:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (8)

Lamaran Cinta


Rumah nombor 58. Jam lapan malam. Usai kuliah maghrib, aku yang ditemani oleh Kak Fida terus bersiap-siap menuju ke rumah khas AJK program, di mana tempat berlangsungnya pertemuan yang dijanjikan. Mungkin ia akan menjadi titik tolak pencetus suatu dimensi baru dalam hidup aku.

Mukhriz telah lama menanti. Duduk bersila mengadap meja kotatsu. Segak dengan sweater turtleneck rona hitam. Kupiah putih berjalur halus bertenggek di atas kepala. Aku pula mengenakan baju kurung warna merah darah yang dipadankan dengan tudung merah samar. Kot labuh hitam menutup dari luar.

Mata bertentang mata. Darah gemuruh menyerbu. Dalam hati aku membaca apa-apa saja surah hafazan supaya dapat mengusir barang sedikit resah yang bertamu. Dengan memilih suami yang soleh, seseorang dijamin akan dapat memperoleh kehidupan yang bahagia di dunia ini, khususnya dalam berumahtangga. Sekarang aku sedang berdepan dengan pilihan yang aku ada... Syed Ahmad Mukhriz Syed Ahmad Mukhtar.

"Macam kita nak mulakan ni? Saya tak biasa..." Ujar Mukhriz agak malu-malu.

Sudah... orang yang biasanya petah berhujah tiba-tiba pula mati kata. Takkan dia harapkan aku yang pastinya lebih suka mendengar daripada membuka mulut. Jadi kami menanti Kak Fida menjadi perantaranya. Ala-ala moderator. Macam forum pula. Ya, forum pembinaan rumahtangga menurut perspektif Islam. Menarik. Boleh dijadikan tajuk pengisian akan datang.

"Begini Adi... Kak Fida straight to the point ajalah. Tak perlu nak berkias, berbunga-bunga. Masing-masing dah faham tujuan kita berkumpul ni. Di pihak Mukhriz... sebab dia yang memulakan, jadi tak ada masalah sangat. Tapi Adi... mungkin banyak lagi yang masih tak jelas."

Kak Fida menarik nafas panjang. "Jadi, insya-Allah malam ni... kita akan guna sedikit masa yang ada ni dengar penjelasan Mukhriz sekejap lagi. Harapan Kak Fida... moga-moga pertemuan ni dapat sedikit sebanyak membantu dalam proses menjalinkan hubungan antara kamu berdua... seperti yang Mukhriz impikan."

Riak wajahku berubah. Mukhriz impikan? Apa guna ayat romantik sangat ni Kak Fida? Aku rasa ingin ketawa pula. Lebih-lebih lagi bila melihat Mukhriz malu-malu kucing.

"Eh, bukanlah bermakna sekarang ni nak dijalinkan terus." Mungkin Kak Fida menangkap kelainan di wajahku. "Buat masa ni... cubalah saling kenal antara satu sama lain dulu. Tahu apa yang tersirat di hati yang seorang lagi. Mungkin boleh mulakan sekarang. Kak Fida serahkan pada Mukhriz..."

Memang terasa dalam forum...

Aku mengangkat muka. Pandangan bersapa dengan Mukhriz yang sedang menanggalkan kupiah. Diletakkannya di atas meja. Tangannya mengelus rambut yang sedikit ikal.

"Saya tak nak liqa' kita ni jadi formal sangat." Kata Mukhriz sebaik sahaja menyedari perbuatanku. "Kita buat santai-santai aja."

Aku senyum. Mukhriz mulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi, keluarga dan para sahabat.  Kemudian dia membacakan sepotong ayat dari surah ar-Ruum. Ayat ke-21. Sekarang aku rasa dia macam nak berceramah pula. Kata tadi mahu santai?

Rasanya aku akan 'enjoy' liqa' atau pertemuan ini. Mana taknya... setiap percakapan mereka akan mendapat 'ulasan selari' dari hatiku. Kebetulan memang ia suka berkata-kata dan berbisik-bisik nakal begitu.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Dia diam seketika. Nampak sedikit gugup daripada biasa walaupun wajahnya sedaya upaya cuba mempamerkan ketenangan. Matanya yang hitam basah itu disorotkan kepadaku. Dan tentunya hatiku pun diserang debar tak tentu.

"Ayat tadi menerangkan bahawa dengan pernikahan, akan tercipta kehidupan sakinah, mawaddah dan rahmah. Kehidupan yang tenang, tenteram, bersatu, rukun, saling mempercayai, ramah-tamah dan bisa mengendalikan emosi, terjamin, sehingga tercipta suasana saling menyenangkan dan keinginan untuk selalu berkumpul di lingkungan keluarga, iaitu suami, dan anak-anak. Dengan kehidupan seperti ini, akan tercipta kasih sayang yang mendalam di antara pasangan tersebut." Ujarnya panjang lebar sambil-sambil membelek sekeping nota kecil.

Apa agaknya tu? Catatan ringkas? Point penting? Wah, sungguh terancangnya dia...

Mukhriz merenung wajahku. "Janji tak nak formal tadi, kan. Gomen..." Dia mengusap leher sambil tersenyum sendiri. Kacak pula dia beraksi begitu.

Dia menarik nafas lagi. Dan melepaskannya perlahan-lahan.

"Sebenarnya saya tak sangka Khadijah setuju jumpa saya malam ni. Ingatkan akan tolak... tak sedia lagi." Dia menarik nafas dalam-dalam. "Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita ni. Saya di sini, Khadijah pun di sini. Lama saya tunggu peluang bercakap secara berdepan macam ni."

Maafkan aku buat kau lama menanti, Mukhriz...

"Saya risau juga. Mana tahu orang tak suka. Bila ditelefon dah tak berjawab, terpaksalah juga mengutus surat. Bertanya khabar. Sebab hajat saya bukan main-main. Tapi surat pun tak berbalas juga." Dia meraup wajah lalu terpancarlah riak terkilan.

Hatiku ditekan hebat rasa bersalah. Aku masih ingat isi warkahnya yang lalu.

Biasanya saya lebih suka bercakap daripada berutus surat begini. Lebih mudah menyusun kata. Kaku dan tidak betah mencoret warkah cinta. Apatah lagi kita duduk dalam satu jemaah yang sama.

"Tentang perasaan saya terhadap Khadijah, rasanya tak perlu dijelaskan sekali lagi di sini. Nanti boleh rujuk semula surat yang diberi dulu." Matanya tunduk merenung kupiah putih. Wajah kuning langsatnya ketara merona merah. Jejaka pemalu.

Lama dia diam.

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..." Mukhriz bersuara semula. Perlahan. Menusuk jiwa.

Aku terkasima. Muhammad...

"Astaghfirullah hal azim..." Kata Mukhriz sambil menggeleng beberapa kali. Sekejap dia senyum, sekejap wajahnya kembali serius. Senyum lagi.

Aku jadi hairan. Apa yang tak kena? Berkerut dahi pula dia.

"Dah macam berceramah pula depan ni. Kenapa Kak Fida tak tegur saya tadi? Kenapa duduk diam aja? Saya pun sedap sangat bercakap sampai keluar segala macam." Akhirnya dia ketawa sendiri.

Kak Fida tergelak sama. Aku pun tumpang sekaki.

"Aduh... Kak Fida dok tahan perut dari tadi. Mukhriz tu yang gelabah sangat. Jangan nak salahkan Kak Fida pula ya." Ujar bakal doktor itu dengan tawa bersisa. "Dah berapa kali Kak Fida cuba hantar 'signal' suruh berhenti, tapi Mukhriz yang tak nampak."

Aku dapat merasakan kemesraan yang wujud di antara mereka. Tak ubah macam adik-beradik. Dah namanya satu universiti, memanglah rapat. Lagipun Mukhriz memang sudah menganggap Kak Fida seperti kakak kandungnya sendiri. Kebetulan dia pun tidak mempunyai adik-beradik perempuan. Hanya dua abang, Syed Ahmad Mukhsin dan Syed Ahmad Mukhzani.

Semasa ditemuramah dahulu dia memberitahu, abang sulungnya Mukhsin bertugas sebagai seorang doktor gigi. Manakala Mukhzani pula sedang mengikuti jurusan undang-undang di UK. Lima tahun berlalu, agaknya dia sudah menyertai firma guaman milik ayah mereka, Tuan Haji Syed Ahmad Mukhtar.

Lelaki itu melurut rambutnya ke belakang. Mister Syed berdagu lekuk...

"Kesian Khadijah.... patutlah dia dok perhati jam tadi." Serentak itu cepat-cepat aku sorokkan tangan di bawah tudung. "Muka pun asyik berkerut. Mesti dalam hati tanya, bilalah nak habis ni? Lama lagi ke 'pengisian' ni?" Usiknya lagi dalam nada bersahaja.

Aku menjungkit senyum. Oh, rupa-rupanya dalam diam dia perhatikan aku juga. Aku ingatkan dia rendahkan pandangan sungguh-sungguh sambil mengira jalur kupiahnya. Alim-alim kucing!

Lelaki mengeluarkan sesuatu lalu menyorongkannya kepada aku. "Hadiah dari saya. Sebagai tanda kenangan-kenangan. Tak ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan nanti. Jangan risau..."

"Terima kasih." Itu sahaja yang mampu dilafaz.

Aku menjenguk ke dalam paper beg warna merah jambu. Buku!

"Ada lagi sebenarnya." Disorongnya lagi sebuah kotak kecil. "Dan... yang ini pula untuk Kak Fida. Terima kasih sebab banyak tolong saya selama ni."

Aku malu hendak melihat isi kotak kecil ini. Lalu disimpan sahaja di dalam paper beg tadi. Kak Fida segera membuka hadiahnya.

"Cantiknya brooch ni Mukhriz. Buat apalah susah-susah..." Mata Kak Fida tidak berkelip memandang brooch mutiara di tangannya.

"Apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan budi Kak Fida..." Mata lelaki itu berlabuh di wajahku. Lama. Pandangan yang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.

"Budi menjagakan Khadijah ya."

Aku tersentak. Jaga aku?

Kak Fida menarik nafas panjang. "Rasanya elok kita berterus-terang aja, Mukhriz." Katanya sambil memandang Mukhriz, seolah-olah meminta kebenaran lelaki itu.

Kemudian matanya beralih pada aku. "Buat pengetahuan Adi, sebenarnya kehadiran Adi dalam PKPIMJ ni atas permintaan Mukhriz. Dia yang minta Kak Fida ajak Adi join usrah dan segala aktiviti yang kita buat."

Aku rasa sesak nafas. Permintaan Mukhriz?

"Tapi kadang-kadang saya rasa bersalah." Mukhriz menyampuk. "Tindakan saya tu telah menjarakkan awak daripada kawan-kawan rapat awak." Dia berhenti seketika. "Awak terpaksa berkorban untuk bersama-sama kami di sini sedangkan teman rapat awak yang lain berada di luar sana."

Aku menelan air liur. "Saya tak faham apa yang awak cakap..." Nada suaraku sudah berubah.

"Saya tahu betapa susahnya bila terpaksa buat sesuatu di luar kebiasaan kita. Macam Kak Fida, Ryn dan yang lain-lain... kebanyakannya datang dari sekolah agama, pernah jadi AJK BADAR dan sebagainya. Dah terasuh dalam biah solehah. Bila mereka join persatuan macam ni, suatu perkara biasa.

Tapi awak lain... datang dari sekolah yang suasananya berbeza. Jadi, mesti akan berperang dengan perasaan sendiri. Kami faham apa yang awak lalui. Perasaan serba salah. Mungkin masa cuti panjang aja awak dapat luang masa dengan  kawan-kawan. Tapi waktu lain awak terpaksa tolak pelawaan mereka. Mereka ajak ke sana ke mari tapi awak tak boleh ikut sama... sebab kita ada buat program. Kadang-kadang mungkin terdetik dalam hati... awak ingin bersama-sama mereka. Betul kan?" Tuturnya dalam nada paling lembut.

Aku terkedu. Ya, memang aku selalu rasa begitu. Rindu mahu bersama teman-teman. Aku lepaskan keluhan berat. Aku sebenarnya yang tidak bijak mengatur masa lalu mereka makin terpinggir. Maaf aku teman....

"Awal-awal dulu awak cuba lari-lari dari semua ni kan. Saya yang minta Kak Fida 'pegang' awak betul-betul, jangan bagi lepas..." Dia jadi malu-malu pula tak semena-mena.

Aku mengetap bibir. Patutlah Kak Fida selalu menelefon bertanya khabar, rupa-rupanya... Rasa panas menyimbah muka. Ya-Allah, malunya bila tahu ada lelaki ambil berat sampai begini sekali. Mesti banyak yang mereka bualkan tentang aku. Hati pun berdetik rasa terharu.

"Sejak dari UM lagi saya dah nampak kecenderungan awak nak menuntut ilmu tu. Sebab biasanya kalau ada program keagamaan untuk budak kita, awak selalu ada sama. Ditambah pula saya pernah terdengar cerita dari Aunty Rehan tentang awak.

Katanya, masa awak umur empat tahun dah hafal satu juzu amma... juzuk tiga puluh tu. Kalau jumpa kawan Uncle Walid yang kerja kat bank, dia selalu suruh awak baca mana-mana surah kan. Sebut aja surah apa, awak boleh baca dengan lancar. Masya-Allah, saya yang mendengar rasa kagum. Cemburu pun ada."

Macam mana Mukhriz boleh korek rahsia zaman kanak-kanak aku? Memang mama selalu bercerita tentang itu. Aku sedikit pun tak ingat. Cuma beberapa lama selepas itu baru aku perasan dan percaya. Sebab bila dengar mana-mana surah juz amma yang papa selalu pasang semasa memandu, kadang-kadang aku boleh ikut baca sama walaupun tak berapa lancar.

Menurut cerita mama, hafalan itu atas didik arwah Tok Lebai. Sayangnya bila dia meninggal, tak ada siapa yang monitor hafalan aku lagi. Papa dan mama semakin sibuk dengan adik-adik yang saban tahun bertambah bilangannya. Aku pula mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Hanya semasa berada UM baru aku tergerak hati untuk menghafal semula. Itupun kerana terdorong dengan cerita mama. Surah al-Baqarah jadi pilihan, walaupun sepatutnya aku mulakan dengan juz amma. Alhamdulillah aku tak hadapi banyak masalah sebab papa selalu baca semasa kami sekeluarga solat berjemaah. Namun baru seratus ayat pertama aku berhenti atas kesibukan sebagai seorang pelajar.

"Dari apa yang Kak Fida beritahu pada saya, awak makin advance dalam hafazan sekarang. Lagi jauh lebih ke depan daripada saya. Rasa tercabar pula saya yang lelaki ni." Tambahnya lagi.

Mungkin Allah hendak membantu dalam merealisasikan cita-cita hafizah tak jadi aku itu. Tahun lepas timbul semula semangat baru selepas aku mengikuti beberapa sesi usrah. Hafalan lama diperbarui semula dan kemudian ditambah dengan surah-surah yang lain sedikit demi sedikit. Syukur...

"Jadi berdasarkan latar belakang yang begitu, saya pun terfikir... bagaimana kalau saya cuba bawa awak ke dalam medan dakwah ni. Alhamdulillah, atas izin Allah ianya membuahkan hasil. Kita berjaya hasilkan sebutir lagi mutiara untuk menyampaikan risalah Islam. Mungkin kena polish lebih sikit supaya lebih bersinar-sinar."

Aku tertunduk. Ya-Allah, besarnya harapan dia pada aku yang kerdil ini...

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Dia melafaz kalimat itu lagi. Jasad aku terasa kaku.

"Diri saya ni pun tak sesempurna mana. For a start... saya tak pandai buat kerja rumah. Paling tak pandai sekali... memasaklah. Di rumah semuanya ibu dan pembantu yang buat. Sebab tu time program saya jarang nak volunteer jadi tukang masak... masakan saya tak sedap. Kalau giliran awak memasak, saya akan tahu... sebab awak suka hias bagi nampak cantik."

Aduh, malunya aku bila dia komen tentang cara masakan aku.

"Lepas tu apa lagi ya... " Dia mengurut dagu lekuknya yang ditumbuhi janggut halus. "Rasanya awak dah sedia maklum yang ni. Saya suka kritik, komen... sarcastic. Tabiat buruk yang susah nak buang. Kadang-kadang terasa macam banyak cakap. Setengah orang yang tak tahan, mungkin boleh pening kepala dengar bebelan saya. Tapi jangan risau, biasanya di rumah saya kurang bercakap. Kalau tak percaya, cuba tanya ibu saya..."

Aku rasa ingin ketawa. Mukhriz sempat lagi mempromosikan dirinya. Memang Puan Syarifah Aminah pernah komplen, Mukhriz hanya berdegar-degar di atas pentas tapi dalam rumah senyap sungguh dia.

"Secara peribadi, saya sangat gembira atas perkembangan diri awak selama ini. Sanggup menongkah rasa, bermujadah dalam usaha mengikuti manhaj tarbiah dan dakwah kita. Manhaj yang berawal dari penyampaian fikrah, diikuti dengan pembentukan mereka yang menyambut, seterusnya diikuti oleh persediaan dan penglibatan secara langsung dalam medan amal. Kini awak semakin manis dengan jubah dan tudung labuh. Allhamdulillah... ternyata awak sebaik-baik pilihan."

Aku tergamam. Mata dihalakan pada lelaki itu. Kami berpandangan seketika sebelum dia cepat-cepat melarikan bola matanya. Sesuatu yang aneh menyelinap ke dalam hati. Perasaan yang tak bisa aku ungkapkan dengan kata-kata.

Dia meneruskan lagi, "Khadijah binti Khuwailid... dialah ibu orang-orang mukmin, isteri yang setia, sentiasa berbuat baik kepada suaminya, serta membantunya ketika baginda menyepi sebelum diangkat menjadi Rasul. Dia selalu memberikan motivasi dan meneguhkan semangat Rasulullah dengan membenarkan ajaran yang dibawa oleh suaminya."

Aku jadi tidak keruan tatkala pandangan redupnya itu dilabuhkan pada wajahku.

"Nur Khadijah binti Khuwailid... tidaklah saya dambakan yang bukan-bukan dari awak sedangkan diri ini pun tidak sesempurna mana. Saya sekadar impikan seseorang yang selalu bersama saya... memberikan motivasi kepada saya hingga akhir hayat. Dia juga sudi berkongsi semangat yang saya miliki ini."

Dadaku kian sesak dengan kata-katanya itu.

"Dengan nama Allah dan Rasul, saya ingin melamar awak menjadi suri hidup saya."



rujukan:
Tuntutan & Keutamaan - Pernikahan Dalam Islam


Posted at 10:33 am by anrys

as
February 10, 2009   07:46 AM PST
 
apsal 7 & 8 sama. kecewa lah
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry