ask you..."

Beberapa minit kemudian, jururawat tadi sudah berlalu selepas menyatakan hajatnya dalam takut-takut. Aku sendiri rasa sudah tergelak melihatnya. Tak ada niat mahu menakutkan dia. Aku sekadar terkejut sahaja tadi. Tindakbalas spontan.

Berbalik cerita fasal, si Akasyah isteri si Adam. Dia macam tak takut saja dengan aku. Kadang-kadang macam terlebih berani pun ada. Si Adam pun bukan main lagi promosi kepandaian isteri dia pada aku. Baju yang dia jahit hari itu boleh tahan juga kemas jahitannya. Hmmm... bila masa pula dia belajar menjahit? Budak engineering tu sempat pula belajar menjahit? Dia memang minat menjahit, agaknya. Pelik.

Agaknya, sebab dia pandai menjahit buat Adam terpikat.
Sebab Adam tahu, mama dia jahit baju main tempah saja.
Kak Long, Kak Ngah dan Adeilah mana pandai menjahit.

Adam, Adam... Kenapa pilih dia? Apa kurangnya Ain dulu?
Tuhan, aku tidak berhenti mengeluh tentang takdirmu. Kenapa?

Kadangkala aku rasa aku tidak memahami hati anakku sendiri. Apatah lagi hati Akasyah. Aku seperti tidak mengenali dia lagi. Sedangkan suatu masa dulu aku pernah menyukai dia.


@}--- Dr. Adnain: Hatiku milik Dia ---{@

Lokasi: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Masuk hari ini genap dua bulan Ain bertugas di PPUKM. Rasa berdebar pun ada. Rasa lega lebih-lebih lagi. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Layanan doktor senior pun okey. Orang kata, mungkin sebab Ain perempuan. Dan tambah mereka lagi, mungkin sebab Ain cantik?

Ain tak suka orang puji Ain cantik. Ain rasa tak selesa berkerja dalam keadaan macam ini. Wajah ini anugerah tuhan. Apabila selalu sangat dipuji orang buat Ain rasa tak selesa. Apalagi pujian itu datang dari kaum lelaki. Ain rasa betul-betul tak selesa.

Ain cepat-cepat ke surau tadi, sebaik sahaja terdengar azan. Dapatlah Ain berehat dari mata-mata yang memandang. Tuhan, Ain betul-betul rasa tak selesa!


p/s: Ada tak di kalangan pembaca yang ada medical background (doktor, jururawat, pesakit etc) yang berminat jadi co-writer/consultant untuk novel ini? I need help. S.O.S ~~~


Posted at 11:09 pm by anrys

anis
November 20, 2009   05:57 PM PST
 
NB la,,mean not bad,,mmg patot dibukukan..cme 2nggu nk bli je novel RADHA...nice..hehe
nz s
August 8, 2009   11:28 PM PDT
 
ouh, br bt prsediaan, lmbt lg nk 'jd' sumone in tht particular profession..insyaAllah, haha, 2 thn lg br nk fly(insyaAllah), ps2 5 thn, so ve to wait till 5thn 5bln..
kimdaydo
July 22, 2009   05:12 PM PDT
 
kenapa xpanggil saja hlovate tolong.die bukan ke medical student ke??oversea lg tu!
anastasia...
May 13, 2009   02:50 PM PDT
 
Hai....org baru habis baca novel Relevankah aku dihatimu...memang best...jatuh cintalah dengan "Kaduk"......heheheheh...citer ni dekat dengan saya cuma ending je berbeza..hehehhehe
iejay
May 11, 2009   11:17 AM PDT
 
amboii... sekarang semua main co-writer aja ek rnysa? hehehe... kalau macam tu iejay pun bolehlah nak iklankan mencari co-typist juga untuk siapkan novel... huhuhu...
achik
May 11, 2009   12:48 AM PDT
 
kak,apesal mau co-writer lak???haish..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry