BAB 9@}--- Akasyah: Jangan bersedih ---{@
17 September 2008
Hari ini adalah hari lahir Carl Duke Adam. Alhamdulillah, dia sudah mencecah usia 26 tahun. Dia pun semakin matang dari hari ke hari. Sesuai dengan statusnya sebagai seorang suami dan bakal ayah@walid.
Pada hari Ahad yang lalu kenduri doa selamat telah pun berakhir dengan penuh drama. Adegan suka dan duka. Begitulah realiti hidup seorang yang bernama Nurul Akasyah ini.
Aku baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan dengan kenalan kepada Doktor Salaam yang bertugas di PPUKM. Sebenarnya aku lebih suka dirawat di Hospital An-Nur Khadijah sahaja, tempat di mana aku bakal melahirkan anakku. Dan aku sudah ada Doktor Khalidah Khuwailid iaitu doktor O&G aku. Tapi masih Kaduk bertegas mahu kesihatan aku dipantau oleh Doktor Salaam. Macamlah Hospital An-Nur Khadijah tiada doktor pakar bahagian neurologi.
"Parkinson ialah gangguan neurodegeneratif - kemerosotan saraf - yang berlaku secara berperingkat. Ia menyebabkan pesakit mengalami gejala gangguan motor seperti terketar-ketar, pergerakan luar kawalan, kekakuan dan kelemahan otot yang lama-kelamaan bertambah teruk. Ramai orang mengandaikan bahawa otot yang kaku atau kekurangan daya pergerakan sebahagian daripada proses meniti hari tua, pada hal semua ini simptom Parkinson," terang Doktor Taufiq, Pakar Runding Neurologi, dengan panjang lebar.
Menurut kata Doktor Taufiq lagi, walaupun tiada ujian khusus yang dapat mengesahkan penyakit ini, doktor ialah orang yang paling layak untuk menilai keadaan individu dan mengesahkan penyakit berasaskan gejala yang diketahui, agar rawatan boleh dimulakan.
Memanglah... takkan jurutera pula nak buat penilaian tentang penyakit.
"Lebih awal diagnosis dibuat, lebih cepat rawatan boleh dimulakan dan pesakit akan lebih berdikari, yakin dan mudah bergerak," jelasnya lagi.
"Macam itu juga harapan kami, doktor." Sahut Kaduk.
"Rawatan awal sangat penting kerana Parkinson sehingga kini tiada penawar. Rawatan semasa yang diberi hanya bertujuan untuk mengawal gejala agar pesakit boleh meneruskan hidup sebaik mungkin." Doktor Taufiq memberikan senyum kepadaku.
Aku senyum segaris. Masih risau tentang keadaan kandunganku. Semalam aku sudah buat sedikit research di Internet. Bertemu dengan laman National Parkinson Foundation. Cari punya cari akhirnya aku jumpa juga ubat Benzhexol yang aku pernah makan sewaktu belajar di Jepun dahulu di dalam link Treatment Option. Dan aku terpaku lama di depan laptop. Sebab terlalu terkejut setelah melihat side effect atau kesan sampingan ubat tersebut.
----------------%%%%%%%%%%%%%%%%%%%----------------Anticholinergic medications:
- Biperiden HCL (Akineton)
- Benztropine mesylate (Cogentin)
- Procyclidine (Kemadrin)
- Trihexyphenidyl (Artane)= Benzhexol
Side effects may include dry mouth, blurred vision, sedation, delirium, hallucination, constipation, and urinary retention. Confusion and hallucinations may also occur.
Anticholinergic medications are the oldest class of medications available for Parkinson's disease. Anticholinergic medications may reduce tremor or rigidity. They can be taken alone or in combination with levodopa. These drugs are rarely used in elderly patients or those with cognitive problems, because increased confusion can be one of their side effects.
----------------%%%%%%%%%%%%%%%%%%%----------------Hari ini aku dapat ubat yang baharu. Yang sesuai untuk ibu mengandung. Aku sangat sedih sekali saat Carl Duke Adam menyimpan ubat-ubat itu di dalam tas tanganku. Wajahnya sukar ditafsirkan. Mungkin kerana saat ini adalah hadiah hari lahir 'paling teruk' yang pernah dia terima seumur hidup.
I'm pregnant. I have parkinson disease."Sabar ya. Abang, jangan sedih
..." Ucapku perlahan dengan tangan yang masih terketar-ketar sejak pagi tadi. Tiba-tiba saja tanganku berketar-ketar sangat kuat sewaktu sedang memandu ke tempat kerja. Sebab itu Kaduk terpaksa mengambil cuti kecemasan dan membawa aku ke hospital pada hari ini.
Tika itu aku lihat matanya sudah berkaca. Terus aku usap pipi kanannya.
Kaduk, janganlah menangis pulak...Dia tunduk dan menghembus nafas perlahan. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah, merenung mata danl menggenggam tanganku.
"Jom kita pergi makan. Laparlah..." Dia bangun dari bangku. Kemudia segera memapah aku bangun.
Aku sudah kehilangan kata-kata.
@}--- Adam: La Tahzan ---{@Kami berjalan beringinan menuju ke kafeteria yang terletak di blok klinikal. Masing-masing diam membisu.
Rawatan awal sangat penting kerana Parkinson sehingga kini tiada penawar... Ayat itu berputar-putar dalam fikiran aku saat ini.
Kenapa mesti dia, Tuhan? Bisik hatiku saat bersapa dengan mata Akasyah.
Setibanya kami di kafeteria, kami terserempak dengan seseorang yang amat dikenali. Siapa lagi kalau bukan Nur Jannatul Adnain.
Dia juga kebetulan terpandang ke arah aku. Dia senyum, aku pun senyum. Matanya beralih pula pada Akasyah di sebelah.
"Macam mana boleh sampai sini?" Tanya Ain sesudah memberi salam.
"Tadi Syah sakit masa driving on the way nak pergi kerja. Call Abang Salaam. Dia suruh Adam bawa Syah datang sini jumpa Doktor Taufiq" Jawabku.
"Oh, Doktor Taufiq tu kawan abang..." Katanya pula. "Bukan Syah dah dapat MC ke?"
"Ya, MC tiga hari. Tapi pagi tadi ada technical problem. Sebab Syah yang in charge mesin tu, nak tak nak kena pergi juga. Kena tengok technican buat kerja. Lepas ni pun kena terus pergi Banting..." Balas Akasyah dengan suara perlahan.
@}--- Akasyah: Jangan mengalah. Berusaha! ---{@
Si Ain yang manis itu sudah berlalu pergi. Waktu rehatnya sudah tamat. Kafeteria penuh. Kami terpaksa berkongsi meja dengan seorang adik yang sedang melukis. Katanya, sedang tunggu abah datang jemput. Kaduk meninggalkan aku dan pergi membeli makanan.
"Nama siapa?"
"Adriena. Kakak?" Dia meletakkan pensel warna LUNA di atas meja.
Tangan dihulur dan kami bersalaman. Tanganku terasa macam terkena
current sekejap. Pernah waktu musim sejuk aku memulas tombol pintu, lalu tangan terkena kejutan elektrostatik. Dia mengucup tanganku dengan sopan. Kulihat wajahnya selamba sahaja. Agaknya aku seorang saja yang rasa agaknya. Budak ini jadi pengalir cas aku!
"Nurul Akasyah. Boleh panggil Kak Syah..." Kataku sambil merenung lukisan yang sedang dilakar oleh adik 'pengalir cas'. Sawah padi yang luas menghijau. Kapal terbang sedang melintas. Orang-orang di tengah sawah.
"Lawat orang?" Aku sekadar berbahasa.
"Tak, ada
appointment dengan doktor."
"Oh, sakit apa?"
"
Schizophrenia. Kakak?"
"Parkinson. Tapi nanti kena buat
CT scan semua lagi. Nak pastikan..."
Adriena mengangguk.
"Adik pula macam mana?" soalku lagi
"Tiap-tiap bulan kena jumpa psikiatrik." Dia menyambung kembali aktiviti warna kapal terbangnya.
Eh, adik ni sakit apa sampai jumpa psikiatrik. Nampak 'sihat' saja. Gambar kapal terbang yang dia lukis pun nampak profesional. Skizofrenia? Tak pernah dengar pun nama penyakit tu.
"Belajar dekat mana?"
"UniKL MIAT."
"Oh, yang dekat Dengkil sana. Akak kerja dekat Pusat Angkasa Negara. Pernah juga dapat jemputan dari UniKL MIAT kalau ada
korang buat
event ke
seminar ke... Tapi setakat ni tak pergi lagi lah. Tak ada rezeki lagi nak jejak MIAT.."
Adriena ketawa kecil mendengar peneranganku.
"Pusat Angkasa Negara. Akak kerja bahagian mana?"
"Pusat Kawalan Misi..."
"Mesti seronok kan. Ambil budak praktikal tak?" Tanya Adriena dengan penuh semangat.
"Boleh
apply..." Ucapku ceria. Gembira sebab ada orang juga memilki minat yang sama denganku.
Aku merenung Adriena dan lukisan sawah padinya. Hatiku terus berbicara sendiri...
Pada sawah hijau aku tebarkan pandangan seluas angkasaKerana di situ aku bakal bertemu dengan si diaUntuk kali yang pertama...
Dia. Adik pengalir cas!