:: Rnysa's Homemade Cookies ::
 gambar hiasan semata-mata
*Penulis rnysa
Emel Penulis relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk
**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com
Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori
B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987
Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL
Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac
Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.
~ Hak Cipta Terpelihara ~ Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.
E-Novel Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu?
 The compilation of RADHA & RADHA 2 in edisi cetak
Cinta Sofea
"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."
Bahagian Satu 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 11 | 12 | 13
Bahagian Dua 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat 27 | 28 | 29 | 30
** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)
Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12
1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}
|
Generasi 99
Intro
Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
E-Cerpen
Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)
edisi cetak
Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6
Albatros [HiKaRi]
Intro
Tingkap dapur Rnysa
|
|
|
 |
|
Sunday, June 14, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=10.0}
BAB 10(Petikan dari RADHA novel cetak: Bab 46) @)--- Akasyah: Terima Kasih Cinta! ---{@Makkah Al-Mukarramah; April 2008 Di sisi kanan pintu King Fadh no. 79 ke Masjidil Haram terpampang sebuah LED scrolling message board yang mempaparkan suhu dan masa semasa kota penuh barakah ini - 42 darjah celcius, jam 3.42 petang. Kami baru sahaja tiba dari mengambil miqat di Masjid Bir Ali semasa dalam perjalanan selama 5 jam dari Kota Madinah Al-Munawwarah menuju ke Kota Makkah Al-Mukarramah. Aku tergamam seketika. Bagai tidak percaya sudah tiba di Masjidil Haram. Maka benarlah janji Tuhan dalam doa haekal yang ke-5 yang sering aku baca. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dia berkata : " Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepada Engkau, Ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang disukai. Sesungguh Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bawasa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki masjidil haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.
Benarlah, rasa aman itu Tuhan jelmakan dalam hati. Rasa tenang mengganti rasa takut. Sejak berada di Madinah lagi, ketenangan itu hadir dalam jiwa. Sewaktu itu azan baru sahaja berkumandang dari corong menara Masjidil Haram menandakan masuknya waktu solat fardu Asar. Kami yang sudah tiba agak lewat menunaikan solat di lantai marmar luar pintu masjid sahaja kerana jemaah yang bersolat melimpah-ruah sampai ke luar kawasan masjid. Kata mutawwif dalam bas tadi, hari Khamis dan Jumaat merupakan hari cuti bagi orang di sini. Tambahan pula hari ini hari Khamis malam jumaat, makin ramailah orang di Masjidil Haram. Aku menoleh ke belakang, memerhati kumpulan burung merpati sedang mematuk butiran gandum yang ditabur di sekitar kawasan anak tangga dan kaki lima menuju ke perkarangan masjid. Kaduk berdiri di hadapan dengan kain ihram memilit di badan. Dia sudah bersedia mahu melangkah masuk ke perkarangan Masjidil Haram. "Ainul Mardhiah, sudikah kau menemaniku mengunjungi Baitul Haram..." Bisiknya ke telinga aku sambil matanya melirik ke arah pintu masuk Masjidil Haram di hadapan kami. Air mata pun mengalir perlahan. Tanda syukur pada-Nya. Tanda terima kasih Tuhan kerana menggerakkan hati si dia memberi hadiah yang tidak ternilai ini. Terima kasih, cinta! Ini bukan lagi sebuah mimpi. Aku beralih menghadap skrin komputer pula. Bibirku tersenyum lebar apabila membuka kantung e-mel pada malam ini. E-mel yang terpampang dibaca perlahan."Konnichiwa! Lama betul tak dengar berita dari Jepun. Maklum sajalah, sejak Adam terbang ke sana, kau pun senyap juga. Sampai hati lupakan teman di Malaysia ni. Aku kecil hati tahu. Ingatkan nak belanja nasi lemak kegemaran kau. Tapi rupa-rupanya ada orang tu balik bercuti senyap-senyap. Takut aku minta omiyage? Oh ya, bagaimana dengan rancangan kau nak pergi umrah ke Mekah? Bukankah dulu kau kata nak ke sana lepas graduate? Sekarang macam mana? Kau masih tak dapat cari mahram untuk temankan kau ke sana agaknya. Aku ada satu cadangan. Apa kata kau nikah sahaja cepat-cepat. Dan honeymoon nanti ajaklah suami kau sekali. Idea yang bagus kan? Akhir kalam, sampaikan salam sayang pada Nur Jannatul Ma'wa. Katakan dari abang Firdausnya.
Mr. Firdaus Aliff "
Aku tersenyum membaca e-mel tersebut. Sememangnya aku rasa bersalah pada Firdaus. Sebelum ini aku yang berjanji akan menziarahi dia apabila aku pulang bercuti. Tetapi bukannya cuti yang baru lepas. Entah dari siapa dia tahu aku pulang cuti musim bunga bulan Mac yang lalu. Pantas aku menekan papan kekunci dan membalas e-mel Firdaus."Konnichiwa... Dr. Firdaus. Maafkan aku. Sebenarnya sengaja tak mahu sensasikan berita kepulangan aku hari tu. Aku mahu habiskan masa dengan keluarga sahaja. Insya-Allah, aku akan serbu Hospital Selayang cuti yang akan datang ;) Kau mesti belanja aku okey! Berkenaan tentang rancangan aku yang satu tu... hingga ke hari ni masih tak kesampaian. Susah betul nak cari masa yang sesuai. Ada saja masalah yang timbul. Memang molek benar cadangan kau tu. Macam tahu-tahu saja. Sememangnya aku sudah berhajat untuk ke sana dengan suami aku nanti. Apa pun, kena tunggu sahaja masa itu tiba. Doakan aku ya!
Miss Arisa Akasyah"
Aku membaca sekali lalu e-mel yang sudah siap ditaip sebelum dihantar. Aku berharap Firdaus tidak benar-benar kecil hati."Sepupu Wawa, Firdaus.... dia kirim salam." Kataku pada Wawa yang sedang berbaring."Sepupu? Firdaus yang mana ni?" gadis manis itu menyoal aku kembali. Dahinya berkerut memikirkan 'Firdaus' yang aku maksudkan."Mohd Firdaus Mohd Aliff." Balasku. Gadis itu tersenyum panjang. "Itu Angah Wawa. Mana Syah kenal?" katanya lagi sambil ketawa kecil. Angah? Aku terkejut besar. "Tak percaya? Kan nama penuh Wawa... Nur Jannatul Ma'wa Mohd Aliff." Ya Allah! Masakan mereka berdua adik-beradik. Kenapa aku tidak pernah terfikir persamaan itu sebelum ini? Salah aku juga sebab kurang ambil perhatian tentang nama penuh seseorang. Tidak peka langsung! "Rupa-rupanya yang Angah sebut-sebut kawannya dari Jepun tu, Syahlah orangnya. Ingatkan siapa." Ujar Wawa sambil tersenyum-senyum lagi. Aku sedikit keliru di sini. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Masakan selama ini Firdaus berbohong pada aku. Tentang apa yang diceritakan tentang Wawa pada aku dahulu, apakah semuanya palsu? Aku bercerita pada Wawa tentang detik perkenalan aku dengan Angahnya. Tetapi sedikit pun aku tidak beritahu dia tentang gosip yang dibawa abangnya itu. Nampaknya aku perlu minta penjelasan yang sejujurnya daripada Firdaus. Apa motifnya bersandiwara dengan aku? Fikirku. "Harap Syah tak cerita apa-apa pada Angah. Dia rapat dengan Adam. Dia, Abang Salaam dan Adam tu satu geng sejak kecil lagi." Beritahu Wawa. Memang nak kena Si Firdaus ni! Padanlah dalam surat Kaduk dahulu ada menyebut nama Firdaus. Aku sahaja tidak tahu mereka sudah berkawan sejak kecil lagi. "Dalam ketawa raut wajahmu menyimpan secebis duka. Duka yang kau tidak pernah kau kongsi denganku. Kau hanya luahkan pada Firdaus Alif. Aku sedikit terkilan. Kau sudah pandai berahsia denganku." Ah, siapa yang cuba berahsia dengan aku sekarang? Aku memadamkan lampu bilik lalu mengambil tempat di sebelah Wawa. Fikiranku merewang-rewang entah ke mana. Akhirnya aku dibuai lena. Seawal jam tiga pagi aku sudah duduk berteleku di atas sejadah. Mataku tertumpu pada naskhah Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Menghayati ayat hafalanku seperti pagi-pagi sebelumnya. Selesai ulang baca beberapa kali langsung aku mendirikan solat berjemaah dua rakaat bersama Nur Jannatul Ma'wa. Usai solat dan menyemak semula bacaan hafalan tadi, telekung dan sejadah dilipat elok dan kemudian disangkut pada bangku. Mataku tertarik pada telefon bimbit yang berkelip memancarkan cahaya. Mesej agaknya, bisik hati kecilku. Bulat mataku tatkala membaca mesej yang tertera itu. Jantungku berdegup kencang. Masakan dia tahu. Mungkinkah Firdaus...Ainul Mardhiah, sudikah kau menemaniku mengunjungi Baitul Haram - C.D.ASaat ini bibirku bergetar. Perasaan sukar dimengerti. Kelopak mata sudah berat. Akhirnya aku mengorak senyuman dan hatiku berbunga bahagia. Carl Duke Adam, adakah ini jawapan kepada segala teka-tekimu selama ini?
Posted at 05:03 am by anrys
 |  |  | Ieda July 8, 2009 07:19 PM PDT
Akak, biler nk kuar RADHA 2? |  |
  |  |  | jashifa July 2, 2009 07:07 PM PDT
akak sambung la cepat..
kenapa byk sgt post ug lama2 punya nie.. |  |
  |  |  | Ira June 28, 2009 05:06 PM PDT
k.anis..
sambung la cepat..hehe..
best la..
saya tertunggu2 nak baca kisah ni..
bila nak ada dlm edisi cetak??
hope k.anis sihat sll..=) |  |
  |  |  | kakmOn June 23, 2009 12:46 AM PDT
Salam Anis, rupanya sudah berlepas dan dah selamat sampai pun. Ampun tak sempat nak kirimkan baju ihram itu, lalainya kakmOn :(
p/s kakmOn jadi rindu tanah suci itu bila membaca catatan mu. |  |
  |  |  | rania firdaus June 16, 2009 11:35 PM PDT
salam, kak anis.. selamat pulang.. moga saya dapat ikut langkah akak ke Tanah Suci, aminnn..
erm.. pasal pertukaran tu, saya memang bangga sekali kalau akak nak tukar buku akak dengan CDJ saya yang tak seberapa tu.. emelkan saja alamat akak, insya-ALLAH saya akan poskan sebaik saja saya dapat jejakkan kaki saya kat pejabat pos..
emel saya: raniafirdaus@yahoo.com
terima kasih.. |  |
  |  |  | Lina June 16, 2009 02:22 PM PDT
Salam kak,
selamat kembali ke tanahair... |  |
  |  |  | kaksu June 15, 2009 01:02 AM PDT
Alhamdulillah dah selamat pulang. Semoga sentiasa dalam rahmat Dia. Amin. |  |
  |  |  | MaY_LiN June 14, 2009 10:09 PM PDT
Alhamdulillah..
akak slamat smp..
smg akak bertambah sihat hendaknya.. |  |
  |  |  | Dang Kalas June 14, 2009 08:11 PM PDT
Salam Kanda Anis...
Selamat pulang ke tanah air...
Sangat 'kangen' dengan Tanah Suci...
=) |  |
|
|
|