BAB 8(Petikan dari novel RADHA - Bab 34: m/s277-279 & Bab 38: m/s312-313)
@}--- Adam: Cinta + Nurul Akasyah = Dunia? ---{@"....Things do not change; we change...."
Demikian kata-kata
Henry David Thoreau, seorang US author of Transcendentalist movement di dalam bukunya tulisannya, Walden yang diterbitkan pada tahun 1854. Kata-kata itu mungkin mengambil kesimpulan dari ayat Quran (ar-Ra'd : 11) yang menyebut:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Kata-kata Henry David Thoreau itu aku lontarkan pada mama. Mama perlu berubah. Cukup-cukuplah memandang terlalu tinggi pada Nur Jannatul Adnain. Pujian melambung-lambung akan kebaikannya. Sudah-sudahlah bercerita mengenai perkara yang sudah lepas.
"....Bukannya dia yang jadi menantu mama. Bukannya dia yang jadi isteri Adam..." Kataku dengan nada tegas.
Kenapalah mama suka mengungkit-ungkit sepotong cerita semalam? Aku naik bosan mendengarnya. Kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan Akasyah (sama ada kekurangan atau kelemahan Akasyah), sudah pasti hal Ain akan dibangkitkan semula. Kalau tidak pun, nama Wawa pun naik. Tak habis-habis lagi rupa-rupanya marah mama pada aku kerana menolak pilihan hatinya.
"....Dulu mama juga yang cakap mama terima saja pilihan Adam. Akasyah tu okey. Dah kahwin macam-macam pula ceritanya..." Aku mengeluh.
Papa hanya diam di bangku panjangnya. Membiarkan saja 'perbincangan' kami berlangsung. Lampu bilik tidur mama dan papa yang suram ini bagaikan memahami diri aku yang sedang rawan.
"Sebab Adam tak pernah cerita pada mama yang Akasyah ada penyakit macam tu..."
"Adam tak cerita sebab Syah dah sihat..."
"Sihat? Yang dah
cramp sampai tak boleh bercakap tadi tu... Adam kata dah sihat? Macam tu Adam boleh kata Akasyah dah sihat?"
"Manalah Adam tahu nak jadi macam tadi. Dah sakit nak datang, nak buat macam mana..." Aku sendiri buntu. Mataku bersatu dengan mata papa.
Could you please say something, papa?"Adam mengaku Adam yang bersalah dalam hal. Sebagai suami, Adam patut ambil berat tentang isteri Adam..." Kata aku, akhirnya.
"Adam sepatutnya berterus-terang dengan mama..." Tekan mama. "Nanti orang tuduh mama dera Akasyah buat kerja-kerja berat..."
Bagaimana pula penderaan perasaan, mama? Akasyah tahu yang mama lebih sayangkan Ain daripada dia. Tadi waktu tengah makan kenduri, mama terlebih mesra sangat dengan Ain sehinggakan menantu mama terasa hati. Dan hati anak mama pun turut 'tercedera' sama.
"Mama memang sukakan Ain. Betul kan, Kaduk?" Kata Akasyah perlahan.Tanganku terhenti seketika menggaul nasi beryani. Aku lihat mata Akasyah memerhati gerak-geri mama dan Ain dari jauh.
"Mama dah kenal Ain sejak Ain baru lahir lagi..." Aku tidak tahu sama ada jawapan itu memenuhi skema jawapan Akasyah atau tidak. "Jangan panggil abang dengan nama 'Kaduk' lagi. Kita kan dah jadi suami isteri..."
Dia terdiam.
"Syah, tengok mata abang." Aku memaut dagunya supaya memandang wajahku. "Jangan fikir sangat pasal mereka. Ingat apa Abang Salaam pesan tadi? Jaga kesihatan, jaga emosi? Stress pun boleh jadi punca cramp tau tak?" Sebelah lagi tanganku memicit bahu Akasyah yang masih terasa keras dan tegang.
Nasi beryani disuakan semula ke mulut Akasyah.
"Tak nak makan. Tak ada selera..."
"Arahan dari Abang Carl Duke Adam, pesakit kena makan. Lagipun ini kan kenduri kita berdua. Takkan nak mogok lapar masa kenduri? Tak baik merajuk depan rezeki..."
Usai entah berapa kali pusingan 'debat ala parlimen', aku pun keluar dari kamar mama dan papa. Di hadapan mak ayah Akasyah, Haji Othman dan Hajjah Nur Iman, dalam sesi sebelumnya aku sudah memohon maaf bagi pihak Akasyah dan diri sendiri kerana menyembunyikan hal ehwal kesihatan Akasyah. Waktu itu mama dan papa hanya menjadi pendengar sahaja. Sebaik sahaja orang tua Akasyah tiada, aku dipanggil masuk ke bilik mama pula.
Sekarang aku betul-betul memerlukan rehat mental dan fizikal. Mendengar celoteh Akasyah dan Adeilah buat aku boleh tersenyum semula.
"Macam mana?" Soal Akasyah sejurus selepas Adeilah menutup pintu. Dan tanpa berkata apa-apa, aku terus merebahkan tubuh di sisinya.
"Abang?"
"Selamat tidur kekasih hatiku..." Ucapku dengan nada lagu SO7 "Sephia". Cuba menghiburkan Akasyah dan diri sendiri.
"Ni dah sampai nyanyi lagu Sheila On 7... mesti kes teruk, kan?"
Aku tergelak. "Tak teruk sangatlah. Saja-saja saya nak nyanyi lagu kesukaan awak suatu ketika dulu..."
"Hmmm... dah 'saya-awak' pula ni. Mesti tahap masuk ICU dah ni?" Dia ketawa. "Ada hati yang patah ke?"
"Ya. Doktor Nurul Akasyah saja yang boleh merawatnya..." Lampu meja sisi pun dipadamkan.
Ayat-ayat Tuhan sudah dihembus dan diusap ke seluruh badan. Namun aku masih terkebil-kebil lagi dalam kegelapan. Mata, cepatlah tidur!
"Kenapa tak tidur lagi, Adam? Kamu tak mengantuk?"Aku menoleh. Sapaan grandma Aisyah mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Pantas aku menggeleng. Senyuman aku lemparkan padanya."Macam mana kamu rasa sekarang? Bertambah baik?" tanya grandma lagi."Semuanya okey. Cuma tengkuk ni rasa lenguh sikit." Penyokong yang melingkari pangkal leher aku ini memang membatasi pergerakan. Rasa terseksa sungguh."Grandma faham kamu rasa tak selesa... tapi ia takkan lama. Percayalah... kamu akan pulih tak lama lagi. Yang penting sekarang, kamu perlu banyak bersabar dan berdoa." Pesan grandma sungguh-sungguh, penuh rasa kasih sayang.Aku mengangguk lemah. Kemalangan yang menimpa diri aku tempoh hari hampir sahaja meragut nyawaku. Sepatutnya aku perlu bersyukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan meneruskan kehidupan. Bertemu dengan orang-orang yang aku sayangi. Hampir sebulan aku terlantar di hospital dan bergantung hidup pada ubat-ubatan. Segala yang berlaku membuatkan aku mempunyai perspektif yang berbeza terhadap kehidupan. Setiap detik dirasakan sangat bermakna dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu mensia-siakannya begitu sahaja. Pandangan dilemparkan ke luar jendela. Pesawat MAS ini terus meluncur membelah awan-gemawan yang memutih mewarnai hamparan langit yang membiru. Subhanallah! Indah sungguh alam ciptaan Tuhan.Akasyah... mengapa wajah dia yang bermain-main di ruang mataku? Terbayang wajahnya yang sayu itu, aku digamit rasa pilu. Akasyah, bukan kau sahaja yang sedih dengan perpisahan ini. Aku jua merasainya. Malah lebih dalam lagi lukanya kerana aku yang memulakannya. Perbualan aku dan Akasyah beberapa jam tadi masih kukuh di ingatan. Mengundang pelbagai rasa yang sukar dimengerti. Sukar ditafsirkan.Aku merenung jauh. Sukar bagi aku melafazkannya tetapi keadaan memaksa aku berbuat begitu. Aku tidak mahu dia kecewa di kemudian hari. Dia sahabatku. Aku mahu lihat dia gembira pada hari yang mendatang walaupun kegembiraannya itu bukannya bersama-sama dengan aku. Seboleh-boleh aku mahu dia lupa sama sekali apa sahaja perasaan yang pernah aku curahkan kepadanya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.Namun setelah mencurahkan segala-galanya yang terbuku di hati, tidak semena-mena aku lihat matanya sudah bergenang. Aku dicengkam rasa bersalah yang menggunung. Tidak terdetik pun di benakku untuk membuat dia dirundung kesedihan. Bebola matanya merenung aku yang kini tidak mampu lagi berdiri dengan sendiri, memerlukan bantuan kerusi roda.Aku sudah kehilangan kata-kata. Membiarkan kesepian mengisi ruang antara kami waktu itu. Setidak-tidaknya aku memberikan peluang untuk dia mempertimbangkan cadangan aku."Aku akan tunggu kau sebagai kawan."Aku mengeluh dalam hati. Kata-kata terakhirnya itu terus berputar dan berputar di dalam kotak mindaku. Bukan itu yang aku mahu, Syah. Kenapa susah sangat hendak kau turut kata-kataku. Selama ini mudah sahaja kau menerima sarananku tetapi kali ini kau bertegas dengan keputusan kau. Jadi, aku juga akan lakukan perkara yang sama. Aku mahu lupakan segala-galanya yang indah yang pernah aku mimpikan tentang kita.Mama, kali ini Adam nekad. Adam tak mahu lupakan mimpi-mimpi indah bersama-sama Akasyah! Desis hatiku.
Perlahan-perlahan aku bangkit dari katil. Telefon bimbit dari meja sisi. Langkah diatur ke arah balkoni. Pintu cermin ditarik. Cepat-cepat aku keluar sebelum Akasyah tersedar.
Tangan segera mencari nama seseorang dalam senarai
address book. Ammar. Butang dail ditekan. Telefon dibawa ke telinga.
Harap Ammar tak tidur lagi, doaku dalam hati.
@}--- Ammar Iskandar: Cinta = Ilmu ---{@Books are the carriers of civilization. Without books, history is silent, literature dumb, science crippled, thought and speculation at a standstill. I think that there is nothing, not even crime, more opposed to poetry, to philosophy, ay, to life itself than this incessant business. ~ Henry David Thoreau
Saya meletakkan
bookmark itu kembali pada tempatnya. Buku ditutup dan disimpan ke dalam laci. Menarik juga buku Walden yang dipinjam dari Adam ini. Sesekali membaca buku penulis falsafah barat pun seronok juga. Sesuatu yang baru.
Kini saya berada jauh tengah samudera. Hanya lautan luas semata-mata. Langsung tak nampak daratan apa pun. Kalau waktu malam terlihat juga kelip-kelip cahaya lampu daripada telaga-telaga minyak lain yang berceracak di sekitarnya. Anehnya kala siang tidak pula ternampak pelantar yang berjiran dengan kami itu pada mata kasar. Jarak yang teramat jauh antara satu dengan lain.
Laut tidak selalunya tenang. Adakalanya ribut melanda dan ombak menjadi ganas. Tak putus-putus doa dipanjatkan di dalam hati agar segalanya selamat.
Naskah Al-Quran dicapai. Muka surat yang bertanda surah Al-Waqiah dicari. Baru saya perasan rupa-rupaya satu lagi penanda buku dari Walden terjatuh. Segera saya mengutipnya dari lantai.
The future of work consists of learning a living. ~ Marshall McLuhan Saya membacanya sambil senyum panjang. Banyak pula
quote bekas ketika pelajar saya yang seorang ini.
@}--- Adam: Cinta + Allah = Kekal Abadi ---{@ Genap setahun selepas tragedi yang hampir meragut nyawa. Kehidupan tidak banyak berubah. Benarkah begitu? Masa telah menyaksikan aku sudah berubah menjadi seorang Carl Duke Adam yang beda. Dan kenapa pula aku masih cuba menafikan?Aku sebenarnya sedang belajar daripada kekeliruan dan kegagalan masa lalu. Bukankah kerap aku benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan? Benar dalam prinsip tetapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam kehidupan memesankan agar kita mengakui terus-terang kekeliruan dan kelemahan diri. Oleh itu, penting untuk menyusun paduan masa datang serta mengendalikan kehidupan, cita dan agama. Dalam kekeliruan kita dapat mengambil makna dan guna. Kita keliru kerana kita telah berbuat kesilapan. Namun ia juga berjasa kerana telah membuka mata kita. Dan, dari situ juga kita berupaya memecahkan sudut-sudut yang gelap dalam diri.Pandangan jatuh pada Ammar yang sedang menolak kotak yang terakhir ke bahagian tepi kanan bilik. Kotak-kotak yang sudah siap tersusun itu nanti hanya menanti masa untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan kapal laut. Aku sekadar memerhati. Hendak juga membantu tetapi ditegah oleh Ammar. Dia kata aku tak boleh buat kerja berat. Aku berterima kasih dengan sikap prihatin semua orang, tetapi kadangkala bosan juga kerana asyik dilayan seperti orang sakit.
Ammar masih seperti dahulu. Hatinya tidak bergelora seperti aku. Tetap tenang seperti selalu."Lupa pula Ammar pergi
offshore!" Baru teringat sahabat aku itu sekarang berada di Bintulu, Sarawak. Apabila hati tak tenang begini baik solat sunat... atau baca Quran sahaja. Baca surah Ad-Dhuha dan Al-Insyirah. Dapat tenangkan fikiran, ilmu pun bertambah.
"Bodily exercise, when compulsory, does no harm to the body; but knowledge which is acquired under compulsion obtains no hold on the mind." Plato (428-348 BCE)
Rnysa: Saya ingin memohon kemaafan daripada semua
family online (e-family) saya selama perkenalan kita sejak 23 Oktober 2003 sehingga ke saat ini. Sama ada pernah saya terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersilap tulis, tersalah tingkah, tersadung langkah, terlambat
update blog, terlambat datang apa-apa
event, ter
miss Pesta Buku tahun ini, dan
ter-ter yang lain... yang sengaja atau tidak disengajakan, yang sedar atau tidak sedar. Harap dimaafkan seorang insan biasa yang bernama Rnysa/Anis/Dang Anis ini.
My Lovely E-Family:1. Tetamu blog saya - rnysa.blogdrive.com dan synar-hikari.blogdrive.com
2. Jemari Seni (Kak Noor Suraya, Kak Mariah & Abang Rosdi)
3. Penulis Jemari Seni (Kak Ruby, Hlovate, Imaen, Kak Khairyn, Kak Manjlara, Abang John, Kak Nazurah, Syud, Aidil, Prof. Ismad, Kak Iman Xara dan Kak Nazawati)
4. Dang 8 Bersaudara
5. Kaum kerabat Geng Ulat Buku dan Geng Kicap
6. Pembaca RADHA, Albatros dan teman-teman chatting
Insya-Allah, panjang umur kita jumpa lagi :)