:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Tuesday, May 19, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=3.0}

BAB 3

Co-Writer #1: Miss Saffaa


@}--- Dr. Adnain: Dia Bukan Jodohku ---{@

"Eh... Ain dah sampai rupanya."

Dr. Sufiah menyalami Ain, dan melaga-laga pipi dengan Ain. Ain cuma tersenyum. Dulu, inilah wanita yang beria-ia nak match-make Ain dengan Adam. Kemudian, adik kembar Ain si Wawa pula nak dipadankan dengan anak terunanya itu. Sekarang, dia dah dapat pengganti Ain dan Wawa pun. Entahlah... Ain pun tak faham kenapa Ain tolak Adam dulu? Bukan Adam tu tak berharta... tak ada agama... tak ada rupa. Bukan! Kalau tak ada rupa, bukan manusialah kut. Tapi... hati Ain sendiri yang tak dapat menerima dia. Dah memang bukan jodoh kami, kan? Terima sajalah.

"Baru sampai... auntie sihat?"Soal Ain balik, berbasa-basi.
"Alhamdulillah... Ain macam mana?"
"Ain sihat je. Alhamdulillah."

"Auntie minta maaflah jemput Ain datang ke kenduri ni masa Ain tengah sibuk housemanship." Dr.Sufiah genggam tangan Ain. Nampak serba-salah.

"Tak apa auntie... Ain tak jadi HO (House Officer) di GH. Hari-hari Ain balik pukul lima. Macam orang kerja office."  Ain ketawa perlahan. Tidak mahu Dr.Sufiah terus dilambung rasa bersalah.

Memang kerja Ain di PPUKM tak letih sangat  jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang kerja di General Hospital (GH). Ain masuk hospital pukul 8 pagi. Pukul 5 petang Ain sudah boleh 'check-out'. Macam kerja pejabat, kan? On call tu ada saja... tapi tidaklah sekerap mana.

Tengah hari tadi, Ain dapat teman senior Ain, Dr.Pathmanathan, buat cessarian section. Seronok! Walaupun ini bukan pertama kali Ain tengok cessarian, pengalaman hari ini sangat bermakna. Sebabnya, ini pertama kali Ain dapat assist dalam cessarian.

Oh! Lupa pula... Seperti biasa, PPUKM jadi kecoh sekejap bila Ain masuk OT dengan Dr.Pathmanathan.

"Ainlah junior first yang dapat ikut Dr.Pathma. Bukan senang tau... bertuahnya Ain." Kak Suzana, jururawat yang kecil molek sempat berbisik pada Ain.

Ain yang sedang menyarung glove rasa nak tergelak pun ada. Suka betul dia orang ni buat gosip. Dr.Pathma tu dah anak berapa? Umur pun sikit lagi nak cecah umur ayah Ain. Dan... Dr.Pathma tu... bukan Islam. Tu yang penting...

Ain assist Dr.Pathma pun nak 'heboh'. Tak sukalah! Macam-macam spekulasi sudah wujud di PPUKM ni. Ya Allah... tolonglah.

Kebetulan round first Ain di wad O&G, memanglah kena jadi ekor Dr.Pathma tu. Dr.Pathma tanya soalan, Ain jawablah kan? Nak suruh Ain buat apa lagi. Nak jadi patung? Dia suruh ikut, ikut sajalah. Kalau Ain tak ikut, mahu kena 'pangkah' dengan Dr.Pathma nanti.

"Mama, Syah mana? Majlis nak mula dah ni..."

Suara seseorang menarik Ain kembali ke alam nyata. Jauh betul Ain melamun...
Adam tegak berdiri berhampiran Ain dan Dr. Sufiah.

"Ada kat dapur tadi..."

Sejurus lepas Dr.Sufiah menuturkan ayat itu, Adam terus berlalu ke dapur. Hai... kut iya pun, bagilah salam pada Ain yang tegak dekat sini. Senyum pun tidak. Macam Ain ni invisible saja. Isy! Apa Ain fikir ni...

What do you expect from him, Ain? Soalan itu bergema di fikiran.

"Ain... jomlah kita duduk." Teguran Dr.Sufiah tepat pada masanya. Cepat-cepat Ain mengekor Dr.Sufiah.

Sudah-sudahlah Ain...


@}--- Dr. Sufiah: Dia Bukan Menantuku ---{@

Aku menarik tangan Ain agar mengekoriku. Putera yang seorang itu sudah pun masuk ke dapur. Si Akasyah tu buat apa lagi agaknya. Tadi, dia sedang mencuci pinggan di singki. Sudah pun kusuruh berhenti. Tapi, dia diam saja. Entahlah... aku pun tak faham. Mungkin menunggu Adam menjemputnya dulu, baru dia nak keluar dari dapur.

Tetamu sudah ramai. Bilal dari masjid sudah melaungkan azan isyak. Sekejap lagi pasti solat jemaah di rumah ini bakal dimulakan. Tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan aku tarik sedikit. Tabir ini, Adam yang beria-ia membuatnya. Atas cadangan Akasyah juga. Katanya, senang perempuan hendak buka tudung masa pakai telekung nanti. Ah! Ada-ada saja mereka berdua itu. Asalkan cadangannya tidak pelik sudah. Jangan sampai memaku dinding rumah pula. Habis rosak wallpaper yang cantik-cantik itu.

Aku mendongak, melihat tabir yang dibuat oleh Adam. Mujur dia mengikut arahan. Diikatnya pada rel langsir. Patutlah tak guna paku. Aku tersenyum sendiri.
Aku menyarung telekung sembahyang. Ain juga kulihat berbuat begitu.

"Eh! Doktor Sufiah... mana pergi menantu doktor?" Datin Latifah, jiran selang empat rumah tiba-tiba bertanya.

Aku berpaling ke belakang. Kemudian berpaling pada orang yang duduk di sebelahku, Ain. Ain terdiam bila menyedari mataku bersapa dengan matanya.

"Ada di dapur..." Hampir aku lupa, satu kenyataan itu. Ain bukan menantuku...

"Rajin betul ya menantu doktor.... Awal-awal mengandung ni kena jaga. Jangan banyak bergerak sangat."

Aku tersenyum tipis. Nasihat yang ditujukan entah kenapa terasa sinis di telingaku. Atau aku sajakah yang berperasaan begini? Aku juga seorang doktor, malah memang seorang ibu kepada empat orang anak. Pastilah aku tahu bagaimana nak 'mengajar' menantuku itu.

Tanganku mencapai sejadah untuk dibentangkan di atas karpet.

"Mama! Tolong! Syah cramp ni! Cepat mama!"

Suara Adam terjerit-jerit menghentikan tanganku. Aku pantas menyelak tabir. Apa pula si Adam dan Akasyah ni?

"Mama cepat!"

"Ya Allah!"

Ain di sebelahku terjerit kecil. Tangannya ditekup ke mulut.  Adam sedang mendukung Akasyah yang bercucuran air matanya.



Rnysa: Alhamdulilah, rasa seronok sebab ada team 'power rangers' untuk 1 Phase, 3 Phase (RADHA4). Terima kasih, Miss Saffaa sebab sudi jadi orang yang pertama. Jadi, peluang masih terbuka untuk lebih ramai lagi co-writer/consultant yang memiliki medical knowledge terlibat dalam pembikinan versi online RADHA4. Untuk RADHA3 pun saya buka peluang untuk co-writer yang minat hendak kaji sejarah negeri Perak bersama-sama dengan saya. Boleh buzz saya di YM: relevankah_aku

Posted at 02:16 am by anrys

syah
May 21, 2009   04:36 PM PDT
 
besh..
nk lgi..
MaY_LiN
May 21, 2009   02:47 AM PDT
 
kak..juz nk updated..
HUKM da tuka pd PPUKM..
misssaffaa
May 20, 2009   01:47 AM PDT
 
'go..go..power rangers...'
seriously u make me sick-rolling
orang jauh di mata,dekat di hati takmo join 'power rangers' ke? or is it transformer better for u..:P
i miss u both
(power rangers ada 5-kourum byk lg nih)

p/s:awat jual blog org nih?

Ask the best from HIM=)
dLyNn
May 19, 2009   06:05 PM PDT
 
kak anis, rasenya kalau yg part:

"..Ain tengah sibuk HO.."
yg HO tu lagi seswai guna 'housemanship' kut..atau kalau pendeknya org biase sebut 'houseman' saje..'sebut: housemen'.

HO tu macam jawatan, so kalau "...sibuk jadi HO.." seswai la kut..

er, ntahlah, sekadar pengalaman sehari2, ntah2 salah, hehe, kak anis boleh la check ngn org lain sama :)
me_myself
May 19, 2009   04:11 PM PDT
 
nak lagi...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry