:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, May 23, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=4.0}

BAB 4
(Petikan dari novel RADHA - Bab 32; ms 263-269 & Bab 47; ms 419-426)


@}--- Akasyah: Aku pilihan-Nya ---{@

Hidup manusia tidak akan pernah lekang dengan ujian dari-Nya. Setiap detik dan saat hati seorang manusia senantiasa akan digasak dari pelbagai penjuru. Keimanan dan ketaqwaan menjadi pertaruhan.

Aku sentiasa berharap dan berdoa bahawa kesakitan akan pergi jauh dari hidupku. Disahkan mengidap penyakit Parkinson dalam usia yang masih muda begini adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Namun, aku perlu bersabar menerima takdirnya.

Waktu Kaduk mendukung aku ke ruang hadapan untuk mendapatkan bantuan, aku berasa sangat sedih sekali kerana telah menyusahkan dia dan keluarganya. Kenduri kesyukuran ini sepatutnya menghadiahkan rasa gembira, bukannya mengundang rasa cemas begini.

Aku segera memejamkan mata rapat-rapat. Berzikir dan berselawat di dalam hati. Allah, Allah...

Air mata tidak lagi sederas tadi. Fikiran aku menjadi semakin tenang. Kenangan bermusim yang lalu terus datang mengusik jiwa.

Bahu terasa berat sejak dari pagi tadi. Bagai memikul beban yang besar. Penat. Lelah. Pernafasanku deras dan kasar. Hendak menggerakkan jari pun aku tidak berdaya. Aku tahu maknanya petanda ini. Aku benar-benar keletihan. Badanku memerlukan rehat yang cukup. Aku cuba berbaring di peraduan. Rasa lemah seluruh sendiku.

"Tak pergi lawat Kaduk ke hari ni?" Elmi, teman dari Universiti Nagoya datang menyapa. Selama aku di sini, singgahsana dialah yang menjadi tempat aku berteduh. Sayang Elmi!

"Petang sikit lagi. Aku tak larat betul sekarang. Boleh kejutkan aku apabila masuk Asar nanti? Aku nak tidur kejap." Kataku.

Elmi mengangguk. Dia tinggalkan aku sendiri. Aku kembali memicit kepala yang rasa mencucuk-cucuk sejak pulang dari hospital semalam. Mungkin bahang panas membuatkan aku jadi begini. Ditambah lagi dengan kepenatan sepanjang minggu lepas. Sibuk menyiapkan laporan research terakhir di kilang Sharp. Dan, laporan sepanjang internship untuk dihantar kepada konsultan yang menguruskan program internship kami ini iaitu Mitsubishi Research Institute, Inc.

Seperti biasa hari Sabtu, pergi ke NHK untuk membaca berita radio. Keesokannya aku datang ke sini pula melawat teman tersayang. Memang penat, bisik hatiku. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa aku cuba menggagahkan diri untuk melakukan semua itu dalam masa kudratku semakin berkurang. Aku pejamkan mata rapat-rapat. Cuba tenangkan fikiran dan kosongkan minda.

Usai Asar, bergegas ke hospital seperti yang dirancangkan.  Panas terik menduga aku lagi. Kepala yang tadi sudah lega kembali berdenyut perlahan. Aku duduk sebentar di bangku lobi. Memicit lembut kepala yang sakit. Aku berlindung pada Tuhan Yang Menguasai Matahari. Moga-moga kesakitan ini pergi, pohonku dalam hati. Aku membaca surah tiga Qul; Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas lalu ditiupkan pada telapak tangan kanan. Kemudian aku mengusap pada bahagian kepala yang sakit tadi beberapa kali. Cuba amalkan ajaran Rasulullah. Kesakitan beransur hilang. Syukur!

Keadaan bertukar menjadi cemas. Mujur mama Kaduk seorang doktor dan kakaknya juga seorang doktor. Malah, ahli keluarga Nur Jannatul Adnain yang hadir semuanya  terdiri daripada para doktor juga.

Aku sekadar kaku dan membiarkan mereka menjalankan peranan mereka. Aku tidak pernah tahu simpton penyakit Parkinson ini sudah bermula semasa aku melawat Kaduk di hospital. Ya, sewaktu dia ditimpa kemalangan di lebuhraya.

Tiba-tiba kesakitan datang menyerang semula. Tubuhku menggeletar. Aku segera meminta diri ke bilik air. Aku mengatur langkah satu-persatu. Berat dan semakin berat. Aku sudah terlalu lemah untuk bergerak tetapi destinasiku jauh lagi. Akhirnya aku terpaksa berbaring sahaja di bawah tangga yang berdekatan. Mujur tiada orang lalu-lalang. Maka terbujur kaku aku beralaskan lantai simen yang sejuk. Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan terbaring begitu sahaja.

Ya Allah, aku merintih dalam hati.

Aku cuba berzikir sebanyak yang boleh dengan harapan kesihatanku kembali seperti biasa. Lama aku begitu. Setelah benar-benar kuat aku pergi ke washroom. Aku membasahkan sapu tangan lalu mengelap bahagian badan yang boleh dicapai. Rasa segar menerpa. Kemudian segera kembali ke bilik teman tersayang sebelum mereka menyoal kenapa aku terlalu lama ke bilik air.

Dan penyakit itu rupa-rupanya menjadi semakin ketara apabila aku memulakan ijazah sarjanaku di Universiti Tokyo. Semasa baru naik Tahun Akhir buat pertama kalinya aku dimasukkan ke hospital. Dan waktu itulah aku didiagnosis oleh doktor dengan penyakit tersebut.

Hari berganti hari. Bulan Mei menjelma. Sekali lagi bertemu dengan cuti Golden Week. Insya-Allah ini merupakan tahun terakhir buat aku bermukim di bumi sakura. Rasanya sudah terlalu lama aku hidup merantau di negeri orang. Sudah tiba masanya untuk pulang berbakti demi tanah air tercinta.

Hari ini merupakan hari kemuncak acara program Festival Malaysia, iaitu persembahan kumpulan nasyid Raihan pada sebelah malam nanti. Warga Malaysia yang berada di Jepun sudah berkampung di bandar Tokyo sejak dua hari lalu. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menghadiri program ini sejak ia diperkenalkan dua tahun lepas. Waktu itu aku yang menjadi pengarah program yang pertama. Kali ini segala-galanya sudah diambil alih oleh adik-adik pula. Mereka yang akan meneruskan perjuangan di bumi bertuah ini.

Hujung ubun-ubunku kembali berdenyut. Tadi ia terluka sedikit kerana terhantuk pada bucu tajam pintu bilik air di rumah. Darah merah pekat mengalir pantas. Berpinar-pinar mataku sebentar.

"Sihat hari ni?" Kaduk memulakan bicara.

Aku menjawab perlahan, "Alhamdulillah..."  Benarkah? Dengan kepala sudah berpusing macam gasing, aku rasa boleh pitam bila-bila masa saja. Bertahan Akasyah!


"Ammar..." Sapaku sambil tersenyum pada lelaki berpakaian serba putih itu.


Perbualan kami terganggu apabila Kaduk terpaksa menjawab panggilan telefon dari pejabatnya. Dia meminta diri beredar. Kini hanya aku dan Ammar. Aku menjadi kaku di hadapan lelaki ini.


"Awak nampak pucat." Kata Ammar perlahan.

"Ya ke?" sahutku.
"Dan keliru." Tambahnya lagi.

Mataku membuntang. Pucat... mungkin. Aku sudah kehilangan darah awal-awal pagi tadi. Rasa terapung di awang-awangan sekarang ini. Tapi... keliru?


"Syah, dengar sini. Kalau cadangan Kak Zie tu yang buat awak serba salah, lupakan ajalah. Saya mahu awak gembira, Kaduk gembira. Dan jangan risau... dia takkan tahu tentang hal kita itu." Kata Ammar. Dia langsung tidak memandang wajahku.


"Ammar..." aku cuba mencelah. Hendak khabarkan pada dia yang aku rasa hendak pitam.


"Dengar dulu..." pintasnya.


"Selama ni Kaduk jadi seorang sahabat yang baik untuk saya. Awak pun macam tu, Syah. Awak layan saya dengan baik sepanjang saya duduk di Jepun ni. Saya cuma nak dua orang sahabat saya bahagia. Tu saja." Ujarnya penuh ikhlas.


Mataku sudah bergenang. Rasa bersalah makin menghimpit diri. Ammar terlalu baik padaku selama ini. Cuma aku yang acuh tidak acuh dengan kehadirannya di sini. Maafkan aku, Ammar. Memang sudah tersurat tiada jodoh antara kita.


"Kenapa dengan kepala awak tu? Macam... berdarah." Katanya tiba-tiba. Cemas.


Aku segera meraba-raba dahi dan mendapati hujung jariku dicemari darah merah. Aku tersentak. Bukankah aku membersihkannya sebentar tadi. Kenapa boleh jadi begini? Soalku tertubi-tubi.


"Syah... Syah..." Ammar memanggil namaku berkali-kali.


Aku mengangkat muka dan memandang wajahnya. Kepala digeleng pantas. Rasa sakit makin mencucuk dari setiap sudut. Rasanya aku tidak mampu bertahan lagi. Aku segera meminta diri lalu meninggalkan Ammar dalam keadaan terburu- buru. Tetapi baru sahaja menapak beberapa langkah, aku sudah rebah. Yang ada hanyalah kegelapan.


Aku dibaringkan di atas katil di bilik bujang Kaduk. Mak dan mama datang menemaniku. Kaduk membisik ke telingaku dan memberitahu dia perlu mencari seseorang untuk membantuku. Aku cuba tersenyum pada mak dan mama. Di tepi mama kelihatan Ain, Doktor Adnain, cuba mententeramkan mama. Hati perempuanku dipanah rasa cemburu. Sekali lagi aku memejamkan mata, memilih untuk menahan pandanganku supaya tidak dibakar api cemburu.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Bau ubat menusuk hidung. Agaknya aku berada di hospital sekarang ini. Kepala terasa ringan sedikit berbanding tadi. Syukur!

"Syah..." Suara Nur Jannatul Ma'wa menyapa telinga.
Aku segera memandang ke arah suara itu. Bibir mengukir senyuman.

"Adam ada kat luar. Dia dengan Ammar. Tadi dia minta Wawa beritahu pada dia kalau-kalau Syah dah sedar. Dia risau sangat." Tutur Wawa perlahan. Tangannya menggenggam erat jari-jemariku.

"Wawa panggilkan dia, okey?" tambah gadis itu lagi.

Aku mengangguk perlahan. Wawa segera mengambil tudungku. Lalu dipakaikannya untuk aku. Aku malu sendiri diperlakukan begitu.

"Tunggu ya...." Kata Wawa sebelum meninggalkan aku sendirian.

Aku termangu di birai katil. Mata memandang keluar. Rona merah mula mewarnai dada langit. Sudah hampir senja rupanya. Ah! Bagaimana dengan rancangan malam nanti? Sepatutnya aku yang menguruskan hal berkenaan pentas dan tempat yang akan digunakan untuk persembahan Raihan. Mungkin orang lain yang mengambil alih tugasku itu. Harap-harap begitulah.

Aku mengimbas kembali peristiwa sepanjang hari ini. Seawal jam sepuluh pagi aku sudah berada di gimnasium bersama-sama AJK yang lain. Beberapa jam kemudian dua lelaki itu datang menyapa. Kaduk pergi dan meninggalkan Ammar berdua-duaan dengan aku. Dia bercakap tentang...

Aku cuba mengingati butir perbualan kami tadi. Segala-galanya seperti samar-samar. Bahagia. Gembira. Ammar mahu aku bahagia dengan Kaduk. Mungkin begitulah lebih kurang agaknya. Selepas itu, aku sudah tidak sedar apa-apa. Tahu-tahu sahaja aku berada di atas katil ini.

"Assalamualaikum. Macam mana sekarang? Pening-pening lagi?" tanya Kaduk bertalu-talu. Dia berdiri di sebalik langsir yang mengelilingi katilku.

Aku melirik senyuman. "Wa'alaikumsalam. Dah okey sikit," jawabku perlahan.
Keadaan menjadi hening seketika. Nur Jannatul Ma'wa kembali mengambil tempat di sisiku.

"Syah, jangan buat macam ni lagi. Kau betul-betul buat aku risau. Kalau tak sihat, beritahu aja tak sihat. Jangan diamkan. Kalau jadi apa-apa pada kau...." Kata-kata Kaduk berhenti di situ. Matanya merenung tepat mataku. "... aku takkan maafkan diri aku."

Aku meleretkan senyuman. Wajah lelaki itu aku tatap dengan penuh kasih sayang. Mengapa pula dia harus merasa bersalah dalam hal ini. Kaduk... Kaduk.... Bukannya salah kau sebab aku pengsan siang tadi, bisik hati kecilku.

"Janganlah kau pula yang rasa bersalah. Semua ni terjadi di luar kawalan kau. Aku yang tak hati-hati tadi." Kataku.

"Tapi aku sepatutnya jaga kau..." Balasnya pantas.

Nada suaranya perlahan tetapi aku mendengarnya dengan jelas. Aku rasa bahagia. Nak jaga macam mana, Carl Duke Adam? Lainlah kalau kita ni adik-beradik ataupun suami isteri, boleh juga tolong tengok-tengok sakit pening, jawabku dalam hati.

"Apa pun, saya minta maaf sebab dah menyusahkan semua orang." Tuturku sambil memandang wajah mereka satu-persatu. Wawa, Ammar dan akhir sekali....

Renunganku berhenti pada Carl Duke Adam. Wajahnya penuh kesayuan. Pandangan matanya yang redup itu bagaikan cuba menyampai sesuatu. Namun begitu, aku tidak bisa mentafsirkannya. Aku tidak tahu apa yang sedang difikirkannya saat ini.

Carl Duke Adam, andai kutahu isi hatimu...

Aku mengeluh dalam hati.

Sampai bila agaknya kita harus begini? Kadangkala aku jadi takut dengan harapan demi harapan yang kau berikan. Aku takut terus diburu angan-angan palsu. Aku mahu hentikan semua ini. Oleh sebab itu, aku perlukan kepastian dan penjelasan darimu. Tapi... bagaimana aku harus katakan semua ini? Aku tidak punya kekuatan.

Ya Allah! Jika benar dia tercipta untukku, hilangkanlah kegelisahan hati ini. Berikanlah ketenangan dan petunjuk-Mu itu padaku. Kau tahu bahawa hati ini hanya mengharapkan reda-Mu. Jika benar dia yang kucintai, biarlah cintanya itu membawa aku kepada cinta-Mu, ya Rahim. Jika benar dialah yang kucari selama ini, Kau satukanlah hati-hati kami supaya menjunjung amanat dakwah-Mu. Pintaku dalam hati.


Walaupun mataku tidak pada Carl Duke Adam, hatiku masih memandangnya. Sesuatu yang aneh kurasai saat ini. Ya, perasaan kasih sayang aku padanya bertambah kuat!

Nurul Akasyah, lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan... yakni pernikahan. Oleh itu jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu. Akasyah, cintailah Allah di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi.

Demikianlah bisik suara hati yang sangat halus jauh di sudut kalbu.

Aku serta-merta insaf. Memang benar... hidup ini sememangnya untuk mencari keredhaan Ilahi. Lantas jiwa aku kembali tenang. Hilang segala kegusaran. Carl Duke Adam adalah seorang lelaki yang baik dan aku yakin selama ini dia tidak membiarkan cinta nafsu menguasai kami berdua. Mungkin atas sebab itu juga dia tidak pernah terlalu berterus-terang dalam menyatakan perasaannya. Cuma sejak kami sama-sama berada di bumi sakura ini sahaja perubahannya agak ketara. Tetapi masih dalam keadaan yang terkawal.

"Macam mana boleh jadi begini, Syah?" kata lelaki itu tiba-tiba.

Entah kenapa aku dapat rasakan dia seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat. Bagai dia yang menanggung sama kesakitan aku ini.

Aku menghela nafas panjang. Dalam hati kupanjat syukur yang tidak terhingga kerana dipertemukan seorang lelaki yang cukup mengambil berat. Waktu susah dan senang. Dia teman ketawa dan menangis. Mungkin memang benar dia untukku, bisik hati kecilku.  Cintailah Allah di kala susah dan senang , kerana engkau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah....

Kata-kata itu bergema lagi. Dalam diam aku berharap dan berdoa, moga-moga insan yang pernah menyatakan kesediaannya untuk menemani aku mengunjungi Baitul Haram milik-Mu itu adalah seorang insan yang juga mencintai-Mu, ya Allah. Amin ya rab. Perkenankanlah doa hamba-Mu...

"Sayang, buka mata. Doktor Salaam nak check ni..." Suara Kaduk menyentuh gegendang telingaku.

Alhamdulillah... bantuan dah sampai, seruku dalam hati.

Kebetulan abang sulung Ain dan Wawa, Doktor Salaam, yang merupakan seorang doktor bedah ortopedik turut hadir dalam majlis kami pada malam ini. Lalu dia 'terpilih' menjadi doktor penyelamat. Adiknya, Doktor Firdaus, pun turut serta.

Kaduk menyuakan plastik ubat berisi Benzhexol 2mg yang aku pernah makan sebelum ini. Entah macam mana dia tahu aku masih menyimpan ubat tersebut walaupun sudah tidak mengambilnya lagi sejak hari aku bernikah dengan Carl Duke Adam.

"Benzhexol 2mg? Ini ubat...." Kata Doktor Salaam.
"Anti parkinson..." Sambung mama.
"Syah ada parkison....?" Tanya Ain dan Doktor Firdaus serentak.

Aku sekadar mengerdipkan mata. Pandangan aku jatuh pada mak yang sudah bergenang air mata.

Mak, Syah minta maaf sebab tak pernah beritahu pada mak tentang penyakit Syah ni. Dan ternyata ucapan itu hanya mampu bermain di hujung lidah sahaja.


Posted at 07:24 pm by anrys

Term papers
December 15, 2009   06:15 PM PST
 
I really admire this, I mean it really looks interesting! Very nice research. Thanks to the author.
dhari'ah
July 3, 2009   06:55 PM PDT
 
waaaa.sdih
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry