:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Sunday, May 24, 2009
BAB 5(Petikan dari novel RADHA - Bab 18: m/s 147-157) @}--- Adam: Kau Pilih Dia, Aku Pilih Dia ---{@Nur Jannatul Adnain. Dia tidak sepatutnya berada di sini. Di dalam bilik bujang aku suatu masa dahulu. Dan bilik ini masih kekal sebagai bilik aku (dan sekarang berkongsi dengan Akasyah) meskipun sudah bergelar seorang suami. Aku tahu Ain seorang yang sangat mengambil berat tentang orang lain. Tetapi Akasyah bukanlah 'orang lain' yang tersenarai dalam daftar nama tersebut. Rasanya aku perlu berbicara setulusnya dengan Ain. Keakrabannya dengan mama memang tidak dapat dinafikan lagi. Aku bukannya membenci Ain. Tetapi aku tidak suka mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan buat Akasyah. Hati isteriku perlu dijaga. Seperti mana Ain juga perlu menjaga hati suaminya, Doktor Kamarul Hanif. Corotan mata Akasyah ke arah Ain membuat hati lelakiku dibuai kerisauan. Janganlah sekeping hatinya comot dimamah sifat mazmumah. Rasa cemburu dan iri hati. Wahai isteri, ketahuilah bahawa hanya kau pilihan hatiku. Tuhan telah menetapkan jodoh pertemuan kita. Dan tidak mungkin kerana seorang Nur Jannatul Adnain ataupun Nur Jannatul Ma'wa, perasaan lelaki aku akan terus goyah. Tak mungkin. Sudah tiga kali aku menyambut bulan Ramadhan dalam musim sejuk di kota London ini. Alhamdulillah, selepas tiga tahun lebih aku belajar dan tinggal di London, aku menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang. Betul kata papa, London memang sesuai dengan jiwa aku. Aku pasti warga London yang lain akan bersetuju dengan aku jika aku katakan London tidak boleh digambarkan dengan satu perkataan sahaja. Ia adalah sebuah tempat yang meriah, sibuk, menyeronokkan, adakala mengelirukan, berbilang budaya dan agama, pantas, klasik, moden dan macam-macam lagi. Di sini bukan sahaja timur bertemu barat, tapi juga tempat di mana semua orang dari segenap negara di dunia ini bertemu. Boleh aku katakan London bukan sebuah bandar Inggeris yang 'tulen' lagi. Semasa aku menaiki bas atau 'tube' hanya kadangkala aku akan mendengar orang bercakap dalam bahasa Inggeris. Biasanya aku akan dengar orang berbual dalam bahasa Arab, Sepanyol, Itali, Perancis, Urdu, Swahili atau bahasa lain yang langsung sukar untuk difahami.Toleransi antara berbilang bangsa yang diamalkan di sini juga jauh lebih baik daripada Malaysia. Walaupun begitu, orang lebih suka tinggal di kawasan di mana kebanyakan penduduknya adalah daripada bangsa mereka sendiri. Contohnya: Edgware Road popular di kalangan orang Arab, Chinatown sudah pasti dengan orang Cina, East London dengan orang dari Asia dan Afrika, dan South Kensington pula majoriti penduduknya adalah orang kulit putih. Racism bukan satu masalah besar. Orang di sini saling menghormati budaya dan adat resam orang lain, dan hidup secara harmoni.Lepas habis waktu kerja tadi aku singgah di Satay House untuk berbuka puasa sebelum ke Malaysian Hall melaungkan takbir hari raya. Termasuk tahun ini, sudah tiga kali juga aku beraya tanpa keluarga. Usai bertakbir aku terus mengikut teman se-universiti dulu ke Wilson House, yang merupakan hall kediaman pelajar Imperial College. Aku sudah memulakan sesi praktikal beberapa bulan yang lalu. Dua tahun belajar, setahun praktikal dan sambung lagi dua tahun. Orang panggil sandwich course. Begitulah yang aku harus tempuhi untuk menyudahkan ijazah kejuruteraan mekanikal (MEng) di Imperial College. Jadi tahun ketiga ini aku perlu menjalani latihan industri selama satu tahun.Hari demi hari suhu semakin sejuk. Ditambah pula kalau angin bertiup kencang. Tak tahan juga dibuatnya. Bilik yang ada pemanas begini pun masih terasa sejuk. Aku tidak keseorangan malam ini. Ramai kawan-kawan lagi akan turun ke London untuk menyambut 1Syawal. Sebentar sahaja lagi, aku dan beberapa orang teman akan ke Victoria Station untuk menjemput kawan-kawan kami dari Leicester. Tadi Ammar menelefon dan memberitahu dia baru sahaja tiba dari Bristol. Dia dan kawan-kawannya menumpang di hall pelajar University College London (UCL) di Kings Cross."Jom kita gerak sekarang! Takut lewat pula nanti."Aku segera menyarung jaket hitam ke badan. Kami menaiki bas ke Victoria Station dan tiba lebih awal sejam. Malam ini memang sangat sejuk. Oleh kerana kawan-kawan yang ditunggu belum lagi tiba, aku, Zach dan Nasrin berjalan-jalan di sekitar Victoria Station. Kami memasuki restoran McDonald yang ada di situ. Bertemu pula dengan beberapa orang pelajar Malaysia dari UCL yang kebetulan sedang menunggu kawan mereka dari Leicester juga.Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, namun Sudin dan rakan-rakannya belum lagi tiba. Sudin merupakan rakan sekolah aku di Taiping dulu. Tidak seperti aku dan Ammar, dia datang ke UK atas tajaan MARA. Beberapa lama kemudian, baru kami dapat tahu mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dijangka sampai tengah malam nanti pula."Sejuk tak tahan. Aku nak pergi beli kopi. Ada sesiapa nak?" Zach dan Nasrin cepat-cepat mengangkat tangan. Aku segera melangkah ke kaunter memesan minuman panas itu. Baru sahaja hendak duduk, telefon bimbit sudah bergetar."Selamat hari raya, ma. Adam minta ampun, minta maaf...." Ayat wajib disebut setiap kali tiba hari raya. Dada rasa sebak. Mama sudah teresak-esak di hujung talian. Aku boleh dengar suara papa sedang mentertawakan mama. Mama dan papa berebut-rebut mahu bercakap dengan aku. Adeilah pun bersedih sahaja kerana kami tidak meraikan hari lebaran bersama-sama tahun ini."Adam dah fikir apa yang kita bincang hari tu?" soal mama sejurus sahaja Adeilah menyerahkan semula gagang telefon."Mama.... " Aku mengeluh perlahan."Tak bolehkah Adam buat mama gembira? Adam tak sayang dekat mama? Dahlah kak long, kak ngah... mereka tak dapat tunaikan hasrat mama ni. Sekarang Adam pula nak hampakan mama?""Mama... please dong. Adam nggak mau fikir lagi pasal tu. Kalau ada jodoh nanti ada lah. Lagipun Adam nggak sedia lagi, ma." Kalau sudah marah, aku akan berbicara dalam bahasa Indonesia."Nak sedia macam mana lagi, sayang? Tengok, Ain dah jadi milik orang. Dia dah penat tunggu. Adam lambat sangat....""Bukan masalah lambat atau cepat, ma. Memang dah tertulis jodoh Ain dengan lelaki tu. Mama kenalah terima hakikat." Aku kesal mama masih menyalahkan aku dan tidak reda dengan ketentuan Tuhan."Adam ni tak habis-habis nak sanggah cakap mama...." Mama sudah merajuk pula."Adam minta maaf, ma." Kataku berulang kali.Sebenarnya aku benar-benar keliru dengan perasaan aku sendiri. Apabila berhadapan hal berkaitan dengan wajah seiras kembar Ain itu, hati lantas jadi tidak keruan. Seharusnya aku tidak patut membiarkan emosi menguasai fikiran. Bukankah aku sudah meletakkan benteng antara aku dan Nur Jannatul Ma'wa? Tidak perlu rasa gundah. Lagipun kami berdua memang tidak pernah ada apa-apa hubungan istimewa. Aku pernah menyimpan perasaan istimewa pada kakaknya sahaja, itu pun sebelum Ain mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya. Noktah."Kita balik hall dulu. Macam lambat lagi ni. Kita tunggu mereka telefon nanti...." Usul Zach sebaik sahaja aku menyertai mereka semula. Aku menurut tanpa sebarang bantahan. Namun akhirnya kami tukar destinasi ke kediaman pelajar UCL kerana tiada bas menuju ke Wilson House lewat malam begini."Tidurlah dulu, Kaduk. Kau mesti penat. Nanti aku kejutkan." Kata Nasrin setelah dilihatnya aku diam saja sepanjang perjalanan ke Kings Cross. Senior aku itu meninggalkan aku sendirian di biliknya dan pergi mendapatkan Zach di bilik berhampiran.Aku merenung siling. Mana bisa aku lena dengan kepala berserabut begini. Mama tidak habis-habis dengan rancangannya. Aku sampai naik bingung jadinya. Tidak habis lagi rasa terkilan aku kerana Ain, mama sudah bawa cerita lain pula. Aku masih ingat lagi bagaimana hati ini dikecewakan. Semasa cuti musim sejuk tahun lepas, gadis idaman aku mencurahkan segala isi hatinya yang selama ini tidak diketahui oleh sesiapa pun, apatah lagi mama. Aku tidak menyangka panggilan itu adalah yang pertama dan terakhir daripada Ain."Ain?"Aku terkejut mendengar suara lunak yang dirindu itu sejak pemergian gadis manis itu ke Dublin. Telefon bimbit dalam genggaman kupandang tidak berkelip. Masih tidak percaya Nur Jannatul Adnain yang sedang bercakap denganku di hujung talian. Mana Ain pernah menelefonku sebelum ini."Mimpi apa call Adam ni? Dari jauh pula tu. Ni mesti biasiswa baru masuk...." Aku mula menggiat, sebenarnya dalam diam cuba menahan getaran di kalbu. Aku mengetap bibir. Wajah terasa hangat. Andai kata berhadapan dengan Ain saat ini, pasti aku tidak seberani ini dan akan tersipu-sipu malu."Tak adalah. Ain nak beritahu satu perkara. Harap Adam jangan salah sangka..." Suara Ain yang tegas tapi lembut itu terus membelai perasaan."Janji takkan salah sangka. Cakaplah...." Aku tersenyum lebar. Pasti dia ingin menyatakan kerinduannya pada aku.Astaghfirullahlah hal `azim... aku beristighfar panjang dalam hati. Hampir saja aku hanyut dibuai nafsu. Syaitan bertepuk gembira, manakala malaikat pasti menggelengkan kepala. Cepat-cepat aku mengembalikan kewarasan."Tapi sebelum tu Ain nak tahu, Adam masih macam dulu ke? Maksud Ain, Adam tak ada sesiapa selain...""Tak ada..." balas aku dengan yakin sekali. Tiada siapa di hati aku selain engkau, Ain. Hatiku berbisik lembut."Apa-apa pun Ain nak minta maaf...." Nada suara Ain sudah bertukar rentak."Eh, kenapa pula ni?" Aku sudah tidak senang duduk."Ain... Ain...""Kenapa Ain?" Aku jadi semakin tidak sabar."Rasanya hajat mama Adam tu tak kesampaian. Ain dah ada pilihan sendiri...." Dia menuturkan lambat-lambat.Aku tergamam."Siapa dia, Ain?" Aku cuba menahan sebak. Janganlah air mata lelakinya ini tumpah hanya kerana seorang perempuan."Senior Ain di universiti ni..."Saat itu aku tahu bahawa aku sudah kehilangan Nur Jannatul Adnain, jelmaan Ainul Mardhiah idamanku. Wanita yang telah aku persiapkan segala-galanya untuk disunting selepas tamat pengajian kelak. Namun takdir menentukan gadis itu memilih untuk hidup bersama orang lain sebelum sempat aku memeterai janji. Jadi benarlah khabar angin yang bertiup sampai ke kota London ini. Berita yang dibawa kononnya seorang pelajar senior menaruh hati pada Ain adalah benar belaka."Cepatnya Ain berubah hati. Kenapa tak tunggu Adam? Tak lama saja, Ain...""Dia bersungguh-sungguh, Adam. Dia dah hantar rombongan merisik ke rumah masa cuti musim panas lepas, waktu dia pulang untuk praktikal...." Suara Ain jadi serak tiba-tiba."Jadi Ain nak cakap Adam tak bersungguh-sungguhlah ni. Begitu?""Adam kecil hati dengan Ain, ya. Ain tak ada niat pun macam tu. Ain dah minta petunjuk daripada Allah dan... lebih ke arah dia. Maafkan Ain, Adam. Sebelum ni Adam sendiri pun beri kebebasan untuk Ain memilih. Sekarang, Ain dah buat pilihan tu dan harap Adam dapat terima dengan hati terbuka. Doakan kebahagiaan Ain, ya."Kami saling bertukar sepi untuk beberapa lama."Adam masih ada Nurul Akasyah, kan?""Syah tak ada kaitan dengan hal kita, Ain. Tak perlu nak babitkan nama dia pula." Tegasku."Tapi Adam kan rapat dengan dia selama ni...""Rapat sebagai kawan saja. Bukannya ada apa-apa." Aku memotong cepat-cepat. "Sekejap... Ain fikir kami 'ada apa-apa' ke sebelum ni?""Ain pun tak tahu nak fikir apa. Tapi...""Tapi apa Ain?""Adam janji takkan emosi kalau Ain sebut ni...""Janji."Sepi mengisi lagi."Kawan Ain beritahu Nurul dan Adam..." dia teragak-agak untuk memberitahu. "... Adam dan dia… pernah dalam keadaan kurang manis, terlalu intim… masa Adam pergi jumpa Akasyah di kolej. Betulkah Adam?"Aku tersentak. Mesti ada pelajar MRSM Taiping yang duduk sekolej melihat kejadian yang tidak disengajakan itu. Mesti!"Kawan Ain tu tak nampak apa yang sebenarnya terjadi masa tu. Akasyah hampir dilanggar kereta. Adam cuma selamatkan dia saja. Dan secara tak sengaja, benda tu terjadi. Bukannya Adam suka-suka nak buat begitu. Sebab itukah Ain memilih yang lain?"Namun Ain diam sahaja. "Hanya sebab yang tak disengajakan tu saja Ain dah berubah hati. Ain dah fikir Adam ni seorang lelaki yang tak baik? Dah lama benda tu terjadi, kenapa baru sekarang nak bertanya? Kenapa tak tanya sendiri pada Adam sejak dulu lagi? Kenapa Ain?" aku terus menyoal bertubi-tubi, tapi dalam nada yang masih terkawal. "Maafkan Ain. Ain tak menuduh Adam tak baik. Cuma Ain nampak Adam letakkan diri dalam keadaan yang intim dengan Nurul. Sesiapa yang melihat pun boleh salah sangka. Tak baik macam tu, Adam. Walau apa pun anggapan Adam pada Nurul, tapi Adam dengan dia tetap bukan mahram, kan? Halal untuk berkahwin." "Adam ingat selama ni Ain cukup faham dengan Adam. Adam dah silap rupa-rupanya." Aku ketawa kecil. Sedihnya hati apabila orang yang tersayang meragui kejujuran aku. "Adam…" "Oh ya, bila nak dilangsungkan hari bahagia tu? Jangan lupa jemput kami sekeluarga nanti. Keluarga kita kan sudah lama bersahabat sebelum kita lahir lagi, Ain." Hati aku terasa kosong sahaja waktu itu. Sudah hilang rasa sayang yang aku simpan untuk gadis bernama Ain ini. "Dahlah Ain. Dah memang bukan jodoh kita. Tak perlulah nak menangis. Tak manis." Kataku selembut mungkin apabila mendengar tangisan Ain di hujung talian. "Adam marahkan Ain ke?""Tidak.""Ain betul-betul minta maaf. Salah Ain…" "Adam pun bersalah juga sebab terlalu rapat dengan Akasyah. Tak sangka keakraban tu buat Ain fikir macam-macam pasal kami berdua…" ujar aku cepat-cepat, sedikit terkilan. Dan hati lelaki aku terus beku dengan mana-mana perempuan bermula detik malam itu! Kehilangan Ain secara tiba-tiba memberi tamparan hebat kepada aku. Sesungguhnya aku masih memerlukan gadis itu. Kasih sayang, cinta dan perhatiannya walaupun tidak pernah diterima secara langsung. Kenapa begitu cepat dia berkahwin? Astaghfirullah, siapa aku hendak mempertikaikan ketentuan Ilahi. Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang. Yang pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Allah Taala mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit. Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala luka, lalu dia jadi doktor yang menyembuhkannya. Dan, kala-kala gembira, dia menyimbahkan ketenangannya. Ya, dia kejora hidupku! Aku tidak dapat membayangkan, andai kata suatu hari nanti kejora hidupku itu juga akan sirna cahayanya. Aku tidak sanggup gadis manis bernama Nurul Akasyah itu juga meminggirkan aku buat selama-lamanya dari hidupnya kerana menyambut huluran kasih seorang lelaki yang bergelar suami. Kata-kata Akasyah terus terngiang-ngiang di telinga. "Berpisah dari mu... takkan ada dalam kamus hidupku." Dan buat sekian kalinya, angin rindu menghembus tanpa henti ke segenap hatiku. Aku sedar dalam diam-diam aku sudah mulai merindui seraut wajah manis lebih dari sepatutnya. Tanpa sedar, perlahan-perlahan namanya terukir di sudut kalbu. Aku sedar betapa pentingnya diri ini dalam kamus hidup Akasyah dan kepentingannya dalam hidup aku. Aku dan Akasyah seperti tidak bisa dipisahkan lagi. "Kau nak ke mana tu?" sapa aku apabila melihat Nasrin sudah menyarung overcoat. "Mereka dah sampai. Sudin baru saja telefon. Kau tak payah ikutlah, Kaduk. Rehat saja okey. Lagipun aku tengok kau lain macam saja malam ni. Biar aku dengan Zach saja yang pergi jemput." Katanya lagi sebelum berlalu. Aku membuang pandangan ke luar tingkap di sebelah kiri. Sudah kelihatan salji yang memutih turun dari langit. Mentari sudah lama melabuhkan diri. Hanya warna hitam pekat memenuhi dada langit. Suram sekali. Akasyah kejora hidupku! Jangan kau pergi meninggalkan aku... kerana berpisah dari mu tidak ada dalam kamus hidupku, seruku dalam hati. Aku beristighfar panjang. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Manusia tidak punya kuasa untuk menghalangnya. Andai sudah tercatat di Loh Mahfuz, aku perlu reda menerima kehilangan insan yang disayangi untuk kali kedua.
Rnysa: Untuk pengetahuan semua, Bab 18 inilah yang memberikan perbezaan ketara bagi novel RADHA versi cetak (yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing) dengan E-Novel RADHA yang boleh didapati secara percuma di Internet. Dalam versi novel cetak, watak Ain masih dikekalkan dan dia telah berkahwin awal dengan orang lain. Dan kesemua isi hati Kaduk yang ditulis dalam E-Novel RADHA 2 juga ditampilkan di dalam novel RADHA. Kesimpulannya, E-Novel RADHA dan RADHA2 terkandung dalam novel cetak RADHA. Jadi belilah yang original. Hehehe... promosi, promosi...
|
|
|