:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Friday, July 03, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=11.0)

BAB 11
(Penulis: Miss Saffaa)


@)--- Dr. Adnain: Ujian Tuhan ---(@

I want Ain to break the news to her family.

Ain terdiam lama. Mata Ain memanah Dr.Pathma dengan riak tak percaya. Ain? Kenapa bukan Dr.Pathma?

“Tapi Dr.Pathma...”

“Lama-lama pun Ain kena hadapi benda macam ni juga. Ain juga yang kena inform family patient Ain.” Dr.Pathma menutur monotoni.

Memang betul kata Dr.Pathma. Tapi, Ain rasa... rasa tak sanggup nak tengok muka mak dan ayah pesakit Ain tu. Kes ni sangat-sangat ‘abnormal’ untuk Ain. Pesakit Ain, yang berusia 12 tahun perlu dibuang rahimnya. Ya Allah! Ain sangat-sangat terkejut bila Dr.Pathma bagi diagnosis semalam.

Kalau ikut statistik, memang makin lama, makin ramai yang mengandung anak luar nikah. Dunia sudah terlalu tua. Sampai dah tak sanggup nak tengok kemaksiatan berleluasa lagi. Walaupun Ain baru berapa minggu di wad ni, Ain dah jumpa ramai sangat remaja-remaja yang datang ke sini untuk memeriksa kandungan mereka. Dan, pernah juga yang berbisik-bisik dengan Ain, minta tolong Ain gugurkan kandungan mereka. Astaghfirullah.... Ain tak pernah terfikir untuk tolong mereka melakukan kerja terkutuk macam tu. Biasanya, Ain akan suruh mereka ambil khidmat doktor psikiatri.

“Ain...”

Suara Dr.Pathma berbunyi lagi. Ain tersentak. Melihatkan muka Dr.Pathma yang penuh tanda soal itu, lama-lama Ain angguk juga. Tanda Ain bersetuju. Lagipun, inilah salah satu peluang Ain belajar berhadapan dengan emosi pesakit dan keluarga pesakit.

Ain perlu mencari kekuatan untuk bertemu dengan keluarga pesakit Ain ni. Di fikiran Ain ketika ini hanya satu sahaja. Allah! Ain ingin memohon kekuatan daripada-Nya.
Usai keluar dari bilik Dr.Pathma, Ain terus ke musolla. Kebetulan, Ain belum menunaikan solat duha, Ain melaksanakannya terus. Lama Ain berteleku. Mencari ketenangan, sekali gus kekuatan untuk berhadapan dengan keluarga pesakit Ain.



“Kenapa dengan anak saya doktor?”  Puan Salbiah menyoal Ain. Ain menangkupkan kedua-dua tangan Ain.

“Sebenarnya... anak Puan Salbiah mengandung. Ectopic pregnancy. Mengandung di luar rahim.” Ain lihat air mata Puan Salbiah turun makin laju. Ain telan air liur.

“Anak saya mengandung doktor?” Puan Salbiah tergeleng-geleng. Riaknya memancarkan rasa tidak percayanya.

Ain mengangguk. “Tiubnya sudah pecah agak lama. Dan pendarahan dalaman berlaku. Sekarang ni pula dah ada jangkitan kuman.”

Tangisan Puan Salbiah makin menjadi-jadi. Ain menghulurkan kotak tisu yang ada di atas meja Ain. Puan Salbiah menyambutnya.

“Dan... kami terpaksa buang rahim Erina.”

“Ya Allah!” Puan Salbiah menjerit tidak percaya.

Ain pula cuba mengawal emosi Ain. Agar tidak turut sama mengalirkan air mata. Ain tahan kolam mata Ain yang hampir melimpah.

“Sabar puan... pasti ada hikmahnya.”

Ain tarik nafas dalam-dalam. Ya Allah... beri Ain kekuatan. Ain tak pernah jadi ibu, Ain tak tahu macam mana perasaan ibu di hadapan Ain ni. Namun, Ain mohon agar beri Ain kekuatan untuk memberi sokongan pada ibu ini.



Ain berlari ke tandas. Kolam mata yang Ain tahan ni akhirnya pecah juga. Ain lepaskan semahu-mahunya di situ.

Pesakit Ain, Erina tu macam adik Ain. Baru umur 12 tahun. Bakal menghadapi UPSR tak lama lagi. Tapi, Ya Allah... siapa sangka dia bakal terjebak dalam ujian ini, dalam kemaksiatan ini. Wajahnya yang mulus itu membuatkan Ain rasa dia sebenarnya mangsa. Mangsa teman lelaki binatang, mangsa arus kemodenan, mangsa mereka yang sudah lupa untuk mempraktikkan agama dalam kehidupan harian mereka. Gejala sosial yang tak terbendung kebelakangan ini, Ain tahu semuanya punca bila manusia sudah lupakan Tuhan. Lupakan agama.

Ain capai telefon dalam poket kot putih Ain. Ain tekan butang nombor 2 beberapa saat. Serta-merta panggilan bersambung dengan Hanif.

“Assalamualaikum abang...”

“Helo Ain, abang tengah sibuk ni! Jumpa kat rumah je la malam nanti kalau ada apa-apa nak cakap.”

Tut... tut...

Ain merenung skrin handset. Talian telah diputuskan. Kenapa suami Ain sendiri tak nak dengar apa Ain nak cakap pun? Sibuk sangatkah sampai salam Ain pun tak berjawab. Ujian apa ini Ya Allah?



Posted at 06:15 am by anrys

sue
July 13, 2009   10:34 PM PDT
 
Judul atau tajuk e-novel nie apa ye..... boleh bg tau tak.... mcm best je jalan cerita nya
kaki
July 5, 2009   01:56 PM PDT
 
cam berat je story br ni,
xsabo den nk bace..hehehe

*sedih giler,asek terlepas peraduan je..huhu
nadiah_abdllah
July 4, 2009   02:44 AM PDT
 
owh.. nk lagi...
ain dgn husband mcm ada problem je...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry