:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Monday, May 25, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=6.0}

BAB 6
(Petikan dari novel RADHA - Bab 9: m/s 87-89 & Bab 21: m/s 174-176)


@}--- Dr. Firdaus: Rezeki di Tangan Tuhan ---{@

Melihat Akasyah yang terbaring kaku mengingatkan aku kepada pesanan dari Imam Al-Ghazali lewat kuliah maghrib yang aku hadiri baru-baru ini. Pesanannya berbunyi begini: Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat.

Aku dan yang lain sekadar memerhati abang Salaam melakukan pemeriksaan ke atas Akasyah. Setiap sendinya cuba digerakkan. Jauh di sudut hati aku menaruh rasa simpati dengan pasangan Akasyah-Adam yang selalu menerima ujian yang berat dalam hidup mereka. Apalagi kalau bukan musibah kesakitan. Dulu Adam, sekarang Akasyah pula.

Benarlah dunia ini hanya sebuah persinggahan sebelum beralih ke alam akhirat yang kekal abadi. Disebabkan itu perlu diperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini. Kerana kita hanya ada satu persinggahan sahaja.

Aku menepuk dahi, teringatkan sesuatu. Adam pernah meminta aku supaya memperingatkan dia tentang pemeriksaan kesihatan untuk Akasyah. Ya Allah, bagaimana aku boleh terlupa! Sebagai seorang doktor dan sahabat kepada Adam-Akasyah, seharusnya aku tidak melupakan amanah tersebut. Rasa bersalah menghimpit. Dahulu aku sibuk belajar dan klinikal, sehingga aku sendiri pun tidak tahu yang aku sedang berutus surat dan bercerita seenaknya kepada kawan baik (buah hati) Adam. Manalah aku tahu si Akasyah betul-betul jatuh suka pada Adam.


@}}=================================================={{@

Assalamualaikum,

Buat sahabatku Nurul Akasyah yang berada di Jepun. Semoga sihat di samping teman-teman tersayang. Bagi aku di Kuala Lumpur, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Cuma cuaca di sini sekarang tiap-tiap hari hujan. Selesema pun asyik menyerang.

Jadi, macam mana studi sekarang? Aku harap semuanya dah ok. Jangan buat macam dulu lagi. Mesti sentiasa bersemangat untuk terus berjuang walau dalam apa jua keadaan. Aku yakin kau mampu buat yang terbaik sebab Nurul Akasyah yang aku kenali adalah seorang yang sangat pandai dan paling bersemangat. Aku di sini sentiasa mendoakan kejayaan teman-teman yang lain. Semoga kita sama-sama akan berjaya dengan cemerlang.

Untuk pengetahuan kau, aku baru sahaja menyudahkan semester enam. Alhamdulillah... berkat usaha dan doa dari semua, keputusan semester lima membolehkan aku naik semester enam tanpa perlu mengulang mana-mana subjek. Semester yang baru lepas ini agak mencabar. Kalau dahulu sentiasa didampingi doktor senior, sekarang kami disuruh lebih berdikari. Banyak yang perlu dilakukan sendiri. Kadang-kadang aku rasa takut sangat kerana aku berdepan dengan nyawa orang. Apabila tengok wajah pesakit aku rasa risau sebab mereka sangat mengharapkan kami agar dapat membantu mereka. Namun, aku juga manusia biasa. Ada benda yang kadangkalanya aku tidak dapat selesaikan dan itulah perkara yang amat menyedihkan aku. Apa pun aku sentiasa berdoa agar Allah membantu aku dalam setiap urusan. Aku harap kau juga sentiasa mendoakan supaya aku lebih tabah dan kuat menjalani setiap cabaran.

Aku juga tidak dapat lari dari perasaan di mana aku rasa sangat tertekan dengan ujian-ujian yang hampir setiap hari, presentation case, on call dan lain-lain. Pernah aku rasa sangat menyesal dan hendak keluar dari bidang ini. Tapi syukur aku punya keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan setiap masa tidak kira melalui e-mel, surat mahupun SMS. Mereka terlalu baik!

Lupakan soal itu. Macam mana keadaan di Jepun sekarang? Kirimkanlah gambar-gambar kau di sana. Aku memang hendak kirim gambar waktu bercuti di Pulau Redang dulu tapi kesibukan merantai diriku buat masa ini. Maafkan aku kerana tidak dapat membalas kad raya kau. Sebagai gantinya dan merangkap hadiah hari lahir mu yang ke-20, terimalah 'Tanah Andriyana' dariku.

Oh ya! Sebelum aku terlupa, aku ada dengar cerita yang Adam dan Wawa bakal mengikat tali pertunangan apabila masing-masing tamat pengajian kelak. Baru khabar angin sajalah... mungkin kau lebih tahu tentang hal itu. Kau kan kawan baik Adam. Rasanya setakat ini sahaja dahulu coretan aku. Apa yang aku harapkan kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dan, semoga kau terus bersemangat untuk berjuang nun di bumi sakura.

Salam rindu dari Malaysia,
Firdaus Aliff

@}}=================================================={{@


Sekarang pun masih sibuk setelah disahkan jawatan di Hospital Selayang, sehinggakan aku terlupa amanat Adam. Sepatutnya kami saling ingat-mengingati tentang kesihatan Akasyah. Maklum sajalah aku dan Adam memang sama-sama 'gila kerja', lalu kebajikan Akasyah pun terabai. Lagipun Adam-Akasyah sibuk betul sejak baru pulang dari Jepun akhir Mac yang lalu, tung-tang-tung-tang... sudah masuk bulan September dan Puan Akasyah kita bakal menjadi seorang ibu.

Alhamdulillah, rezeki menjadi ibu pun Tuhan yang berikan. Baru kahwin beberapa bulan Akasyah sudah mengandung. Bertuahnya mereka berdua. Rezeki orang baru balik dari umrah, agaknya. Aku pun pernah nasihat adikku, Nur Jannatul Adnain,  pergi menunaikan umrah dan berdoa di sana; mengambil keberkatan bumi para nabi itu. Moga-moga Ain pun dapat menimang cahaya mata setelah lebih empat tahun berkahwin.

Bercakap tentang menjadi ibu, bukan main mesranya Ain dengan Auntie Sufiah. Eh, apa hal pula si Ain buat di bilik Adam ini? Inikan dikira sebagai 'kawasan larangan' buat Ain. Tak manislah dia berada di sini sebab Ain pun sudah bersuami. Memanglah Hanif tidak dapat hadir pada malam ini kerana dia bertugas di sebelah malam, tetapi masih tidak sopan sang isteri berlegar-legar dalam bilik bujang Adam ini.

Jelingan sekilas dari Adam baru sahaja diterima. Aku membalasnya dengan senyuman, tanda mengerti akan maksudnya.

Bagaimana caranya aku hendak mengusir adikku itu dengan cara yang paling sopan?


@}--- Akasyah: Tuhan, Jadikanlah Aku Orang Yang Bersyukur ---{@

Ramainya datang hendak merawat aku. Ada Doktor Salaam, Doktor Firdaus, Doktor Adnain dan sudah tentu Doktor Sufiah. Tiba-tiba sahaja aku seperti berada dalam drama bersiri ER pula. Lantas bibir cuba membentuk senyuman, tanda menyukai angan-angan lucu yang sedang bermain di fikiran saat ini.

+ Hai Akasyah, sakit-sakit pun mahu buat lawak lagikah?
- Wahai hati, saya sedang menghiburkan diri sendiri. Tak bolehkah?

"Akasyah, boleh tak awak cuba bercakap? Senyum pun tak apa..." Ujar Doktor Salaam dengan penuh intonasi. Kelihatan adiknya, Doktor Firdaus, turut mengangguk dan melemparkan senyuman. Memberi semangat mungkin.

Lamanya tak jumpa Firdaus, hatiku berkata-kata lagi.


Dia masih seperti dulu. Senyuman tidak pernah lekang di bibir. Manis! Sedikit berisi jika dibandingkan dengan waktu pertama kali kami bertemu. Bahagia agaknya. Kala ini dia mengenakan t-shirt berwarna hijau lumut tanpa kolar, seluar jean hitam dan kasut sukan Nike. Rambutnya terlindung oleh topi Nike hitam yang dipakai. Kedua-dua tangannya memegang hendal basikal mountain warna perak. Rajinnya dia berbasikal petang-petang begini.

"Masih ingat pada saya?" dia menyoal.

"Masih. Mana boleh lupa..." jawabku dengan yakin, walaupun yang sebenarnya sudah ingat-ingat lupa. Bukannya satu sekolah pun dulu. Kebetulan sahaja kami bertemu dalam satu acara yang diadakan di MRSM Taiping. Waktu itu aku berada dalam Tingkatan Empat. Aku, Kaduk dan dua orang rakan setingkatan diberi peluang untuk menyaksikan pertandingan debat Bahasa Inggeris. Sekadar menimba pengalaman. Mereka, pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA, sedang meraikan minggu ko-kurikulum peringkat MRSM seluruh Malaysia. Dengar cerita, macam-macam aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan debat. Di sanalah aku bertemu dengan bekas penuntut MRSM Jasin ini.

Pandangan aku beralih ke tengah tasik. Cemburu melihat orang berkayak tetapi untuk mencubanya sendiri masih tidak punya keberanian. Aku selalu begitu. Kadang-kadang cemburu dengan orang yang banyak ilmu agamanya. Boleh bercakap tentang Islam, agama Ar-Rahim. Bicaranya bagai air yang mengalir. Lancar. Masya-Allah, kagum betul. Tetapi cukupkah sekadar cemburu tanpa ada usaha? Perlu banyak lagi belajar, Akasyah!

"Awak belajar di sini juga?"
"Ya, Ambang Asuhan Jepun."

"Wah, kiranya bakal terbang ke Jepun. Seronoknya.... Kenapa kita tak pernah bertembung pun masa di Pusat Asasi Sains dulu? Saya buat matrikulasi di sini juga. UM ni besar sangat agaknya. Baru hari ni dapat jumpa awak."

"Sekarang pula?" aku pula menyoal.

"Fakulti perubatan tahun satu...."
Wajahnya memang ada tokoh doktor dengan cermin mata tanpa bingkainya itu. Nampak makin matang. Apa namanya ya? Aku cuba mengingati. Firdaus?

"Firdaus kan?"
"Ya, Mohd Firdaus Mohd Alif. Kata tadi masih ingat. Rupa-rupanya dah lupa." Dia tersenyum penuh makna.
"Maaflah." Aku sedikit malu.

"Bila periksa besar tu?" dia bertanya lagi. Ah, macam doktor sedang menyoal si pesakit pula.
"Insya-Allahlah, awal Januari nanti. Doakan saya, ya."

"Insya-Allah. Moga-moga awak dapat ke sana. Nanti boleh hadiahkan cenderahati dari Jepun."

"Bisa diatur!"

Pandangan aku sekali lagi jatuh pada orang berkayak. Entah mengapa hati aku teringin sangat hendak berkayak petang itu.

"Jom..." kata Firdaus, mula mengatur langkah.
Aku terpinga-pinga. "Jom? Ke mana?" soalku.
"Itu..." ujarnya sambil menuding ke tengah tasik, ke arah orang yang sedang berkayak.

Aku memandang dia tidak berkelip-kelip. Bagaimana dia tahu?


Mohd Salaam, Mohd Firdaus, Nur Jannatul Adnain, Nur Jannatul Ma'wa, Mohd Khuldi, Nur Jannatul Naim dan Mohd Muqqamul Amin.

Begitulah nama adik beradik Firdaus. Semuanya nama-nama syurga. Pandai sekali ibubapa dia memilih nama yang baik untuk anak-anaknya. Dan menjadi satu bonus apabila anak-anak itu diberikan didikan agama dan akademik sebaik-baiknya, lantas membesar sebagai seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tiga daripada mereka sudah menjadi doktor - Doktor Salaam, Doktor Firdaus dan Doktor Adnain. Wawa pula dalam bidang biomedik dan berkerja di hospital juga. Khuldi pula sedang bertungkus-lumus menyudahkan ijazah sarjana muda doktor pergigiannya. Dan dengar cerita dari mama pula, Naim dan Amin pun bakal mengikut jejak langkah ibubapa dan kakak-abang mereka dengan memilih bidang kedoktoran juga.

Keluarga doktor!

Patutlah mama suka Ain. Sebab mama pun seorang doktor.
Mereka semacam sehati sejiwa.
Yalah, mama dan ibu Ain pun kawan sewaktu muda-muda lagi.

Takkan kerana aku sekadar seorang jurutera... mama tidak suka aku. Sedangkan papa dan Adam juga menjadi jurutera... mama suka saja mereka.

(Sebenarnya aku tahu mama sedih sebab Ain tak jadi menantu dia. Tak ada kena-mengena langsung dengan kerja aku pun. Seperti biasa, aku sekadar ingin menyedapkan hati lagi... entah untuk kali keberapa).

Tapi tak apakan, selagi rezeki yang diperoleh itu dengan jalan yang halal.
Jadi doktor ke... jurutera ke... kerja sapu sampah ke...

Ingat senangkah kerja hendak menjaga satelit dan parabola?
Ingat senangkah kerja sapu dan kutip sampah untuk orang yang tak tahu kedudukan tong sampah?

Bukan senang mahu jadi khalifah di bumi. Bukan kerja mudah...
Tuhan, jadikanlah aku seorang yang tahu bersyukur.

Nabi Muhammad s.a.w dalam satu sabdanya ada memberikan peringatan kepada kita semua yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mensyukuri pemberian yang sedikit, maka dia tidak akan dapat mensyukuri pemberian yang banyak, dan barangsiapa tidak bersyukur pada manusia, maka dia tidak akan pernah mensyukuri pada Allah." (Hadis)



Credit:
Hadis/Tazkirah - Nik Hamizah
Nama-nama syurga - Amean Taslim
Pesanan Imam Al-Ghazali - Dang Kalas


Posted at 07:54 pm by anrys

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry