BAB 7(Petikan dari entri *break#61* petang ini... jemariseni@klcc Jun 01, 07 &
novel RADHA - Bab 7: m/s 65-67)
@}--- Sofea Adeilah: Cinta = Jiwang? ---{@Sebaik sahaja solat Isyak dan hajat serta kenduri doa selamat pun selesai, abang terus dipanggil oleh mama ke ruang hadapan. Papa pula awal-awal lagi sudah menyuruh aku masuk ke dalam bilik. Aku rasa tentu abang kena soal-siasat dan 'bedah-siasat' dek mama-papa dan mak-ayah Kak Syah. Mujur sangat Kak Syah tidak diminta mengadap, kalau tidak dia pun kena bersoal-jawab dengan mama.
Aku pun terkejut apabila dapat tahu Kak Syah mengidap sakit yang kronik. Setahu aku sakit Parkinson itu sakit orang-orang tua saja. Kak syah kan masih muda lagi. Tak mungkin Kak Syah ada penyakit yang macam itu. Tak mungkin. Selama ini dia selalu nampak ceria dan gembira sahaja. Kak Syah atau gelarannya Kak Chik, tidak pernah mempamerkan wajah sedih pun sepanjang aku kenal dia.
"Adik, tolong jaga Kak Chik dalam bilik achik..." Ujar Abang Adam dengan wajah yang cuba dimaniskan.
"Okey..." Jawabku lambat-lambat.
Kasihannya achik... Pada mulanya Abang Salaam sudah bercadang hendak bawa Kak Syah ke hospital sekiranya Kak Syah masih tak boleh bergerak. Mama pun sudah sedia dengan telefon bimbit di tangan.
Aku pun panik juga. Achik pula tak berhenti-henti membacakan selawat syifa' untuk Kak Syah.
"

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda." Ulang Achik berkali-kali.
Oh, Kak Ain yang beritahu pada aku tentang selawat syifa' atau selawat penyembuh itu. Aku termalu sekejap dengan Kak Ain sewaktu aku bertanya pada dia sebentar tadi: Ayat apa yang abang hembus pada Kak Syah?
Memang ilmu agama aku cetek sangat. Maklum sajalah selama ini lebih banyak belajar untuk exam sahaja. Kadangkala tak perasan (dan mungkin tak tahu) pun yang diajar oleh ustazah waktu Pendidikan Islam boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Aku tak masuk sekolah asrama atau MRSM macam kakak-kakak dan abangku. Anak manjalah katakan. Kononnya nak duduk dekat mama dan papa, tak boleh berenggang dengan keluarga. Mama dan papa memang ikut saja kehendak aku. Tapi kakak-kakak dan abang-abang semua bising. Mereka tuduh aku budak manja. Suka hatilah orang nak sekolah mana pun. Orang lain sekolah biasa pun result SPM boleh gempak.
Alhamdulillah, keputusan SPM dapat
straight A's... tapi bukan semua A1. Fizik dapat A2, itu pun kira sudah bersyukur sangat. Sampai tahap buat sujud syukur terus. Mana pernah seumur hidup subjek Fizik dapat A.
Sebaik sahaja berada di pintu masuk bilik bujang abangku, pandangan aku bersapa dengan Achik yang sedang menebarkan selimut untuk Kak Syah. Berkat selawat syifa' tadi Kak Syah pun boleh bangun dan bercakap semula. Semua orang jadi lega sangat tadi bila Kak Syah sudah sihat semula. Dan majlis pun diteruskan seperti yang dirancang.
"Abang nak buat susu untuk Kak Chik...." Beritahu Achik sewaktu kami berselisih di muka pintu.
"Okey..." balasku pendek.
"Kak Syah dah okey?" Aku sudah terbiasa dengan memanggil Kak Syah sebagai 'Kak Syah'. Harap Kak Syah tak kisah aku jarang-jarang panggil dia dengan gelaran 'Kak Chik'.
"Alhamdulillah, okey je..." Balas Kak Syah sambil tersenyum seperti selalu.
Aku melirik ke kiri dan kanan. Yes, dah nampak!
"Kak Syah, pinjam laptop boleh? Nak online kejap?"
"Okey..."
Aku segera membuka laptop Kak Syah yang siap dengan broadbandnya. Rumah ini pun dulu ada
line internet. Tapi papa sudah potong awal tahun ini sebab dia marah aku dok mengadap komputer 24/7. Aku segera login YAHOO! Messenger.
Yey, Kak Rnysa online!
<sofea_adeilah> Salam Kak Rnysa
<relevankah_aku> Salam Adeilah :)
<sofea_adeilah> Dah siap entri baru?
<sofea_adeilah> Tunggu dari semalam...
<relevankah_aku> Sabar ye cik adik
<relevankah_aku> Tgh perah otak ni
<relevankah_aku> Dah tinggal sikit lagi nak siap ni :)
<sofea_adeilah> Okey
<relevankah_aku>
Start minggu depan akak tak dapat
update blog
<relevankah_aku> Dalam 12 hari akak tak ada dekat Malaysia
<sofea_adeilah> Akak gi
travelling ke? Bestnya!
<sofea_adeilah> Pergi Jepun ke?
Aku pun tak pasti sangat Kak Rnysa ni belajar di mana. Gaya dia tulis macam pernah duduk oversea saja.
<relevankah_aku> Tak ada lah, akak pergi umrah.
<relevankah_aku> Tahu kan akak sakit baru-baru ni. Pergi ni pun sebab mak Kak Rnysa nazar.
<relevankah_aku> Bila Kak Rnysa sembuh dia nazar nak bawa pergi sana
<relevankah_aku> Boleh baca entri *break#66* Tekad Redha Tabah Jan 23, 08
RADHA "Love is Cinta" Special... kalau nak tahu apa sakit akak.
Alahai, sakitlah pula Kak Rnysa ni. Bila dia nak siapkan Cinta Sofea tu? Kan dah lama bertangguh sejak tahun 2005? Kiranya novel dia ni... cerita hidup dia ke apa?<sofea_adeilah> Okey, selamat berangkat ke tanah suci.
<sofea_adeilah> Kiranya RADHA ni memang kisah hidup akak ke?
<relevankah_aku> RADHA tu kan novel.
Twist n turn lah...
<relevankah_aku> Kalau nak tulis kisah hidup sendiri, baik tulis biografi terus.
<relevankah_aku> Hahaha
<sofea_adeilah> Betul3x
Aku ketawa tak ingat dunia.
Bagus juga cadangan Kak Rnysa fasal biografi tu.
Sepatutnya HLOVATE kena tulis biografi. Semua peminat hikayat dia (termasuklah aku) memang nak tahu dan kenal sangat dengan dia. Misteri betul!
<sofea_adeilah> Akak patut baca KOMSAS. Boleh tulis ikut standard sasterawan.
<relevankah_aku> Zaman akak memang tak ada KOMSAS.
<relevankah_aku> Baru balik dari Jepun dulu memang akak pernah cuba baca KOMSAS.
<relevankah_aku> Tapi tak boleh masuk, otak terus
jammed<relevankah_aku> Hahaha
<sofea_adeilah> Mesti boleh punya :)
<relevankah_aku> Nak belajar kena berguru. Akak lebih suka orang ajar
<relevankah_aku> Adeilah ajarlah akak :)
Aku tergelak besar. Memang kelakarlah aku yang tak tahu tulis novel tolong mengajar orang yang sudah tulis novel. Biar benar!
<sofea_adeilah> Saya mana ada pandai ajar
<relevankah_aku> Adeilah nak akak tulis novel
best-best mestilah kena tolong akak
<sofea_adeilah> Kak Rnysa kan dah ada identiti sendiri
<relevankah_aku> Mana ada identiti lagi.
<relevankah_aku> Semua novel eksperimen tu...
<relevankah_aku> Akak kan budak
engineering, bukan budak sastera
<relevankah_aku>
Albatros: Antara Langit dan Bumi akan jadi novel yang pelik slkit
<relevankah_aku> Tak tahu orang akan faham atau tak bila baca nanti
<sofea_adeilah> Kenapa tak publish Cinta Sofea dulu?
<sofea_adeilah> Albatros tu saya tengok macam berat sangat je cerita dia...
<relevankah_aku> Cinta Sofea lagi berat sebab bawa pasal usrah
<relevankah_aku> Benda-benda pasal Islam ni bukan senang nak tulis
<relevankah_aku> Kena teliti semua aspek supaya tak timbul isu
<sofea_adeilah> Apapun, saya tetap tunggu CS :x
<relevankah_aku> Hahaha... tajuk Cinta Sofea tu pun nak ditukar
<relevankah_aku> Malaslah letak tajuk jiwang macam tu lagi
Kak Rnysa ni... banyak pula dia nak tukar, bisik aku dalam hati lalu melepaskan keluhan kecil. Eh, Kak Rnysa
send document pula.
<relevankah_aku> Pra-tonton Cinta Sofea versi cetak...
<sofea_aku> Eh, betul ke ni?
@}}=================================================={{@
CINTA SOFEA VERSI CETAK
(Cadangan judul baru: SINAR SAKURA / CAHAYA SAKURA / NUR SAKURA)
Bahagian 1
Bab 1 – Fuyu gathering
Saat saya menjejakkan kaki di Tokyo eki, jam sudah menunjukkan angka sembilan. Suasana stesen keretapi yang paling sibuk di Jepun ini tidak kira pagi petang atau siang malam akan sentiasa penuh dengan pengguna densya yang sangat ramai. Yang pasti waktu pagi begini lagilah sibuk. Walaupun fuyu yasumi sudah tiba, saya dapat lihat masih ada orang Jepun yang berkerja sedang orang lain menikmati cuti musim sejuk ini. Mereka kan bangsa yang workaholic terlebih-lebih: suka kerja, gila kerja!
Saya membetulkan letak beg sandang sebelum melangkah semula dan mencari teman-teman senegara yang sepatutnya sudah tiba dari utara Tokyo seperti Hokkaido, Akita, Iwate, Tsukuba, Utsunomiya dan Ibaraki, dan tidak kurang juga rakan-rakan dari universiti di sekitar Tokyo dan Yokohama sendiri.
Kami semua akan mengikuti perhimpunan musim sejuk atau dikenali juga sebagai Fuyu Gathering, sebuah program ilmiah yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Jepun (PKPIMJ). Program Fuyu Gathering tahun ini akan diadakan di pinggir laut bandar Oita, yang letaknya di pinggir laut.
Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi saya di dalam program Fuyu Gathering seperti ini. Biasanya saya sekadar mengikuti program PKPIMJ untuk cuti Golden Week sahaja, sudah tiga kali berturut-turut, sejak kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi sakura ini sehinggalah sudah menjadi pelajar Tahun Tiga di Universiti Tokyo. Program cuti musim panas pula - Summer Camp – baru sekali. Kiranya saya masih baru lagi dalam program bercorak keagamaan seperti ini.
...
...
...
@}}=================================================={{@Aku membaca tidak berkedip mata. Rasa seronok sebab jadi orang yang pertama dapat baca CINTA SOFEA versi cetak. Tapi... kenapa intro dia lain sikit dari versi online? Kenapa tak dikekalkan sama seperti versi online? Kak Rnysa ni memang suka tukar-tukar cerita dia lah...
@}--- Akasyah: Cinta = Carl Duke Adam ---{@Mata aku sudah tertutup separuh. Sebaik sahaja minum air susu bercampur madu lebah yang disediakan oleh suamiku tadi, rasa mengantuk ini terus datang bertandang. Kaduk keluar masuk bilik beberapa kali. Katanya, ada 'perbincangan' penting dengan mama.
"
Good luck!
Ganbatte, Adam
chan!"
Kami sama-sama ketawa. Sekali-sekali suara kami bertingkah dengan Adeilah yang sedang ketawa juga. Sekejap-sekejap dia mengeluh pula. Entah dengan siapa teman chatting yang sedang melayannya. Aku dan Kaduk sekadar memerhati dari jauh sambil menarik senyum panjang.
"Kita dulu pun macam tu kan?" Kaduk mengangkat keningnya.
"Abanglah macam tu. Syah
maintain ayu depan laptop, okey..."
"Hahaha.... ya lah sangat." Katanya sebelum meminta diri keluar dari bilik.
"Adik tengok apa tu?" Aku menyapa Sofea Adeilah yang begitu khusyuk mengadap laptop kesayanganku sambil tersenyum tak henti-henti. Sejak bertukar menggunakan Maxis Broadband... dan si abangnya pula memasang routers dan membuat network, cik adik kami itu asyik online saja. Rumah kami sudah jadi macam cyber cafe pula."Ini haa..." Dia menuding ke arah monitor."Manalah kak chik nampak..." Aku menjawab malas. Terus merehatkan diri di atas katil bujangnya. Rasa penat masih bersisa, tidak sampai 12 jam tiba dari KLIA. Baru pulang dari lawatan kerja ke Pusat Angkasa Lepas Tsukuba yang dikendalikan oleh Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA). Waktu menuntut di Jepun dulu pun, aku pernah beberapa kali ke sana."Tengoklah ni..." Adeilah masih tidak mengalah mahu memancing minat, Laptop HP itu diletakkannya betul-betul di depan mukaku. "Esok kak chik masih cuti kan? Kita pergi KLCC nak tak?""Alahai, janganlah nak ajak pergi suping (shopping) pula. Tak larat..." Awal-awal lagi aku sudah menarik diri. Penat dan kurang rajin. Hendak bersesak-sesak waktu jualan murah yang sedang berlangsung sekarang? Minta ampun! Nak pergi KLCC pula. Orang ramai..."Bukanlah. Bacalah yang dalam website tu..." Gesa Adeilah lagi dan akhirnya aku mengalah juga."Popular Book Fest. BOOK FEST?" Mataku terus cerah bila terpandang perkataan BOOK itu. Shopping buku, okey."Penulis kesukaan kak chik tu ada. Noor Suraya.""Dia ada? Kak Su ada?" Adeilah segera mengiakan.Aku bagaikan tidak percaya. Sudah bertahun-tahun aku mengikuti novelnya, tidak pernah langsung ada peluang bertemu. Pesta buku yang lalu aku sibuk pula. Kaduk pun tidak mengajak. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerjaya yang baru bermula."Di mana acaranya ni?""Dekat KLCC Convention Centre. Kiranya jadilah ni?""Bukan ke esok abang chik ada hal kena pergi twin tower?"Masing-masing tersenyum sesama sendiri, seperti memikirkan perkara yang sama."Boleh tumpang!" ujar kami serentak, lalu ketawa berderai."Adik nak jumpa Rnysa...""Siapa pula tu?""Penulis baru...""Tak kenal..."Adeilah mengeluarkan sesuatu dari bawah bantalnya. Aku pula menyambung perbaringan. Rasa mengantuk dan penat silih berganti. Sebuah buku sederhana tebal dihulurkan padaku."Relevankah Aku Di Hatimu? Apa jenis tajuk novel ni?" Aku buat nada pelik. Lantas memulangkan semula buku serba pink jambu itu. Judul pelik. Nama penulis pelik. Warna pink. Kombinasi yang pelik. Cubalah buat cover warna biru kesukaanku, barulah hati ini tertarik."Kak chik bacalah dulu. Kisah heroin dari zaman sekolah menengah sampai belajar di oversea. Orang tengah bercinta macam kak chik ni sesuai sangat baca..." Aku rasa bersalah buat air muka Adeilah terus berubah. Aku mengambil semula novel pink di tangannya."Erm... warna pink jambunya menyerlah semacam. Kalau abang chik tengok, mesti dia gelak tak henti...""Apa sebut-sebut nama abang ni?" Suara Kaduk menerjah telinga kiri itu sungguh mengejutkan."Eh, abang dah balik..." Pukul 10 malam baru hendak pulang? Ada majlis makan-makan di surau agaknya."Buat apa ni?""Abang tengoklah adik bongsu abang ni..." Aku malas mencampuri urusan mereka adik-beradik. Biarlah si abang memantau aktiviti online adiknya itu. Aku pula? Meneruskan aktiviti melepak di atas katil tamu kecil ini. Patung beruang putih yang bersandar pada kepala katil menarik perhatianku. Comelnya...Aku mencapai lalu membawanya ke dalam pelukan. Kenapa agaknya Kaduk tak pernah hadiahkan teddy bear yang comel macam ni? Kadangkala teringin juga. Tapi bukankah baru-baru ini Kaduk sudah belikan set LEGO? LEGO boleh dikira hadiah yang comelkah? Itupun aku yang minta untuk melengkapkan koleksiku.Abang, Syah nak teddy comel...
Dalam usia begini, nak hadiah begitu. Memalukan saja. Alih-alih Kaduk hadiahkan buku usrah pula bagi melengkapkan koleksi buku kami. Usrah... ahad ni ada usrah naqibah, aku segera mengingatkan diri. Nanti nak hantar adik ke Banting pula. Alhamdulillah, adik bongsu Kaduk itu berjaya mendapat tempat mengikuti program IB di Kolej Mara Banting. Sibuknya...
Nak teddy bear yang comel...
"Nak apa?" Suara Kaduk mematikan lamunan.Opss... tercakap kuatkah? Malunya...
"Tak ada apa-apa," jawabku dalam kekalutan bercampur malu. Malu kerana ditangkap mengelamun oleh dua pasang mata berwarna coklat itu."Malam ni tolong adik buat manik macam kak chik punya tu..." Adeilah datang menyelamatkan keadaan. Dari tadi lagi dia tak henti mengagumi untaian manik biru - yang aku karang sendiri - menghiasi telefon bimbitku. "... adik nak beri pada Kak Rnysa..."Ya, malam itu aku buka kelas kraftangan pula.Dalam pada itu, mata aku tidak lepas memandang si abang engineer yang sedang melayari internet. Sekali lagi laptopku menjadi mangsa. Hati kecilku terus bersuara.Syah nak teddy bear...
"Kak Syah, adik tolong tukar
wallpaper ni. Okey? Yang ni dah lama sangat pakai tak tukar-tukar baru..." Ujar Adeilah tiba-tiba.
Aku yang baru menyudahkan bacaan Al-Fatihah, ayat kursi, 3 Qul, doa masuk tidur dan bismillah 21 kali jadi terkejut beberapa saat.
Sabar sajalah dengan adik ipar aku ini. Orang dah nak terlelap..."
Wallpaper tu ada nilai sentimental..." Kataku, dengan harapan cik kak itu faham yang aku tak mahu wallpaper itu diganti dengan yang baru.
"Jiwang tak ingat!"
Aku ketawa kecil sebelum membalas, "Yang dia tu dok baca novel jiwang tak sedar pula. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. At least akak dah kahwin, okey."
Amboi Puan Akasyah, manisnya bahasa. Dengan budak kecil pun kau nak 'berlawan' ya. Siap dengan pantun-pantunnya sekali.Adeilah sudah memuncung panjang. Cik adik yang seorang ini memang pantang ditegur. Siap yang makan ais krim, dia yang terasa manis!
"Nanti adik ada laptop sendiri tukarlah wallpaper. Kata dulu bila dapat masuk IB nak minta achik
sponsor..." Tambahku kemudian. Cuba menjadi kakak ipar yang manis!
"Entahlah... achik cakap nak simpan duit beli laptop tu untuk
baby dia. Orang nak jadi papa lah katakan. Mana nak ingat adik tersayang dia ni lagi..." Adeilah buat nada sedih pula.
Aku tersengih. "Dia buat lawak tu. Percayalah sangat..." Aku faham sangat dengan perangai Kaduk. Sebenarnya dia tidak mahu memanjakan sangat adik bongsunya dengan kemewahan. Adeilah sudah biasa hidup senang; semua benda dia mahu papa dan mama akan cuba tunaikan. Kak Long dan Kak Ngah pun 'belai' dia dengan wang ringgit.
"Achik risau
baby dia tak dapat
scholarship macam dia. Kak Syah dengan Achik kan pandai, mesti anak pun pandai. Ikut DNA lah kan..." Balas Adeilah. Dan gelak tawa pun meletus di dalam bilik Encik Carl Duke Adam.
Adeilah menarik
Mr. Teddynya rapat ke dalam pelukannya. Dan tangan aku pula menarik selimut sambil anak mata sibuk mencari-cari
Mr. Teddy Bear di dalam bilik bujang Encik Carl Duke Adam. Mana tahu si abang ada menyimpan patung beruang seperti adiknya.
Hmm... model mini kereta sport, bola sepak, jersey adalah...Tak apalah, tak ada teddy bear. Janji ada... Kaduk!
Hati terpujuk sejurus sahaja terlihat
designer wallpaper Mr. White Teddy Bear keluar dari persembunyiannya di balik pintu.
Keesokkan paginya, seperti pagi-pagi sebelumnya, aku menghidupkan laptop untuk mengikuti berita secara online. Aku jadi tergamam seketika apabila... wallpaper gambar teddy bear putih terpampang, menggantikan gambar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sebelum ini. Dan senyumanku... sudah melebar sampai ke telinga. Tertulis juga di situ... "Abang tak tahu pula isteri abang sedang mengidam... teddy bear? (Macam pelik saja Syah suka teddy bear. Erm, mesti terpengaruh dengan adik ni. Tapi... tak apalah. Abang anggap ini sebagai satu perkembangan yang... apa ya... lain daripada yang lain? Tolong jangan marah abang bila abang cakap macam ini. Abang suka usik isteri abang yang comel *senyum*). Abang baru balik dari surau. Nak beli teddy bear malam-malam begini? Kedai dah tutup... Ini saja yang mampu abang berikan dalam kadar waktu yang singkat ini. Harap Syah suka... - abang engineer" Syah suka sangat hadiah ini. Terima kasih abang... @}--- Adam: Cinta = Nurul Akasyah ---{@Sesekali Akasyah akan tersenyum pada Liana dan Khalid. Entah kenapa aku sering kali terpaku dan terpukau dengan senyumannya yang seindah suria itu. Aku harus mengakui, senyumannya memang menarik dan memikat hati. Barangkali dia mengingatkan aku pada Sofea Adeilah. Kalau adik bongsuku itu yang tersenyum, tak ubah macam Akasyah juga. Nampak sangat comel, manis dan manja! Mungkin itu antara sebab aku tidak pernah sampai hati memarahi Akasyah. Dan dia juga memiliki sepasang mata yang mencerminkan sifat nakalnya. Anehnya, sepasang mata yang nakal itu mudah teruja dengan benda-benda yang remeh pada pandangan orang lain. Misalnya, Akasyah sentiasa merasa kagum pada pelangi. Dia juga suka memerhati patung-patung yang terbang berkeliaran di sekitar taman sekolah. Matanya itu pasti akan bersinar penuh rasa takjub."Hah, anak teruna termenung!" sergah Akasyah tiba-tiba. Dia meletakkan dulang kosong di atas meja dapur.
Aku sekadar tersenyum. Mengesot sedikit memberi laluan kepadanya. Kak Maya mengisi kembali dulang tadi dengan lemang yang baru. Rendang Tok juga turut ditambah.
"Kaduk, Ain tak datang ke?" tanya Akasyah sambil tangannya sibuk membetulkan tudung. Dia ini memang pantang kalau terserempak dengan cermin!
"Dia dah datang minggu lepas dengan keluarga dia.""Iya ke? Kalau macam tu, bagilah nombor telefon dia. Aku nak sembang dengan dia.""Sembang apa?" Aku jadi curiga."Ada lah." Katanya sambil tersenyum nakal.
"Tak boleh! Nanti kau pengaruhi Ain dengan benda yang bukan-bukan. Jangan nak ajar Ain tu bergosip pula. Dia budak baik tau." Usikku.
"Aku bukan jenis yang suka cerita hal orang lain. Dan... aku tak ada masa nak bergosiplah! Minggu depan aku ada testo..." Dia sudah menarik muka empat belas.
Aku jadi serba-salah kerana berlebih-lebihan mengusiknya hari itu. Aku sudah sedia maklum yang dia sentiasa sibuk dengan bermacam-macam jenis 'testo' atau ujiannya yang hampir ada setiap minggu di Ambang Asuhan Jepun itu. Dia sendiri selalu mengadu akan hal itu pada aku. Dan lagi, Akasyah bukannya perempuan mulut murai. Dia hanya suka bercerita benda-benda yang disukainya sahaja.
"Syah...""Apa?""Aku minta maaf. Aku bergurau aja tadi."
"Sudah dimaafkan..." ujarnya seraya tersenyum manis. Lalu untuk sekian kalinya hatiku makin terpaut lagi dengan senyuman itu.
"Dah bersembang dengan Ammar kau?"Akasyah membulatkan matanya yang nakal itu besar-besar. "Bukannya Ammar kau lah! Sudah-sudahlah mengusik kami, Kaduk." Katanya lagi sebelum berlalu."Adik, pergi main laptop dekat bilik ye. Kak Chik nak tidur..." Pintaku pada Adeilah. Adeilah yang mendengar kata itu segera bangkit dari meja belajar aku suatu masa dahulu.
"
Sorry..." Ucapnya sebelum menghadiahkan dua kucupan di pipi kiri dan kanan Akasyah.
"Tak apa." Jawab aku dan Akasyah serentak.
"
Goedenacht..." Adik manja mengenyit mata sebelum berlalu.
"
Nacht..." Jawabku.
"
Oyasumi nasai..." Jawab 'bunga sakura'ku.
Adeilah ketawa. "
Oyasumi Kak Syah..." Dan si 'bunga sakura' turut sama ketawa.
Indahnya saat ini, Tuhan!
Credit:
Selawat Syifa' -
Darussyifa'
Rnysa: Insya-Allah, pada 1-12 Jun ini saya akan mengerjakan umrah. Tolong doakan supaya saya dapat menunaikan ibadah ini dengan tenang dan sempurna. Dan, tolong doakan supaya saya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh tersebut dan hari-hari yang mendatang.