:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Monday, August 24, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=13.00}

BAB 13

Aku mencari-Mu, Tuhan
Dari timur ke barat
Dari gelap ke terang

Aku terus mencari-Mu, Tuhan
Dalam kegelapan yang menutupi cahaya
Dalam bayangan yang merobek kenangan
Dalam hati yang melebihi kabut perasaan

Aku tidak berhenti mencari-Mu, Tuhan
Di celah senja Ramadhan yang berlabuh
Di antara sujud tarawikh dan witir yang saling bersatu
Di sebalik lantunan ayat kalam cinta-Mu nan agung


Dalam perjalanan mencari-Mu itu lalu kutemui dia
Yang juga sedang mencari cinta-Mu
Kerana dia kini aku semakin mengenal-Mu



@}--- Adam: Ramadhan@London ---{@
(Petikan asal dari RADHA versi cetak, BAB 18, m/s:147-149)

Sudah tiga kali aku menyambut bulan Ramadhan dalam musim sejuk di kota London ini. Alhamdulillah, selepas tiga tahun lebih aku belajar dan tinggal di London, aku menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang. Betul kata papa, London memang sesuai dengan jiwa aku. Aku pasti warga London yang lain akan bersetuju dengan aku jika aku katakan London tidak boleh digambarkan dengan satu perkataan sahaja. Ia adalah sebuah tempat yang meriah, sibuk, menyeronokkan, adakala mengelirukan, berbilang budaya dan agama, pantas, klasik, moden dan macam-macam lagi. Di sini bukan sahaja timur bertemu barat, tapi juga tempat di mana semua orang dari segenap negara di dunia ini bertemu. Boleh aku katakan London bukan sebuah bandar Inggeris yang 'tulen' lagi. Semasa aku menaiki bas atau 'tube' hanya kadangkala aku akan mendengar orang bercakap dalam bahasa Inggeris. Biasanya aku akan dengar orang berbual dalam bahasa Arab, Sepanyol, Itali, Perancis, Urdu, Swahili atau bahasa lain yang langsung sukar untuk difahami.

Toleransi antara berbilang bangsa yang diamalkan di sini juga jauh lebih baik daripada Malaysia. Walaupun begitu, orang lebih suka tinggal di kawasan di mana kebanyakan penduduknya adalah daripada bangsa mereka sendiri. Contohnya: Edgware Road popular di kalangan orang Arab, Chinatown sudah pasti dengan orang Cina, East London dengan orang dari Asia dan Afrika, dan South Kensington pula majoriti penduduknya adalah orang kulit putih. Racism bukan satu masalah besar. Orang di sini saling menghormati budaya dan adat resam orang lain, dan hidup secara harmoni.

Lepas habis waktu kerja tadi aku singgah di Satay House untuk berbuka puasa sebelum ke Malaysian Hall melaungkan takbir hari raya. Termasuk tahun ini, sudah tiga kali juga aku beraya tanpa keluarga. Usai bertakbir aku terus mengikut teman se-universiti dulu ke Wilson House, yang merupakan hall kediaman pelajar Imperial College. Aku sudah memulakan sesi praktikal beberapa bulan yang lalu. Dua tahun belajar, setahun praktikal dan sambung lagi dua tahun. Orang panggil sandwich course. Begitulah yang aku harus tempuhi untuk menyudahkan ijazah kejuruteraan mekanikal (MEng) di Imperial College. Jadi tahun ketiga ini aku perlu menjalani latihan industri selama satu tahun.

Hari demi hari suhu semakin sejuk. Ditambah pula kalau angin bertiup kencang. Tak tahan juga dibuatnya. Bilik yang ada pemanas begini pun masih terasa sejuk. Aku tidak keseorangan malam ini. Ramai kawan-kawan lagi akan turun ke London untuk menyambut 1Syawal. Sebentar sahaja lagi, aku dan beberapa orang teman akan ke Victoria Station untuk menjemput kawan-kawan kami dari Leicester. Tadi Ammar menelefon dan memberitahu dia baru sahaja tiba dari Bristol. Dia dan kawan-kawannya menumpang di hall pelajar University College London (UCL) di Kings Cross.

"Jom kita gerak sekarang! Takut lewat pula nanti."

Aku segera menyarung jaket hitam ke badan. Kami menaiki bas ke Victoria Station dan tiba lebih awal sejam. Malam ini memang sangat sejuk. Oleh kerana kawan-kawan yang ditunggu belum lagi tiba, aku, Zach dan Nasrin berjalan-jalan di sekitar Victoria Station. Kami memasuki restoran McDonald yang ada di situ. Bertemu pula dengan beberapa orang pelajar Malaysia dari UCL yang kebetulan sedang menunggu kawan mereka dari Leicester juga.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, namun Sudin dan rakan-rakannya belum lagi tiba. Sudin merupakan rakan sekolah aku di Taiping dulu. Tidak seperti aku dan Ammar, dia datang ke UK atas tajaan MARA. Beberapa lama kemudian, baru kami dapat tahu mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dijangka sampai tengah malam nanti pula.

"Sejuk tak tahan. Aku nak pergi beli kopi. Ada sesiapa nak?" Zach dan Nasrin cepat-cepat mengangkat tangan. Aku segera melangkah ke kaunter memesan minuman panas itu. Baru sahaja hendak duduk, telefon bimbit sudah bergetar.


@}--- Akasyah: Ramadhan@Tokyo ---{@
(Siaran Pertama: 4 Nov 2004 @ 21 Ramadhan 1425
 Siaran Ulangan Pertama: 19 Okt 2006 @ 26 Ramadhan 1427
 Siaran Ulangan Kedua: 24 Ogos 2009 @ 3 Ramadhan 1430)


Sepatutnya sekarang ini dia sudah pulang dari Australia, bumi kanggaru itu. Wah, seronok betul dapat terbang ke sana ke mari! Dapat juga dia melancong ke negara orang. Aku jadi cemburu. Aku juga yang melangut di depan komputer dengan data yang berjela-jela bagai tiada penghujung. Menyiapkan laporan eksperimen. Nasib badan!

Aku mengeluh panjang. Penat! Dua jam menatap skrin laptop tanpa henti benar-benar buat mata aku berpinar-pinar. Aku mengeliat ke kanan dan ke kiri. Longgarkan urat dan sendi badan. Kemudian membuang pandangan ke luar rumah. Hujan masih turun dengan lebatnya. Sudah dua hari berturut-turut Tokyo dilanda cuaca tidak menentu.

Taufan 23gou dan 24gou baru sahaja melepasi kepulauan Jepun ini. Kebanyakan sekolah dan instutusi pengajian di pulau Kyusyuu ditutup. Memangnya kuat betul penangan taufan waktu itu. Tokyo juga terkena tempiasnya. Hujan lebat berserta angin kencang menyerang kota termaju di dunia ini. Tidak lama selepas itu, sekali lagi pulau yang terletak di dalam lingkaran Api Pasifik ini digegarkan oleh gempa bumi yang kuat.

Waktu itu baru sahaja usai berbuka puasa, rumah kayu aku ini bergegar untuk beberapa ketika. Kuat daripada biasa. Segera aku membuka peti televisyen. Biasanya apabila berlaku gempa bumi, akan ada pemberitahuan.

"Lima skala rectar? Patutlah goyang semacam." Biasanya tiga atau paling kuat empat skala rectar sahaja yang pernah aku rasai. Gempa bumi adalah suatu fenomena alam yang biasa aku alami sejak belajar di sini. Terutama sekali semasa bertukaran musim. Taufan dan gempa bumi.

Gegaran paling kuat adalah di Niigata, enam perpuluhan lapan skala rectar. Aku melihat rakaman yang menunjukkan bandar Niigata digoncang hebat diulang tayang beberapa kali. Kesemua channel tv menyiarkan berita tentang gegaran luar biasa itu. Kecoh satu Jepun. Mana tidaknya, sehinggakan kepala keretapi peluru (shinkansen) sendiri pun terkeluar dari landasannya. Bagaimana tinggi sekalipun teknologi manusia masih tidak mampu melawan kuasa Tuhan. Dua hari selepas itu, sekali lagi gegaran yang kuat melanda Niigata. Jauh di sudut hati risau juga memikirkan teman-teman senegara yang berada di sana. Harap mereka semua selamat hendaknya.

Panggilan telefon dari Nur Jannatul Ma'wa mengejutkan aku dari lamunan. Mujur dia mengingatkan aku pada temu janji kami hari ini. Aku hampir sahaja terlupa. Kelmarin Mar Iskandar yang sudah dua bulan bergelar suami kepada Nur Jannatul Ma'wa itu mengajak aku iftar jamie di rumahnya. Sebetulnya ajakan itu datang dari Wawa. Kebetulan aku jiran mereka yang paling dekat, memang patutlah diajak. Aku senyum sampai ke telinga kerana memikirkan yang aku tidak perlu masak petang ini. Rezeki orang bujang.

Puding karamel yang hendak dibawa bersama sudah siap. Cuma menanti masa untuk ia sejuk sendiri. Pantas aku bangkit bersiap-siap. Meja yang bersepah dengan kertas dikemas ala kadar. Suis laptop dimatikan.

Empat puluh minit sebelum masuk waktu berbuka puasa, aku meredah hujan lebat menuju ke rumah Mar Iskandar. Hanya sepuluh minit berjalan kaki sudah tiba. Semerbak bau lazat menusuk ke hidung apabila melangkah masuk ke dalam rumah pengantin baru itu. Nampak Mar Iskandar sedang memasak sesuatu. Wawa menjemput aku masuk.

"Masak apa tu?" Aku menegur suami Nur Jannatul Ma'wa itu.

"Murtabak."

Aku mengangguk. Teringat yang tahun lepas, komuniti pelajar muslim membuka gerai jualan dan Mar Iskandar menunjukkan bakat menebar murtabak. Katanya, pernah berjual juga waktu belajar di UK. Nampaknya tahun ini acara tersebut jatuh dalam bulan Ramadhan. Jadi, semua sudah bersepakat tidak terlibat. Ah! Rindu pada kemeriahan menjual kuih-muih tahun lepas.

Ingat UK, ingat Kaduk. Aduh! Aku sudah makin parah.

Rindu aku kian membara. Makin bersemarak apabila melihat pasangan bahagia Mar-Wawa sedang masak bersama-sama waktu ini. Aku ingin menolong tetapi ditegah. Disuruh mereka duduk sahaja di dalam bilik. Aku merapati meja kotatsu di sebelah kanan bilik. Di atasnya ada sebuah buku. Aku mencapainya.

"Buku tu ana baru beli..."

Aku menoleh ke arah Mar Iskandar yang berdiri di muka pintu bilik. Mata aku beralih semula pada tafsir fi zilal tulisan Syed Qutb di tangan. Membelek-belek isi kandungannya.

"Fi Dzilalil... apa maksudnya ya?" Aku memberanikan diri bertanya.

Mar Iskandar berdehem lalu menjawab,"Fi zilalil quran... di bawah naungan quran."

Aku mengangguk tanda faham.

"Kalau nak pinjam mana-mana buku, beritahu aja pada Nur atau ana. Jangan segan-segan tau." Katanya lagi sebelum hilang semula ke dapur.

Sesuatu yang aku perasan tentang Mar Iskandar sejak bergelar suami orang ini. Dia makin segak! Muka pun bercahaya. Jernih. Bagai disinari cahaya iman yang melimpah ruah.

Menyesalkah aku kerana menolak cadangan Kak Zinnirah? Hati kecil menduga.

Aku pantas menggeleng. Tidak sama sekali. Aku tidak pernah menyesal atas keputusan yang telah aku ambil. Sebagai gantinya, Tuhan telah mempertemukan aku dengan orang yang sesuai untuk aku. Carl Duke Adam. Carl Duke Adam. Dia tunanganku.

Usikan Mar Iskandar seusai majlis pernikahannya dahulu bermain di fikiran. Waktu itu aku dan Adam baru sahaja mengikat janji untuk hidup bersama.

"Enta ni... sejak bertunang makin berseri-seri ana nampak."

Aku yang mendengar turut tersenyum bagai tidak cukup pipi. (pinjam kata-kata kak ryn)

"Mana ada." Balas Kaduk sambil memandang aku sekilas.

Tunang... aku segera membelek cincin belah rotan yang tersarung di jari. Wajah si dia terbayang lagi di ruang mata. Rindunya pada dia, bisik hati kecil. Kenapa dengan aku hari ini? Asyik teringatkan dia sahaja sepanjang hari. Mungkinkah dia juga sedang memikirkan tentang diri aku saat ini sehingga aku merasakan perasaan yang sama? Aku melepaskan keluhan berat. Sudah dua minggu Adam tidak menghubungi aku. Baik melalui telefon atau messenger. Sibuk benarkah dia?

"Ayang dah letak garam?" Tiba-tiba suara Mar Iskandar menerjah cuping telinga.

"Belum lagi...."

Tidak lama selepas itu terdengar gelak tawa dari dapur. Aku mencuri pandang. Nampak Mar Iskandar sedang mencuit hidung isterinya. Wawa ketawa kecil. Aku cuma mampu tersenyum. Boleh tahan romantik pasangan pengantin baru ini. Masing-masing memberikan gelaran manja antara satu sama lain. Mar Iskandar memanggil Wawa dengan nama "ayang", manakala Wawa pula memanggil Mar "sayang." Sekali lagi aku membelek cincin di jari manis. Kaduk... Nama itu bergema lagi di sudut hati. Rindu yang teramat pada debater pencen yang satu itu. Lantas hati jadi sayu. Lupakah dia pada aku?

Seawal jam lima petang, kami bertiga berbuka puasa ringkas dengan buah kurma dan susu segar lalu terus menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Usai solat aku membantu Wawa di dapur menyenduk kuih kari. Wawa memanaskan semula murtabak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng dan suara lelaki memberi salam. Wawa bergegas masuk ke dalam bilik. Menyarungkan purdahnya barangkali. Mar Iskandar pantas mendapatkan tombol pintu.

Kaduk, desis hati yang sudah berbunga riang. Makin bertambah bahagia apabila wajah lelaki itu terpacul di ruang mata saat ini.

"Enta sihat? Lama betul kita tak jumpa." Kata lelaki itu sambil berpelukan dengan Mar Iskandar. "Lebat betul hujan hari ni. Lebih Lebat daripada semalam." Katanya lagi.

"Enta dah berbuka?"
"Dah. Dengan coklat."

Tiba-tiba Kaduk menoleh ke arah aku. Dia kelihatan tersentak. Seperti tidak menduga kehadiran aku di situ. Sedangkan dari tadi lagi aku menjadi pemerhati setia.

"Ingatkan zaujah enta tadi."

Aku rasa mahu merajuk. Baru sebulan tidak ketemu, masakan sudah lupa sama sekali wajah aku. Sampai hati dia! Agaknya kalau berpisah setahun, boleh lupa terus dia tentang aku.

"Takkan tunang sendiri tak kenal. Marah si Syah pada enta nanti." Kata Mar Iskandar dengan nada bergurau. Kaduk tersengih.

Memang dah marah pun. Tak payah tunggu nanti, jawab aku dalam hati. Terus berlalu membawa mangkuk berisi kuih kari dan meletakannya di atas meja.

"Kita makan dulu... atau enta nak solat dulu?" Tanya Mar Iskandar sambil memandang yang sudah terhidang makanan.

"Ana solat dululah. Takut habis waktu pula nanti. Kalau nak makan dulu, silakan..."
"Tak apa. Kami tunggu."

Sementara menanti Kaduk yang sedang solat. Aku dan Wawa tadarus quran di bilik yang satu lagi. Tidak lama selepas itu, kami berempat menjamu selera. Setelah itu menunaikan solat isya' dan solat terawih pula. Sambil menjamah puding, Mar Iskandar dan Carl Duke Adam sibuk membicarakan isu semasa.

Aku dan Wawa hanya menjadi pendengar. Isu semasa adalah topik kegemaran Adam. Aku tahu dia boleh bercakap tanpa henti mengenainya. Dalam pada itu, aku menjeling jam di dinding. Sudah jam sepuluh. Aku perlu pulang. Kaduk pun tidak menampakkan ciri-ciri menyedari kehadiran aku. Leka benar dengan isu hangat yang melanda serata dunia waktu ini. Fikir aku, salah satu sebab kehadiran dia malam ini adalah untuk berbual dengan aku. Nyata aku tersilap perhitungan.

Sepuluh suku... masih tiada tanda-tanda nyata perbincangan hangat antara dia dan Ammar akan berakhir. Agaknya aku 'invisible' di mata dia malam ini. Baik aku pulang aja. Setelah mengikat tali pertunangan, mana kami pernah berdua-duaan tanpa mahram. Dia pun lebih suka menghantar mesej daripada berbual secara terus dengan aku. Aku berbisik pada Wawa memberitahu aku ingin pulang. Wawa memandang wajah aku dan Adam silih berganti.

"Tak mahu sembang dengan Adam dulu?" Tanya Wawa seperti memahami.

"Tak apalah. Dah lewat." Aku menolak. Separuh merajuk.

"Tunggu kejap. Ada murtabak lebih. Bawa balik rumah ya. Buat makan sahur nanti." Katanya lalu bingkas bangun menuju ke dapur.

"Tak payahlah susah-susah." Aku pun turut sama bangun.

Mar Iskandar dan Adam yang tadi rancak berbicara terus senyap. Kedua-duanya memandang ke arah aku. Paling ketara, muka Kaduk sudah berubah. Mungkin dia baru tersedar bahawasanya dia terlupa akan kewujudan aku ini.

"Takkan dah nak balik?" Tanya Mar Iskandar sambil menjeling ke arah Kaduk.

Aku mengangguk cepat-cepat bagaikan tidak sabar mahu pulang.

"Sihat?" Soal Kaduk pula.

Amboi, baru sibuk-sibuk nak tanya aku sihat atau tidak. Tahap rajuk bertambah.

"Alhamdulillah." Jawab aku acuh tidak acuh. Cepatlah Wawa siapkan bekal sahur aku. Tak sanggup rasanya berdiri lebih lama lagi di sini.

"Ana ada belikan souvenir dari Aussie."

Aku menoleh. Dia sudah berdiri di muka pintu. Memandang tepat ke arah aku sambil menghulurkan paper bag warna biru muda.  Selepas mengucapkan terima kasih, aku kembali meredah kepekatan malam dan hujan lebat. Sebelum beredar tadi, aku sempat memandang wajah si dia. Aku tahu yang dia tahu aku sedang marah.

Jam tiga pagi... lena aku dikejutkan oleh satu panggilan missed call. Lihat nama pemanggil yang tertera pada skrin LCD itu. Kaduk. Disusuli pula oleh e-mel yang berbunyi. "Duhai Ainul Mardiah, telah berlalu masa tidurmu. Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam. Kerana solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih tetap betul bacaannya."

Aku terharu atas tanda ingatannya. Begitulah dia setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan itu. Acapkali memberi pesanan tanpa jemu. Dia memang bersungguh mahu mendidik aku. Bingkas mengambil wuduk, manfaatkan waktu dengan solat tahajud dan solat sunat yang lain. Bertadarus menghabiskan baki malam tadi. Usai bersahur, aku mengadap laptop. Ternampak ada kiriman emel untuk aku. Segera membacanya. Dari Adam.

==============================

Assalamualaikum Warahmatullah....

Nurul Akasyah yang dikasihi,
Akhirnya kita sudah sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut.

Moga kita sama-sama mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan kali ini dengan qiamulail dan tadarus. Rebutlah peluang sebaik-baik mungkin. Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ana dapat rasakan sesuatu dari enti malam ini. Sekilas jelingan enti, ana sudah boleh meneka perasaan enti. Kita kan dah lama kawan. Marahkan ana kerana sepi tanpa berita? Janganlah begitu. Ana sibuk sangat bulan ni. Afwan!

Anggaplah semua ini satu latihan bagi enti. Sebagai persediaan untuk menempuhi alam yang baru bersama-sama ana nanti. Dalam keadaan sekarang, memang ana terlalu sibuk. Mungkin bila pulang ke Malaysia kelak, ana akan berkerja di pelantar minyak pula. Wallahu'alam. Ana harap tidaklah begitu. Tapi kalau ya, ana harap enti bersedia.

Bagaimana dengan hadiah yang ana beri? Suka tak? Simple aja bukan, tiada yang istimewa. Oh ya, sebelum terlupa... grandma Aisyah kirim salam pada enti. Katanya, rindu pada Nurul Akasyah (her grandson always feel the same way about you too). Pesan grandma lagi, utuslah surat jika ada kesempatan. Cucunya pula pesan, balaslah emel ini secepat mungkin.

Your Adam

==============================

Aku tersenyum panjang. Kaduk, Kaduk... Marah aku pada kau selalu tak ke mana.


Posted at 03:44 am by anrys

shino
December 20, 2009   12:46 AM PST
 
Can't stop smiling!!!
da pnt da mulut ngan pipi ni.
x nk stop gak!!!
sooo sweet la Adam nie!!
nie_nadia
August 26, 2009   08:36 PM PDT
 
comei'y...so sweet...best la Adam ni. huhuhu...
farah rosni
August 26, 2009   07:59 AM PDT
 
:)
aHaDa
August 25, 2009   10:49 AM PDT
 
kak anis,
this entry remind me a lot of things that i tend to forget...
i miss the whole RADHA so much...
at most, i miss the author big time....

salam ramadhan.... =)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry